Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 5

AINUL MARDHIAH mengekori langkah Haris pada pagi itu. Sungguh dia berasa tidak tenang selepas menyimbah minyak tanah ke tubuh lelaki itu dan Haris tidak membalas sedikit pun.

Ain mengambil peluang untuk mendekati Haris yang sedang berehat di pondok wakaf sekolahnya.

"Assalamualaikum, Haris." Haris ingin berlalu meninggalkan pondok itu setelah mendengar suara orang yang sangat dikenalinya.

"Tunggu, Ris." Ain menghalang Haris daripada meninggalkan dirinya tanpa sepatah kata. Haris merengus kecil.

"Hang nak apa lagi?"

Ain menelan liur. Otaknya ligat menyusun kata-kata. "Saya nak minta maaf dengan awak. Saya tahu, saya dah malukan awak depan khalayak ramai. Saya..."

"Aku tak tau kenapa hang buat aku lagu tu tapi umi aku pesan, kalau ada orang berdendam dengan kita, kita kena maafkan dia. Jadi hang tak payah risau la. Aku dah lama maafkan hang." Haris senyum sesaat. Kemudian berlalu meninggalkan Ain yang tersenyum penuh makna.

Ijan yang sudah lama mendengar perbualan mereka berdua tidak jauh dari pondok wakaf itu, dapat menghidu sesuatu yang tidak enak. Kenapa senyum Ain lain macam? Tak macam senyuman orang yang lega selepas mendapat kemaafan. Aku kena siasat ni.


IJAN datang ke rumah Haris pada hujung minggu itu.

"Ada apa hal hang mai rumah aku ni?" Haris membawa secawan air teh O dan sepiring kuih ketayap untuk sahabatnya itu.

"Aku ada perkara penting nak tanya hang."

"Apa dia? Tanyalah." Haris mengambil tempat berhadapan dengan Ijan.

"Aku ada terdengar perbualan hang dengan Ain hari tu. Hang rasa, betul ka dia dah insaf?" Mata Ijan memandang tepat ke dalam mata Haris.

"Hang ni tak baik la Ijan. Dia dah minta maaf dengan aku. Okey la tu kan daripada tak ada langsung." Haris tersengih.

"Setakat perkataan maaf di bibir tapi tak sampai ke hati semua orang boleh buat Ris." Ijan menghirup sedikit demi sedikit teh O yang masih panas itu. Dahi Haris berkerut cuba memahami kata-kata temannya itu.

"Awat hang tiba-tiba berprasangka buruk dekat Ain tu? Sebelum ni tak pernah pun."

Ijan mengeluh kecil. "Aku bukan berprasangka buruk kat dia cuma aku rasa tak sedap hati la. Hang hati-hati ya, Ris?" Bahu Haris ditepuk lembut.

Perasaan Haris juga tidak senang setelah mendengar penjelasan daripada Ijan. Ya Allah, lindungilah hamba-Mu ini daripada fitnah manusia.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: