BAB 66
Langit pagi di luar rumah, aku pandang dengan rasa bercampur baur. Aku gembira kerana dapat menyaksikan langit yang telah Allah ciptakan. Bukan selalu aku dapat nikmati langit seindah itu.
Hmm, namun dalam pada masa yang sama, hatiku dirundum sebak. Rasa kehilangan, rasa kecewa, rasa kesal.. semuanya menjadi satu.
"Kak Sara.."seruan lembut dari seseorang itu membantutkan lamunanku.
Aku yang tadi membuang pandangan ke luar tingkap terus mengalihkan ke wajah Aysha. Gadis yang sudah siap memakai baju kurung sekolahnya itu sudah berdiri memandangku. Beg sekolah sudah disandangnya di belakang badan. Hmm.. nampak macam dia sudah mahu berangkat ke sekolah.
"Kenapa, Aysha?"soalku sedikit pelik.
Aysha mengeluh perlahan. Satu senyuman dia sematkan sebelum akhirnya dia mengatur langkah mendapatkan aku. Tiba-tiba,gadis itu tarik tanganku untuk duduk di birai katilku. Matanya masih tak lekang memandang wajah aku.
Pandangan yang tersimpan beribu makna.
"Sampai bila akak nak terus macam ni?"soalan berbalas soalan. Nada Aysha seakan serius.
Aku buat muka kononnya tak faham. Keningku sudah terangkat. "Macam ni macam mana? Kenapa? Ada apa yang salah pada akak ke sekarang ni?"
Aysha mengeluh geram. Haih, orang tengah mood serious ni.. pandai pula si kak Sara ni buat loya buruknya, getus Aysha dalam hati.
"Akak ni kan?! Hmm.. takkanlah akak nak terus menerus ada dalam rumah ni?"
"Kenapa? Tak boleh ke kalau akak ada dalam rumah ni?" aku masih buat loya buruk walaupun sebenarnya aku faham akan maksud yang cuba Aysha sampaikan.
"Bukan tak boleh tapi.. erm, akak faham kan? Akak itu dah jadi isteri orang. Kalau Ryle datang sini cari akak macam mana? Tak ke masalah besar macam itu?" sempat pula Aysha berfikir sampai tahap itu.
Aku sudah ketap bibir. Tak semena-mena pandanganku tunduk memandang lantai.
Sudah tiga hari berlalu semenjak aku tinggalkan rumah Ryle. Yurp, itu keputusan muktamad aku dan Ryle.. hmm, dia langsung tak membantah. Malah, hari di mana aku keluar dari rumah pun, dia langsung tak mahu lihat aku untuk kali terakhir.
Sedikit sebanyak, aku agak terasa dengan tindakannya yang satu itu. Siapa sahaja yang tak sebak bila diperlakukan sebegitu rupa? Hmm.. kalau ya pun, dia tak sokong keputusan aku ni tapi aku harap sangat dia akan ada untuk halang aku.
Huh, pelik betul aku ni?! Nak pergi jauh tapi rasa berat hati.
"Kenapa kamu pulang ni,Sara? Apa yang sudah terjadi pada kamu ni?" soal ibu yang sudah terpinga melihat kelibat aku di hadapan rumah. Dia yang tadinya sibuk membersihkan halaman rumah terus mematikan tindakannya. Perlahan, dia menghampiri jasad ku.
Aysha juga turut sama keluar rumah tatkala melihat aku ada di depan rumah. Riak wajah terkejutnya bertayang. "Kak Sara.."seru Aysha lalu berlari mendapatkan aku.
Aku tidak menjawab soalan ibu. Tubuh Aysha dan ibu aku bawa masuk ke rumah. Hal peribadi aku ni memang tidak patut dibuka di luar rumah. Takut-takut ada makcik bawang yang pasang telinga. Hmm.. nak-nak lagi, video aku dan Ryle sedang viral. Makin panaslah suasana dibuatnya.
Setelah mengunci pintu rumah, satu keluhan aku lepaskan. Terus aku pusingkan tubuhku menghadap wajah Aysha dan ibu silih berganti. Aysha tayang muka ingin tahu, ibu pula tayang muka mahu tahu. Yurp, dua reaksi yang berbeza.
Perlahan Aysha menghampiriku. Telefon yang ada dalam tangannya disuakan pada ku. Wajah ingin tahunya bertayang. "Kak, betul ke yang ada dalam video ni akak?"soal Aysha teragak-agak.
"Video apa itu, Aysha?" soal ibu yang masih tak tahu.
Aysha memandang wajah ibu. Jasad wanita itu didekatinya lalu video itu ditayangkan depan ibu. Mataku yang melirik riak wajah ibu yang menayangkan perasaan bercampur baur cukup buat aku rasa sebak.
"Kamu perempuan simpanan Ryle ke,Sara? Hah?!!"gertak ibu kecewa. Tubuhku digoyangnya berkali. Air matanya sudah berbirai turun. Menunjukkan betapa kesalnya dia melihat 'perbuatan' aku itu.
Aku terkedu. Sungguh ia amat melukakan hati aku. Aku diam lama namun air mata menjadi peneman. Mana mungkin aku tak menangis bila dituduh sejijik itu oleh ibu.
Wajah ibu dan Aysha aku tatap satu persatu sebelum satu keluhan lemah aku lepaskan.
"S-Sara isteri dia ibu. Sara isteri Ryle.."
Lamunanku mati tatkala Aysha menggoyangkan bahuku beberapa kali. Terus aku tersedar dari lamunanku lalu wajah Aysha aku pandang.
"Apa yang Aysha cakap tadi?" soalku minta ulang.
Aysha buat muka jengkel. Mukanya nampak macam malas nak mengulang soalannya namun akhir nya Aysha mengalah.
"Akak tak takut ke abang Ryle cari akak kat sini?" ulang Aysha untuk kedua kalinya.
"Dia takkan cari akak. Aysha pun tahu kan yang kitorang ni kahwin pun bukan sebab suka sama suka. Buat apa dia cari perempuan yang langsung tak ada kaitan dalam hidup dia."ujarku dengan senyuman kelat.
Aysha mengeluh perlahan. "Kasihan, kak Sara. Aysha pun tak tahulah nak gembira ke nak sedih. Gembira sebab dapat abang Ryle jadi abang ipar tapi.. hmm, sedih sebab tengok hubungan akak dengan dia." luah Aysha dengan muka kecewa.
Aku hanya mampu tarik senyum nipis. Kerana tidak mahu terus menerus layan perasaan sedihku, aku terus bangun dari dudukku. Muka kecewa dan sedih, aku sembunyikan.
"Kau ni dik, kalau membawang memang sampai ke lusa tak habis. Hmm.. bila nak pergi sekolahnya?" nadaku sudah garang konon nya.
Aysha terus mengerling ke araj jam di dinding ku. Dia sekadar mencebik. "Baru pukul 7.10 kak. Lama lagi. Sempat lagi lima minit nak membawang. Jomlah!!" senda Aysha sudah menepuk tempat kosong di sebelah nya.
"Taknaklah kak Sara buat dosa. Kalau Aysha nak membawang, Aysha membawanglah sorang. Akak nak tolong ibu kat dapur." ujarku dan terus berlalu pergi.
Aysha sudah buat muka comelnya yang acah-acah geram itu. Pfft.. comel ke? Apa aku peduli.
...
Selesai sahaja menunaikan solat fardhu Isyak, aku terus menoleh ke arah katilku di sebelah. Memandang kan bilik aku ni kecil jadi ruang untuk solat aku pun kecil. Tapi, aku tak kisah.. asalkan aku selesa.
Telefon pintarku yang sedari tadi berbunyi, aku gapai. Tergamam aku tatkala melihat gerangan yang menghubungi aku. Ryle?
Untuk kesekian kalinya, telefon pintarku berdering lagi. Aku sudah mulai serba serbi mahu menjawab. Akhirnya satu keluhan aku lepaskan. Nope, jangan ikut ego kau, Sara. Dia masih suami kau.
Punat jawab aku tekan lalu telefon aku tekapkan ke telinga. Suasana hening menyambut, namun aku masih dapat dengar deru nafas Ryle.
"Assalamualaikum, Ryle. Kenapa awak call saya ni?" soalku tidak mahu suasana sepi itu menambah kan lagi rasa janggal antara kami berdua.
Untuk seketika Ryle diam sebelum keluhannya dilepaskan.
"Kau memang taknak balik Kuala Lumpur lagi ke?" soalan berbalas soalan. Nada suara Ryle kedengaran acuh tak acuh.
Aku hanya ketap bibir. Dadaku yang tiba-tiba sahaja berdebar aku pegang. Hmm.. entah kenapa, aku jadi rindu untuk mendengar suara lelaki itu.
"Dah tak ada apa yang saya boleh buat kat sana. Buat sementara waktu ini, saya nak duduk kampung aje dulu.."ujarku cuba mengawal rasa berdebarku.
Ryle di hujung talian sudah diam. Huh! Pujuklah Ryle. Pujuk dia untuk balik.! Bukan itu ke niat kau yang sebenar nak call dia ni? Sebab kau nak pujuk dia pulang ke pangkuan kau semula kan?!
"Ooh, okay. Take care." serta-merta Ryle tamatkan talian.
Telefon pintarnya dicampak ke katil lalu wajahnya diraup kasar. Huh?! Apa kau merepek tadi, Ryle?!
Okay? Take care?
Ryle sudah serabut. Dia akui semenjak Aysara keluar dari rumah, jiwanya rasa kosong. Entah kenapa, ada suatu perasaan yang menjentik jiwanya. Rasa kehilangan, rasa sedih. Bukankah itu rindu?
Apabila panggilan ditamatkan, aku hanya mampu terpinga. Untuk seketika, telefon pintarku aku belek lalu satu keluhan lemah aku lepas kan.
'Ooh, okay. Take care.'
Aku fikir dia mahu pujuk aku tapi nampaknya dia selesa dengan ketiadaan aku. Huh?! Apa yang kau harapkan Sara? Dia pujuk kau untuk pulang ke pangkuan dia semula?!
Pfft... dalam mimpi.
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro