Chapter 2
Luhan bergegas ke arah pintu hingga tersadung beberapa kali akibat terlanggar kabinet dan sofa di ruang tamu tersebut. "Bukak pintu ni!! Woi! Pekak ke!?" jerit Rita berteriak-teriak di luar dengan mata separuh tutup. Jelas sekali yang dirinya sedang mabuk waktu itu.
Pintu dibuka oleh Luhan. "Woi buta! Kau pekak eh?! Kau tak dengar ke aku jerit dari semalam sampai sekarang! Tau tak?!" jerkah Rita dengan lagak yang terhuyung hayang. Luhan tergelak kecil mendengarkan ayat terakhir makciknya itu. "Acik, ketuk pintu tak sampai 10 minit pun." ujar Luhan dengan senyuman melebar.
"Kau melawan ye? Ambik ni!" Rita menampar muka Luhan. Luhan terkedu. Belum sempat Luhan ingin berdiri semula, Rita menarik rambut Luhan hingga ke ruang tamu. Luhan meronta-ronta, namun gagal kerana dia... buta. Luhan dihempas kasar diatas lantai.
Rita tersenyum sinis. Dia mengambil kepala Luhan lalu dihantukkan di bucu meja. Luhan meronta-ronta apabila keperitan di kepalanya semakin menyucuk-nyucuk hingga ke saraf. Rita berhenti setelah puas. Luhan memegang kepalanya apabila terasa cecair panas mula mengalir. 'Berdarah kot' getus hati kecil Luhan.
"Woi! Kau dengar sini! Kau cuma pembantu rumah yang buta kat sini! Jangan cuba-cuba nak panggil aku makcik kau or whatever lah. Aku tak pernah anggap kau lebih dari budak tumpangan yang tak sedar diri kat rumah ni! Aku ambik kau tinggal kat sini sebab mak bapak kau kaya je! Jadi jangan pernah berangan yang kau nak hidup senang kat sini! Sebab kau tu cuma menumpang! Sedar diri tu sikit!" Rita menunjal kepala Luhan kasar. Dia berjalan terhuyung hayang ke atas. Pintu bilik di hempas kasar.
Luhan terkedu. Buat pertama kalinya adik kepada ibunya itu memakinya sebegitu walaupun pulang dalam keadaan mabuk sebelum ini. Airmata yang ingin mengalir bagaikan tertahan. Sejak kematian ibubapanya, airmatanya jarang menampakkan diri walaupun perkara itu amat menyakitkan hatinya.
Luhan menggagahkan dirinya. Dia bangun lalu menuju kearah sebuah almari coklat di hujung ruang tamu. Laci yang sedikit tinggi tersebut diraba. Dahinya berkerut menahan sakit yang semakin menular ke seluruh kepalanya. Dia berhenti meraba. Barang yang dicari tiada disitu. Dia berlalu ke biliknya.
Pintu ditutup lalu dikunci olehnya. Dia bergerak lima langkah kehadapan dan mengambil sehelai tuala putih. Darah yang masih belum berhenti mengalir di lapnya dengan cermat. Berkerut seribu dahinya menahan sakit apabila cuba meletakkan plaster di luka tersebut.
Dia meraba lagi dahinya. Plaster sudah ditampal. Dia merebahkan badannya ke lantai. Biliknya tidak mempunyai perabot atau barangan yang dianggap mahal. Malahan hanya selimut, bantal dan lapik tidur yang menjadi tempat tidurnya. Bajunya juga hanya dilipat dan diletakkan di penjuru bilik. Keadaan bilik tersebut sangat sempit dan kecil.
Rita yang memberikan bilik tersebut kepadanya. Rupanya, bilik tersebut merupakan salah satu dari tiga bilik stor yang berada di dalam rumah agam tersebut. Dia mengeluh perlahan. Dia menarik selimut menutupi keseluruhan badannya. Keadaan lantai yang sejuk tidak menjadi penghalang untuk Luhan menutup matanya. Perlahan-lahan dia lena dibuai mimpi.
"Mummy! I'm home!" jerit Hyuna sehingga bergema di seluruh rumah tersebut. Senyuman masih tak lekang di wajahnya. "Kau pergi mana malam tadi?" soal satu suara garau dari arah tangga. Hyuna menoleh, perlahan-lahan senyuman yang mekar terus layu. Mukanya cemberut.
"Mummy mana?" soal Hyuna. Soalan yang dilemparkan dibiar tidak berjawab. "Keluar dengan kawan dia." ujar V; dingin. "Aku tanya kau pergi mana malam tadi?" soal V sedikit tegas nadanya. Dia berjalan setapak demi setapak kearah Hyuna. Hyuna hanya mengendahkannya. Dia menuju ke meja makan.
V yang masih tidak puas hati mengekori pergerakan Hyuna hingga ke meja makan. Hyuna mengambil roti bakar yang sudah tersedia di atas pinggan. Dia menyapu sedikit jem strawberi ke atas nya. Digigitnya dengan muka tak bersalah.
"Aku tanya kau ni. Kau pergi mana malam tadi?" soal V lagi; semakin hilang sabar. Hyuna mengeluh. "Mummy tak kata apa-apa ke?" soal Hyuna pula. V pantas menggeleng. "Kenapa? Ada apa-apa yang patut aku tau ke?" soal V lagi dengan kening yang dinaikkan.
"Takde," ujar Hyuna lalu meneguk air kopi yang sudah sedikit suam itu. "So, answer my question." ujar V sambil memeluk tubuh. "Which one?" soal Hyuna lagi tanpa memandang ke arah V. "The first one." ujar V lagi. "Tidur rumah kawan." ucap Hyuna lalu menggigit lagi roti bakar yang tinggal separuh itu.
Berkerut dahi V. "Yang mana satu? Lelaki ke perempuan?" soal V dengan seribu kerutan di dahi. "Perempuan." ujar Hyuna. Senyuman yang sukar ditafsirkan terbit di bibir Hyuna. Bertambah lah kerutan di dahi V. "Yang mana?" soal V lagi; hairan.
"Hish kau ni! Banyak soal lah. Dah lah aku nak mandi." ujar Hyuna lalu mencampakkan roti bakar yang dimakannya di atas pinggan. Dia berlalu naik keatas dengan muka yang cemberut. "Biadabnye lah adik aku ni. Haihh.." ujar V lalu menggelengkan kepalanya.
Timbul lagi kerutan seribu di dahinya. 'Mana Luhan?' itulah perkataan yang sedang bermain di fikirannya sekarang. Dia mencari kelibat Luhan di dapur, luar rumah dan sekeliling kawasan itu, tetap sama; Luhan tiada. "Mana pulak budak ni pergi?" gumam V seorang diri.
Pintu bilik Luhan ditolak. V meninjau-ninjau di dalam bilik tersebut. Kedengaran suara seseorang terbatuk-batuk di dalam ruangan tersebut. "Luhan?" V memasuki seluruh tubuhnya di dalam bilik sempit tersebut. Kelihatan sesusuk tubuh sedang merekot di dalam selimut.
"Luhan?" ujar V lagi sambil membuka selimut tersebut. Kelihatan Luhan sedang berpeluh-peluh dan menggigil. Bibirnya pucat tidak bermaya. "Luhan? Kau ok tak ni?" V meletakkan tangannya keatas dahi Luhan. Tidak sampai 2 saat, dia menarik tangannya semula. "Panasnya! Kau demam ni!" ujar V sedikit kalut kerana badan Luhan yang terlampau tinggi suhunya.
V mencempung badan Luhan hingga ke keretanya. Dia berlari semula ke dalam mengambil selimut Luhan. Kereta di pandu terus ke jalan raya yang menuju ke hospital.
"U pikir apa babe?" soal Suzy yang sedang membuat video call bersama Hyuna. "Babe. U rasa, V akan restu tak hubungan kita?" soal Hyuna sambil membuka bajunya untuk mandi. Kelihatan bra berwarna merah milik Hyuna tersarung di badannya.
"Babe?" soal Hyuna lagi sambil dirinya terus membuka skirt mini yang dipakainya. Seluar dalam g-string warna merah juga tertayang di badannya. "Babe? Kenapa senyap je?" soal Hyuna. Matanya terus melihat skrin laptop miliknya. "Babe!" marah Hyuna apabila melihat Suzy yang seperti orang mabuk nampak diri Hyuna yang seksi itu.
"Ya?" soal Suzy sambil mengelap air liur yang meleleh. "Tak senonoh lah U ni." ujar Hyuna lalu membaluti tubuhnya dengan tuala warna putih. "Alah, bukannya selalu dapat tengok." ujar Suzy lagi dengan kenyit mata. Hyuna dah tersipu malu. "Btw, besar jugak eh?" ujar Suzy dalam nada mengusik. "Babe!" marah Hyuna lagi yang sudah memerah mukanya. Dia terus menutup laptopnya lalu berlari menuju ke bilik air.
---------
V melangkah longlai menuju ke katil Luhan. Kelihatan dahi Luhan yang bertampal itu menambah sayu hatinya lagi. Dia duduk di sisi Luhan dengan kerusi yang disediakan. Tangan Luhan diusap perlahan lalu digenggam. Airmata menitis satu persatu.
Tidak dia sangka, kawan kesayangannya mengalami tekanan yang sangat teruk hingga membawa padah. Dia teringat semula kata-kata doktor yang merawat Luhan sebentar tadi.
"Dia mengalami demam yang sangat panas. Kami dah bagi suntikan IV. Jadi, encik tak usah risau. Demam dia akan kebah tak lama lagi." ujar doktor itu kepada V. V tersenyum lega. " Tapi, ada sesuatu yang sangat penting tentang pesakit." ujar doktor itu lagi. "Apa dia doktor?" soal V dengan seribu kerutan di dahi.
-------
"Tae?" Luhan tersedar dari pengsan. Dia merasakan tangannya digenggam erat oleh seseorang. Bahkan, tangannya basah. 'Adakah V menangis?' getus hati kecilnya. "Tae? Are you crying?" soal Luhan sambil cuba duduk dari pembaringannya.
"Ehem.. Luhan, kau belum sihat lagi. Jangan bangun dulu. Rest ok?" ujar V dengan suara yang sedikit serak. Luhan hanya mengangguk. Dia baring semula. "Tae?" panggil Luhan. "Em?" jawab V dengan suara yang semakin pulih. "Are you crying?" soal Luhan lagi sekali. "Maybe." ujar V perlahan.
"Kenapa kau nangis? Kau ada masalah ke? Kalau ada cerita lah dekat aku. Aku sedia mendengar. Kau kan adik kesayangan aku, walaupun umur sama tapi kita beza lapan bulan tau. Aku tua 8 bulan dari kau." ujar Luhan panjang lebar. V ketawa kecil. Luhan turut tersenyum. "Kau ni. Aku ok lah." ujar V dengan senyuman yang semakin pudar.
"Habis tu? Kenapa nangis? Kau sakit ke? Lapar? Nak makan?" ujar Luhan dengan sedikit riak risau. "Tak lah. Kau ni, dalam keadaan sakit pun, still ingat pasal orang lain." ujar V dengan senyuman terpaksa. "Hehe. Habis tu? Kenapa ni? Cerita lah." ujar Luhan sedikit mendesak. "Sebenarnya..."
To Be Continue......
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro