BAB 64
Anak matanya melirik memandang ke arah pintu pejabat Afzal namun kelibat yang mahu dia jumpa masih lagi tidak kelihatan. Jam tangannya dibelek. Haih, mana pula si Afzal ini? Janji pukul 1.30 tapi sekarang pukul 2 tetapi masih tak muncul-muncul lagi. Hati Ryle sudah menggumam sendiri.
Kerana tidak mahu terus menerus diusik perasaan menyampah, Ryle menghirup kopi perisa mocha yang dipesannya. Sekurang-kurangnya ia mampu menjedakan rasa marah Ryle dalam hitungan detik.
Beberapa minit kemudian, akhirnya kelibat yang dicarinya muncul. Afzal terus meluru ke arah Ryle. Wajahnya nampak kusut. Seperti ada masalah pun ada juga.
"Hei, apsal kau pula yang over buat muka ni? Aku yang sepatutnya marah kau sebab kau lambat setengah jam dan buat aku tunggu kau kat sini."Ryle meluahkan rasa nya.
Tak adil pula, Afzal buat muka macam itu. Si Ryle yang menunggu 30 minit lebih pun masih boleh maintain senyum.
Afzal tidak menyahut kata-kata Ryle malah wajah resahnya makin bertayang. Sempat dia meneguk kopi mocha Ryle tanpa izin. Yurp, hanya mampu menjedakan rasa resahnya tak sampai 5 saat.
"Encik Zarul, pengusaha pakaian jenama lelaki yang bagi tawaran untuk kau jadi model dia itu tarik diri untuk ambil kau jadi duta." luah Afzal sudah resah.
Kali ini Ryle sedikit tergamam. Dahi nya sudah berkerut. Bukan dia kempunan nak jadi duta pun cuma dia pelik. Selama ini, Encik Zarul itu yang teringin sangat nak Ryle jadi duta tapi tiba-tiba pula lelaki itu tarik diri. Pfft.. pelik?!
"Apsal pula dia tarik diri?" Ryle sudah berwajah serius.
"Fasal video kau dengan seorang perempuan. Diorang fikir kau ada scandal." kali ini jawapan Afzal mengundang rasa terkejut dari Ryle.
Makin berkerut dahinya. Video dia dengan seorang perempuan? Ryle sudah diam memikirkan siapakah gerangan perempuan yang dimaksudkan Afzal itu. Aysara ke?! Erk.. tak mungkinlah.
Bila melihat reaksi Ryle yang seakan- akan tidak tahu isu semasa itu buat kan Afzal diterpa rasa hairan. Tak mungkinlah Ryle tak tahu?
"Jangan cakap yang k-kau tak tahu fasal video itu? Ada orang nak cuba jatuhkan kau ke, bro?!" soal Afzal sudah membuat andaian.
"Video apa ni? Apsal aku tak tahu apa-apa pun?!" Ryle sudah lantang bersuara.
Afzal terus menepuk bahu Ryle seperti tidak percaya. "Bro, benda ni viral kat youtube. Dah jadi trending. Ramai netizen yang tengok video 'scandal' kau itu!"
Ryle sedikit tergamam. Cuak juga bila Afzal tekankan fasal 'scandal' yang dia tak tahu itu. Memang sejak kebelakangan ni, Ryle agak menjauh kan media sosial. Hmm.. masa itu emas lah katakan.
Kalau tak berlatih skrip, dia akan jaga nendanya sikit.. kalau ada masa lebih sikit, dia mula lah kacau Aysara . Yurp, dia akui masa 24 jam nya itu hanya untuk tiga perkara itu sahaja. Tak ada yang lain. Mungkin kerana itulah, ramai peminat yang bising sebab dia sudah lama tidak update gambarnya di Instagram.
"Boleh kau tunjukkan video itu kat aku tak?" soal Ryle memandang Afzal.
Tidak mahu membuang masa, Afzal terus mengeluarkan telefon pintar nya. Video berdurasi 1.54 minit itu dimainkan di hadapan Ryle. Ryle sudah terpana.
Video itu menunjukkan video dimana dia dan Aysara berada di tempat letak kereta hospital private. Dia tarik tangan Aysara, Aysara pegang tangannya dan mereka jalan beriringan ke arah kereta sambil berpegangan tangan. Yurp, dalam samar-samar itu.. wajahnya memang nampak jelas. Lagi-lagi bila dia buka mask wajahnya.
"Betul ke kau dalam video itu Ryle?" soal Afzal apabila video itu tamat dimainkan.
Ryle hanya mampu ketap bibir. Dia termenung untuk seketika. "Siapa yang sebarkan benda itu? Aku nak tahu nama dia." mendatar Ryle memberi arahan. Dia masih rasa terpukul dengan video tadi.
Entah siapa agaknya yang sengaja khianat dia. Ryle pasti video itu direkodkan hanya untuk menjatuh kan karrier nya.
"Kau jawab aku dulu, betul ke kau yang ada dalam itu?!" Afzal masih berkeras dengan soalannya.
Ryle diam untuk sejenak. Wajah Afzal dipandangnya. Lama dia begitu sebelum satu keluhan nipis dia lepaskan.
"Itu memang aku." jawab Ryle perlahan.
Jelas reaksi terkejut bermain di wajah Afzal. Mulutnya juga ternganga seakan tidak percaya.
"Then, the girl on this video?" reaksi Afzal masih sama namun kali ini jelas wajah terkejutnya bertayang.
Satu keluhan lemah Ryle lepaskan. "She's... hmm, she is my wife."
Terkedu Afzal dibuatnya. W-wife?!
...
Satu persatu barang dapur yang penting aku capai. Sesekali aku bandingkan harga dan kualiti barang tersebut. Harga mesti murah dan kualiti barang juga perlulah bermutu. Itu yang penting.
Memandangkan barang dapur rumah banyak yang dah habis jadi terpaksalah aku nak tak nak keluar juga dari rumah untuk membeli barang. Nasib baiklah, sekarang ini.. Puan Sri Maimon sedang tidur di rumah.
Hmm.. harapnya dia tidur lebih tiga jamlah. Haraplah..
"Eh, bukan dia ke yang ada dalam video itu?!"
"Itukan perempuan yang ada dalam video itu?"
"Ma, dia kan perempuan itu?"
Sejak aku pergi ke satu seksyen, ke seksyen barangan yang lain. Aku asyik disapa bisikan halus itu sahaja. Aku perasan juga, ada yang sudah pandang aku semacam namun untuk menyedapkan hati sendiri. Aku buat tak peduli saja. Hmm.. mungkin perasaan aku kot!
Ketika aku mahu memasuki seksyen minyak masak, troli yang aku bawa tak semena-mena terlanggar troli seseorang. Hampir sahaja aku mahu jatuh namun nasib baik aku sempat seimbangkan badan. Phuh.. kalau tidak, sia-sia sahaja.
Orang yang melanggar aku juga turut sama mengaduh sakit. Bila dengar suara serak-serak basahnya itu, dahi aku sudah berkerut ingin tahu.
Serta-merta mataku mengalih ke arah gerangan tersebut. Bukan main gamak lagi aku dibuatnya bila dia ada depan mata!!!
"Mina!!!" sorakku suka.
Mina yang ketika itu sedang mengurut lengannya yang sakit juga memandang ke arahku. Wajahnya tampak terkejut sebelum akhirnya, dia juga turut bersorak. Dengan penuh gediknya, kami berpelukan. Bukan main riuh lagi. Hmm.. nasib baik tak ramai yang lalu kawasan itu.
"Kau tak kerja ke hari ini?!" soalku dalam nada ingin tahu. Pelik juga tengok gaya Mina sekarang.
Baru dua minggu tak jumpa, aku nampak perubahan yang ketara pada diri Mina. Gaya pakaiannya nampak lebih 'gorgeous'. Tak selekeh macam dulu untuk bahasa mudahnya.
Mina tarik senyum. "Aku dah tak kerja situ dah. Hmm.. aku dah berhenti." ujar Mina dalam nada perlahan.
Berkerut dahi aku dibuatnya. "K-kau berhenti?" soal ku seakan tak percaya.
Mina tersenyum lalu mengangguk kan kepala. "Aku dah berhenti. Insya Allah lepas ni, aku akan jadi suri rumah pula." balas Mina dan kali ini mengundang reaksi terkejut dari ku.
Tergamam aku dibuatnya. Suri rumah?! Mina dah nak kahwin ke?!
"Maksud kau?"aku sudah bersoal hairan.
Mina tarik senyum. Tak semena-mena anak matanya teralih ke arah gerangan di belakangku. Makin meleret senyumannya.
"Sayang, bukan ke ini..." suara garau yang datang dari arah belakangku buatkan aku sedikit tersentak.
Terus aku berpusing ke belakang. Aku lihat kelibat Ilham yang ketika itu sedang leka membelek telefon pintarnya.
"Encik Ilham?" soalku dalam terpinga.
Ilham yang ketika itu sedang memandang telefon terus menoleh ke arahku. Wajah terkejutnya sudah bertayang. "Aysara?!"
"Dialah bakal suami aku nanti." balas Mina sambil menggenggam erat tangan Ilham.
Aku yang awalnya masih tak percaya akhirnya mengukir senyum nipis. Bila fikir-fikir balik, hmm.. memang encik Ilham dengan Mina ni pasangan serasi. Teringat pula cerita dua minggu, tiga minggu lepas. Hmm.. suka sangat encik Ilham menyakat Mina.
"Tahniah untuk encik Ilham dengan kau, Mina. Tak sangka betul, korang akan kahwin. Apsal tunang tak jemput?" soalku ingin tahu.
Mina tarik senyum. "Ilham bertunang dengan aku depan family dia dengan family aku aje. Bestriend, not wanted." sempat lagi Mina mengusik aku.
Terus aku cubit bahunya. Dasar! Dah nak kahwin pun, perangai kebudak-budakannya itu masih menyerlah. Itulah, Mina!
Ilham yang sedari tadi membisu akhir nya menarik nafas dalam. "Sara, saya nak tanya awak sesuatu. Fasal orang dalam video ni." ujar Ilham lalu menunjukkan video kepadaku.
Mina dan aku sama-sama memandang ke arah video itu. Untuk seketika, kami saling berpandangan lalu kami alihkan mata kami ke arah Ilham pula.
"Video apa ni?"soal kami serentak. Serupa kembar pula.
Ilham hanya tersenyum nipis. "Cuba tengok." balasnya pendek.
Tidak mahu berlengah. Video berdurasi 1.54 minit itu bermain dan aku jelas tergamam. Mina juga terkedu. Apsal dia tak tahu fasal video ni?!
"Macam mana kau boleh ada dalam video itu, Sara?!" sentak Mina sedikit terkejut.
Aku yang masih termangu sekadar menggelengkan kepala. Huh, siapa pula yang buat masalah ni?!
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro