Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 7

"Pergi dulu!" ujar Rae Jin sambil kelam kabut menyarung kasut sport warna putih ke kakinya. Roti bakarnya masih elok tersemat di mulutnya. Dia berlari keluar hingga ke kereta milik Jin. "Jom!" ujar Raejin; teruja. Jin hanya masuk tanpa banyak cakap. "Lambatnya kau siap?" ujar Jin dengan muncung yang panjang sedepa. "Ala. Sorry lah. Aku tak tau nak pakai baju apa tadi." ujar Raejin sambil bermain jari.

Jin membuat rolling eyes. Saja nak buat dia melting. Jin memang menyukai Raejin sejak abang dan kakak mereka berkahwin. Namun, perasaan itu dipendam saja. Walhal, kakaknya sendiri tidak tahu tentang perkara tersebut. Biar lah hanya dia seorang yang mengetahuinya.

"Dah sampai. Jom turun." ujar Jin sambil membuka seatbelt. Raejin turun dengan secepat mungkin. "Wah. Ini ke tempatnya? Besarnya." ujar Raejin denganmulut ternganga. Jin tersenyum kecil namun berubah semula menjadi serius. Kepala Raejin diketuk. "Aduh!" jerit Raejin sambil mengusap kepalanya yang membenjol.

"Ni kan universiti. Memang lah besar." ujar Jin lalu berjalan pergi meninggalkan Raejin. Raejin mencebik. "Ni kan universiti. Memang lah besar." ujar Raejin dalam nada mengejek. Jin brek mengejut. Serta merta Raejin terlanggar badan Jin yang berada di depannya. Jin menoleh kebelakang. Raejin yang sedang mengusap kepalanya mendongak.

"Aku senior tau kat u ni. Hormat sikit dengan senior. Jangan ajuk apa yang senior cakap. Faham?" ujar Jin dengan tangan yang masih di dalam poket. Raejin mencebik. "Faham tak?" soal Jin. Raejin hanya mengangguk. "Good." ujar Jin sambil menarik lengan Raejin. Badan Raejin terdorong kehadapan. Raejin berjalan seiring dengan Jin. Bahu Raejin dipaut Jin. Raejin sedikit terpana.

'Kenapa dia baik sangat dengan aku hari ni? Biasanya, dia selalu cari pasal. Kenapa hari ni tak? Aneh betul' getus hati kecil Raejin. Soalan demi soalan itu hanya dibiar berbuku dihati. Mereka pun menapak masuk ke universiti itu.

----------

V duduk di birai katilnya. Sampul surat berwarna coklat yang disimpan di bawah katil diambilnya. Perlahan-lahan dia membuka sampul tersebut. Beberapa helaian kertas yang berupa dokumen ditarik keluar. Sekeping gambar polaroid jatuh ke atas lantai. Diambilnya gambar itu dengan seribu kerutan. Dia mengambil sehelai kertas disitu.

"KEPUTUSAN UJIAN DNA. Dengan ini, encik Kim Tae Hyung telah membuat ujian DNA dengan seorang wanita bernama Kim Ri Ta. Hasilnya adalah
KIM TAE HYUNG 99.9% BUKAN ANAK KANDUNG KIM RI TA." Muka V memaparkan riak terkejut. Jantungnya bagai beehenti berdegup. Apakah dia sedang bermimpi?

V menampar pipinya kuat. Sakit. Adakah ini bukan mimpi? Adakah ini realiti? Perlahan-lahan airmata V mengalir di pipi. Dia memegang dadanya. Sakit. Hatinya bagai disiat. Jadi selama ini, dia hanya lah anak angkat. Dia menyelak dokumen lain.

Surat penjagaan anak. Surat mengambil anak angkat. Surat pengubahan wasiat. Surat kematian. Surat pengesahan kerajaan. Dia memegang kepalanya. Apa semua ini? Kenapa baru sekarang? Kenapa? Dia jatuh terduduk.

Dia memeluk kakinya di penjuru bilik. Mukanya disembam ke lutut. Airmata yang mengalir deras menambah sakit hatinya. Siapa keluarganya? Kemana mereka pergi? Siapa dia sebenarnya? Dia juga tidak tahu. Hujan mula turun membasahi bumi. Turut menangisi nasib V.

----------

"Comel anak kau." Puji Rita sambil tersenyum kambing. "Thanks, Rita." ujar wanita itu. "Rita." panggil wanita itu. "Ehm?" sahut Rita sambil menggendong bayi comel milik wanita itu. "Kalau terjadi apa-apa dekat aku, kau jaga anak aku. Macam anak kau sendiri ya?" ujar wanita itu secara tiba-tiba.

Muka Rita berkerut seribu. "Kau merepek apa ni. Dah lah. Kau yang akan jadi ibu mereka. Bukan aku." ujar Rita sambil tersenyum. "Aku tahu tu semua. Tapi, andai takdir bawa aku pergi dulu, kau jagakan mereka ya?" ujar wanita itu lagi dengan wajah yang risau. Rita terpaksa mengangguk untuk menyedapkan hati wanita itu.

Wanita itu tersenyum lalu mengucup dahi anaknya buat kali terakhir. Airmatanya jatuh di kepala bayi tersebut. "Aku pergi dulu." ujar wanita itu sambil menarik beg berodanya menuju ke kereta Sedan biru miliknya. Suaminya menunggu di dalam kereta tersebut.

Pin!

Hon dibunyikan sambil kereta itu berlalu pergi meninggalkan perkarangan tersebut. Rita melambai tangannya kearah kereta yang semakin menghilang itu. Entah mengapa hatinya asyik dilanda resah. Mungkin pembawakan budak. Almaklumlah, sedang berbadan dua. Kandungannya baru mencecah 3 bulan.

Dia menapak masuk ke biliknya apabila mendengar tangisan bayi. Bayi itu menangis dengan kuat. Diberi susu tidak mahu, ditidurkan terjaga semula, entah apa yang membuatkan dia nangis pun Rita tak tahu. Hati Rita tiba-tiba berdebar hebat. Bagai ada sesuatu yang berlaku. Namun, dia tetap menenangkan dirinya.

Telefon miliknya yang berdering diatas katil diambilnya. "Hello?" ucap Rita sambil cuba mendodoikan bayi yang masih menangis itu. "Hello. Ini puan Rita ke? Saya inspektor Ricky." ujar seseorang. "Yes. Kenapa ya?" soal dia pula. "Erm. Macam ni puan, saya selaku pegawai polis yang bertugas ingin memaklumkan bahawa adik puan, Cik Fara terlibat dalam kemalangan. Beliau dan suaminya tidak dapat diselamatkan." ujar Insp. Ricky.

Rita kehilangan kata-kata. Jantungnya bagai direntap kasar oleh sesuatu. Telefon bimbitnya terlepas lalu jatuh terjelepok ke atas lantai. Sekarang baru dia faham mengapa bayi ini sering menangis. Kerana dia tahu yang ibubapanya bakal pergi meninggalkannya. Kasihan bayi ini, dia baru berusia 2 bulan dan sudah menjadi yatim piatu.

----------

Rita melangkah lemah menuju kearah adiknya; Fara. Airmatanya berguguran disaat melihat mayat adiknya yang pucat itu. Kecederaan Fara tidak teruk berbanding suaminya. Fara hanya terdapat luka sahaja di kepala. Namun apakan daya, walau hanya luka sekecil semut, kalau ajal kita sudah menjemput, kita pasti bakal meninggalkan dunia ini.

Bayi yang masih menangis itu diletakkan di sisi Fara. Bayi itu terus berhenti dari merengek. Hati Rita bertambah sayu. Dia mencium dahi adiknya dengan penuh kasih. Setitik demi setitik airmatanya berjuraian ke muka Fara. Bayi itu diambil lalu ingin digendong semula. Bayi itu mula menangis lagi. Tangan bayi itu menggenggam(?) erat ibu jari Fara. Bagai tidak mahu dilepaskan.

Makin kuat esakan Rita. Hatinya bagai disiat pisau belati. Tangan bayi itu dilepaskan dari terus menggenggam jari Fara. Suami Fara tidak dapat dilawat kerana kecederaannya yang teruk dan tidak cukup sifat. Bayi dipegangan Rita dipeluk erat. Sungguh besar dugaanmu wahai si kecil.

Bayi itu sudah berhenti dari menangis kerana penat. Dia tidur didalam dakapan Rita. Wajah polos dan suci bayi itu ditenung. Dahinya dikucup lama. "Mulai hari ni, mummy akan jaga kamu. Mummy yang akan meggantikan kasih ibu yang sepatut kamu dapat. Mummy sayangkan, V." ujar Rita dengan airmata yang mengalir lagi. Bayi itu dipeluk erat.

----------

"Sebab tu mummy ambil V sebagai anak angkat?" ujar V sambil memegang erat tangan ibunya. Rita hanya mengangguk. Airmatanya masih mengalir. Sebak hatinya apabila mengingati peristiwa itu. Dah terlanjur, V mengetahuinya. Jadi, dia menceritakan segalanya kepada V.

V memeluk ibunya dengan erat. "Tapi, kenapa mummy tak bagitau V? Kenapa tak bagitau dari awal? Kalau mummy bagitau dari awal mesti perkara ini takkan jadi terlalu menyakitkan." ujar V turut menangis. "Maafkan mummy. Mummy bukan tak nak bagitau hal sebenar, tapi mummy takut kehilangan kamu. Mummy sayangkan kamu sangat-sangat." ujar Rita dengan esakan. V hanya mengangguk. Dia mengusap lembut belakang badan ibunya.

"V paham perasaan mummy. V janji, V takkan tinggalkan mummy walau apa pun terjadi. Itu janji, V. Dah.. Shuhh.. Jangan nangis." ujar V sambil menahan airmatanya dari jatuh. Pelukannya dieratkan lagi. Bagi dia, ibunya adalah SEGALAnya.

To Be Continue....

#Iluvmymom!

Notes: chapter ni mmg penuh dgn kisah taehyung. Chapter khas hanya utk dia je. Karakter lain akan masuk pde chapter yg akan dtg. Thanks! Jgn lupe vote!
       

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro