Black Cat ✓
Happy reading <3
Horsenah's
Sebelum eomma mati, dia ada hadiahkan aku seekor anak kucing. Katanya, tidak mahu aku menjadi orang gila apabila dia sudah tiada nanti.
Ini bukan sekadar menambah gila dikepala tapi juga menambah beban!
Kalau kucing itu putih dan berbulu gebu, akan aku terima dia dengan hati yang terbuka- tapi ini! Tch! Eomma langsung tidak mengenali citarasa anak kandung dia sendiri.
Aku mula mendekati kucing hitam yang sedang tertidur lena diatas sofa merahku. Kolar yang terdapat dileher hitamnya, dicuri - curi lihat.
" San? Itu nama kau? Hm. Aku pelik, kenapa eomma suka sangat bagi nama yang buruk - buruk? Tahulah nama dia HoPeah, tapi janganlah bagi kucing ni nama hodoh macam dia. Tch.. " monolog aku sendirian disebelah kucing hitam ini.
Jangan kata aku racist terhadap kucing yang berbulu hitam ni, tapi dia selalu cakar aku sampai berdarah teruk. Lepas tu, dia akan datang dan jilat darah tu.
Dia ingat, dia kucing besar yang dalam cerita Alice In The Wonderland tu ke apa? Jilat sikit, dah sembuh- kepala tengkorak dia!
Tiba - tiba, kucing itu terbangun-
" SHRKKK! "
_____
Burung pipit yang sudah diterkam oleh San, terbaring lemah diatas karpet merahku. Nasib baik dia masih hidup.
Mati - matian, aku ingatkan kucing hitam ni nak cakar aku, rupa - rupanya dia nak tangkap burung kat tepi tingkap.
Kepala menoleh melihat San- oh shit! Dia nak gigit tengkuk burung tu!
Cepat - cepat aku berlari ke arahnya sebelum menghalau San agar menjauhi burung itu.
Tapi semuanya sudah terlambat.. Tubuh burung itu sudah pun menjadi sejuk. Dia dah.. mati.
Perlahan - lahan, aku kebelakang. Kepala digelengkan, tidak percaya dengan situasi yang berada dihadapan aku.
Oh tuhan, kenapa perkara ini perlu berlaku semula? Kenapa aku tiba teringat akan kematian eomma?
Kornea mata terus naik melihat wajah kucing hitam yang bernama San itu. Dengan perasaan marah, aku menghampiri kucing tak guna tu.
Baru saja mahu mengangkat tubuh kucing itu, tiba - tiba bangkai burung itu mula bercahaya, membentukkan sekujur tubuh seorang lelaki.
Aku terkedu malahan terkejut. Kaki langsung tidak boleh beranjak daripada situ.
Belakang tubuhku ditepuk dua kali oleh seseorang, dia berjaya mengambil perhatian aku daripada melihat tubuh tidak berbaju itu.
Sebaik saja aku memusingkan tubuh, aku nampak seorang lelaki yang memakai tuxedo hitam. Rambutnya tersikat kemas, kedua tangan dimasukkan kedalam kocek seluar, dia melihat aku sambil mengangkat kening kanannya.
" Kenapa? Terkejut? " soalnya sebelum sengihan sinis terukir dibibir. Menampakkan gigi taringnya yang tajam-
" Nampak lelaki tu? Dia cuba nak rampas puteri aku. Jadi, aku terpaksa bunuh dia.. Aku buat semua ini hanya untuk kau. Tidak ke kau rasa, diri kau terlalu berharga untuk aku? " sepantas kilat dia menghampiri tubuhku. Wajahnya begitu dekat denganku sehingga aku boleh merasakan hembusan nafasnya yang sejuk.
Aku memberanikan diri dengan melihat wajahnya- K-Kolar tu.. Kolar kucing hitam itu tersarung pada leher lelaki pelik ni!
Tak.. Jangan kata yang-
" Iya, sayang. Aku ialah San. Kucing hitam yang kau bencikan. Sekarang, aku benar - benar dahagakan darah manis kau, sayangku, "
EH DAH TAMAT LA HAHAHAHAHAHAHA
LAGI SEKALI, MAAFKAN LA AKU KALAU CERITA NI MACAM NOOB KE TAK SERAM KE BOSAN KE HIK HIK 😢💔 SEYA HANYALAH SEKETUL KENTAENG BUSYUK HUWAAAAA TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI MEMBACA 😭💘💗💖💕❤💞💟❤❤ :") SIYES AKU APPRECIATE KORANG SEMUA 😭💕💕💕💜💜❤❤❤❤ DORAHAE BABYFRIES! 💜💜💜💜💜💕💕💕💕
Sebarang typo, silalah abaikan kerana saya takkan betulkan HAHAHAHHAHA AKU PEMALAS YA AKU MENGAKU :")💔
•••
Please take note, bahawa cerita ini langsung tiada kena mengena dengan kehidupan sebenar watak-watak didalam cerita ini. This is pure fanfiction with a lot of merapu content.
Dilarang sama sekali untuk mencuri atau menciplak sebarang bahagian didalam one-shot ini.
Idea asal dan hak milik terpelihara
©pottaetto 2020
Start : 06 September 2020
End : 06 September 2020
Word counts : 620 words
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro