s e p u l u h
Feeling tak baca chapter lepas?😂
Okaylah. Chapter ni sebahagiannya adalah pertempuran abe JayKay dengan orang jahat. Hehe. So, hope you guys enjoyy😉
•••
"Okay. Kau boleh tinggal dalam bilik aku je. Nanti pandai-pandailah aku sembunyikan kau daripada pengetahuan lelaki tua yang mengaku ayah aku tu."
Ujar Jungkook panjang lebar lalu Puteri Junghee hanya mengangguk perlahan. Tubuhnya dibaringkan ke atas tilam yang sepatutnya ditiduri oleh Jungkook di dalam biliknya.
Jungkook mula melangkah keluar kembali sebelum matanya bertembung dengan sepasang mata milik lelaki tua ataupun ayahnya itu.
"Kamu keluar ke semalam, Jeon Jungkook?" Soal ayahnya itu dengan nada yang agak keras.
"Kalau ya, kenapa?" Soal Jungkook agak selamba. Dapat dia lihat kepalan penumbuk di kedudukan tangan lelaki tua itu.
"Kan ayah dah cakap jangan keluar tanpa pengetahuan ayah? Kau ni memang nak bagi ayah dihantui dengan rasa bersalah kan?" Kata-kata ayahnya itu membuatkan Jungkook terkedu.
"A-apa maksud ayah?"
"Tak perlu tahu. Yang pasti, kamu kena bagitau ayah dulu sebelum kamu keluar rumah. Ayah pinta sangat." Tangan Jungkook digapai sebelum digenggam penuh pengharapan.
"Jaga diri kamu untuk ayah. Kamu adalah anak lelaki pertama dan terakhir untuk keluarga Jeon dan itu bermakna, kamu sangat berharga buat keluarga Jeon dalam mengangkat martabat keluarga kita. Jadi, dengar cakap ayah. Faham?"
Terkebil-kebil Jungkook dibuatnya sebelum ayahnya mula melangkah pergi meninggalkannya yang bingung.
-
Tali di pakaian Jungkook diikat kemas olehnya sebelum dia meletakkan topi di atas kepalanya seraya tangannya mula ligat mengikat tali topi itu di bawah dagunya.
Tangannya terhenti daripada mengikat apabila kata-kata ayahnya tadi bagikan berlegar kembali di mindanya.
"Kamu adalah anak lelaki pertama dan terakhir untuk keluarga Jeon dan itu bermakna, kamu sangat berharga buat keluarga Jeon dalam mengangkat martabat keluarga kita."
"Jungkook?" Tersedar terus Jungkook daripada lamunannya saat mendengar namanya dipanggil oleh Puteri Junghee.
"Ah, ya?" Jungkook terus memusingkan tubuhnya memandang Puteri Junghee yang sedang bersila elok di atas tilamnya.
"Apa yang dikau fikirkan sehingga beta memanggil dikau tidak mendengarinya?" Soal Puteri Junghee kepada Jungkook.
"Ah, takda apalah. Jomlah kalau kau dah siap. Malam ni, kita kena keluar pergi istana. Kita kena cati bukti yang ada." Ujar Jungkook lalau mendapat anggukan daripada Puteri Junghee.
Sekarang sudah melepasi waktu tengah malam. Jungkook keluar dahulu untuk melihat jikalau ayahnya itu masih berjaga.
"Psst. Kau boleh keluar sekarang." Beritahu Jungkook kepada Puteri Junghee dengan mengetuk dinding biliknya sebanyak dua kali.
Puteri Junghee terus melangkah keluar dari bilik Jungkook sebelum dia berjalan ke arah Jungkook yang sudah berdiri di tanah itu.
Jungkook menghulurkan tangannya ke arah Puteri Junghee lalu Puteri Junghee tersenyum nipis dan menyambut huluran lelaki itu seraya menyarungkan kasutnya pada kakinya.
Mereka mula membawa derapan kaki mereka keluar dari halaman rumah keluarga Jeon itu.
Suasana masih seperti malam kejadian di mana atmosphera di daerah itu kosong, sunyi malah gelap gelita.
Jungkook menarik Puteri Junghee bersembunyi apabila dia melihat beberapa orang lelaki berbadan sasa melangkah keluar dari pintu utama istana lalu mereka berdiri di hadapan pintu itu bagaikan sedang mengawal kemasukan manusia yang memasuki istana yang kini tidak dihuni oleh raja juga permaisuri.
Kepala Jungkook yang dijengul keluar dari tempat pemnyembunyian mereka ditarik semula.
"Kenapa ni?" Puteri Junghee ingin menjengulkan kepalanya juga seperti Jungkook lakukan sebentar tadi namun dihalang oleh Jungkook.
"Kita kena cari cara untuk masuk ke dalam istana selain daripada menggunakan pintu utama." Ujar Jungkook sambil mindanya memikirkan cara untuk menceroboh masuk ke dalam istana.
Matanya terus terhenti pada wajah Puteri Junghee lalu Puteri Junghee mula mengangkat wajahnya mendongak mandang Jungkook.
"Kau...tak tahu ke?" Soal Jungkook teragak-agak. Puteri Junghee terkebil-kebil sebelum dia terpempan.
"Ikut beta." Terus sahaja Puteri Junghee mengambil jalan bertentang melalui belakang istana dan langkahnya itu diikuti dengan derapan kaki Jungkook.
Namun, tak sampai benerapa langkah mereka dari tempat persembunyian mereka itu, langkah Puteri Junghee kembali terhenti membuatkan Jungkook terhenti apabila langkahnya terlepas dengan langkah yang dihentikan sang puteri.
Dia memusingkan tubuhnya memandang Puteri Junghee yang memandangkannya dari belakang itu.
"Tapi, mereka mesti tahu akan kewujudan pintu itu. Pintu itulah yang beta gunakan untuk melarikan diri." Ujar Puteri Junghee membuatkan Jungkook buntu.
"Okay. Kau tunggu sini. Aku akan uruskan yang itu. Nanti, aku bagi isyarat kat kau untuk kau lari datang pada aku dekat pintu utama. Faham?"
Puteri Junghee mengangguk perlahan sebelum Jungkook mula ingin melangkah keluar dari tempat persembunyian mereka.
"Jungkook." Langkah Jungkook terhenti apabila tangannya ditahan oleh Puteri Junghee.
"Tolong jaga diri. Demi beta." Ujar Puteri Junghee sebelum Jungkook tersenyum nipis dan mengangguk perlahan lalu dia menolak perlahan-lahan tangan milik Puteri Junghee yang menggenggam tangganya itu.
Jungkook terus meninggalkan Puteri Junghee di situ lalu dia mengorak langkahnya menuju ke pintu utama istana itu.
Niatnya hanya satu. Dia ingin menumpaskan tiga orang lelaki yang menjaga pintu utama itu memandangkan dia mempunya ilmu seni mempertahankan diri.
Dia terus berdiri di hadapan pintu istana itu. Lelaki berbadan sasa itu mula memandangnya dengan wajah bengis.
"Apa yang engkau lakukan di hadapan istana pada waktu begini, wahai anak muda? Tolong beredar sebelum tindakan yang lebih keras diambil." Amaran dilontarkan kepada Jungkook oleh salah seorang daripada mereka kepada Jungkook.
Namun, amaran itu bagaikan dibawa angin lalu di mana ianya tidak memberi apa-apa kesan langsung kepada Jungkook malah Jungkook boleh mengeluarkan tawanya.
"Ouh, begitu ya?" Soal Jungkook seperti memprovok lelaki-lelaki itu.
Belum sempat lelaki-lelaki itu melakukan apa-apa serangan fizikal, Jungkook terlebih dahulu membawa penumbuknya ke wajah lelaki yang memberi amaran kepadanya itu.
Puteri Junghee yang sedang mengintai merka itu terus menekup mulutnya terkejut lalu alam hatinya hanya mampu mendoakan keselamatan Jungkook.
Tubuh lelaki itu terkebelakangan sebelum lelaki kedua mula mengeluarkan pedang miliknya dan diayunkan ke arah Jungkook namun tangan Jungkook lebih laju.
Tangan Jungkook terus menetak tangan milik lelaki itu lalu dia memusingkan tubuhnya membuatkan tubuh lelaki berpedang itu terbawa ke hadapan dan secara tidak sengaja, pedang itu terkena pada dada lelaki yang baru ditumbuk tadi.
Kaki Jungkook kemudiannya dibawa ke udara apabila lelaki ketiga mula menyerang dan dia menendang bahagian kemaluan lelaki itu membuatkan tubuh lelaki itu bersama tubuhnya jatuh ke tanah dalam masa yang sama pada arah yang bertentangan.
Lelaki kedua tadi mula menarik semula pedang yang tertusuk pada rakannya tadi lalu dibawa ke arah Jungkook yang kini terbaring di tanah itu namun Jungkook mula menggolekkan tubuhnya ke kiri dan wajahnya terkena sedikit dengan pedang itu sehingga membuatkan pipinya sedikit terluka.
Tubuhnya kemudiannya dibangkitkan dengan sekali cuba sebelum sikunya dibawa ke belakang leher lelaki itu membuatkan mata lelaki itu terkena pada pemegang pedangnya yang tersangkut di tanah.
"Arghh!"
Lelaki itu mengerang kesakitan sambil tangannya memegang matanya yang terkena pemegang pedang itu.
"Apa yang sedang berlaku ini?!"
Jungkook dengan berpeluh seluruh tubuhnya mula membetulkan tubuhnya lalu melihat ke arah seseorang yang kini berjalan keluar dari pintu utama istana yang baru dibuka luas itu.
Di dalam mindanya sudah menyumpah seranah dirinya apabila rancangannya tidak menjadi. Bodoh juga dia kerana tidak terfikir bahawa ketika pertarungannya tadi pastinya mengeluarkan bunyi bising dan suara yang kuat memandangkan suasana di sekeliling adalah sunyi tanpa bunyi-bunyian.
Senyuman sinis di wajahnya mula pudar apabila dia melihat gerangan yang melangkah keluar dari istana melalui pintu utama tersebut.
Terlangkah kebelakang Jungkook apabila tekaannya benar tentang identiti lelaki tua yang melangkah keluar dari istana itu.
Ya, itu adalah ayahnya. Lelaki tua yang mengaku dirinya sebagai ayah kepadanya.
•••
Sorry geng kalau korang tak berapa nak dapat tafsir situasi masa pergaduhan tu. Huhu😭
Idae tulis ikut imaginasi idae je sebab Idae suka tengok cerita-cerita zaman dulu yang suka bertempur berlawan tu. Hehe😬
Okaylah. Nak tahu apa yang lelaki yang mengaku sebagai ayah Jungkook tu buat dekat istana? Ha, tunggulah next update😉
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro