Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

K


12pm, 12sep.

"Happy birthday!" muncul Youra di belakangnya secara tiba-tiba.

"Kau lagi." Namjoon menjelingnya.

"Aku heroin kau, kan? Mestilah aku muncul lagi. Rindukan aku tak?" soal Youra dengan senyuman lebar di bibir.

"Jangan buatkan aku berkelakuan seperti orang gila di sini." Namjoon terus berjalan ke hadapan diiringi dengan Youra yang masih setia di sisinya.

"Kau memang gila pun. Baru sedar ke?" sengaja Youra mengutuknya.

Namjoon menghentikan langkahnya. Ditoleh kepalanya menghadap Youra dengan tajam. Ditatap lama anak mata gadis itu sebelum mengangguk kecil.

"Patutlah tragis. Jasad kau masih tergantung di dunia ni. Bila kau nak pergi ke alam kau?" Namjoon memeluk tubuhnya.

"Bila kau nak ikut aku?" soal Youra pula.

Belum sempat Namjoon menjawab, satu suara menegurnya dari arah belakang. Namjoon pusing melihat gerangan tersebut.

"Eo tuan Namjoon. Maaf mengganggu, saya cuma nak tanya keadaan tuan. Tuan okey ke?" tanya seorang pengawal yang bertugas di bangunannya.

"Saya okey sahaja." balas Namjoon dengan pandangan pelik kepada pengawal itu.

"Baguslah, tuan kalau nak lintas jalan toleh kiri kanan dulu tuan. Nasib baik saya sempat selamatkan tuan malam hari tu. Terima kasih juga sebab belanja saya makan ramyeon. Tuan memang baik hati." ucapnya sebelum pergi meninggalkan Namjoon.

Namjoon terdiam buat seketika. Tidak lama selepas itu dia mengangguk faham. Kelibat Youra yang sudah menghilang diabaikan sahaja lalu Namjoon meneruskan langkahnya ke seberang jalan untuk menuju ke kedai makan berhampiran.

Langkah terhenti tatkala ada satu tangan menariknya untuk berundur ke belakang sebelum melintas ke jalan raya yang penuh dengan kenderaan lalu lalang di situ.

"Kau memang degil, kan? Masuk ni dah dua kali aku selamatkan kau. Mata jangan letak kat lututlah!" bebel Yoongi sendirian.

•••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro