Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2

HARIS termenung jauh di jendela rumahnya. Apa aku nak buat ni? Kerja sekolah semua dah siap. Baca buku? Aku ni bukan spesies ulat buku mahupun ulat gonggok.

Sony Ericsson W705 dicapai. Tangannya ligat mencari nombor telefon Zahriezan atau nama manjanya ialah Ijan.

"Weh, jom race. Aku bosan gila kut duduk rumah." Berhati-hati Haris menyatakan hasratnya itu kerana bimbang jika didengari oleh orang tuanya.

"Aku no hal der. Asalkan ada geng, boleh aja." Ijan tersengih lebar.

"Okey, lepas maghrib kita jumpa dekat tempat biasa. Pastikan yang lain-lain pun mai juga. Tak syok la kalau kita berdua aja yang ada."

"Hang tak payah risau. Ini Ijan la. Hang habaq mai kat aku, siapa tak kenai Ijan dalam kampung ni? Sekali cakap, petik jari aja semua dah siap." Ijan tersenyum bangga. 

 USAI menunaikan solat maghrib, seperti biasa Haris membaca satu muka ayat al-Quran. Setelah itu, dia akan membaca pula terjemahan ayat tersebut. Haris ingin memahami isi al-Quran.

Abu Jihad, Ijan, Abdul Rahimin, Yasser dan teman- teman Haris yang lain setia menanti kedatangan Haris. Akhirnya, orang yang ditunggu-tunggu oleh mereka telah pun muncul.

"Hang ni suka mai lambat, kan?" Janji lepas maghrib tapi ni dah pukul berapa?" bebel Abu Jihad.

"Baru pukul lapan suku. Kira lepas maghrib la juga ni. Bang isyak pun tak dengaq lagi. Kalut sungguh la hangpa ni. Aku tunggu line clear aja tadi. Baru aku boleh keluaq. Pukul sembilan kita balik. Jadi la setakat nak lepas gian ka, stres belajaq ka noh." Haris tetap tenang.

Matanya meliar ke seluruh penjuru tempat mereka akan berlumba. Ternyata Ijan telah membuat persiapan dengan baik sekali. Masing-masing mengambil tempat untuk berlumba.

Untuk pusingan pertama ini, hanya lima orang yang akan berlumba dahulu. Ijan sebagai pengadil sudah bersedia di garisan penamat untuk menentukan juara untuk pusingan pertama ini.

Dua buah motosikal Yamaha dan tiga buah motor EX5 telah pun bersedia di garisan permulaan.

Yasser telah bersedia dengan beberapa keping sampul surat. "Hangpa nampak dak apa yang ada kat tangan aku ni?"

"Nampak tapi hang nak buat apa dengan sampul tu?"

"Hangpa semua dengaq baik-baik. Siapa yang jadi juara untuk pusingan pertama, dia kena pilih satu sampul surat yang aku pegang ni. Lepas tu dia kena jawab soalan yang ada dalam sampul tu. Sama juga dengan pusingan kedua nanti. Faham?"ujar Yasser.

"Nak racing pun kena jawab soalan juga ka?"

Yasser tersenyum mendengar rungutan daripada temannya. "Kira okey la ni. Sekurang-kurangnya kita bukan racing semata-mata tapi dapat belajaq juga. Kalau kena tangkap pun, kita ada alasan yang kukuh untuk pertahankan diri sendiri. Kalau depa tanya hangpa buat apa ni? Kita jawab la, kami tengah berlumba sambil mengulang kaji pelajaran. Tak ada orang lain lagi yang buat macam kita ni, kan?" jelas Yasser.

Pusingan pertama telah pun selesai dengan sorakan teman-teman yang menanti giliran mereka pula. Ali yang telah menjadi juara untuk pusingan pertama ini dibawa Ijan ke sisi Yasser untuk menjawab soalan.

"Hang boleh pilih nak sampul yang mana." Yasser menghulurkan beberapa keping sampul surat ke tangan Ali. Akhirnya sampul berwarna biru menjadi pilihan.

"Hangpa yang kalah mai sini. Dengaq juga apa soalan yang dia dapat tapi jangan jawab. Cukup sekadar untuk hangpa ingat balik apa yang kita dah belajaq." Ali berdebar-debar menanti soalan yang bakal ditanya.

Senyuman di bibir Yasser tidak dapat ditafsirkan Ali. "Soalannya adalah, berikan tiga contoh perbuatan yang mengubah ciptaan Allah."

"Ini subjek Syariah tingkatan empat, kan? Insya- Allah aku ingat lagi. Pertama, mencukur bulu kening terutamanya bagi orang perempuan. Kedua, membuat tatu pada tubuh badan dan akhir sekali ialah melakukan pembedahan plastik. Kesemua perbuatan ni kalau kita buat memang free aja dapat laknat daripada Allah." Ali menjawab penuh yakin.

"Tahniah. Lima markah untuk hang. Soalan kedua..." Belum sempat Yasser meneruskan kata-katanya Ali telah memotong terlebih dahulu.

"Hang kata tadi satu soalan aja," rungut Ali.

"Aku tak kata satu soalan. Aku kata tadi hang kena jawab soalan. Hang yang pilih sampul ni, mana aku nak tau soalannya lebih daripada satu. Lagipun soalan ni bukan aku yang buat," tegas Yasser.

Ali malas mengambil pusing. Jadi dia ikutkan saja langkah seterusnya.

"Soalan terakhir, mengapakah sel epidermis pada kulit bawang tidak mempunyai kloroplas?" Mereka yang lain tercengang mendengar soalan terakhir itu.

Susah juga soalan ni. Ali memandang teman- temannya mengharapkan jawapan tetapi tiada sebarang respons. Dahi mereka juga berkerut-kerut cuba mencari jawapan soalan Biologi itu.

"Boleh jawab tak atau nak surrender aja?" Suara Ijan memecah kesunyian.

"Sabaq la aku tengah gali kepala otak aku nak cari jawapan ni." Ali memejamkan matanya mengingat kembali eksperimen kulit bawang yang pernah dijalankannya sewaktu di tingkatan empat dahulu.

Setelah tiga minit berlalu...

"Ha!" Jeritan Ali itu membuatkan hampir gugur jantung sahabat-sahabatnya.

"Dapat jawapan dah?" Yasser mengangkat keningnya. 

"Aku cuba. Benda tu tak ada sebab bawang tak menjalankan proses fotosintesis. Fungsi bawang untuk simpan makanan aja sebab tu dia tak perlukan kloroplas."

"Ya tepat sekali!" Yasser pula yang terlebih gembira.

Setelah sesi soal jawab berakhir, perlumbaan kedua pula diteruskan. Haris, Abu Jihad, Rahimin, Yasser dan Ijan sudah bersedia. Masing-masing bertukar posisi. Mereka yang menjadi penonton tadi mula mengambil tempat sebagai peserta manakala mereka yang telah selamat berlumba beralih menjadi penonton dan pengadil.

"Sedia semua?"

"Dah!" Penuh semangat mereka berlima menjawab.

Enjin motor sudah mengaum-ngaum. "Satu... Dua... Tiga!"

Motor Kriss milik Haris mendahului rakan- rakannya. Itulah, nak lawan dengan orang hebat macam aku ni. Haris dengan penuh bangga dan bongkaknya memulas minyak tanpa menyedari ada sesuatu sedang melintas.

"Umiii!!!" Haris sempat mengelak namun dia terbabas ke dalam longkang.

"Hang tak apa-apa ka?" Ijan dan teman-teman yang lain mula bimbang. Dah la berlumba dalam kesuraman lampu jalan yang dah nazak ni.

"Benda apa yang aku langgaq tadi, Abu?" Haris menyapu sikunya yang berpasir.

"Hang terlanggaq sikit lembu Pak Meon tadi. Nasib baik umoq lembu tu panjang lagi. Kalau dak, hang yang terkorban untuk raya haji nanti," ujar Abu.

Lembu ni pun satu, malam-malam macam ni pun gatal keluar merayau tu kenapa? Nak racing sama juga ke?

Perlumbaan kedua tamat di situ tanpa sebarang keputusan.

"Hang okey dak? Nak aku hantaq hang balik ka?" Yasser memapah Haris ke motornya yang sudah selamat dikeluarkan dari longkang.

"Tak apa. Aku boleh lagi ni." Haris menyarung kembali baju Melayu dan kain pelekat sepertimana keadaannya sebelum keluar dari rumah tadi.

Sampai sahaja di rumah, Haris cepat-cepat masuk ke dalam bilik. Semua bajunya ditanggalkan.

"Awat dengan badan hang ni angah?" soal alongnya tiba-tiba. Bila masa pula along balik dari U?

"Cek tergelincir masa nak ambil wuduk tadi," tipu Haris.

"Ya la tu. Ingat along nak percaya cakap hang? Mana ada orang tergelincir luka lagu ni. Hang pi berlumba kan tadi." Alongnya sudah masak dengan perangai adiknya yang seorang ini. Kalau stres belajar, dengan berlumbalah cara dia hilangkan rasa stres. Itu dah kira baik la kan daripada dia kurangkan stres dengan cara merokok. Buat naya saja, bisik hati abangnya.

Haris mencebik. Along ni, tau-tau aja apa aku buat. "Along diam noh. Jangan duk habaq kat umi dengan ayah. Mati cek kena bantai satni." Tahu pun takut. Waktu buat benda ni tak fikir dulu.

"Dah, meh sini along tolong cucikan luka tu." Haris tersenyum. Alongnya sangat prihatin. Ini yang buat aku sayang lebih kepada Ikram Suhaili a.k.a along tersayang ni, bisik hati Haris.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: