Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 10

Ijan, Yasser, Abdul Rahimin dan Abu Jihad datang menziarahi Haris di rumahnya pada petang itu.

"Amboi, ustaz! Makin sibuk sekarang ni," usik Ijan.

"Sibuk la juga. Hangpa semua cuti buat apa aja?" Pandangannya mendarat di setiap wajah teman-temannya yang pernah merempit bersama-samanya dahulu.

"Pandai-pandai la hidup. Dah besaq kut, takkan nak duduk bawah ketiak mak lagi," jawab Yasser.

"Betul tu," sokong Rahimin.

"Ris, kami sebenarnya nak ajak hang pi main futsal Ahad ni. Dengarnya depa kumpul semua budak-budak lepasan SPM area kampung kita ni untuk lawan sama-sama," jelas Abu Jihad.

Haris begitu berminat dengan berita yang baru didengarinya. "Boleh juga. Aku pun tak ada aktiviti apa-apa hujung minggu ni."

Abu Jihad tersenyum gembira kerana Haris selaku orang terpenting untuk diajak bermain futsal telah pun bersetuju.

"Kalau hang dah setuju nanti aku pi hantaq nama team kita sebagai peserta."

HARIS dan teman-temannya yang lain berkumpul di padang bola berdekatan dengan rumah Haris. Dia juga merupakan ketua pasukan mereka untuk perlawanan futsal pada hujung minggu nanti.

Mereka mengambil masa beberapa minit saja untuk menentukan posisi masing-masing sebelum bermain. Selesai berbincang, mereka mula melakukan warming up yang diketuai oleh Haris. Mereka berlatih sebagai persiapan untuk menyertai kejohanan futsal yang akan mereka tempuhi tidak lama lagi.

"Hang kalau nak kontrol bola pastikan kaki dalam, kaki luar dan tapak kaki sebelah depan main peranan sekali. Baru senang nak bawa bola. Lagi satu, pastikan bola jangan jauh sangat dengan kaki hang, kalau tak, senang-senang aja pihak lawan nak rampas bola dari kawalan hang," terang Ijan panjang lebar sambil membetulkan kedudukan kaki Abu.

Ijan merupakan orang kedua terpenting dalam pasukan ini. Dia juga merupakan vice captain bagi pasukan mereka. Abu mengangguk tanda mengerti.

Haris memerhati dari jauh gelagat teman-temannya yang sedang giat berlatih. Perlahan-lahan dia menghampiri Rahimin.

"Aku tengok hang ni lincah juga. Macam pelesit. Semput juga Si Yasser nak halang hang dari lepas masuk kawasan dia. Memandangkan badan hang pun tak besaq mana, aku rasa hang sesuai bermain di posisi sayap. Lagipun hang ni lari laju, tak terkejar pihak lawan kalau nak kawal hang sorang aja. Hang akan mainkan dua peranan. Pertama, hang akan jadi back up striker dan dalam masa yang sama juga hang kena sekat pergerakan lawan waktu depa lancarkan serangan dari mana-mana arah sekali pun. Hang kena sentiasa berada dalam keadaan bersedia," terang Haris sambil menepuk lembut bahu sahabatnya itu.

Kemudian Haris mendekati Ijan pula. "Macam mana hang perhatikan kawan-kawan kita ni? Okey ka, dak?" Mata Haris menebar ke seluruh padang bola itu.

"Boleh tahan la. Hang dah tetapkan posisi depa semua?" Ijan meneguk air mineral di sisinya.

"Dah. Tinggal hang aja yang tak ada tempat lagi." Haris baru perasan akan hal itu.

"Habis tu, hang nak letak aku kat mana?" soal Ijan tenang.

Timbul niat nakal Haris untuk menyakat temannya yang seorang ini. "Aku nak letak hang sebagai tukang lap peluh depa bila time lawan nanti. Selain tu juga, hang kena sediakan air Vico ais untuk kami. Boleh dak?" Tersembur air mineral yang baru saja mahu menuruni rengkungnya.

Kurang asam punya kawan. "Aku yang kacak, bergaya lagi berbakat besaq ni hang nak suruh jadi tukang lap peluh aja? Kena buat air Vico pula tu. Agak-agak la bro." Ijan tersenyum kelat.

Haris masih lagi ketawa. "Aku tak sekejam tu la. Hang jadi loyal striker untuk team kita."

"Aku memang loyal pun. Takkan la aku main, tiba-tiba pi tukaq jersi, lepas tu masuk pasukan pihak lawan. Mana sempat." Ijan membalas kembali loyar buruk Haris.

"Dah la. Sebenarnya aku nak hang jadi universal position. Tolong back up kawan-kawan kita yang lain andai kata ada yang tersilap langkah. Hang tau main untuk semua posisi, kan? Kata berbakat besaq tadi," perli Haris di samping meletakkan harapan yang tinggi kepada Ijan.

"Amboi hang, perli habis aku noh! Kalau dah itu kata kapten, aku ikut aja."

Kesemua mereka berlatih dengan bersungguh-sungguh demi perlawanan yang bakal tiba tidak lama lagi. Insya-Allah kemenangan bakal menjadi milik mereka.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: