BAB 56
Tubuhku aku pusing ke kiri, kadang aku pusingkan juga tubuh aku ke kanan. Namun, mata aku masih tak mampu untuk aku lelapkan. Aku sudah cuba bermacam gaya tidur. Terlentang, tertungkup.. semuanya aku sudah cuba namun ia masih tak berjaya menjentik mata aku untuk terus terlena. Akhirnya, satu keluhan berat aku lepaskan.
Suasana bilik yang sedikit suram itu aku pandang sekeliling. Memang inilah aku. Aku tak biasa tinggal dalam bilik yang tersangat asing macam ini. Bilik kat rumah Mina itupun aku ambil masa dua tiga hari untuk rasa selesa. Sewaktu belajar di diploma dulu pun, aku perlukan masa dengan bilik tidur aku itu. Hmm.. pelik tapi inilah aku.
Nak-nak lagi bilik yang Ryle berikan pada aku ini tersangatlah luasnya. Air-cond yang terpasang pun sedikit sebanyak buatkan tidurku rasa tak lena. Hmm.. pelik pula bila tidur bawah air-cond ini. Menggigil aje aku dibuatnya.
Kerana tidak tahan,duduk sendirian dalam bilik tersebut akhirnya aku ambil keputusan untuk keluar dari bilik tidurku. Buka sahaja pintu, kepalaku sudah terjengul keluar. Kiri kanan aku pandang. Takut-takut terserempak kelibat Ryle di situ. Sempat juga mataku memandang ke arah pintu bilik Ryle yang masih tertutup rapat.
Setelah memastikan suasana tingkat yang sudah selamat,aku terus menyusun langkah menuruni anak tangga. Memandangkan ini adalah rumah orang jadi.. aku kenalah jaga adab dan tertib. Aku turun ini pun sebab nak ke dapur. Aku mahu hilangkan rasa dahaga yang sedari tadi asyik membelengu tekakku.
Sepanjang menuruni tangga, aku jengketkan langkahku. Takut-takut kalau aku menapak dengan gelajah, bunyi tapak kaki aku itu akan mengganggu penghuni rumah ini. Senang cerita, takut mengejutkan si Huzryle Khayril itu.
"Kau pilih..sama ada aku ataupun dia?!" suara lantang seseorang itu berjaya mengejutkan aku yang ketika itu sedang melintasi ruang tamu.
Terus aku menoleh ke arah ruang tamu. Terpempam aku tatkala melihat kelibat Ryle berada di situ. Dia sedang duduk sambil menilik benda berbentuk buku dalam tangannya. Aku sudah terkaku di situ. Rasa macam nak lari tapi entah kenapa langkahku bagai terpaku di situ.
Ryle yang sedang leka membaca buku skripnya turut merasakan ada sesuatu di sekitar ruang tamu. Terus matanya menoleh ke sisi. Keningnya sudah terjungkit tatkala matanya sudah terlihat aku berada di situ. Buku skripnya dilipat lalu wajah aku dipandangnya.
"Kau tak tidur lagi ke?"soal Ryle sudah berkerut dahi.
Aku sekadar menggelengkan kepala. Soalan biar logik sikit boleh tak? Dah sah-sah aku ada depan dia ni, confirm lah aku tak tidur lagi. Pfft..
"Kau nak pergi mana?"soalnya sudah beralih topik.
"Pergi dapur."
"Untuk?"
Mandi..
"Hmm.. minum air." balasku pendek. Kalau boleh, memang nak cakap mandi tapi bila fikir baik buruknya, erm.. tak payahlah. Kang tak fasal-fasal kena halau pagi-pagi buta macam ini! Sia-sia aje.
Ryle sekadar menganggukkan kepala. Sempat wajah aku dibeleknya. Lalu sengihannya menyinggah. Aku yang melihat gelagat Ryle itu sudah jungkit kening tanda hairan. Tiba-tiba tersengih pula mamat ni. Gila ke?!
"Kenapa awak gelak?"
Ryle tarik senyum. "Erm..Memang kau sepanjang masa akan pakai tudung ke apa? Tak rimas ke 24 jam pakai tudung?"spontan soalan Ryle menyapa halwa telinga aku.
Aku sedikit tergamam. Terus aku menyentuh tudung bawal berwarna margenta yang menutupi mahkota rambutku. Wajah Ryle aku pandang sejenak. "Aurat saya.."
Kali ini, Ryle tertawa kecil. Terselit juga tawa mengejeknya itu di situ. "Aku suami kau. Ada pembatas aurat ke antara aku dengan kau?"
"Shhttt!! Awak boleh perlahankan suara awak itu tak?! Kalau Puan Sri dengar macam mana? Awak tak takut ke?!" aku sudah cemas bila suara lantang Ryle itu mengisi keheningan ruang tamu tersebut.
Makin berdekah tawa Ryle dibuatnya. "Kau nak risau apa? Huh..nenda takkan dengar. Bilik nenda aku itu dah dibina khas kedap bunyi supaya dia dapat rehat secukupnya. So, apa yang aku cakap.. nenda takkan dengar."tenang sahaja Ryle menghamburkan bicaranya.
Aku tidak mengangguk,tidak menggeleng. Tidak mahu terus berlama-lama di situ, aku terus mengatur langkah ke arah dapur. Makin lama aku berdiri di hadapan Ryle, makin banyak pula benda yang akan jadi topik nanti. Hmm.. tak kisahlah kedap bunyi ke apa..yang pasti, aku takut orang tahu hubungan kami ini.
Gelas kaca yang aku pegang,aku isi dengan air suam. Air tersebut aku teguk perlahan. Sedikit-sebanyak dahaga yang memenjarakan tekakku tadi mulai berasa lega. Seusai menghilangkan dahaga, aku sudah berura-ura mahu kembali ke bilikku semula. Baru sahaja aku mahu keluar dari dapur, aku dengar suara lantang Ryle membaca skrip.
"Sanggup kau pilih dia daripada aku, Layla! Kenapa?! Apa yang tak layaknya aku sampai kau pilih dia?!" Phuh...ayat skrip memang selalu buat aku rasa nak muntah hijau!! Uerkk!!
"Huh.. kenapa? Kau tak kenal siapa dia.. Aku.."
Aku dengar Ryle menguap kelelahan. Suasana diam seketika sebelum akhirnya Ryle kembali membaca skrip nya semula. Nadanya kali ini kedengaran lelah. Sangat penat namun dipaksa. Yurp, itu apa yang aku dengar ketika ini.
Beberapa kali jugalah aku dengar dia menguap sampaikan terbit pula rasa kasihan bila dengar Ryle paksakan diri untuk menghayati skrip yang ada dalam tangannya itu. Haih, kasihan?! Hmm..sejak bila Aysara rasa kasihan pada kehidupan seorang artis ini?! Aku sudah mencebik sendiri.
Akhirnya, aku tarik nafas dalam. Langkahku kembali aku aturkan ke dapur semula. Sempat mataku meliar mencari sesuatu yang boleh dibuat minum. Akhirnya, mataku terpaku pada serbuk kopi yang terletak di kawasan yang agak tersorok dalam kabinet. Senyumanku terus melingkar sambil mataku sempat mengerling ke luar.
Malam ini, Astilla Aysara nak buat pahala free.. Hehe!!
Beberapa minit kemudian, senyumanku meleret panjang. Haruman kopi gula itu sempat menusuk ke batang hidungku dan yurp.. aku berani puji yang minuman kopi aku memang tak pernah mengecewakan aku.
Perlahan-lahan aku bawakan kopi itu ke ruang tamu. Kelihatan jasad Ryle sudah tersandar di bahu sofa. Namun, matanya masih digigihkan membaca skrip yang masih dipegang di tangan. Aku tarik nafas dalam. Yurp, kau kena buat ini.. Aysara. Langkahku aku susun merapati Ryle.
Ryle yang sedar akan kehadiran aku di situ terus mengalihkan pandangannya ke arahku. Dahinya berkerut tatkala melihat aku datang merapatinya bersama secawan kopi. Bau haruman kopi itu sempat mencabar dahaga Ryle pada malam itu.
"Apsal ni?"soalnya hairan.
Aku ketap bibir. Cawan kopi itu aku hidangkan di atas meja berhadapan dengannya. Seraya itu, wajahnya aku pandang. Ryle sempat melirik ke arah kopi tersebut sebelum matanya dialihkan kepadaku semula.
"Apa ni?"
"Saya buatkan awak air kopi. Hmm.. kalau awak mengantuk, awak minumlah kopi ini. Jangan paksa diri."ujarku. Terus aku mengatur langkah meninggalkan Ryle terpinga-pinga.
Ryle yang sedikit terkedu hanya melirik ke arah Aysara sehingga akhirnya kelibat Aysara hilang daripada pandangan matanya. Air kopi itu dipandangnya sejenak. "Huh.. kenapa tiba-tiba pula dia itu?"soal Ryle sendirian.
Dia cuba untuk tidak pedulikan air tersebut. Beberapa kali dia cuba, namun setiap kali itulah matanya asyik tertumpu ke arah kopi tersebut. Urgh!! Dengan bau haruman kopinya ditambah kan lagi rasa mengantuk yang kian menghimpitnya ketika ini. Akhirnya Ryle mengeluh perlahan.
"Hmm.. seteguk tak apalah kot."ujarnya sendiri.
Telinga cawan itu dipegangnya dan dengan perlahan, Ryle teguk kopi yang masih hangat itu. Untuk seketika, Ryle menikmati rasa kopi yang Aysara buat. Dia tergamam sejenak sebelum bibirnya menguntum sengih senget.
"Not bad."
...
"Sayang belum tidur lagi?"soal Puan Sri Aqirah apabila melihat kelibat Kuza masih membelek barang shopping yang baru dibelinya hari ini.
Kuza yang ketika itu sedang membelek high heels keluaran Kate Spade terus mengalihkan pandangannya ke arah mamanya itu. Tak semena-mena, senyumannya meleret. Yurp, kalau dia sudah dapat barang yang dia mahu.. memang Kuza akan teruja dan gembira.
"Kuza excited sangat. Hmm.. Ryle belanja Kuza kasut ini dan benda ini sangat mahal tau, ma. I love it!!"teruja Kuza dalam nada gembira.
Puan Sri Aqirah juga turut sama tersenyum apabila melihat kasut high heels yang ditayang Kuza padanya. Nampak mahal dan mewah. Puan Sri Aqirah juga turut memuji reka bentuk kasut itu dalam diam.
"Bagus betul Kuza dapat Ryle. Apa-apa sikit dia belanja. Anak mama ni memang sangat bertuah. I'm happily for you, darling."ujar wanita itu sudah menepuk paha Kuza.
Kuza menarik senyum. "Kuza suka sangat bila Ryle dengan Kuza. Dia buat Kuza rasa bahagia."
Puan Sri Paqirah menganggukkan kepala perlahan. Lama dia terdiam sebelum akhirnya satu keluhan lemah dia lepaskan. "But, bila kamu nak berkahwin dengan Ryle. Sampai sekarang, Ryle still tak tetapkan tarikh pertunangan even waktu dia jumpa dengan mama and papa, kita sempat bahas pasal benda itu."tutur wanita itu sedikit resah.
Kali ini senyuman Kuza sedikit pudar. High heels yang berada dalam tangannya disusun semula ke dalam kotaknya.
"Tak lama aje lagi ma. Papa pun minta Ryle fokus pada urusan business keluarga dia kan? Hmm.. kalau boleh memang Kuza nak kahwin cepat dengan Ryle."ujar Kuza sedikit berharap.
"Mama harap kamu dapat bahagia dengan Ryle, sayang."ucap Puan Sri Aqirah.
Kuza hanya tersenyum pendek. "Mama jangan risau. Ryle memang cintakan Kuza. Sangat-sangat sayangkan Kuza."
...
p/s>>
Hye and Assalamualaikum to your guys. Erm, before I start.. thanks sebab anda semua sanggup tunggu saya update. Semenjak dua menjak ini memang saya busy dengan ulangkaji untuk final test. Sebab itulah, saya kadang update.. kadang tak update. But,now saya dah habis paper. So.. saya free sekarang!! Saya nak update banyak-banyak sebab saya nak habiskan story ini secepat mungkin.
Sementara ada mood nak menulis ni kan?.. Hhaha.. Stay tuned!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro