BAB 9
Hari pertama aku bekerja dan tidak lah sesusah yang aku bayangkan. Ya, untuk hari pertama bekerja dan aku mulai disapa rasa seronok. Bukan setakat suasana cafe yang kadang meriah dengan pelanggan malah juga kawan-kawan sekerja yang sama-sama masuk air juga buatkan aku rasa hari bekerja aku mungkin tak membosan mana.
Atas bawah aku ditiliknya sambil dagunya digaru lembut. Aku dihadapannya sudah mulai diterpa rasa serba tak kena.
Sempat juga mata ku mengerling ke arah Mina yang jauh beberapa jarak daripada aku. Dia yang acah-acah lap meja itu asyik mengerling ke arah Mina. Aku tahu dia risau kalau aku tak dapat kerja ni.
"Apa aje pengalaman kerja kau pernah buat sebelum ni?" soalnya dalam nada serious. Dagunya yang ditumbuhi bulu-bulu halus itu masih diurutnya. Wajah aku dipandang.
Aku pandang dia. "Saya pernah jadi promoter sebelum sambung belajar selama lima bulan." ujarku menjawab soalannya dengan jelas.
Dia sekadar memberikan anggukan mengiakan jawapan aku. Suasana kembali sunyi lagi. Serious dan juga menegangkan. Yurp, itulah apa yang aku rasakan ketika ini.
Mina kata Encik Nordin ni biasa-biasa aje. Tak adalah garang mana tapi boleh tahanlah perangai singanya itu kalau ada benda tak kena. Aku pun angguk aje bila Mina kata begitu. Memang patut pun seorang bos ada perangai macam itu.. garang plus cerewet.
"Kenapa kau nak kerja bahagian kafe pula kalau sebelum ni kau belajar insurans?" soalnya sudah menyentuh hal akademik aku.
Fail yang aku berikan padanya itu masih dibelek.Memang semua dokumen berkenaan akademik aku, aku simpan dalam fail itu.Dari tingkatan 4 sampailah ke diploma.
"Saya dah try mohon kat mana-mana tempat tapi semua resume saya kena tolak. Jadi, daripada saya buang masa tak buat apa, jadi saya rasa lebih baik saya kerja apa yang ada dulu." balas ku dengan nada yang agak spontan.
Dia mengangguk lagi. Fail yang tadi dibeleknya terus dilipat lalu diserahkan kepada aku semula. Teragak-agak aku mahu ambil fail aku semula. Terus dia berlipat tangan memandang ke arahku.
"Aku terima kau bekerja kat sini tapi jangan bantah setiap apa yang aku suruh. Kalau hari ni aku suruh kau jadi waiter, kau jadi waiter.. kalau hari ini aku suruh jadi kitchen helper, kau kena jadi kitchen helper. Boleh?" nadanya mendatar sahaja bertanya.
Terus aku anggukkan kepala tanda setuju. Huh, setakat ikut arahan itu.. semua orang boleh buat cuma yang bezanya ikhlas ke tak?
"So, bila saya boleh mula kerja, Encik Nordin?"
"Hari ini. Shift kau sama macam shift Mina. Balik petang." ujarnya dan terus berlalu meninggalkan aku.
Meja yang baru sahaja ditinggalkan oleh pelanggan, aku kemas. Pinggan dan juga cawan yang berada di atas meja aku angkat lalu aku serahkan kepada Mina yang ketika itu turut sama membantu aku.
Setelah selesai menyusun kerusi, aku terus merapati kaunter. Di sana aku lihat kelibat Vivian dan juga Julia. Memandangkan waktu begini, pelanggan tidak terlalu padat, maka suasana juga sedikit lenggang.
"Haih, bagusnya si Sara ni. Baru stary kerja, dah perform habis." ujar Vivian seperti memuji aku.
Aku sudah menarik sengih. Keringat yang membasahi ubun kepalaku, aku sapu lalu kain kotor yang aku guna kan untuk bersihkan meja tadi, aku selit ke dalam kocek seluar slack yang aku pakai.
"Baguslah, first day dah perform. Kau pun dulu dua kali lima aje dengan si Sara ni. First day kerja, rajin sangat kalau boleh semua benda kau nak bersihkan. Hari ini aje, nampak sangat rajin kau itu fake semata-mata." cebik Mina dalam nada bergurau.
Terus Vivian buat muka tak puas hati acah-acah. Aku yang melihat gelagat diorang sekadar tersenyum nampak gigi.
"Okeylah rajin fake daripada kau.. time Encik Nordin tak ada, membuta kat stor." balas Vivian memulangkan paku serpih.
Mina yang mendengar bicara Vivian itu terus menutup mulut gadis itu dengan tangan. Terus matanya melilau memandang sekeliling. Takut- takut Encik Nordin dengar pula suara lantang si Vivian itu. Mau kena pecat!
"Kau parttime ke fulltime kat sini?" soal Julia apabila topik ponteng kerja yang dibahaskan oleh Mina dan Vivian langsung tak menarik minat nya.
Aku terus alihkan pandanganku pada Julia. "Maybe parttime kot. Kalau aku dah dapat kerja yang aku nak, then baru aku berhenti." balasku.
"Kenapa tak kerja terus kat sini? Kau tak tahu betapa seronoknya kerja sini walaupun boss agak singa sikit. Dapat makan free, gaji pun boleh tahan. Lagi lama kau kerja kat sini, lagi masyuk duit yang kau dapat." celah Vivian yang sempat pasang telinga mendengar bicaraku.
"Kau ni.. apa guna kalau dia ada diploma tapi buat kerja macam kita ni? Lainlah kita ni, sekolah takat SPM, otak tak cerdik mana." tutur Julia pula bagi pihak aku.
Terus aku menggelengkan kepala. Bagi aku, agak kasar gunakan perkataan tak cerdik itu. Aku ni pun, bukannya pandai mana. Lulus diploma pun sebab lecturer bagitahu topik apa yang masuk untuk final year. Pffft..
"Bukan macam itulah. Aku ni jenis yang tak boleh stick pada satu kerja. Kalau dah bosan, tukar kerja lain pula." spontan kata-kataku mengundang tawa mereka bertiga. Aku pula yang terkebil-kebil bila tawa mereka berpadu. Kelakar ke apa yang aku cakap?
"Kau fikir kerja itu macam tukar baju ke? Kalau bosan, ganti lain?" soal Vivian.
"Bu.." belum sempat aku menghabis kan bicaraku, tak semena-mena kami berempat terlihat kelibat Encik Nordin yang keluar dari pejabatnya.
Bila matanya tajam menikam kami yang sedang membawang di kaunter. Serentak itu, semua mula berpecah. Julia dan Vivian terus berlakon bersihkan kaunter yang memang sudah sedia ada bersih iti manakala aku dan Mina pula sudah acah bersihkan meja makan yang sudah sedia bersih.
Rajin yang tersangatlah fake.
...
Pulau Tioman yang mempunyai pemandangan yang sangat cantik ketika malam hari menjelma itu memang akan buat sesiapa yang melihatnya menjadi tertawan. Bulan yang dipagari bintang yang mencorak langit malam pula makin menambahkan lagi keindahannya pada malam hari.
Malam itu, Ryle nikmatinya dengan sepuas hati. Sambil berjalan, tangan nya erat menggenggam tangan seorang gadis yang amat dicintai nya. Kuza di sebelah sudah peluk lengan sasa Ryle sambil kepalanya dilentokkan pada bahu lelaki itu. Ryle hanya biarkan.
Lagipun, dia suka bila dibuat begitu oleh si Kuza. Rasa diri dicintai, rasa diri ini sebagai pelindung yang hebat untuk seorang perempuan.
"I suka bila tengok semua ini dengan you, babe. It is so romantic." ujar Kuza sudah mendongakkan kepala nya melihat langit malam itu. Tangan yang memeluk lengan Ryle tadi beralih menjalar memeluk pinggang Ryle pula.
Ryle menarik senyum pendek. Tangannya turut sama melingkar memeluk pinggang ramping milik Kuza. Yurp, sebagai seorang model yang hampir menembusi pasaran dunia, Kuza memang memiliki tubuh idaman yang diimpikan setiap gadis. Dan, mungkin kerana itu, Ryle bertambah sayang dan cinta pada gadis itu.
"This for your present because selalu bersabar tunggu I. Bila I jatuh, you selalu ada and I happy now when semua orang dah tahu kita bercinta." ujar Ryle dalam nada penuh jiwang.
"Sebab I sayangkan you lah, I sanggup tunggu." balas Kuza yang sudah melentokkan kepalanya pada bahu Ryle.
Kali ini, kata-kata Kuza buatkan langkah Ryle mati. Terus Ryle melepaskan pelukannya lalu tubuh Kuza dibawanya menghadap dia secara berdepan. Walaupun diterpa rasa hairan, namun Kuza menurut sahaja. Kini, dia sedang berhadapan dengan lelaki itu.
Wajah Ryle yang tiba-tiba berubah seperti mengharap dipandangnya. Bundar sahaja pandangan mata lelaki itu.
"Kalau you sayangkan I, apa kata kita kahwin?"kata-kata Ryle buatkan Kuza jadi tergamam.
"Y-you nak melamar I ke, Ryle?" soal Kuza mahukan kepastian.
Laju sahaja kepala Ryle mengangguk. "I nak ambil you sebagai isteri I."
"Nenda you?"
"I akan cuba pujuk nenda I. I pasti dia akan bagi kita kahwin." ujar Ryle dalam nada pasti.
Kuza sudah mengetap bibir. Pandangannya dialihkan ke bawah. "Hmm.. I pun nak kahwin dengan you, Ryle but not for now. I ada mega project dalam dua bulan ni so lepas benda itu habis, I akan fikir pasal our next stage. Y-you okay kan, sayang?" soal Kuza sudah buat muka penuh mengharap.
Ryle menarik senyum pendek. Tak semena-mena dia menarik tubuh Kuza masuk ke dalam pelukannya. Ubun kepala Kuza diciumnya.
"I tak kisah. Asalkan you jadi milik I." ucap Ryle lalu mengusap belakang badan Kuza.
Kuza menarik senyum pendek. Terus dia memperkemaskan pelukannya.
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro