Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

L


Namjoon memandang jam di pergelangan tangannya. Sudah pukul 12 malam. Matanya menyorot ke arah Youra, gadis yang mengajaknya memakan ramyeon di kawasan 7E yang beroperasi 24 jam itu.

"Aku dah selamatkan kau, giliran kau pula temankan aku makan. Betul tak?" soal Youra sambil mengunyah dengan sedikit comot.

Namjoon memandang buruk imej gadis yang tidak tahu malu ini. Disgusting.

"Kau bayar eh?" Youra meletakkan cup yang sudah kosong di atas meja. Dia bersandar kekenyangan.

Namjoon mengangguk sahaja. Dikeluarkan sekeping dua duit kertas dari dompet nya kemudian diletak hadapan Youra. Baru sahaja Namjoon ingin pergi, lengannya dipegang.

"Aku belum tahu nama kau." ujar Youra dengan mata terkebil-kebil.

Namjoon menolak pegangannya. "Ini pertemuan pertama dan terakhir kita, jadi aku rasa ianya tak penting."

"Siapa kau nak aturkan titik pertemuan seseorang?" Youra tergelak kecil.

"Aku Kim Namjoon."

Sesaat kemudian, dia menepuk dahinya.

"Ahaa Kim Namjoon! Aku Im Youra. Salam perkenalan." Youra menepuk bahu Namjoon selamba lagak seperti bro-bro.

•••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro