Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Diselematkan Si Pengembara?

Api pelita meliuk-lentuk di atas meja. Siulan ribut salji semakin reda, meninggalkan mereka di dalam ketenangan.

Tangan kecilnya yang pucat, menarik gebar dengan lebih erat. Matanya terpejam, menikmati tangan yang hangat, membelai rambut perangnya. Suara dengungan yang halus itu bermelodi perlahan dengan irama yang unik. Kolam kebiruan firus itu pula, terhala ke arahnya penuh kasih. Memimpinnya ke dalam dunia mimpi yang menggembirakan.

"Selepas ini, abang mahu ke tempat lain."

Klee yang hampir terlena, segera bangkit. "Ikut ...!"

Pemuda itu tersenyum nipis sambil bangun dari pembaringan. Dia mengambil sesuatu di belakangnya, seolah-olah sengaja menyembunyikan sesuatu itu. Mata Klee bersinar-sinar apabila barang itu diserahkan kepadanya.

"Ada sesuatu yang abang mesti uruskan," bisik Albedo, "Kalau abang tiada, dia boleh teman kamu."

Sebuah patung arnab putih yang gebu. Klee tertanya-tanya, dari mana Albedo mendapatkan bahan -- lebih-lebih lagi di tempat yang sejuk -- untuk mengait sesuatu yang comel seperti ini. Dia tersenyum riang, lantas memeluk Albedo dengan erat.

Dia mendongak teruja sewaktu berkata, "Klee namakan patung ini, Dodoco!" 

Albedo hanya tersenyum nipis. Dia menepuk kepala Klee seraya berkata, "Sekarang, Dodoco bolehlah teman Klee. Selepas tugas abang selesai, kita boleh main sama-sama lagi."

"Abang mahu," soal Klee, "pergi mana sebenarnya?"

Alebdo terdiam buat seketika, sebelum tersenyum semula dan membalas, "Cari ketam. Kamu mahu?"

Klee menggeleng laju. Tidak sanggup dia bayangkan, terpaksa membuka kerang biru ketam yang sangat sejuk, dan menahan rasa pahit di dalamnya. Albedo terkekeh halus sambil membelai rambut Klee. 

Seandainya Klee sedar, ada sinaran aneh di mata abangnya.

.   .   .

"Klee!"

Klee tersedar apabila seseorang menjerit memanggilnya. Dia tertoleh-toleh bingung sewaktu bangkit. Selendang yang menyelimuti dirinya terjatuh. Klee menggosok matanya bingung, dan berkata, "Eh?"

Aether membelakangkan Klee, sudah bersedia dengan pedangnya. Remaja itu tetap merenung ke hadapan sewaktu berkata, "Bersedia cepat."

Klee tersentak, segera bangkit bersama begnya.

Selepas berjam-jam mereka berjalan tadi, mereka berhenti seketika di bawah pokok untuk berehat. Klee yang kepenatan, tertidur lena. Hanya mengharapkan unggun api untuk melawan kesejukan Luna.

Kini, masa tidur telah tamat.

Mereka diancam dengan bunyi dengusan kasar. Degupan jantung yang kencang menguasai suasana. Satu-persatu sinaran kejam muncul di antara semak samun. Merenung kedua-dua jasad asing dengan tajam.

Mata Klee terbeliak.

Tiga ekor babi hutan perlahan-lahan mendekati mereka. 

Tetapi, ada yang tidak kena dengan babi hutan itu.

Tubuh haiwan itu dilitupi batu-batuan yang keras. Garis-garis rekahan di kulit menunjukkan lava kejinggaan emas yang panas. Tanduk mereka juga dua kali ganda lebih besar, lebih tajam. 

Klee menyoal ngeri, "a-apa itu?" 

Aether sempat berbisik, "Haiwan sumpahan."

Bunyi decitan kasar mengejutkan mereka. Babi-babi hutan itu meluru laju ke arah mereka. 

Klee melemparkan beberapa buah bom ke arah khinzir itu. Letupan besar menggegarkan pohon dan membakar belantara. Malangnya, haiwan-haiwan itu cekap mengelak. 

Salah seekor babi hutan itu melompat tinggi ke arah Aether.

Pegangan pedang Aether menjadi kejap. Dia melintasi haiwan itu seperti membelah bayangan. Sinaran emas pedangnya terpercik mengenai kulit haiwan yang keras. Seperti keluli. 

Aether berdecit geram, sebelum bergolek mendarat.  

Kedua-dua babi hutan itu meluru laju mahu menanduk Aether. Pedangnya gigih menepis serangan demi serangan. Dia terundur, sebelum meluru laju ke arah musuh-musuhnya.

"Klee!" Aether melibas pedang ke tanduk babi hutan itu. "Lari cepat!"

"T-tetapi ...."

Suara Klee terhenti apabila berpasnag-pasang mata bercahaya, muncul di belakangnya. Klee terundur cemas apabila dengusan kasar menyapanya. Seperti ada segerombolan besar haiwan mendekati mereka.

Aether menepis tandukan babi hutan itu dan memekik, "Cepat!"

Klee tersentak, segera memecut melarikan diri. Dia dapat mendengar bunyi dentingan pedang dan teriakan marah Aether.

Pandangan Klee menjadi kabur. Air matanya yang jatuh, menghilang dilanggar angin dan debuan hitam. Langkah kecilnya dipaksa meredah hutan yang gelap. Di dalam hati, dia berdoa agar Aether selamat.

Selepas beberapa lama, barulah Klee melepaskan lelah. Dia tertunduk sambil menarik nafasnya. Kakinya juga sudah penat dan sakit-sakit. Peluhnya dikesat.

Klee terdiam buat seketika, mula rasa serba salah. Dia melirik laluan yang dilaluinya tadi. Mana mungkin dia membiarkan Aether berlawan dengan segerombolan haiwan sumpahan tadi. Klee mula menarik nafasnya. 

"Saya mesti tolong abang pemarah itu!"

Semangat Klee hancur menjadi debu. 

Klee tersentak apabila bintang terasa bergoncang kuat. Kanak-kanak itu terjerit panik, tidak sempat berpaut pada pokok, tersembam kuat. Dia merintih sakit sambil memegang belakangnya. 

Kemudian, dia terpegun.

Sesuatu menujah keluar dari tanah. Akarnya yang berselirat, pantas mencantumkan tanah dengan kekuatannya. Membuatkan rekahan yang terhasil tertutup semula.

Klee membeliakkan matanya. "P-Pokok?"

Sekuntum bunga gergasi yang aneh, menatap Klee dengan sepasang mata kecil, di bawah kelopak bunganya. Bunga itu tidak berbatang, dan kulit tumbuhan itu sama seperti babi hutan -- hitam dan merekah.   

Klee teringatkan jenis makhluk berbahaya yang pernah diceritakan Aether, berbisik, "Whoopleflower?"

Belum sempat Klee berbuat apa-apa, bunga itu melompat tinggi. Klee terbeliak. Bebola tanah meluncur keluar dari kelopaknya. Laju. 

Klee berundur dan tersungkur ke tanah. Susah payah dia bangkit, sebelum bergolek ke sebelah. Tanah dia berpijak tadi hancur ditembusi peluru Whoopleflower tersebut. Ngeri.

Klee segera merogoh begnya. Wajahnya memucat apabila tersedar begnya kosong. 

Bomnya habis.

Klee terjerit cemas apabila berpuluh-puluh jarum kristal berceracak keluar dari bumi. Dia memaksa diri berlari dan melompat. Gigih langkah kecilnya cuba mengelak. Selepas Klee mendarat di atas tanah, kanak-kanak itu tersungkur. Penat. 

Nafas Klee menjadi laju. Tatapan berlian merahnya yang suram, merenung terus ke tanah.

Gumpalan batu itu dilepaskan ke arahnya.

Klee memejam matanya, erat. Kakinya sudah tidak mampu bangkit lagi.

Terlambat.



ZAS!

Bunyi sesuatu yang terbelah, mengejutkan Klee. Apabila dia mendongak, peluru yang meluru ke arahnya telah hancur berkecai. Whoopleflower itu pula terkaku, sebelum tubuhnya yang terbelah jatuh.

Sebuah letupan hitam yang dahsyat, menggegarkan bintang. Klee segera melindungi kepalanya. 

Perlahan-lahan, matanya dibuka sedikit. Pandangannya sedikit kabur apabila menatap sebuah lembaga, yang melangkah keluar dari debuan hitam pekat itu. Sinaran emas di matanya mencerlung ke arah Klee.

Klee memanggil, "Abang Aether--"

"Syukurlah kamu tidak apa-apa!"

Kanak-kanak itu tersentak apabila tubuhnya dipeluk erat. Remaja itu menilik wajah, tangan dan kaki Klee. Klee pula terkelip-kelip, masih terkejut.

"Alamak, kamu cedera!" Aether menunjuk darah di lutut Klee.

Klee terkejut, kerana dia tidak sedar kakinya cedera. Matanya mula bergenang dengan takut, sebelum dia teresak-esak halus. Aether segera mengoyakkan hujung selendangnya, lalu membalut kaki Klee.

"Mari, kita pergi ke Springvale," kata Aether dengan lembut, sambil mendukung Klee. "Tempat sini sudah tidak jauh dari sana."

Klee masih teresak-esak, mengucapkan sesuatu dengan sesal -- maaf. Aether menelengkan kepalanya, seperti bingung.

"Kenapa kamu minta maaf?"

Klee berkata dengan perlahan, "Sebab abang mesti lawan ... haiwan berbahaya itu sendirian."

Buat seketika, hanya desiran pohon yang menyapa mereka. Akhirnya, Aether menarik sengihan, "Jangan risau, abang tidak apa-apa."

Kata-kata Aether membuatkan Klee terkelip beberapa kali. Dia mahu menyoal sesuatu, tetapi memilih untuk memendam soalannya.

Mungkin Aether mendapat banyak habuan daging malam ini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro