Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 70

Suasana gelap di ruang tamu langsung tak membantu Ryle untuk melelapkan mata. Beberapa kali dia cuba untuk melelapkan matanya namun dia masih tak boleh. Entah kenapa, fikirannya asyik teringatkan pada perbualannya bersama Kuza tadi.

"Sanggup you buat I macam ni, Ryle? Apa salah I sampai you sanggup dua kan I?!"jerkah Kuza sambil menangis dalam talian.

Ryle sudah ketap bibir. Satu keluhan berat dia lepaskan.

"I.. I tak duakan youlah, sayang. Itu.. itu cuma salah faham. You jangan percaya semua itu." dalih Ryle walaupun kenyatannya sekarang dia tidak mahu membohongi sesiapa.

Dia mahu beritahu perkara yang sebenar. Dia mahu semua orang tahu siapa Aysara dalam hidupnya namun Ryle tak mampu untuk mengaku fasal hal itu bila dengan Kuza.

"Kalau betul salah faham, kenapa you cari dia??" soal Kuza masih tidak percaya kata-kata Ryle.

Kali ini, Ryle terdiam. Dahinya berkerut.

"Kenapa you cakap I cari dia?"

"I pergi rumah you. I cari you. I cari perempuan itu but you berdua langsung tak ada. So, ada sebab lain ke you keluar dari selain cari dia? You sayangkan dia kan Ryle?! You sayang kan dia dan bukannya I kan, sekarang ni?!"bertubi-tubi soalan dihamburkan oleh Kuza.

Ryle sedikit terkedu dengan andaian Kuza yang seratus peratus betul itu. Tak sangka Kuza dapat tebak segala nya. Dia sudah serba salah.

"Kenapa you sanggup buat I macam ni, Ryle? You kata yang you akan kahwin dengan I but now hati you pada orang lain. Apa yang I buat sampai you sanggup buat benda ni pada I?" tangisan Kuza makin menjadi-jadi.

Bibirnya diketap. Mendengarkan Kuza menangis begitu. Ryle dihimpit rasa bersalah.

Yurp, dulu Kuza adalah segelanya untuk dia. Apa yang dia mahukan ketika itu adalah Kuza. Segalanya tentang Kuza dia sukakan namun sekarang, keadaannya sudah berbeza. Hatinya bukan sepenuhnya pada gadis itu malah.. Ryle akui dalam hatinya kini ada nama orang lain.

Nama gadis yang tiba-tiba hadir dalam hidupnya. Ryle menyauk rambutnya ke belakang. Huh.. gadis itu berjaya rampas hatinya dari terus mencintai Kuza. Ryle akui hatinya sudah mula jatuh sayang pada gadis itu namun entah kenapa sukar untuk Ryle ungkap kan perasaan itu.

"I taknak cakap fasal hal ini, Kuza. I rasa kita tak patut bahaskan fasal benda ni." Ryle cuba berdalih.

"I dah agak dah. You nak mengelak kan? Kenapa, you takut nak mengaku yang sekarang you dah tak sukakan I.. huh?! You memang sama macam lelaki lain, Ryle. Sanggup tinggalkan I demi perempuan lain!! I hate you..!!" luah Kuza dalam nada marah.

"Kuza.. I.." belum sempat Ryle menghabiskan bicaranya, Kuza pantas memangkas.

"I takkan biarkan you jadi milik sesiapa.   Dengar itu, Ryle! I takkan lepaskan you.. you're only mine!!" ugutnya sebelum menghabiskan bicaranya.

Ryle sudah ketap bibir bila teringat kan tentang hal itu. Tak mungkin.. dia kenal Kuza. Gadis itu kalau marah memang akan bercakap macam itu. Ryle cuba sedapkan hati.

Dia kembali membaringkan tubuh nya di atas kerusi. Baru sahaja dia mahu menutup mata, tak semena-mena pandangannya teralih ke arah bilik Aysara.

Senyumannya menyinggah.
...

Kejadian pagi tadi masih bermain dalam fikiranku. Biadab!! Kenapa makin hari, lelaki bernama Firzan itu makin biadab? Dahulu, dia cuma menggatal dengan kata-kata dan sekarang dia berani buat aku macam  perempuan tak ada harga diri.

Air mataku tak semena-mena jatuh bila mengenangkan perkara itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana traumanya aku dengan tindakan Firzan itu. Aku tak sangka dia sanggup buat aku macam ini.

Sedang aku leka menangis air mata, telingaku berjaya menangkap derapan tapak kaki memasuki bilikku. Disebabkan aku tidur membelakangi pintu, maka.. aku tidak dapat melihat siapakah gerangan yang memasuki bilik tidur aku ketika itu.

Pantas aku pejamkan mata bila jasad itu makin menghampiri. Mungkin, ibu.. Aku cuba sedapkan hati sendiri walaupun dalam hati, aku sudah mulai gusar.

Perlahan-lahan aku rasakan ada jasad yang mengambil tempat bersebelahanku. Buntang mata aku dibuatnya saat merasakan ada tangan yang merangkul pinggang aku dari belakang.

Tak semena-mena, aku terus memusingkan tubuhku menghadap tubuh itu lalu laju sahaja kaki aku menendang perutnya. Tubuh itu terus jatuh dari katilku bila mendapat penangan itu daripada aku.

"Auch!"aku dengar ada suara mengaduh dari bawah katil.

Aku sudah tergamam. Takkanlah..?

Terus aku melihat ke lantai dan aku lihat jasad Ryle yang sudah memegang sikunya yang sakit. Matanya terpejam rapat menggambarkan tahap mana kesakitannya itu. Pfft.. tak sakit manapun sebenarnya.

"Kenapa kau tendang aku?" soalnya sudah bangun dari jatuhnya. Wajah peritnya masih terpampang.

Aku duduk di atas katil sambil mata ku melirik wajah Ryle yang samar-samar diterangi cahaya malam. Bibir ku sudah aku ketap kejap. Bersalah pun ada, rasa nak gelak pun ada..

"Kenapa awak masuk dalam bilik saya? Lepas itu, tiba-tiba peluk saya dari belakang?!" aku pula membela diri.

Dalam hal ini, kedua-duanya sama-sama salah, okay?! Tak ada mangsa.

Ryle yang masih mengurut siku nya sudah berubah wajah innocent. Matanya meliar seakan-akan mahu mencari idea bernas untuk tipu aku.

"Aku tak selesalah tidur luar. Banyak nyamuk. Erm, sejuk sangat." luah nya langsung tak memandang wajah ku.

Aku diam untuk seketika. Kasihan pula aku dengan anak orang kaya yang seorang ini. Mungkin, dalam seumur hidup dia.. dia tak pernah rasa susah kot?

Terus aku sambar bantal dan selimut. Baru sahaja aku berura-ura mahu pergi dari situ, tangan Ryle terus menyentap lenganku. Langkah ku mati bila dia buat begitu. Aku pusingkan kepalaku ke arah Ryle.

"Kau nak pergi mana?" soal Ryle dengan wajah ingin tahu.

Aku keluh perlahan. "Saya nak tidur bilik Aysha. Awak tidurlah sini. Hmm.. kalau rasa panas, awak buka kipas itu." ujarku sambil memuncung ke arah kipas meja yang terletak di sudut bilik.

Ryle tidak mengangguk, tidak menggeleng. Wajah aku dipandang nya dengan perasaan pelbagai. Akhirnya, satu keluhan lemah Ryle lepaskan.

"Aku nak tidur dengan kau." luah Ryle dengan wajah mengharap.

Aku tergamam dengan bicara Ryle. Dia pandang wajah aku dalam lalu perlahan dia tarik tubuhku merapati nya. Aku langsung tak membantah. Aku turutkan sahaja kehendaknya. Ryle bawa aku menghadapnya. Kini, kami saling berhadapan. Ryle pandang aku, aku pandang Ryle.

"Teman aku malam ni." ucap Ryle perlahan.

Aku ketap bibir. Entah kenapa, dadaku berdebar hebat. Mata aku tak dapat aku larikan dari terus menatap anak mata hazel milik Ryle. Senyuman nipis Ryle berjaya buat kan getaran pada jiwa aku makin kuat. Yurp, nampaknya aku akan kalah pada Ryle lagi.

Apabila melihatkan aku seakan terpukau padanya, sengihan Ryle makin panjang. Bantal dan juga selimut yang ada dalam pelukan ku diambilnya lalu diletakkan ke atas katil semula. Perlahan-lahan Ryle menghampiri jasadku. Aku tak berganjak malah aku seakan-akan menanti tindakannya itu.

Makin lama wajah kami makin dekat sehinggalah akhirnya bibir kami bertemu. Untuk seketika, aku hanyut dengan sentuhannya itu. Huh! Yurp, aku akui.. bila bersama dengan Ryle, aku akan selalu jadi seorang yang kecundang.

Aku haters dia tapi itu dulu.. sekarang, aku sangat sayangkan dia. Aku cintakan dia.
...
Wajahnya yang masih sakit disentuh nya perlahan. Huh?! Tak guna punya artis! Kau fikir muka aku ini tempat kau lepaskan marah ke, bodoh!! Gertak Firzan dalam hati.

"Mana pula sampah ni? Dia nak barang ke tak?!" soalnya sendiri apabila merasakan jasadnya masih sendiri di kawasan itu.

Jam tangannya dibelek untuk seketika. Jarum panjang sudah menuding ke angka 11.30 malam, namun kelibat yang mahu dia jumpa itu masih tak kelihatan. Firzan sudah panas hati.

Dengan luka, dengan sakitnya.. sekarang nak tunggu sampah masyarakat ambil barang pula!! Apsal manusia ni selalu menyusah kan aku?!gumamnya dalam hati.

"Mana barang aku?" sapa seseorang menghampiri Firzan dari belakang.

Terkejut Firzan dibuatnya. Terus dia menoleh ke arah kelibat manusia yang sudah tidak terurus itu. Sedari tadi, jasad itu menggigil kesejukan walaupun suhu malam itu tidaklah sejuk mana. Biasa-biasa sahaja suhu nya.

"Apsal kau lambat, hah?!" soal Firzan sedikit menggertak.

Aiman menarik sengih. Sesekali hidungnya yang berair di sapu dengan tangan. "Aku baru habis judi tadi. Adalah menang sikit. Cukup untuk beli barang yang aku nak." luah nya sudah menayangkan not 100 kepada Firzan.

Firzan tarik sengih bila lihat not itu ada dalam tangan Aiman. Tak sangka, hari ini jualannya laku keras. Tak sia-sia dia jual 'barang' pada sampah masyarakat macam Aiman. Untung selalu mengancam tiap hari.

"Berapa kau nak?"

"RM100 boleh beli berapa?"

"Malam ini aku jual mahal sikit. Satu RM50. Amacam?" soal Firzan sudah menaikkan harga.

Aiman sudah berkerut dahi. Badan nya makin menggigil. "Apsal mahal sangat? Bukan selalu satu Rm30 ke?"

"Tauke suruh jual mahal, aku juallah mahal. Kau tak tahu bisnes senang lah cakap." kelentong Firzan.

Aiman ketap bibir. Nak tak nak, dia terpaksa beli dengan harga mencekik darah itu. Not Rm100 itu diberikan pada Firzan dan sebagai pulangan, 2 plastik kecil berisi ganja serbuk itu diberikannya kepada Aiman.

Plastik itu dicium oleh Aiman lalu dimasukkan ke dalam poket seluar nya. Matanya sempat menatap wajah Firzan yang sudah lebam-lebam lalu tawanya berhamburan.

"Pfft.. apahal dengan muka kau? Gaduh dengan ayah kau lagi ke?" soal Aiman ingin tahu.

Firzan buat muka jengkel. Luka pada wajahnya disentuh. "Ni bukan gaduh dengan bapak aku.. Ni, aku gaduh dengan orang lain." ujar Firzan perlahan di hujung ayat.

"Siapa?"

"Ryle."
...



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro