BAB 62
"A-Aku...huh..!!"
"CUT!!!"
Ryle mengeluh perlahan. Wajahnya diraup lalu punggungnya dilabuhkan di atas sofa yang tersedia di set penggambaran. Apsal dengan kau ni, Ryle?!
"Ryle, ini sudah kali keempat kita buat shooting untuk scene yang sama. Kau ada masalah ke? Ada benda yang ganggu fikiran kau ke?"soal Encik Imran, pengarah drama yang dibintangi oleh Ryle.
Berlapis dahinya kerana hairan. Sudah dua kali dia bekerja dengan Ryle. Pada drama pertama nya yang pernah dilakonkan oleh Ryle, dia rasakan tiada sebarang masalah sepanjang waktu itu tetapi semenjak dua menjak ini, dia rasakan ada sedikit masalah kecil yang membelengu Ryle.
Ryle mendongak memandang lelaki di hadapannya itu. Senyuman hambar dia berikan.
"Sorry. Hmm.. aku rasa aku nak rehat sekejap. Badan aku tak berapa nak sihat sangat so hope you can understand me."ujar Ryle dalam nada meminta.
Encik Imran sudah menggaru dagunya. Keberatan juga dia mahu memberi rehat tapi kalau Ryle tak ada, mereka memang tak dapat nak teruskan scene seterusnya. Memang hari ini, kesemua scene perlukan Ryle. Huh.. nak tak nak, Imran terpaksa akur.
"Okey, aku harap 30 minit cukup untuk kau berehat. Kalau kau ada masalah, aku harap kau simpan dulu. Aku tak nak disebabkan kau ada masalah, benda itu rosakkan mutu lakonan kau." ujar lelaki itu sambil menepuk-nepuk bahu Ryle perlahan.
Ryle tidak mengangguk, tidak menggeleng. Terus Ryle bangun lalu pergi ke arah meja yang terletak di kawasan yang agak terselindung dari para pelakon dan krew lain. Air mineral yang terhidang di atas meja dicapainya lalu diteguk bagi menghilangkan rasa dahaga yang tiba-tiba timbul tanpa dia sedar.
Bibirnya diketap. Kata-kata kasar yang dilontarkannya pada Aysara pagi tadi masih menghantui fikirannya. Pelipis matanya diurut perlahan. Huh, entah kenapa.. rasa bersalahnya bertandang.
'Kau kena ingat, kita kahwin sebab kena tangkap basah. Aku tak kenal kau, kau tak kenal aku. Punca benda itu jadi pun aku tak tahu! Sekarang, kau nak aku terima kau?! Huh, kau tak malu ke?!'
Kejam sangat ke aku kat dia?
Bangun sahaja pagi itu, Ryle menguis-nguis matanya yang masih terasa mengantuknya. Matanya dibuka dengan perlahan dan dia dihidangkan dengan wajah lena milik Aysara. Kedengaran dengkuran halus menyapa halwa telinga Ryle dan itu membuatkan bibir Ryle mengukir senyum nipis.
Tangan kanannya erat memeluk pinggang Aysara berlapik selimut. Sesekali tangannya gatal membelai lembut wajah gadis itu. Tak cukup alis mata Aysara, jarinya terus turun mengurut bibir nipis Aysara. Yurp, kucupan hangat yang Aysara berikan pada dia semalam masih menjadi dambaannya.
Kalau tak ditahankan nafsu jantannya, sudah lama bibirnya memagut kembali bibir gadis itu. Terus Ryle mengukir senyum nakal. Helaian rambut yang menutupi wajah Aysara disauknya ketepi. Dia mahu lihat jelas wajah gadis itu. Wajah gadis yang tiba-tiba sahaja muncul dalam hidupnya.
Sedang leka dia mengurut wajah gadis itu, tak semena-mena tangan Aysara mendarat memeluk tubuhnya. Erat. Kepala gadis itu juga turut menyandar rapat pada dada bidangnya yang masih terdedah. Hangat. Ryle hanya membiarkan. Malah, dia suka bila diperlakukan sebegitu rupa.
Rasa diri ini melindungi dua insan lemah dalam hidupnya. Satu adalah Aysara dan seorang lagi, adalah anak mereka.
Baru sahaja Ryle mahu menyambung tidurnya kembali, bunyi telefon pintarnya berdering di atas laci meja buatkan dia tidak terus menyambung niatnya. Aysara juga turut sama menggeliat lalu melepaskan pelukannya pada tubuh Ryle. Mungkin agak terganggu dengan bunyi bising yang menganggu ketenteraman tidurnya.
Serta-merta Ryle mengangkat panggilan tersebut. Langsung tak dibeleknya nombor telefon si pemanggil. Sempat matanya melirik memandang ke arah Aysara. Takut-takut gadis itu masih terjaga.
"Hello?"sapa Ryle perlahan.
"Sayang, jadi tak pagi ini? You kata you nak teman I breakfast kan pagi ni?"suara serak-serak basah itu menyapa halwa telinga Ryle.
Tergamam Ryle dibuatnya. Sekali lagi, dia menoleh ke arah Aysara yang masih lena di sebelahnya. Dia diam untuk seketika. Entah kenapa, rasa bersalahnya menghimpit.
"Sayang, you dengar tak ni?" soal Kuza sekali lagi apabila merasakan soalannya langsung tak mendapat jawapan.
"Okay, I akan teman you. Nanti I jemput you."
"You pun janji nak discuss tentang tarikh pertunangan kita kan?"
Ryle terpinga untuk seketika. Huh, kenapa dia boleh lupa fasal hal itu? Semalam, dia sudah janji dengan Kuza untuk bincangkan hal pertunangan mereka dengan lebih serius. Argh!! Ryle sudah serba tak kena.
"O-okey, nanti kita bincang benda ni. You siap-siaplah. Nanti I ambil you."ujar Ryle dalam nada perlahan.
Di hujung talian, Kuza menarik senyum lebar. Tak sabar betul nak jadi sesuatu dalam hidup Huzryle Khayril. Menjadi seorang isteri.. Yurp, itu bukankah angan-angan untuk setiap perempuan? Menjadi isteri kepada lelaki yang dicintai.
Tamat sahaja panggilan, Ryle mengeluh perlahan. Wajah Aysara dipandangnya dengan rasa berat hati. Ubun rambut gadis itu dibelainya lembut sebelum perlahan-lahan bibirnya menyentuh dahi gadis itu lama.
"Thanks.."ucapnya lemah sebelum pergi meninggalkan Aysara sendirian di dalam biliknya.
"Kau okey tak ni, Ryle?"sapaan Afzal itu sedikit sebanyak mematikan lamunan pendek yang membelengu kepala Ryle sedari tadi.
Afzal terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi kosong yang terletak bersebelahan Ryle. Tangannya sempat menyambar botol mineral kosong yang turut sama tersedia di atas meja. Yurp, entah kenapa.. hari ini merupakan hari paling memenatkan untuknya sebagai pengurus Ryle.
"Aku tak ada feelinglah nak buat job hari ini. Kau tak boleh ke minta diorang tangguh sekejap. Bagi aku rehat untuk hari ini?" cadang Ryle dalam nada lemah.
Buntang mata Afzal dibuatnya. "Uih, kau Ryle. Jangan buat hal. Kau tahulah Encik Imran itu macam mana. Ini, dia bagi rehat 30 minit ni aku rasa dah cukup baik kot. Aku taknak ada pula kontoversi kau dengan pengarah pula lepas ni."
Ryle ketap bibir. Muka penatnya terpampang. Sekali lagi, keluhannya meniti.
Afzal yang memerhati gelagat Ryle itu sudah berkerut dahi. "Haih, pelik betul aku dengan kau ni. Dah nak tunang pun, buat muka tak bahagia." selamba Afzal ungkit isu pertunangan.
Kali ini Ryle terkedu. Wajah peliknya bertayang.
"Macam mana kau dapat tahu aku nak bertunang ni? Aku rasa benda itu cuma antara aku dengan Kuza aje yang tahu?"
Afzal sekadar mencebik. "Benda itu dah tersebar weiyh. Ada peminat kau rakam kau dengan Kuza pagi tadi. Aku rasa banyak yang dah tahu kot." tebik Afzal dengan senyum mengejek.
Ryle sudah ketap bibir. Huh, masalah betullah!
...
Video berdurasi 2 minit itu aku tonton berulang kali. Senyuman penuh paksa aku terukir. Huh, apa yang kau harapkan Aysara? Kau harap dia akan terima kau semudah itu? Kau fikir layak ke kau ni? Hmm..betul apa yang Ryle cakap. Aku memang tak berhak nak dapat sayang dia. Aku ni sudahlah datang tak diundang. Pftt..malu sikit, Aysara!
Birai mataku yang sudah bertakung air mata, aku cuba tahan. Entah patut berapa kali lagi aku untuk menangis? Kalau aku menangis, Ryle takkan datang dalam hidup aku! Kalau aku menangis, Ryle takkan kasihankan aku! Yurp, kalau aku menangis, semuanya takkan mengubah apa-apa.
Akhirnya, telefon pintarku aku campakkan ke sofa sebelah. Birai mata yang sedikit basah, aku sapu kesat. Nope! Aku taknak membazirkan air mata untuk benda yang langsung tak menguntungkan aku!!
Kerana tidak mahu terus menerus melayan perasaan, aku akhirnya memilih untuk menonton televisyen. Satu persatu rancangan televisyen yang bertayang, aku tukar. Semuanya tak kena dengan mood aku sekarang ini. Drama..drama..drama.. aku menggetus dalam hati.
Tanpa sengaja, aku menekan butang di mana siaran Hitz TV9 bertayang. Tergamam aku tatkala melihat wajah Kuza terpampang jelas di kaca tv.
'Yurp, saya tak sangka video itu akan tersebar cepat. Hmm..pada awalnya, saya dan Ryle bercadang untuk rahsiakan perkara ini daripada umum namun memandangkan ia sudah menjadi isu..jadi, lebih baik saya akui. Yurp, kami memang bakal bertunang. Kami harapkan doa yang baik-baik dari peminat.'-Kuza.
Ya Allah, Engkau kuatkanlah hati hambaMu ini. Hati aku cuba aku tabahkan. Sakit. Yurp, itu apa yang aku rasakan ketika ini. Sanggup ke aku melihat Ryle bahagia dengan Kuza? Huh..!!
Telefon pintarku yang tiba-tiba sahaja berbunyi menganggu perhatianku. Dengan lemah, aku menggapai telefon pintarku. Sempat aku belek nama pemanggil. Nombor telefon tak dikenali? Dahiku sudah berkerut.
Nak tak nak, aku angkat juga panggilan tersebut.
"Hello,si.."belum sempat aku mahu menyambung ayatku, suara garau menyapa di hujung talian.
"Hai, sayang. Rindu dengar suara sayang."
Mataku buntang. Terkejut gamaknya tatkala aku mendengar suara itu. Suara milik Firzan.
"K-kau buat apa call aku ni, hah?!"
Tawanya mengekek di hujung talian. "Aku nak dengar khabar kau lah. Pft.. nampaknya suami kau itu dah ada kisah hidup dia. Erm.. senanglah sikit kau nak minta cerai dengan dia kan? Seminggu lagi kan?"
"Seminggu apa?"
"Kau dah lupa ke? Aku bagi kau tempoh sebulan untuk kau bercerai dengan Ryle? Kalau kau tak buat apa yang aku suruh, aku akan beritahu fasal benda yang jadi pada kau dengan Ryle." ugut Firzan di hujung talian.
Aku terdiam untuk seketika. Baru aku teringat tentang ugutan Firzan itu. Huh!! Tak guna punya lelaki!
"Lagipun, lelaki itu dah nak kahwin tak lama lagi. Kau sanggup ke bermadu?"soal Firzan semakin mencucuk jarum.
Sedikit sebanyak, aku jadi terhasut dengan kata-katanya. Hurm, buat apa aku pertahankan lagi perkahwinan yang aku yakin takkan berdiri lama. Ryle sayangkan orang lain dan bukannya aku..
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro