Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 15

BEBERAPA hari sebelum Haris mendaftar masuk ke matrikulasi Negeri Sembilan, Khair datang ke rumahnya yang terletak di Lubok Meriam.

"Awat muka hang ketat aja ni? Hang tak suka aku mai rumah hang ka? Kalau hang tak suka, aku balik la." Khair berasa tidak selesa melihat riak wajah Haris yang tidak manis seperti selalu.

Kaki ingin membuka langkah tetapi ditahan oleh Haris.

"Aku minta maaf Khair. Bukan aku tak suka cuma aku ada rasa something wrong la kat dalam ni." Tangannya ditekap ke dada.

Khair menghela nafas lega. "Hang percaya kat aku tak?" soal Khair pula. Dahi Haris berkerut mendengar persoalan daripada temannya itu.

"Mesti la aku percaya. Itu benda penting yang kena ada dalam persahabatan kut."

"Kalau hang percaya kat aku, share la apa yang hang rasa. Kita kan bersaudara." Ikhlas Khair ingin membantu.

Haris merengus perlahan. "Sebelum aku cerita kat hang, hang bawa aku pi mana-mana tempat yang boleh menenangkan hati aku ni," pinta Haris.

Khair turutkan saja. Enjin kereta Viva dihidupkan. Kereta milik Khair meluncur laju memulakan perjalanan. Dia tahu tempat yang boleh dituju untuk membawa sahabatnya yang sedang dilanda kekusutan ini.

Setelah setengah jam perjalanan, akhirnya mereka berdua sampai di tepi pantai. Bunyi deruan ombak yang memecah pantai menampar cuping telinga bagaikan mengalu-alukan kedatangan dua orang pemuda ini ke situ. Angin sepoi-sepoi bahasa menerobos lembut ke kulit wajah. Sungguh damai rasanya.

Haris sedang menikmati ketenangan di pantai Batu Feringhi. Khair memberi sahabatnya itu sedikit ruang untuk mencari ketenangan diri. Mereka berdua duduk di atas batu-batu besar di tepi pantai itu.

Setelah berasa sedikit lega, Haris memulakan langkah untuk berkongsi rasa.

"Khair, aku tak tau la awat aku jadi tak tenang sejak dapat surat tawaran dari Matrikulasi tu. Kat luaq aku kata aku terima aja tawaran yang mai tapi hakikatnya kat dalam ni hati aku rasa macam sakit pun ada, tak tenteram pun ada juga. Lagu mana aku nak buat ni?"

Wajah keruh itu dipandang sekilas. "Maksud hang, sebenarnya hang tak nak masuk ke situ ka?" Khair inginkan kepastian.

Haris mengangguk lemah. "Jauh di sudut hati aku, aku teringin sangat nak pi belajaq kat luar negara. Aku nak cari apa yang tak dak dekat sini, yang aku boleh dapat kat tempat orang. Tapi awat Allah tak makbulkan doa aku?" Luah Haris.

Khair menghampiri Haris. Bahu temannya itu dipaut kejap.

"Ris, hang kena ingat, tak semua yang kita minta Allah akan bagi on the spot. Aku bagi hang satu analogi. Kalau hang mohon biasiswa, mula-mula kena isi borang dulu. Lepas tu pi hantaq kat pejabat depa. Agak-agak time hang hantaq borang tu depa terus bagi hang duit dak?" Khair memandang lembut wajah sahabat yang dikasihinya.

"Mesti la dak. Depa kena proses dulu borang tu. Tengok dulu kriteria-kriteria kita, layak ka tidak untuk diberi biasiswa." Pandangan Haris dilontarkan ke laut yang terbentang luas.

Khair tersenyum mendengar jawapan temannya itu. "Macam tu juga dengan Allah. Kita minta sesuatu tapi ambil masa sikit la bro sebelum nak makbul tu. Mungkin ada benda kat diri kita yang menjadi penghalang untuk Allah makbulkan doa kita. Ada banyak sebab kenapa Allah tak makbulkan doa kita. Pertama, manusia ni cepat sangat berputus asa. Ingat minta sekali aja boleh terus dapat. Kalau Allah buat lagu tu, sekali kita minta agak-agak lepas tu kita nak berdoa tak lagi?"

Persoalan terakhir Khair membuatkan otak Haris ligat mencari jawapan. Betul. Kalau Allah dah makbulkan doa kita mesti kita dah tak nak merayu merintih lagi pada-Nya.

"Jangan sesekali pikiaq yang Allah tak dengaq doa kita. Mungkin hang lupa yang Allah sangat suka apabila kita sebagai hamba ni minta sesuatu kat Dia. Allah rindukan rintihan kita. Firman Allah dalam surah Ghafir ayat enam puluh, Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Jadi, jangan pernah berhenti berdoa sebab pasti Allah akan makbulkan. Doa tu macam anak panah yang kita lontarkan ke langit, Allah pasti akan sambut cuma lambat atau cepat sajalah untuk Dia makbulkan. Mungkin bukan sekarang. Betul tak?" Khair memandang Haris di sisi.

Haris mengangguk lemah. "Hang kata tadi ada banyak sebab Allah tak makbulkan doa kita. Hang baru habaq satu aja."

Khair tersengih malu. "Aku lupa nak sambung. Okey. Kedua, kita kurang yakin bahawa doa kita akan dimakbulkan Allah. Tak ada apa yang mustahil kan bagi Dia. Kalau Allah dah kata dalam surah Yasin ayat lapan puluh dua, kun fayakun yang bermaksud, jadi maka jadilah ia. Kita kena yakin doa kita tu pasti Allah makbulkan."

Anggukan Haris mengiakan apa yang dikatakan oleh Khair. Mungkin selama ini aku hanya berdoa tapi keyakinanku tidak setinggi pengharapanku kepada-Mu ya Allah. Bisik Haris dalam hati.

"Akhir sekali, kurang beradab ketika berdoa. Benda ni mungkin kita terlepas pandang. Kut la ada kita berdoa dengan suara yang lantang tanpa kita sedar. Teringat aku satu hadith riwayat al-Bukhari. Rasulullah pernah menegur seorang sahabat yang berdoa dengan suara yang lantang, Wahai manusia, tenangkan diri. Sesungguhnya kamu bukannya berdoa kepada Tuhan yang pekak lagi tidak ada. Sesungguhnya kamu berdoa kepada Yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat."

Kalau dalam hati pun Allah tahu segala isi, ini kan pula yang diluahkan secara zahir. Kalau manusia memang tak tahu apa yang ada dalam hati kita tapi Allah tu kan yang menciptakan kita. Dia tahu segala-galanya dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besarnya.

Seketika ruang antara mereka diisi dengan deruan ombak yang datang dan pergi.

"Tapi kalau doa kita masih tak makbul juga lagu mana?" Terpacul lagi soalan dari bibir temannya itu.

"Kalau itu yang terjadi, maknanya Allah ada rencana yang lebih baik untuk kita. Aku nak hang faham maksud firman Allah ni dan biaq sampai ke hati. Dalam surah Al-Baqarah ayat dua ratus enam belas yang bermaksud, boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Haris cuba menghadamkan semua yang disampaikan Khair oleh Khair. "Thanks bro. Hang dah banyak tolong aku." Senyuman baru terukir di bibir Haris.

"Tak ada apalah Ris. Aku sebagai sahabat hanya boleh bagi nasihat aja kat hang. Aku pun nak rasa apa yang hang rasa dan aku kongsilah apa yang aku ada. Peringatan untuk diri aku juga. Sekarang dah okey?" Mata Khair menyapa wajah hitam manis milik Haris.

"Insya-Allah, dah."

"Satu lagi perkara aku nak kongsi dengan hang. Kalau hang rasa mampu untuk berpegang pada ayat ni hang ikut la. Dalam surah Al-Baqarah ayat seratus lapan puluh enam yang bermaksud, dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu Muhammad tentang Aku (Allah), maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat. Aku kabulkan permohonan mereka yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi segala perintah-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu dalam kebenaran."

Terjemahan ayat yang dibacakan oleh Khair menusuk ke dalam kalbunya. Banyak lagi kelemahan diri yang perlu diperbaiki.

"Tunaikan hak-hak Allah yang mana belum dilangsaikan. Berbaik sangka dengan Allah dari situ baru lahir rasa reda dan tawakal akan segala nikmat-Nya yang kita pandang sebelah mata. Allah tu sangat dekat dengan kita, percayalah." Bahu Haris ditepuk perlahan.

Ya Allah, ampuni dosa-dosaku kerana sering menyalahkan-Mu dan bukannya hendak mensyukuri nikmat-Mu yang melimpah ruah ini. Air mata Haris gugur sebagai tanda menyesali kekhilafan diri.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: