Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 58

Sudah lima hari berlalu sejak hari pertama aku bekerja dalam rumah banglo Ryle ini. Yurp, semuanya baik-baik sahaja. Tak ada apa pun masalah yang timbul antara aku dengan Puan Sri Maimon tapi kebanyakannya masalah aku timbul bila bersemuka dengan Ryle. Entah lah, semenjak dua menjak ini.. dia suka 'usik' aku. Usik ke?

"Erm.. aku rasa aku nak makan kat rumah aje. Make sure setiap kali aku balik rumah, kau dah hidangkan makanan atas meja.."ujarnya melihat aku.

Dahiku sudah berkerut. "Saya digaji untuk jadi pengasuh Puan Sri bukan nya awak.."balasku sedikit membangkang dengan arahannya itu.

Ryle ketap bibir lalu senyumannya meleret. "Takkanlah apa yang suami minta pun nak kena gaji? Bukan itu tanggungjawab kau ke?" kali ini soalan Ryle buatkan aku tergamam.

Apakah?!! Kenapa tiba-tiba dia bahas kan tugas aku sebagai isteri pula ni? Bukan memang dari awal, perkahwinan  kami hanya atas kertas sahaja ke?!! Aku sudah diam.

"Jadi, awak nak cakap saya kena jalan kan tugas saya sebagai isteri awak dalam rumah ni?" soalku mahu mendapatkan kepastian.

Ryle tarik sengih. "Ke kau nak aku anggap kau jadi bibik? Bibik yang dibayar gaji. Hmm.. tak sangka kau akan pilih title bibik berbanding isteri." jawapannya kali ini sangat buat aku rasa terkedu.

Selepas aje peristiwa kena perli kaw-kaw itu, aku terus masakkan makanan dia tanpa membantah. Cuma.. masalahnya adalah si Ryle itu banyak sangat songeh. Tak nak itulah, tak nak inilah... Huh!! Aku sabarkan aje hati aku layan karenah nya itu.

Hari ini mood mengemas aku tengah high, jadi memandangkan Puan Sri Maimon sedang tidur di biliknya.. aku pun ambil peluang untuk kemas ruang tamu. Sesekali itu, aku belek lah apa yang patut.

Kebanyakan gambar yang dipampang adalah gambar seorang budak sehinggalah ke seseorang yang sudah remaja. Tengok dari hidung pun, aku tahu itu siapa. Tak lain dan tak bukan mesti Ryle. Hmm.. muka dari kecil sampailah ke besar sama aje. Haha..

Sedang aku leka mengemas, mata aku tiba-tiba sahaja teralih ke arah sebingkai gambar keluarga. Terus gambar tersebut aku capai lalu senyumanku terukir. Gambar di mana Ryle sedang menggenggam segulung ijazah bersama kedua ibu bapanya. Sweet sangat..

Haih, tiba-tiba pula aku teringat kat ibu dan Aysha kat kampung. Apa khabar agaknya mereka di sana.

"Kau tengok apa itu?" soal Ryle yang entah dari ceruk mana.

Terkejut aku dibuatnya. Cepat-cepat aku letakkan semula gambar itu ke tempatnya semula. Wajah Ryle terus aku pandang sambil senyum paksa aku terukir.

"B-Bila masa awak ada kat situ?" soal ku terselit resah.

Ryle tersengih. "Suka betul kau tengok gambar itu sampaikan aku yang ada kat sini pun.. kau tak perasan. Handsome sangat kot aku dalam gambar itu." sempat Ryle puji diri sendiri.

Aku sudah tayang muka jengkel. Ergh, pleaselah.. Tak habis-habis nak puji diri sendiri. Tidak mempeduli kan bicaranya itu, aku kembali buat kerja ku semula.

Penyedut hampagas kembali aku pasang. Ryle yang masih berdiri di sudut ruang tamu, aku buat tak kisah.

"Hmm.. apsal kau tiba-tiba rajin kemas rumah ni? Nak minta gaji lebih ke apa?" soal Ryle dalam nada perli.

Haih, sabar ajelah Sara. Wajah Ryle aku pandang.

"Puan Sri sedang tidur jadi daripada saya tak buat apa-apa lebih baik saya kemas rumah awak." ujarku menarik senyum.

Ryle tidak memberi sebarang respons. Matanya sedari tadi tak henti dari memandang ke arahku tanpa aku sedar lalu keluhan berat nya terlepas.

"Kau jangan paksa sangat diri kau buat kerja. Kalau ada masa rehat itu, rehat ajelah."kata-kata Ryle itu buat kan dahi aku berkerut. Pelik. Hmm.. tiba-tiba aje ambil berat.

"Er..saya dah rehat banyak tadi."

Ryle ketap bibir. "Aku tanya tadi itu bukan sebab aku ambil berat fasal kau ke apa. So, jangan perasan. Nevermind, its okay kalau kau rajin nak kemas rumah aku. Nampaklah, multitasking kau itu."perlinya.

Aku tarik senyum paksa. Haih, dia ni suka sangat cari fasal dengan aku. Apa entah salah yang aku buat kat dia pun, tak tahulah..

Untuk kesekian kalinya, aku buat tak peduli pada kata-kata perlia Ryle itu. Terus aku sambung kerjaku semula. Baru sahaja aku mahu menunduk untuk kemas meja, tak semena-mena pinggang aku terasa sakit.

Auch!! Aku mengerang sakit

Ryle terus rampas penyedut hampagas tersebut lalu terus dia bantu aku untuk duduk. Kelihatan riak resah bermain di wajahnya.

"Kan aku dah cakap tadi, jangan banyak sangat buat kerja. Kalau budak dalam perut kau itu kenapa-napa, macam mana?!" ujar Ryle dalam geram.

Aku terkedu bila dengar bicara nya itu. Wajah Ryle aku pandang dalam sakit. D-dia risau fasal anak ni? Entah kenapa, aku rasa tersentuh.

"A-awak risaukan fasal dia ke, Ryle?" soalku ingin tahu. Pinggang yang masih sakit aku urut perlahan.

Ryle sudah ketap bibir. Wajah aku dipandangnya lalu keluhan lemah dia lepaskan.

"Dia anak aku kan. Siapa tak risau kalau ada apa-apa jadi pada anak sendiri?" ujarnya mendatar. Wajah nya nampk tegang.

Pada awalnya aku tergamam namun tak semena-mena senyuman nipis ke terukir.
...
Satu persatu tin susu dibeleknya. Sesekali topeng muka yang membaluti wajahnya dibetulkan. Sempat juga, kiri kanannya dipandang. Takut-takut kalau ada yang perasan kehadiran nya di situ.

Tangan kanannya terus mencapai sebuah tin susu jenama Anmum dan tangan kirinya pula mencapai tin susu jenama lain. Kedua-dua tin itu dibeleknya. Haih.. tak sangka beli susu ibu mengandung ini punyalah susah!

"DHA.. vitamin B.."satu persatu bahan yang ada dalam setiap satu tin susu itu dibeleknya.

"Erm, encik. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" soal seorang wanita. Mungkin promoter yang bertugas dalam super market itu agaknya.

Ryle terus memandang ke arah gerangan promoter tersebut. Yurp, memang dia perlukan seseorang untuk bantu dia sekarang ni.

"Mana satu susu yang lagi bagus untuk ibu mengandung? Yang ada DHA ke yang kurang gula?" soal Ryle sambil menunjukkan tin susu yang berada dalam tangannya.

"Susu yang ada DHA lagi bagus untuk ibu mengandung. Ia bukan sahaja menguatkan tulang ibu tapi juga membantu perkembangan sel otak bayi. Jadi, anak yang keluar nanti mungkin akan lebih bijak. Maka, saya sarankan encik ambil susu Anmum ni." cadang wanita itu sambil ibu jarinya menunjuk ke arah tin susu Anmum.

Ryle sekadar menganggukkan kepala. Tin susu Anmum itu dibelek nya lalu senyumannya menyinggah. Haih, function teruks lah Ryle. Hahaha...!!

Selesai sahaja membuat bayaran, Ryle kembali memandu pulang ke rumah. Hmm.. tak sangka dia boleh jadi seorang papa yang mithali pula sekarang ni!

Sampai sahaja di rumah, Ryle terus bergegas ke dapur. Entah mimpi apa yang dia dapat hari ini, dia terus membaca langkah-langkah untuk buat susu ibu mengandung. Setiap langkah itu dilakukan dengan sangat cermat.

Akhirnya, Ryle menarik nafas puas hati. Senyumannya melingkar apabila minuman itu akhirnya terhidang tanpa cacat cela depan matanya. Selesai sahaja membersih kan dapur, Ryle terus bergerak memanjat tangga. Susu yang dibuatnya dibawa dengan penuh berhati-hati.

Tiba sahaja di hadapan pintu bilik Aysara. Ryle sudah berkira.Hmm.. kau yakin ke ni Ryle?! Kalau Aysara fikir macam-macam? Huh.. Dia sudah berbelah bahagi.

Akhirnya satu keluhan lemah dia lepaskan. Nope. Kau buat semua ini demi anak kau bukannya demi sesiapa! Perlahan-lahan Ryle mengetuk pintu bilik Aysara namun langsung tiada sahutan dari dalam.

Dahinya berkerut. Sekali lagi, dia cuba namun jawapannya masih sama.

Tombol pintu bilik Aysara dicapai nya lalu dipusingnya. Tak berkunci. Perlahan-lahan dia memasuki bilik tidur gadis itu yang masih terang-benderang. Masuk sahaja ke dalam bilik, dia lihat kelibat Aysara yang sudahpun lena di atas katil.

Haih, tak reti tutup lampu ke?, getus nya sendiri. Hairan juga dia bila ada perempuan species terancam macam Aysara ini. Tidur dengan lampu terbuka? Yurp, thats rare.

Gelas berisi susu itu diletakkan di atas laci  bersebelahan katil Aysara. Baru sahaja tangannya berura-ura mahu mengejutkan gadis itu namun tindakannya terhenti bila Aysara sudah memusingkan tubuh ke arah nya.

Ryle mengeluh perlahan. Wajah Aysara dibeleknya puas sebelum senyumannya terukir tanpa sedar. Pfft.. apsal kau ni Ryle?

Ekor mata Ryle terus turun pada perut Aysara. Baju T-shirt yang Aysara pakai itu sedikit sebanyak menunjukkan ada lengkungan kecil pada perut gadis itu. Ryle tarik sengih.

Huh, sungguh dia tak sangka melihatkan anaknya membesar itu sangat buatkan dia rasa bahagia. Rupanya, inilah perasaan seorang bapa bila lihat anaknya membesar.

Yurp, Ryle rasa terharu plus gembira.
... 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro