Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 63

Dari jauh lagi, telingaku sudah berjaya menangkap bunyi enjin kereta Audi milik Ryle. Namun, aku langsung tak menoleh ke belakang malah aku sibukkan diriku dengan membantu Puan Sri Maimon untuk minum. Wajahku yang tadi mekar dengan senyuman kerana bergurau senda dengan Puan Sri Maimon terus berubah kelat.


Satu keluhan berat aku lepaskan. Nak senyum? Yurp, mungkin aku boleh tipu dari luaran tapi dalam aku,entah kenapa rasa tercoret dengan luka. Sakit. Itu yang apa aku rasakan sekarang ini. Kerana itulah sejak semalam, aku langsung tak bertegur sapa dengan Ryle. Ditambah lagi dengan masalah Firzan.. aku jadi tak menentu.

"Assalamualaikum, nenda." suara garau itu menyapa kami di ruang tamu. Nadanya sangat ramah.

Puan Sri Maimon yang tadinya leka menonton televisyen, mengalihkan pandangan sejenak ke arah Ryle. Senyuman nipis dia berikan sebelum matanya dialihkan semula kepada televisyen. Sempat juga dia mengerling ke arahku tanpa aku sedar.

Mata Ryle dialihkan memandang ke arahku. Aku pula sudah pura-pura kononnya hanyut dengan drama televisyen yang bertayang. Konon ajelah. Walaupun hakikatnya, mata ke lain, fikiran pula ke lain.

"Kau dah bagi nenda makan?"soalnya perlahan. Takut-takut perbualannya menganggu perhatian Puan Sri Maimon.

"Dah."balasku sepatah. Itupun nadaku sedikit acuh tak acuh.

Ryle diam sejenak. Sempat matanya mengerling ke tempat lain sebelum dialihkannya kepada ku semula. "Makan apa?"

"Bubur."masih sama seperti tadi. Sepatah. Dingin.

Baru sahaja Ryle mahu tanya soalan lagi, aku terus bangun. Cawan dan juga mangkuk juga aku bawa. Tanpa mempedulikan Ryle, aku terus melangkah pergi menuju ke dapur. Makin sesak pula aku kalau dekat dengan Ryle lama-lama. Buat sesak hati, buat sesak jiwa.

Ryle yang tergamam dengan tindakan Aysara sudah terdiam. Sempat matanya melirik memandang langkah Aysara yang semakin menjauh darinya. Ryle mengerlingkan  matanya pada Puan Sri Maimon. Apabila melihatkan reaksi nendanya yang seakan-akan tidak terusik dengan perbuatan Aysara, dia melepaskan keluhan lemah.

Perlahan-lahan, Ryle menyusun langkah menuju ke arah dapur. Sempat sekali dua dia menoleh ke arah nenda. Takut-takut nendanya itu perasan dengan perbualannya bersama Aysara di dapur nanti. Setelah memastikan keadaan selamat, Ryle terus melajukan langkahnya.

Tiba sahaja di dapur, Ryle nampak kelibat Aysara yang sedang leka membersihkan gelas dan juga mangkuk yang digunakan. Aysara membelakanginya. Tanpa sedar, Ryle mendekati Aysara.

"Kau marahkan aku ke?"soalan Ryle itu berjaya membangkitkan rasa terkejut dalam hati aku.

Terus aku menoleh ke belakang. Terkedu aku tatkala melihat jarak wajah Ryle yang amat dekat denganku. Dadaku tiba-tiba sahaja berdebar hebat. Cepat-cepat aku basuh cawan yang ada dalam tanganku. Huh, kenapa ni?!

Cawan tersebut laju sahaja aku letak ke raknya yang bersebelahan dengan sinki. Kerana tidak betah lama-lama di situ, aku langsung tak menggelap tanganku yang masih basah dengan kain bersih yang tergantung.

Baru sahaja aku berura-ura mahu pergi dari hadapan Ryle, pantas lengan kiriku dicengkamnya. Langkahku mati. Pantas, kepalaku menoleh ke arahnya sambil wajah geram aku tayangkan.

"Lepaslah, Encik Ryle. Saya nak buat kerja ni."gertakku dalam nada membisik. Takut-takut Puan Sri Maimon terdengar pula.

Ryle langsung tak pedulikan pada arahan kecilku. Matanya juga masih memandang ke arahku. Lebih tepat, matanya menatap anak mataku. Aku yang melihatkan itu sudah mulai gusar hati. Yurp, pandangannya itu berjaya buatkan aku rasa kalah dengan ego ku.

Tangan kananku ditarik ke arahnya. Tak semena-mena, badanku terpusing ke belakang sekaligus menghadap ke arahnya. Kini kami saling bertatapan.

Entah kenapa, jantungku yang tadinya berkocak kini makin hebat berdetak. Deru nafasku juga seakan-akan tidak teratur. Yurp, mungkin ke itu adalah petanda yang aku sudah cinta pada pemilik empunya badan?

"Lepaslah, Ryle.. lepas.."aku yang tadinya bagai terpukau untuk seketika terus cuba menyedar kan diri kembali ke alam realiti.

Ryle mendengus kecil. "Kau jawab soalan aku dulu. Kau marah kat aku ke fasal semalam?"

Kali ini aku diam. Terus pandangan ku jatuh ke bawah. Marah? Hmm.. bukan marah tapi sedih. Ayat Ryle itu berulang-uang kali bermain dalam kotak fikiranku. Dan setiap kali ianya dimain kan, aku akan terus menerus terluka.

'Kau kena ingat, kita kahwin sebab kena tangkap basah. Aku tak kenal kau, kau tak kenal aku. Punca benda itu jadi pun aku tak tahu! Sekarang, kau nak aku terima kau?! Huh, kau tak malu ke?!'

Hati perempuan mana yang tak sakit bila ditengking sebegitu rupa? Kalaupun dia tak sukakan aku, tolonglah jada hati aku. Jangan layan aku ibarat sampah yang di boleh tendang dan buang sesuka hati.

Apabila merasakan soalannya masih tidak mendapat jawapan. Ryle mengeluh perlahan. Wajah bersalahnya bertayang. Dia perkemaskan genggaman tangannya.

"Aku nak minta maaf sebab cakap benda itu. A-aku tak bermaksud." perlahan sahaja dia menuturkan kata. Terselit nada mengharap di setiap patah katanya.

Tergamam juga aku tatkala mendengar ucapan maaf daripada Ryle itu. Tak sangka yang dia boleh berlembut hati untuk mengucapkan ayat keramat yang satu itu.

Perlahan-lahan aku mendongak memandang Ryle. Untuk seketika aku agak terpana bila lihat mata bundarnya itu menunjukkan rasa serba salahnya. Harap ianya bukanlah sementara.

"S-sa..saya.."tergagap aku menuturkan bicara ku. Cepatlah cakap, Sara. Cakap yang kau maafkan dia.

Ryle sudah ketap bibir menantikan bicaraku yang seterusnya. "Saya apa?"

"Saya nak solat Zohor. A-awak boleh lepaskan tak?" lain aku nak cakap, lain pula yang keluar.

Lelaki di hadapanku sedikit terkedu namun leretan senyumnya menunjukkan dia sedikit terusik dengan gelagat comel aku itu. Uhukks, comel ke?

"Boleh tapi lepas aje habis solat, aku nak kau ikut aku. Boleh?"

Dahiku sudah berkerut. "Ikut pergi mana?"

"Rahsia."

...

Rahsia?

Huh, kan bagus kalau dia beritahu aku awal-awal yang dia nak pergi mana. Cerdik betul Huzryle Khayril ini.

Selesai sahaja membuat pemeriksaan, doktor perempuan berbangsa Melayu itu terus keluar menuju ke arah mejanya. Di situ, terlihat kelibat Ryle yang sedang menunggu. Seperti biasa, lelaki itu akan memakai mask dan juga hoodie untuk menyembunyikan identitinya. Naya kalau orang tahu artis 'bujang' itu teman seorang wanita untuk buat pemeriksaan kehamilan. Pfft.. mau jadi tajuk akhbar tujuh hari berturut-turut.

"Macam mana keadaan dia doktor? Anak dia?"soal Ryle ingin tahu.

Aku yang baru sahaja melabuhkan punggung di sebelah Ryle juga turut sama memfokuskan seluruh pancaindera ku pada doktor tersebut. Nasib anak aku sekarang ini!

Doktor wanita itu meleret senyum pendek.

"Anak puan Aysara dalam keadaan baik cuma.. saya harap lepas ni, puan Aysara jaga tahap kesihatan dari segi emosi dan mental. Disebabkan ini pertama kali, puan Aysara mengandung jadi stress atau sebarang tekanan memang tak baik untuk budak. Kalau boleh,puan Aysara cuba hindarkan pada perkara-perkara yang boleh buatkan puan rasa stress. InsyaAllah,ia sedikit sebanyak dapat membantu puan."jelasnya dengan tenang.

Aku sudah termangu. Sempat mataku mengerling ke arah Ryle. Jauhkan diri daripada perkara yang boleh buatkan aku stress? Hahah.. satu-satunya 'benda' yang buatkan aku stress sekarang adalah dia.. Huzryle Khayril.

Aku nak kena jauhkan diri daripada dia pula ke? Hahaha!!

Keluar sahaja dari klinik, kedua-dua kami saling membisu. Mungkin masih memikirkan patah bicara doktor tadi.

Tiba sahaja kami di tempat letak kereta, aku rasakan tangan Ryle menarik lenganku. Langkah nya dimatikan lalu aku dan Ryle saling berhadapan.

"Aku minta maaf."perlahan dan ia tak berjaya ditangkap oleh gegendang telingaku.

Dahiku sudah berkerut. "Awak cakap apa, Encik Ryle?"

Satu keluhan lemah Ryle lepaskan. Sempat matanya memandang sekeliling. Takut-takut ada yang lalu lalang di situ. Setelah memastikan keadaan sudah selamat, Ryle terus menurunkan mask yang dipakainya lalu topi dan juga hoodie diturunkan sedikit agar menyelindungkan wajahnya.

"Aku nak minta maaf sebab buat kau stress."ucap Ryle terpalit kecewa.

Aku sudah tergamam. Wajah Ryle aku pandang lalu senyumanku meleret pendek. Tak semena-mena, aku melepaskan lenganku dari cengkaman tangannya dan terus kedua-dua belah tangan ku erat menggenggam tangan Ryle.

" Tak apa. Saya tak kisah pun. Mungkin, saya aje yang suka stresskan diri sampai tak fikir fasal anak dalam ni." ujarku cuba menyedapkan hati Ryle. Sempat perutku aku urut perlahan.

Kali ini, senyuman Ryle menyinggah. "Hmm, doktor cakap tadi jauhkan diri daripada benda yang stresskan kau kan? So, beringat."lelaki itu berikan peringatan kecil.

"Awak..."spontan jawapan aku itu mengundang riak terkejut daripada Huzryle Khayril.

"Kau nak cakap aku buat kau stress? So, kau nak jauh dari aku lah?!" amboi, marah nampaknya dia. Ini berlakon ke betul-betul?

Aku tarik senyum. "Awak punya perangai."ujarku lalu menaikkan semula mask agar menutupi mulutnya. Taknaklah tengok muka garangnya itu.

Nanti stress, macam mana?

...

p/s>>


Hye and Assalamualaikum. Sebelum saya mulakan, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya!! Tak sangka, hari ini adalah hari raya yang ketiga. Cepat betul. Haha.. Btw, saya nak minta maaf sebab saya dua hari tak update. Saya kalau feel raya memang tak ingat semua benda, maaflah atas tindakan saya yang satu itu. InsyaAllah nanti saya akan update banyak-banyak tapi bukan hari ini kot. Kotlah..

Hmm, story ni banyak berubah daripada idea asal saya disebabkan banyak plot-plot yang 'tiba-tiba muncul' masuk dalam cerita. Ingat story dia simple aje tapi bila fikirkan ada banyak watak dalam ini, sebab itu cerita dia jadi complicated tapi tak apa. Anda sebagai readers jangan risau. Story ini akan end dengan jayanya. Saya harap plot 'tiba-tiba muncul' itu takkan datang lagi.

Hmm, lagi satu.. mungkin story ni akan lebih daripada 70 bab. Tapi tak adalah sampai 80 bab. Paling maksimum pun, 72 bab. Tak banyak pun. Sikit aje. Haha.. Okey, bye!

Stay tuned!!^^


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro