° BS 0.1 °
" Berita terkini, saya melaporkan bilangan nelayan dan juga pelayar kapal dagang yang kembali ke daratan dengan mata yang buta semakin meningkat. Perkara ini amat membimbangkan pekerja yang sepatutnya berlayar di kawasan perairan serta menjejaskan ekonomi perdagangan, perlancongan dan juga perikanan di negara ini.
Berdasarkan maklumat yang diberikan kepada mangsa dan juga rakan mangsa yang terselamat, dikatakan bahawa kawasan perairan laut yang berada diantara dua benua yang menjadi laluan singkat bagi memudahkan para pelayar untuk berulang alik mempunyai "penduduk" yang merbahaya.
Menurut sumber juga, sesiapa yang berada di kawasan tersebut akan dibutakan matanya dan kehilangan anak mata buat selamanya. Setakat ini, polis dan juga pihak berkenaan sedang bertungkus lumus untuk mencari punca kepada kejadian ini
Sekian, berit--"
Televisyen dimatikan remote dihempaskan ke lantai. Entah kenapa, berita tersebut menyerabutkan kepalanya dan membuatkan dia menjadi tak senang duduk. Telefon pintar yang berada di genggaman dibuka, jarinya ligat menaip nombor dan terus melakukan panggilan.
Malangnya panggilan tak dijawab, jejaka tersebut mendail kembali dan masih menunggu panggilan untuk dijawab. Kesabarannya makin tipis, mahu saja dia hempaskan telefon ni ke dinding. Sebelum sahaja dia menamatkan panggilan nombor yang dipanggil berada di hujung talian
" Yah, hyung kenapa Jun call tak jawab?! Duh, clubbing again? " Dahi dikerutkan penat dengan abang sulung yang tak habis nak berfoya-foya. Balik je memang pintu rumah jadi kolam muntah.
" Anii, hyung dah tengok berita? About those fishermen? Eh?! Dah tahu dah?! " Kepala Jun makin bengong, macam mana hyung yang clubbing sampai mabuk boleh tahu sedangkan dia yang duduk senang bermalasan di sofa baru je tahu.
" Arra, nanti kita jumpa kat basement. Hyung dah collect semua informations? Ha ok, btw peti ais kita yang ke 1000 dah rosak. Heh, tak lain tak bukan Mingyu hyung yang kebulur macam apa sampai pergi habiskan makanan sampai patah pintu peti ais. Eih kurang asam betul, pen- "
Belum sempat hyeonjun meneruskan kata bebelan, Taeyong sudah menamatkan panggilan. Tak guna punya abang, sabar je.
" Oi babun, kau sini. " terlihat Mingyu yang berkemungkinan telah bertahun lama bercekak pinggang di meja makan menunggu si adik menamatkan panggilan. Sudah tentu, Hyeongjun berdecit dan pergi ke arah Mingyu, langkah sengaja diperlahankan. Sebab dia hyeongjun kena kemas balik barang yang bersepah.
" Ya tuanku perut boyot nak apa? " Mingyu menyekeh kepala budak bertuah tu. Dah berapa banyak nickname yang Jun bagi dekat dia. Lol, termasuk ni dah ke 100th
(tabah 2k20)
" Eih kau ni, aku cepuk lagi sekali baru tahu. Ha aku nak masak ni, kau nak apa? "
" Taknak ah, hyung masak rasa.... buwekkk!! Terbayang pun rasa nak muntah.. "
" Eh kau ni memang nak kena! Sini kauu!! Biar aku masak kau dalam periuk ni!! "
Dengan itu saya mengistiharkan perang antara giant dan dwarf abad ke-20 sudah bermula. Mingyu menarik rambut Jun dan menggengamnya sehinga beberapa urat rambut tercabut. Jun yang merasa sakit membalas dengan menggigit ketiak si Mingyu, pergh boleh terasa kemasaman yang menyengat. Masing-masing tak nak menyerah kalah, sampai dapur yang mulanya bersih suci murni dah bertukar jadi tempat peperangan. Habis bahan-bahan masakan jatuh, periuk segala bende terpelanting sana-sini. Mereka tak hiraukan bende tu yang penting meneruskan pergaduhan yang tak seberapa tu. Kalau macam ni gamaknya, memang tahun depan tak habis gaduh.
Jadi, bila perkara sebegini mestillah ada orang ketiga yang menamatkannya. Orangnya adalah Sejun yang sebenarnya duduk terlantar dekat atas katil menikmati waktu kemalasan dan berseorangan dia tu tanpa sebarang gangguan di dalam bilik. Malangnya sebab dua ekor orang hutan dekat bawah yang menjerit macam apa, dia terpaksa meredah lautan tangga mansion mereka yang tak terkira. Nak naik lif terlalu jauh dari bilik dia jadi dengan terpaksa dia relakan (lol).
Sesampainya Sejun di dapur, dia tak terkejut dengan keadaan Mingyu dan Hyeongjun yang masing ii dah buat headlock, mereka pernah buat lagi teruk dari tu. So takat headlock terlalu biasa bagi mereka. Si Sejun bersandar di dinding, menghela nafas pasrah.
" Mingyu hyung and Jun, why not you guys stop it? You know what, my beauty sleep terganggu sebab korang tau! " Sejun memandang tajam mereka berdua.
Mingyu dan Hyeongjun yang terlantar terus berhenti dan memandang ke arah Sejun. Segala aksi wrestling tadi terhenti begitu sahaja dengan kehadiran Sejun. Siapa je tak terkedu dengan muka beku Sejun yang sekali pandang memang kau sekali yang beku.
" Cut it off now or I will tell Taeyong hyung, you choose " seraya itu Sejun terus melangkah ke ruang tamu dan baring di atas sofa menyambung tidurnya yang terganggu tidak menghiraukan mereka berdua yang masih bergaduh nak tentukan siapa yang kena kemas paling banyak.
Selang beberapa minit, Sejun melelapkan mata. Pintu mansion dibuka kuat sekali ditemani suara nyaring jejaka pendek melulu masuk diikuti dengan seorang lagi jejaka yang lebih tinggi.
" WE'RE BACK BITCHESS!! "
" Yah yah!! Lepas budak kat daput tu, korang pulak. Eih bila masa aku nak tidur dengan tenang. " Sejun terasa jengkel dengan Jimin yang membuat entrance berbekalkan suara nyaring dia tu. Terus mood beauty sleep dia hilang.
" Ehek, bukan beauty sleeplah it's beauty pemalas sleep HAHHA. Baru sesuai dengan hyung, kan kookie? " Jungkook yang dari tadi membelek barang yang dibeli di shopping mall bersama Jimin hanya mengangguk. Tidak menghiraukan pertanyaan si abang. Malah pergi menyelit berkepit dengan si Sejun. Budak ni bukan boleh dengan semua nak berkepit, katanya jealous.
" Eo? mana Taeyong hyung dengan Seonghwa? " Jungkook bertanya sebab kerana hairan. Selalunya petang macam ni mereka berdua dah balik. Tapi hari ni agak lambat.
" Entahlah, kejap lagi balik lah tu " Sejun menumpukan perhatian dengan telefonnya.
" Tapikan hyung, tadi dekat mall ada jugak terdengar orang kecoh-kecoh pasal nelayan dekat laut tu. Hyung tak rasa pelik ke? "
Jimin sengaja mengumpan Sejun untuk buka cerita berkenaan nelayan tersebut. Sebenarnya sebelum perkara ini masuk berita, Jimin dan Jungkook sudah terlebih dahulu mengetahui. Mereka sudah mengkaji dan rasa berkenan untuk mencari punca mahupun sesuatu yang dikatakan tersimpan elok di dasar lautan tersebut. Jungkook pun apa lagi, dia pun sibuk menambah perasa supaya Sejun jatuh ke perangkap.
" Kookie pun pelik, sebab macam tak logik je kan. Balik-balik je terus buta, something's wrong tho. Maybe.... ada sesuatu yang menarik or berharga dekat sana sebab tu diorang kena macam tu. It's like something in there yang patut dilindungi dari manusia. Hyung tak rasa macam tu ke? " Jungkook tersengih kerana apa yang ditanya seperti berjaya mengumpan abangnya. Sejun mengalah dan mula membuka cerita.
" Korang ni, bab-bab macam ni laju je. Oklah, hyung tak tahu banyak pasal kejadian ni. But apa yang hyung pasti, ada harta dekat bawah sana and kalau kita dapat. Conform kaya 7 keturunan, but that's not easy as you thought.. "
" Not easy macam mana tu? " sampuk Hyeongjun dan mingyu yang secara tiba datang mendengar apa yang Sejun katakan.
" Bising ah, Sejun nak cerita lah ni. Ok, macam yang korang tahu semua nelayan or anything yang lalu or specifically termasuk ke dalam kawasan tu akan buta. So, menurut doktor dan juga pihak kesihatan yang merawat mangsa tersebut mengatakan tiada langsung kesan luka yang menyebabkan buta. Jadi korang rasa apa maknanya? " Mereka semua yang mendengar pelik, macam mana boleh buta sedangkan takde luka. Ianya agak mengejutkan bagi mereka semua untuk tahu perkara luar biasa ni
" So, maksud hyung mereke kena.... "
" Sumpahan " belum sempat Jimin menyambung, Taeyong yang berada di muka pintu menyampuk dan menjawab dengan selamba. Dengar saja apa yang dikatakan Taeyong, mereka terkejut beruk.
Seonghwa tergelak kecil melihat gelagat adik beradiknya yang terkedu kecuali Sejun. Masing-masing muka tak boleh bawak bincang, si Jungkook drama king tu memang over sampai mulut ternganga dia tu boleh masuk buaya.
" OMG ARE YOU SERIOUS?! "
" Damn, that's sucks "
" Wah, bestnya ada power! "
" No comment "
Taeyong tersenyum sinis, dia mengorak langkah ke lif. Ditekan punat tingkat paling bawah dan dibetulkan rambutnya yang tidak berapa kemas. Seonghwa yang mengetahui ke mana Taeyong mahu pergi membuntutinya.
" To the basement, NOW. " arah Seonghwa sebelum pintu lif ditutup. Mereka yang lain terus berpusu-pusu ke arah lif di sebelah dan terus menuju ke arah basement.
.
.
.
.
.
Manakala di suatu tempat yang dipenuhi batu karang beraneka warna. Ikan kecil yang yang berenang bebas tanpa risau ditangkap. Terlihat seekor ikan duyung berenang ke arah gua yang tersorok dari pandangan. Ekornya yang dihiasi mutiara berwarna merah menambahkan kecantikan sisiknya yang berkilat dan bewarna putih suci.
Di dalam gua tersebut tersorok suatu tempat yang didiami olehnya bersama adik beradiknya. Persekitaran yang dipenuhi kerang yang menyimpan mutiara berharga, emas mahupun harta tinggalan kapal yang karam berdekatan tempat mereka tinggal. Diambil dan dibawa untuk dijadikan perhiasan tempat mereka. Bukan itu sahaja, gua tersebut mempunyai lubang di atas yang menerima sinaran bulan dan juga matahari yang menyinari tempat tersebut dari kegelapan.
Setibanya dia di kediaman mereka, datang seorang lagi gadis yang jelas terpampar wajah kerisauan dia terhadap akaknya.
" Unnie! Macam mana tadi, okay tak? Ada sakit dekat mana-mana? "
" I'm fine, Ari. Mana yang lain? " Violet tersenyum manis, menandakan dia baik baik saja di luar sana berseorangan. Aria lega kakaknya selamat dari perkara buruk.
Teringat sahaja dia akan sesuatu, Aria terus menarik tangan Violet dan membawa dia ke dalam istana kecil di gua besar tersebut.
Rupanya, adik-adik dia yang lain sedang menunggu kepulangan Violet. Terlihat adik bongsunya Mikayla dan dua gadis kembar iaitu Laura dan Aurora sedang berkepit dan sengaja menganggu Alana yang sedang sedap menyanyi sampai jadi sumbang. Akhirnya mereka, diluku kepala oleh Alana yang geram kerana menganggu suara emas dia dari beraksi (lol). Lydia yang berada batuan hanya menggelengkan kepala, sudah biasa dengan perangai mereka yang suka menyakat Alana.
Lydia yang perasan akan kehadiran Violet dan Aria, memanggilnya untuk berkumpul di ruangan tengah. Mereka berdua mengangguk dan membawa diri ke ruangan tersebut.
" Laura, Aurora and Mikayla sudah-sudahlah tu kacau Alana unnie, nak nazak dah tu. Meh sini, Violet unnie dah sampai." Lydia memanggil seraya itu mengambil tempat bersebelahan Aria. Mendengarkan nama Violet, mereka terkedek-kedek berenang untuk berada di hadapan Violet.
" Ha unnie, cepatlah cerita kami nak dengar " Laura dan Aurora berkata serentak, tidak sabar nak mengetahui apa yang ingin diberitahu Violet.
" Ye adikku sayang. Ok selama ni, unnie cuba buat yang terbaik untuk pastikan kita selamat. Tapi dengan jumlah manusia, yang makin hari makin ramai. Kemungkinan boleh menggugat keselamatan kita. " Violet merintih kerisauan kerana takut kewujudan mereka akan diketahui manusia, makhluk yang paling ditakuti mereka. Kebenarannya, selama ini punca yang menyebabkan nelayan dan juga manusia menjadi buta adalah Violet sendiri. Dia yang mengenakan sumpahan ke atas semua manusia yang berani untuk mendekati mereka. Dia terpaksa demi keselamatan mereka semua.
" Habis kita nak buat apa, dah takde tempat lain dah nak sembunyi. Lagipun kalau nak keluar lagi bahaya. Kita tak tahu bahaya yang menunggu " Alana mengutarakan kebimbangan dengan bahaya yang mendatang sekiranya mereka bercadang untuk bermigrasi (wtf lol).
" Tulah, unnie tengah pening. Unnie lagi risaukan Laura dengan Mikayla ni. Kalau apa-apa jadi dekat mereka berdua memang susah. " Violet mengusap lembut kepala Laura dan Mikayla. Terpasang riak wajah risau dan bersalah di muka mereka. Oleh kerana, mereka berdua perlu dijaga rapat membuatkan mereka seperti bebanan yang berat untuk ditanggung.
" Unnie... Miyo minta maaf sebab susahkan.. " Mikayla hampir menangis, kakaknya yang lain tersenyum pahit. Bukan salah Mikayla mahupun mereka semua yang memaksa mereka mereka untuk bertindak demikian ianya kerana sikap pentingkan diri yang semakin membuak makhluk lain yang cuba mendominasi kuasa dan juga kekayaan.
" Takpela, nanti kita fikir jalan penyelesaian. Now, kita main dulu. Siapa nak main!! " Lydia cuba menaikkan suasana dengan mencadangkan permainan untuk dimain. Tidak mahu perkara yang dibincang tadi merendahkan mood mereka.
" SAYA! saya nak main "
" Miyo nak jugak, unnie! "
" Omg, game apa? I'm ready!! "
Ketiga-tiga crackheads teruja untuk bermain. Masing-masing terus melupakan kerisauan yang melanda diri dengar sahaja apa yang dicadangkan. Lydia tersenyum gembira kerana berjaya mengalihkan perhatian mereka bertiga.
" How about.. swimming race?! Okay tak? " Nampaknya permainan tersebut merupakan aktitviti kegemaran mereka. Sudah tentu Laura juara bertahun-tahun bersorak riang kerana dapat permainan yang dia mahiri. Dia tekad untuk menang permainan ni kerana sesiapa yang meraih kejuaraan, Lydia akan menghidangkan hidangan paling gempak dan menyelerakan hanya untuk pemenang.
Oleh itu, bukan sahaja Laura ingin menang malah Aurora dan Mikayla juga bertekad untuk menang. Sebab terlalu taksub sangat, pernah suatu ketika mereka bertiga memasang perangkap untuk cuba mensabotaj antara satu sama lain tapi terkena batang hidung sendiri. Alamatnya hidangan lazat itu dinikmati oleh Violet, Alana dan juga Aria.
" Heh, aku yang menang. Takde sape boleh kalahkan aku " Aurora tersenyum sinis, sudah bersedia untuk mengalahkan mereka.
" Eleh mimpi jelah, Mikayla yang akan menang cehh! " kata si adik dengan pandangan yang penuh semangat
" Pfft, korang berdua nak menang? Euw no way dahlah lambat hahaha " Laura tergelak mendengarkan niat mereka untuk mengalahkan dia. Tapi rupanya memang dia akan kalah dari awal sebab apa? well lets see.
" Berani.. unnie cakap kami l-lambat..?! "
" Ergh! Memang nak kena ni. Miyo! SERANG!! " Aurora dan Mikayla yang terkesan dengan Laura laju menyerangnya menyebabkan Lydia yang dari tadi elok merancang menu terpaksa meredakan keadaan
" Eh ikan-ikan ku, bawaklah bertendang. Benda kecik je kot, waduh sabar je aku layan korang nih. Eh! eh Miyo janganlah gigit ekor Laura tu! Aurora! rambut tu jangan ditarik aduhmak kenapalah akak aku ni tak matang " Lydia pasrah mempunyai kakak yang serupa adik kecik. Memang selalu sangat nak bergaduh, dia juga terpaksa jadi orang tengah. Kalau tak memang nahas mereka bertiga tu. Lydia mencuba lagi untuk halang mereka namun tak berdaya (RIP Lydia)
Manakala di laman luar istana mereka yang ditumbuhi karang dan juga ikan ikan bercahaya yang mewarnai laman tersebut. Terletak juga patung 2 ekor ikan duyung yang menyerupai ibu bapa kepada 7 beradik tersebut.
Di situ, juga menjadi tempat perbualan serius antara Violet, Alana dan juga Aria. Mereka masih membincangkan hal tadi yang tergendala kerana bimbang menakutkan Laura dan Mikayla.
" Unnie rasa, mereka dah tahu tentang keberadaan kita dan juga harta King Triton." kata Violet yang memicit dahinya. Terlalu banyak perkara perlu dilakukan
" Masalahnya, tak semua makhluk tahu mengenai kewujudan kita. Tidak tertulis di mana-mana tempat ataupun bukti yang menunjukkan kita ini benar. Mereka hanya tahu tentang kewujudan harta tuanku Triton sahaja. " Aria membantah penyataan Violet kerana mereka sudah pasti sejak dahulu lagi bahawa kewujudan mereka ini tidak akan dicatat dalam sejarah mitos mahupun diketahui oleh kaum sejenis mereka. Hanya King Triton iaitu anak kepada Poseidon sahaja yang mengetahui dan sedaya upaya menyorokkan hal ini dari pengetahuan mana-mana makhluk termasuk para Olympus's God and Goddesess.
" Yeah, I agree with Aria. Tapi apa yang buat aku pelik, macam mana manusia boleh tahu lokasi harta tuanku sedangkan kita yang mempunyai kaitan dengan harta tersebut langsung tak tahu apa- apa. " Alana memberitahu rasa sangsi dia yang selama ni bermain di fikiran. Betul juga apa yang dikatakan Alana, kenapa perlu manusia dan bukannya kaum sejenis mereka sendiri yang dapat mengetahui maklumat seperti ini?
" Unless, ada dalang di sebalik semua ni. But I'm not going to jump into any conclusions, kita perlu teliti dahulu apa rancangan kita selepas ini. Okay I know this gonna sounds crazy but if we gots excellent plan maybe its gonna work... " Violet cuba memberikan idea yang bernas tapi kemungkinan akan dapat tentangan dari adik-adiknya yang lain.
" Jangan cakap yang unnie nak pergi dekat luar sana.. I mean to the h-human w-world..?! " si kakak sulung mengangguk lemah mengiyakan apa yang Aria katakan.
" No way! Omg kau biar betul? Bahayalah, unnie tau kan manusia tu macam mana?! How about your sisters safety and how about us? " Alana tidak bersetuju dengan Violet, plan ni memang cari nahas namanya. Pergi jauh dari sini lagi bagus dari berada di alam manusia, dahlah tak tahu apa mengenai alam manusia. Satu silap langkah memang habis, silap-silap nyawa dah melayang dari dunia ni. Walaupun mereka sudah beribu tahun hidup tapi ingin menamatkan riwayat di tangan manusia, it's a big no.
" I know that, itu je cara kita nak teruskan hidup. Unnie janji lepas sahaja kita dapat King Triton punya harta, kita akan pergi jauh selamat dan terhindar dari semua bahaya. " Violet bertekad dengan perkara ini dan dia akan pastikan ianya akan berlaku, by hook or by crook. Tiada siapa boleh mengancam keselamatan mereka, they'll always be together safe and sound.
Melihat akak sulung yang tekad, Aria dan Alana tiada pilihan selain daripada patuh kepadanya. Lagipun segala pilihan dibuat olehnya adalah untuk keselamatan mereka juga. Mungkin rancangan ini akan membantu mereka dalam meneruskan hidup serta melindungi harta pemerintah mereka.
" Jadi, kita nak buat apa sekarang? " Alana dan Laura bertanya serentak. Violet sebenarnya sudah merancang perkara tersebut dan cuma perlu penambahbaikan daripada adik-adiknya yang lain.
" Just prepare ourselves.. "
°~•|•~°|°~•|•~°|°~•|•~°|°~•|•~°
Hola guys!! Macam mana first chap? ok tak? huwa pendek sangat ke? maaflah kalau macam hambar je huhuhu. I am sucks at explaination huhhuhu sorryyy
Sorry ya sebab lambat update ahahha sebenarnya an, Lya tak berapa confident dengan ayat BM ni uhuk takut tersalah.
Segala kesalahan tatabahasa amatlah saya kesali.
But anyways kalau ada masalah boleh je bagitau nanti Lya cuba betulkan. So don't forget you guys punya job okay? Comment titik pun Lya terima ehek dah tau dah hambar. Btw kalau best tu, bolehlah tags or ajak kawan yang berminat nak baca. Lya tak paksa pun okeyh yang penting anda baca
Eh terbebel banyak pulak, kita jumpa next time. Byebyee and Stay Safe !! ♥️♥️
filtergguk
untitlewriter
YujinChoi89
Tiarathirah
dh4n1s
im_chubb
GYUCCIGANG
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro