Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 47

Air mata yang sedari berjurai turun aku spu perlahan. Apalagi dugaan yang Tuhan nak berikan aku pada kali ini. Kenapa hadirkan insan kecil dalam hidup aku sekarang ni?!! Huh, aku pejam mata rapat! Siapa nak bertanggungjawab untuk anak tak berdosa ni?!

"Tahniah puan Sara, puan disahkan mengandung. Baru dua minggu. Masih baru lagi." kata-kata keramat doktor wanita itu berjaya buatkan aku terpaku dan terdiam seribu bahasa.

Mina yang berada di sebelah aku juga turut terpana. Untuk seketika, kedua-dua kami sama-sama terkejut. Aku lagi gamak terkejutnya sampai aku tak mampu untuk bersuara. Yurp, terkejut aku itu sampai sepanjang hari itu aku diam tak bertegur sapa dengan Mina.

"Anak siapa yang kau mengandung kan ni, Sara?!!! Siapa lelaki yang biadab sangat buat kau macam ni?!!! Kau bagitahu aku sekarang, biar aku kerja kan lelaki itu cukup-cukup!!!" bukan main geram lagi Mina.

Sedari pulang dari klinik tadi, darahnya sudah menyirap. Kalau boleh memang dia nak maki hamun lelaki tak guna yang sudah 'merosakkan hidup' aku itu. Mina yakin yang aku adalah mangsa. Dan, yurp.. aku mengaku aku adalah mangsa.

Aku hanya mampu membisu. Air mata yang berjurai turun buatkan aku tak mampu untuk bagi jawapan pada soalan Mina itu.

"Kau jangan lemah macam ni, Sara!!! Tolonglah, kau bagitahu aku cepat.. siapa yang buat kau macam ni?!! Biar kita report dia kat polis. Tak boleh biar lelaki jahanam ni hidup bebas!!" Mina sudah mendesak.

Tempat kosong di sebelah ku diduduki nya sebelum akhirnya lenganku digenggamnya erat. Berharap agar aku juga memberikan kerjasama padanya.

Lama aku berdiam.Mina disebelah ku pula sudah mulai mendesak. Akhirnya, nafasku aku tarik dalam lalu wajah Mina aku pandang.

"Ini bukannya anak seperti apa yang kau fikirkan,Mina. Dia masih suci." balasku masih berbirai air mata.

Mina sedikit tergamam. Riak marahnya berubah keliru. "Maksud kau? Dia bukan anak haram?!" Mina masih terpalit teka teki.

Sebuah anggukan aku jadikan sebagai jawapan. Terus kedua-dua belah tangan Mina aku genggam erat. Aku berharap Mina dapat dengar luahan perasaan aku.

"Aku terpaksa kahwin, Mina. Aku terpaksa.. Malam itu, Firzan hampir nak rogol aku. Aku sempat larikan diri dan sedar-sedar aje, pagi itu.. cincin ni dah terselit dekat jari aku." jelasku tersangkut-sangkut.

Kali ini Mina terpandangkan jari manisku yang terselit cincin rotan itu. Dipandangnya dengan rasa seribu satu perasaan. Silih berganti wajah aku dipandang nya.

"Jadi, anak itu anak Firzan?" Mina buat tebakan.

Kali ini, bibirku aku ketap kejap. Sebuah gelengan aku berikan pada Mina. Serba-serbi aku mahu luahkan siapa sebenarnya bapa kandung kepada janin yang menumpang teduh dalam rahim aku ketika ini.

"Habis itu, anak siapa?" soal Mina sudah berkerut dahi.

Aku tarik nafas dalam. Mahu mencari kekuatan untuk meneruskan bicaraku. Akhirnya, wajah Mina aku pandang sebak.

"Ini anak Ryle."

Bukan main terkejut Mina bila dapat tahu semua itu. Awalnya, dia seakan tak percaya namun setelah aku terangkan segalanya, Mina akhirnya percaya pada bicaraku. Dia tidak melenting malah Mina terus peluk aku sambil berkali-kali meminta aku agar bersabar pada dugaan yang menimpa aku ketika ini.

"Kau masih menangis lagi?" sapa Mina memasuki bilik tidurku.

Apabila menyedari kelibat Mina yang menghampiri, segera aku kesat air mataku. Sebingkis senyuman tipis aku berikan pada Mina. Mataku masih melirik ke arahnya yang kini sedang duduk berhadapan dengan aku.

"Tak adalah. Aku okey aje. Mata masuk habuk sikit, itu yang berair itu." kelentongku sambil menyapu tubir mata yang masih basah.

Mina sekadar mencebik. "Kau tak payah nak tipu akulah, Sara. Aku ni bukannya kenal kau sehari. Dah bertahun aku masak dengan perangai kau ni. Hmm.. jangan sedih-sedih. Tak elok untuk kesihatan baby dalam perut kau tau." Mina sudah beri peringatan kecil.

Senyum palsu ku terukir. Walaupun kata-kata Mina langsung tak menghiburkan namun ia mampu semangatkan aku. Yurp, sekurang-kurangnya dia boleh buat aku senyum.

"Apa yang patut aku buat sekarang ni, Mina? Aku taknak besarkan baby ni seorang. Aku takut kalau aku tak kuat nak tanggung dia. Cuma kau aje yang tahu status aku yang sekarang. Keluarga aku belum tahu lagi fasal ni." beritahu ku sudah mulai disergah rasa sebak.

Tadi, aku ingat aku takkan nangis namun nampaknya.. rasa kecewa ku memang benar-benar membunuh ketabahan aku. Yurp, aku taku kuar dengan semua ini.

"Kau tak nak bincang dengan Ryle ke? Aku rasa dia akan faham. Kau cuba berlembut dengan dia. Aku tahu Ryle mesti akan faham." Mina cuba memujukku.

Aku sudah ketap bibir. Wajah Mina aku pandang lemah. "Dia ada kehidupan dia, Mina. Tak lama lagi.. dia akan kahwin dengan model itu. Kau nak aku cakap apa kalau jumpa dia?! Nak cakap yang sekarang ni, aku mengandungkan anak dia?!" aku sedikit menggertak.

"Sekurang-kurangnya dia kena tahu. Kalau kau tak bagitahu, aku rasa masalah lagi besar akan datang." Mina masih mendesak aku.

Wajah Mina terus aku pandang. Yurp, dalam situasi sekarang ni. Orang yang faham apa yang aku rasa adalah diri aku sendiri. Mina tak rasa apa yang aku rasakan sekarang ni.

Aku ni ibarat perempuan kotor yang hanya diguna pakai dan disimpan oleh seorang lelaki bergelar suami. Yurp!! Rendah betul martabat aku sekarang ni. Dan, sekarang.. aku diuji dengan kehadiran seorang anak. Apa lagi teruk daripada semua ini!

"Kalau dia tahu aku mengandung anak dia pun, aku yakin yang dia takkan mengaku. Hmm.." akhirnya air mataku gugur membasahi pipi. Sebak dadaku hanya Tuhan saja yang tahu.

Mina akhirnya mengeluh lembut. Terus dia tarik aku dalam pelukan nya. Berharap agar apa yang dibuat nya itu mampu menenangkan aku. Dan, memang aku perlukan seseorang untuk redakan rasa sedih ku ketika ini.

"Aku minta maaf sebab terlalu paksa kau. Aku cuma nak yang terbaik untuk kau, Sara." pujuknya sambil membelai rambutku lembut.

Aku hanya diam. Masih menangis dalam pelukan Mina.
...
Telefon pintar yang sedari tadi berdering membingitkan suasana hening dalam biliknya, dihampiri. Dahinya berkerut tatkala nombor telefon yang tidak dikenali itu menyinggah pada skrin telefon pintarnya.

Tak berlengah, tangannya terus menekan butang jawab sebelum telefon pintarnya dilekapkan ke telinganya.

"Ilham.."suara serak-serak basah itu menyapa halwa telinganya.

Makin dalam kerutan dahi Ilham. Bukan dia tak kenal si empunya suara. Yurp, gadis yang pernah tersangkar dalam hatinya suatu ketika dahulu.

"Kuza.. kenapa you call I ni?" soal Ilham hairan.

Kuza tarik sengih di hujung talian. "Entahlah.. I cuma saja nak dengar you before I kahwin dengan Ryle. You know kan, tak lama lagi I akan kahwin dengan Ryle?" soalan berbalas soalan.

"Then, apa kaitannya dengan I? You.. pun dah tak ada hubungan dengan I kan?"ujar Ilham cuba menyedarkan gadis itu.

Kali ini tawa Kuza meletus. Kelakar. Yurp, kelakar bila dengar suara lelaki yang pernah memusnahkan rasa cintanya suatu ketika dahulu. Tak ada siapa yang tahu bahawa Ilham merupakan lelaki pertama yang pernah menetap dalam hatinya.

Dan, bila dia nampak Ilham duakan nya pada pagi itu.. hatinya sakit. Dikecewakan oleh lelaki yang sangat kita cinta, apa lagi sakit daripada itu?!

"Owh, yurp. I lupa. You kan dah ada perempuan itu? Hmm.. makin lama makin ke laut test you, Ilham. Daripada seorang model kepada 'GRO' then now your worker's? Then lepas ini apa, tukang sapu?" perli Kuza cuba menegangkan suasana.

Nasib baik Ilham bukannya jenis yang cepat melenting. Dia senyum saja mendengar kata-kata Kuza.

"Kalau dah cinta, I will keep it on even dia cuma pekerja I. Then you? Try to finding people that always higher from me then after that you want to see me jealous? Betul kan, Kuza?"

Tergamam Kuza tatkala mendengar bicara Ilham. Sakit pula hatinya bila Ilham berjaya mengenakannya.

"Pfft.. jealous?! For what?! You are not mine anymore." nadanya cuba ditenangkan walaupun sekarang Kuza sudah diterpa rasa gelabah.

"Did you still love me?"
Kali ini lidah Kuza terasa kelu. Matanya buntang.

Still love?
...
p/s》

Hye and assalamualaikum guys. Hollaa!! Erm, btw.. thanks for your vote and also comment yang always nak bab seterusnya. Haha.. ada readers yang baca semua story saya.. And, I really apreciate it😢😢.. Thanks!!

Saya tak sangka ramai readers yang ada imagination yg sama macam saya. (Haha.. nampaknya we have a same part of brain).. haha.. tebakan anda dalam comment itu ada macam betul, ada yg memang betul.. haha, dan kalau tak mengena itu.. saya akan cuba selitkan itu sebagai idea saya dalam story ni. So, saya copy andaian anda itu. Minta halal eiyh?!.Hahah.. Ececeh!!!

p/s》 kalau ada masa yang lenggang itu, meh lawat @HxnxPxrk and dia ada buat story 'Skizofrenia'. Ada satu part tu buat saya merinding. Huhu..

Stay Tuned😃

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro