Let's get it BV season3 (EP 1)
Ada Camera di setiap penjuru rumah banglo yang didiami oleh 7 manusia tetapi sekarang tinggal 6 manusia. Kesemuanya ada 5 bilik tidur. 5 bilik tidur semuanya dia atas dan ada bilik lain lain seperti bilik menari bersaiz kecil, bilik study dan macam macam jenis bilik. Sekarang menunjukkan tepat pukul 5 pagi.
(Bilik 1)
Salah seorang ahli dari group tersebut bangun daripada katilnya iaitu Kim Sooyun. Sooyun tidur bilik yang berseorangan. Sooyun bangun dari tidur terua menuju ke bilik airnya. Dia mengambil berus gigi dan pencuci muka. Selepas habis dia pun keluar dari bilik air lalu membersihkan katilnya lalu keluar dari biliknya.
Sooyun terus turun kebawah dan kedapur. Dia melambai ke arah camera lalu tunduk hormat "Anneyeonghasaeyo, BlackVelvet Kim sooyun imnida". Dia pun tergelak sendiri.
"Harini saya akan buat Pancake dan Nasi Goreng Kimchi. First, buat Nasi goreng Kimchi dulu" dia pun bawa keluar Nasi putih pastu letak di tepi. Dia bawa keluar kimchi kobis. Dan juga bahan bahan yang lain. Sooyun mula menunjukkan gaya masakkan dia. Dia potong kimchi kobis dan sayur yg lain. Dalam 5 minit. Nasi goreng kimchi dah siap.
Dia mula mengisi nasi goreng kimchi ke dalam pinggan hitam lalu dihias dengan telur dan sedikit rumpai laut.
Sooyun mula mengubah posisi lalu membuat pancake madu. Setiap pinggan diisi dengan pancake lalu dihias dengan mentega dan madu. Setiap pinggan ada 5 lapis pancake.
"Tadaaaaa, Done!!!" Sooyun tersenyum gembira.
"Ok, before pukul 6. Saya akan tunjuk dekat BlaVel seluruh pelusuk bilik kitorang. Kajja!" Sooyun terus membawa cameramen ke setiap bilik yang terdapat dirumah tu. Lalu dia terus menuju ke setiap bilik tidur yang terdapat dirumah tersebut.
"Yahh, ireona!!!" Sooyun mengetuk setiap pintu bilik tidur.
"Ppali ireona!!" Sooyun terus turun ke bawah lalu menuju ke meja makan. Sooyun menuangkan jus oren kepada setiap 6 gelas di atas meja makan tersebut. Sebelum dia menunggu lagi 5 orang ahlinya Sooyun sedang call someone.
( Bilik 2 )
"Annyeonghasaeyo, BlackVelvet Yoon Seojung imnida. Sekarang saya sedang menunggu Jae unnie yang sedang mencuci mukanya" Dia terus melambai ke arah camera disudut biliknya.
"Unnie ppali, sooyun dah tunggu dekat bawah tu" soal Seojung ke arah Jae.
"Nae nae, chakaman" Jae terus berlari keluar dari bilik air lalu menuju ke arah Seojung yang ingin turun ke bawah.
( Bilik 3 )
"Anneyeonghasaeyo, jaemin imnida. Chakaman. Leyda ppali. Unnie turun dulu tau. Annyeong" Jaemin lambai lalu keluar dari bilik.
Leyda yang berada di bilik air terus berlari turun ke bawah sambil menjerit. "Unnie, tunggu laaa".
( Bilik 4 )
Seorang main rapper keluar dari bilik airnya lalu menuju ke arah meja menulisnya lalu megambil 6 helai kertas. Neul terus turun kebawah sambil memegang 6 helai kertas tersebut.
( Bilik 5 )
Gelap dan tiada penghuni. Tetapi ia adalah bilik Seorin. Salah seorang ahli BlackVelvet yang tinggal berasingan sebab dah kahwin dengan Beast Gikwang. Jodohnya awal.
Semua ahli BlackVelvet dah ada di meja makan. "Woahh, unnie jinjja daebak!" Leyda menunjukkan thumbs up.
Mereka baca doa pastu terus makan. Selepas habis makan. "Ni haa, ambil sorang satu. Ni lagu baru kita" Neul menyerahkan kertas lirik tu kepada semua ahli BlackVelvet.
"Seorin unnie?" Soal Seojung.
"Nanti dia datang sini" Cakap Neul.
Masing masing semua menuju dekat bilik pastu mandi. Yang ada dekat ruang tamu sedang tengok tv hanyalah jaemin dengan Jae.
"Asal korang tak mandi lagi?" Soal sooyun yang baru keluar dari dapur. Maybe selepas habis basuh piggan mangkuk.
"Ala macam biasa la Yun unnie. Si leyda la mandi dulu" Cakap Jaemin.
"Seojung tu haaa, mandi lambat" Ujar Jae pula.
"Haa, yelah yelah nanti cepat sikit mandi. Unnie naik atas dulu. Unnie nak mandi" Ujar Sooyun ke arah Jaemin dan Jae. Walaupun Jae tu tua daripadanya.
Sooyun mula mendaki anak tangga lalu menuju ke bilik leyda dan Jaemin. "Leyda ooo leyda ppali-wa. Nanti kita nak kena keluar. Ada mission!" Ucap Sooyun lalu keluar menuju ke biliknya.
Neul terus turun ke bawah lalu menuju ke ruang tamu. "Yahh, tak mandi lagi ke. Bau busuk la. Bau kambing. Dah sana sana. Korang pergi mandi sebelum unnie bagitau dekat Sooyun apa yang korang buat dekat dapur dia waktu dia tak ada dekat rumah ni." Ujar Neul.
"Ehh, unnie ni main ugut ugut pula. Tak macho langsung" Ujar Jae mencebik lalu menarik tangan Jaemin naik ke atas.
Neul tergelak kecil. "Kesian".
Selepas semua ahli BlackVelvet ada dekat ruang tamu tu. Tiba tiba diorang dengar bunyi loceng. Kring~ Kring~.
"Leyda kau pergi buka. Kau kan maknae" Ujar Seojung. Leyda terus menuju ke pintu rumah.
Tiba tiba dia jerit. "Unnie!" Sambil peluk yeoja tu. Rupa rupanya Seorin dengan Gikwang dan juga Hyunri. Semua ahli BlackVelvet berlari ke arah pintu. Sooyun terus mengangkat Hyunri.
"Anneyeong Hyunri"ujar Sooyun sambil mencubit pipi Hyunri.
"Annyeong oppa" Senyum mereka berenam.
"Nah mission pertama kita" Ujar Seorin sambil menyerahkan Kad mission itu kepada Sooyun selaku leader. Tapi dia pergi sua pula dekat Neul.
"Unnie baca. Yun tengah pegang Hyunri ni" Senang je Sooyun cakap. Neul pun mengambil dengan muka terpaksa.
"Anda semua dikehendaki menjaga Hyunri......"
"Tak pe. Mak dia ada" Potong Jae.
"Sementara Seorin dan Gikwang pergi beli barang untuk Hyunri" Mata diorang semua terbeliak.
Sooyun terus merampas kad tu. "Jaemin, jae unnie, Seojung unnie dengan Leyda jelah jaga. Diorang kan suka budak budak. Korang suka budak budak ann?" Ujar Sooyun.
"Senang hati kau je ann" Jae mengetuk kepala Sooyun.
"Waduhh, sakit la kepala gua sih" Haa, hambik kau sekali keluar indon kau.
"Ok, bye Unnie keluar dulu tau. Bye bye. Jom Gik" Ujar Seorin sambil lambai dan menarik Gikwang keluar.
"Jaga anak aku tu elok elok tau!" Seorin separuh jerit dari luar rumah.
Tiba tiba Hyunri menangis. Semua kelam kabut. Jaemin, Jae, Leyda dan Seojung je yang steady. Leyda dan Seojung mula membuat muka lawak dan muka comel supaya Hyunri berhenti menangis. Dan ajaibnya Hyunri menangis. Jaemin dan Jae pula pasang PinkFonk Baby Shark.
Sooyun pula naik ke biliknya sedang hafal skrip. Neul pula dekat dalam biliknya sedang cipta lagu.
Dalam 45 kali kerja duduk ulang lagu Baby Shark je. Jaemin ingin mencapai remote control. Terus Jaemin terlepas sebab Hyunri menangis je. "Ala, aku gaya je nak tengok Grim Reaper aku" Ujar Jaemin sedikit kecewa. "Tu la, aku nak tengok Goblin aku" Ujar Jae pula.
Jaemin dan Jae sudah kemaruk tengok cerita Goblin. Diorang salahkan Seojung sebab selalu tengok drama. Sampai diorang pun terpikat dengan cerita Goblin.
Sooyun dan Neul terus keluar dari bilik mereka. "Asal kerja duduk ulang lagu Baby Shark je. Tak ada lagu lain ke?" Soal Neul.
"Unnie, tolong kitorang. Hyunri tak bagi tukar. Min nak tengok Grim Reaper" Ujar Jaemin meminta tolong.
"Ehh, korang ni. Waduhhh, Hyunri! Hyunri! Jom ikut Yun omma pergi dapur. Hyunri meati laparkan. Hyunri minta apa pun Yun omma masak ok?" Sooyun turun ke bawah lalu mendukung Hyunri.
"Yun omma, Hyun nak makan Chicken Chop!" Ujar Hyunri dengan gembira.
"Arasso. Arasso. Yun omma masak. Sekejap ye" Sooyun mengganguk lalu mula masak. Dalam 30 minit. Sebanyak 9 Chicken chop Sooyun buat.
"Tadaaaa!!!!" Sooyun menunjukkan chicken chop kepada Hyunri.
"Wahhh, Yun omma memang terbaik" Ujar Hyunri sambil menunjukkan thumbs up dan tersenyum gembira.
"Dah dah la tengok cerita Goblin tu. Tolong la Yun siapkan hias Chicken Chop ni" Ujar Sooyun diikitu oleh kesemua 5 mereka menuju ke dapur lalu tolong Sooyun.
"Jangan makan lagi tau. Tunggu rin unnie dengan gik oppa. Yun nak naik atas mandi. Sebab nanti Yun ada pengambaraan" Ujar Sooyun sambil naik ke atas.
Dalam 5 minit Sooyun turun ke bawah sambil memakai baju putih dan seluar jeans.
Bunyi loceng rumah berbunyi. Seojung pun pergi buka pintu. "Kitorang dah balik" Ujar Seorin gembira.
"Mana hadiah kitorang?" Soal Jae.
"For what?" Soal Seorin pula.
"Sebab kitorang jaga anak unnie" Ujar Jaemin pula.
"Ohh, lupa. Haa, ni hadiahnya...." Ujar Seorin.
"Mana?" Soal Leyda.
"Korang dapat pahala" Ujar Seorin.
"Waduhh, unnie ni. Buat sakit hati je" Ujar Leyda.
"Dah dah, kajja makan. Nanti Yun ada penggambaraan" Ujar Sooyun sambil menuangkan air ice lemon tea kepada 9 gelas.
Selepas habis makan. "Hyunri, Yun omma pergi dulu tau. Nanti kita jumpa lagi" Ujar Sooyun sambil mencium pipi Hyunri.
"Ok, hati hati tau" Ujar Hyunri.
"Yun balik lambat hari ni. Sampai malam. Jangan tunggu Yun".
"Oppa, oppa jaga tau Rin unnie ni elok elok. Jangan bagi dia makan banyak sangat. Nanti gemuk" Ujar Sooyun sambil berlari keluar dari rumah sebab dia tahu dia akan kena cubit dengan Seorin kalau dia tak lari keluar.
"Kurang hajar punya budak. Sabar je la"
Ahli BlackVelvet semua menuju ke arah bilik mesyuarat mereka. Mereka mula berlatih menyanyi dengan lagu terbaru mereka. Gikwang dengan Hyunri pula di bilik Seorin sedang tidur. Letih agaknya.
Jam tepat menunjukkan 10 p.m. Seorin dan Gikwang serta Hyunri sudah nak balik.
"Unnie balik dulu tau. Jaga rumah ni elok elok tau. Jangan korang gaduh gaduh sangat. Dengar cakap Neul sebagai paling tua dalan rumah ni dan dengar cakap Sooyun sebagai ketua dalam kunpulan kita. Ok, bye.. unnie nak balik dah ni" Seorin pun peluk sorang demi sorang member BlackVelvet walaupun esok dia akan jumpa lagi. Tetapi tulah kalau dah tidur sekali, makan sekali, susah senang bersama sama.
Tak kan tak rapat kan. "Bye, oppa" Ujar mereka serentak. "Hyunri-shii. Nanti selalu la datang melawat kitorang" Ujar Neul sambil memeluk Hyunri.
"Hyunri nak kiss?" Soal Jae dan Leyda serenrak aambil menunjukkan pipi mereka. Hyunri pun cium pipi mereka semua.
Selepas diorang keluar. Ahli BlackVelvet mula naik ke bilik masing masing. Neul mengunci pintu rumah lalu menutup lampu. Dia pun naik ke atas.
(The End Ep1)
Preview Ep2
"Unnie, Da takut la" sambil peluk tangan Jae.
"Aaaaaaaaaaaaaaaaa" Jerit Seorin dengan kuat.
"Tolong jangan bunuh saya. Please, tolong jangan bunuh saya" Ujar Seojung sambil tunduk merayu.
Kenapa dengan diorang? Ada apa yang terjadi? Saksikan Let's Get It BV ep2 di KBS dan SBS.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro