Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

6

"Nah."Yuju capai tangan Jungkook dan letakkan cawan kertas berisi kopi.

"Gomawo."Jungkook senyum.

"Kau dah habis kerja ke?"perlahan-lahan dia hirup kopi tu.

"Aku mintak cuti separuh hari."

"Wae? Sebab cari aku ke?"

"Agaknya..yela kot.."

"Ekk??main agak pulak..Apsal kau cari aku?"Jungkook sengih.Yuju kembungkan pipi.

"Sebab...rasa bersalah.."perlahan je dia cakap.

"Hah? Apa? Tak dengar la."Jungkook buat-buat tak dengar.

"Rasa...bersalah kot."Yuju cakap sekali lagi.

"Ouh, rasa bersalah ekk? Aigoo~lembutnya hati cik Yuju kita ni."Jungkook gelak.

"Yah! Kau ni selalu buat aku macam ni! Suka sangat usik aku!"Yuju tampar bahu Jungkook.

"Aaa! Sakit!"Jungkook gosok bahu dia.

"Sakit sangat ke?"Yuju pandang muka Jungkook yang berkerut.

"Sakit la..sakit gila.Rasa macam nak mati.Akk!! Dah mati."Jungkook sengaja longlaikan badan dia dan jelirkan lidah gaya macam bangkai mati.

"Yah!!"Yuju tepuk lengan Jungkook kuat.Jungkook gelak sambil pegang perut.Bunyi nafas dia pun tersekat-sekat gelak tak ingat dunia."Ahahaaha! Dah lama tak usik kau."Dia tarik nafas.Yuju tenung Jungkook.

"Kook, banyakkan kenangan kita dulu?"

Jungkook senyum."Banyak.Terlalu banyak.Tapi yang paling banyak yang gila-gila la."Yuju gelak.

"Kau ingat lagi tak masa aku heart broken sebab crush aku reject aku punya confession kaw-kaw tu?"Jungkook sengih.

"Ingat.Yang kau menangis meraung guling-guling hentak tanah bagai tu kan? Dah la nangis tak duduk diam, pokok dekat taman bunga tu semua kau nak jahanamkan.Sampai aku yang baik temankan kau masa tu pun kau nak campak dalam paya belakang sekolah tu.Huish, dahsyat bebenor brokennya."

FLASHBACK

"Uuuuuu...wuuuuu...uhuhuhuh...."Yuju biarkan air mata dia mengalir tak henti-henti macam air paip.Kolar baju dia pun dah basah.

"Dah la tu...biarkan je la mamat tak guna tu.Jangan la nangis..Aku pulak yang sedihnya ha..."Jungkook gosok bahu Yuju yang duduk mencangkung depan pokok bunga kertas.Baru sekarang dia berani pergi dekat dengan yeoja tu.Kau rasa...mahunya terpelanting Jungkook kalau pergi dekat time Yuju menggila.Habis semua benda dia nak flip.

"Wae....kalau ye pun nak reject, tak payah la bagi ayat deep nak mampus..Sakitnya tu di sini tau..di hati suci ni!"Yuju meraung lagi kuat.Pokok bunga dekat depan dia patahkan.Jungkook terkelip-kelip.

"Yuju...jangan la macam ni.Ramai lagi namja nak kau.Setakat mamat macam tu, berlambak tepi jalan.Lupakan je la dia."Jungkook dah garu-garu kepala tak tahu nak buat apa.

"Kau cakap senang la! Ada jugak nanti aku campak kau kat paya belakang tu!" Yuju jeling tajam kat Jungkook.

"Eh eh, aku pulak yang kau nak campak.Daripada kau campak aku baik kau campak mamat tu! Puaskan hati dan perasaan lagi tau!"Jungkook muncungkan mulut tanda tak puas hati.

"Tak sanggup wehh..crush kot..."Yuju tarik rambut.Muka frust gila.

"Yah, apsal kau suka sangat kat dia?! Ada lagi namja yang sayangkan kau dan hargai kau dari dia tu!"

Yuju pandang Jungkook menangis tetiba.Air mata Yuju berhenti mengalir.

"Kook..."

"Kau ni memang tak betul! Kau tak nampak apa yang ada depan mata!"Laju Jungkook lari dari situ.

Yuju garu kepala."Apsal dia pulak yang sedih ni? Aku ke dia patut emo?"

END FLASHBACK

"Yang kau nangis masa tu apsal?"Jungkook ketap bibir.

"Dah la merajuk dengan aku sebulan.Tapikan, 2 hari lepas tu crush aku tu datang minta maaf dengan muka lebam sana sini.Kau tahu tak kenapa?"

"Molla."Jungkook angkat bahu.Takkan nak bagitahu yang dia belasah mamat tu sebab mulut tak cukup kena cili kutuk Yuju.Mahunya Yuju patahkan tangan dia sebab pukul crush kesayangan.

"Kau ingat tak masa hyung-hyung aku ajak pergi main roller coaster lepas tu kau usik Jimin hyung sampai menangis?"laju Jungkook tukar topik.Serentak diorang gelak.

"Ingat! Tu last time kita keluar sekali sebelum aku...pindah."senyum Yuju mati.Jungkook senyum pahit.

"Apa sebab kau pindah masa tu?"Jungkook teguk habis sisa kopi yang berbaki.

"Omma dengan Appa aku dah bercerai.Kau pun tahu kan yang namchin omma aku datang cari omma aku balik...Sebab tu Appa aku minta cerai..omma aku masih sayangkan ex namchin dia tu...dia kahwin dengan Appa pun sebab kena paksa."

Jungkook lentokkan kepala atas bahu Yuju."Lepas tu?""Appa aku bawa aku pindah Amerika.""Macam mana kau boleh ada dekat Korea pulak sekarang ni? Rumah lama kau pun  Appa kau dah jual."Yuju ketap bibir."Appa aku bagi balik sini sebab aku kata aku rindu Korea.Tempat tinggal pula...err...aku tumpang apartment chingu yang kerja sekali kat cafe tu."teragak-agak dia jawab.

Kalau Jungkook tahu dia lari dari rumah dan balik Korea sebab nak cari Jungkook, mungkin Jungkook marah.Masa dia sampai Korea 4 bulan lepas, selama 5 hari juga dia tidur dekat sauna.Mujur duit belanja dia cukup masa tu.Lepas tu dia terjumpa Sowon unnie masa cari kerja.Kebetulan jugak Sowon unnie tengah cari pekerja.Dan sejak tu dia bekerja dekat cafe tu dan tinggal dekat apartment bersama pekerja cafe yang lain.

"Yuju! Jom balik rumah aku! Boleh jumpa hyung dengan omma aku! Mesti diorang pun rindukan kau!"Jungkook senyum lebar sambil goncang lengan Yuju."Ok...jom.Kita naik teksi."Yuju bangun dari duduk.

Jungkook bangun.Yuju nampak Jungkook yang tertolak tongkat dia dan tongkat tu jatuh.Dia rasa sebak tetiba.Perlahan-lahan dia tunduk dan ambil tongkat tu.Tangan Jungkook dia capai.

"Nah."Jungkook senyum."Gomawo.Mian menyusahkan kau."Yuju tenung Jungkook.Tanpa dia sedar air mata dia mengalir laju.

"Kau tak pernah susahkan aku Jungkook.Langsung tak pernah."Dia tarik tangan Jungkook dan berjalan ke arah deretan teksi yang berada di kawasan tu.

'Kita saling memerlukan Jungkook.You need me, and I need U.Sebab tu aku balik untuk jumpa kau.Aku janji, aku takkan tinggalkan kau lagi.'










Vomment please....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro