Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 7

BERITA tentang percubaan Haris mahu merogol Ain itu tersebar ke seluruh kampung dan yang paling kecoh apabila berita itu juga tersebar di sekolah. Haris tetap tenang menghadapinya kerana dia tahu dia tidak bersalah.

Ramai juga guru-guru yang tidak percaya akan berita itu. Mereka sudah lama mengenali Haris dan sehingga kini dia tidak pernah memiliki apa-apa rekod jenayah. Mana mungkin Haris terjebak dalam perkara haram itu.

"Bersabarlah, angah. Umi percaya anak umi tak buat perkara terkutuk tu." Puan Rosnah meniupkan kata-kata semangat walaupun dirinya juga turut terluka dengan cemuhan orang kampung tentang anaknya itu.

"Terima kasih umi sebab percayakan angah."

"Ibu mana yang tak percayakan anak sendiri. Umi yang lahirkan angah, besarkan angah, bagi didikan agama yang elok kepada angah. Umi tahu macam mana perangai anak umi ni. Tak ada siapa yang boleh fitnah angah sesuka hati aja. Sabar ya, angah? Kita akan cuba cari bukti untuk selamatkan angah daripada fitnah ni." Puan Rosnah membelai rambut anak terunanya itu.

Haris begitu terharu lalu memeluk erat ibunya untuk mendapatkan sedikit kekuatan buat dirinya supaya mampu terus bertahan dengan dugaan dari yang Maha Kuasa. Memang sangat menguji kesabaran dan keimanannya.

Betullah apa yang Ijan kata hari tu. Kenapa aku tak percayakan dia? Haris berbicara sendiri. Haris berlari menuju ke bilik. Telefon bimbitnya dicapai dan terus mencari nama Ijan.

"Ijan, boleh dak hang mai rumah aku lepas maghrib ni?"

"Awatnya?" Suara di sebelah sana menjawab tenang.

"Aku ada hal sikit nak bincang dengan hang."

Ijan bersetuju juga akhirnya.

YA ALLAH... Yang Maha Mengetahui segala isi alam, bantulah hamba untuk keluar dari fitnah manusia yang mempunyai niat jahat terhadapku. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui kebenarannya. Singkapkanlah tirai kejahatan itu untuk membawaku keluar dari jalan penuh liku ini. Bantulah hamba yang teraniaya ini Ya Allah. Ini semua fitnah.

Haris mengusap wajahnya yang basah. Sungguh tinggi pengharapannya kepada yang Esa. Tiada siapa yang dapat membantunya melainkan Allah. Allah la tempat dia bergantung dan berharap.

Selepas selesai menunaikan solat maghrib, Ijan bergegas menuju ke rumah Haris.

"Assalamualaikum," laung Ijan dari luar rumah.

"Waalaikumussalam Ijan. Masuklah." Haris telah setia menanti Ijan seusai membaca ayat-ayat cinta dari Sang Pencipta untuk hamba-hamba-Nya sebentar tadi.

"Awatnya hang nak jumpa aku ni?" Ijan duduk di buaian yang berada di taman bunga milik Puan Rosnah.

"Pertamanya aku nak minta maaf dengan hang sebab tak percayakan apa yang hang pernah habaq kat aku dulu."

Bibir Ijan mengoyak senyum. "Tak ada apa sangat la. Aku tak terasa apa pun." Ijan membetulkan kedudukannya supaya lebih selesa.

Seketika ruang antara mereka berdua sepi. Hanya cengkerik sahaja yang menemani mereka berdua di atas buaian hitam itu. Ijan memandang wajah Haris sekilas. Ternyata berat dugaan yang sedang ditanggung sahabatnya itu.

"Ris... Aku nak hang kuatkan semangat. Jangan risau, aku dah dapat bukti untuk dihantar kepada pihak polis. Aku minta maaf sangat Ris." Ijan melepaskan keluhan yang berat.

"Awatnya Ijan?"

"Sebenarnya aku ada dekat tempat hang dengan Ain tempoh hari."

Haris tersentak. "Habis tu, awat hang tak keluaq tolong aku?" Suara Haris sedikit meninggi sehingga membuatkan Ijan terkejut.

Ijan menarik nafas dalam-dalam sebelum meneruskan kata-katanya.

"Aku ikut Ain lepas habis kelas sebab aku syak ada sesuatu yang tak kena hari tu. Lelaki-lelaki yang belasah hang tu semua Ain yang upah. Aku dah rakam semuanya dari mula sampai akhir. Hang jangan risau. Sekarang aku tengah nak edit balik dan aku akan masukkan ke dalam CD untuk dijadikan bahan bukti. Lagi sekali aku minta maaf banyak-banyak kat hang sebab aku lambat bagi bahan bukti dan hang terpaksa tanggung macam-macam cemuhan orang kampung. Tapi percaya la Ris, aku tengah cari jalan untuk bersihkan nama hang yang dah busuk dengan fitnah buatan Ain tu." Pengakuan jujur Ijan membuatkan Haris terharu. Hilang sudah amarahnya pada mula tadi.

"Terima kasih, Ijan. Hang memang kawan aku dunia akhirat." Mereka berpelukan. Itulah nilai persahabatan yang sebenarnya. Kawan ketika susah itu lebih bermakna apabila dia berada di sisi kita.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: