Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 39

Setelah membuat tiga scene yang berbeza, akhirnya kami tiba di lokasi yang terakhir penggambaran iaitu Chapel street, Pahran. Suasana nya yang seakan-akan suasana dalam filem itu memang sangat cantik. Aku sendiri pun suka bila berada di situ. Romantik suasananya. Sedikit Metro namun masih kena pada gaya klasik Eropahnya.

"This is our last destination!! Yeah, Kat sini banyak...." aku di sebelah Ryle sekadar menganggukkan kepala mendengar penerangan Ryle itu. Senyuman lebarku aku paksakan meniti di wajahku.

Sepanjang hari ini, Ryle layan aku sangat dingin. Bila depan kamera sahaja dia buat muka mesra nya dengan aku tapi bila belakang kamera. Dia jadi diam dan mengelak daripada aku. Entah kenapa, perbuatannya sedikit sebanyak melukakan hati aku. Apa silap aku? Apa salah aku pada dia sampai dia jadi dingin macam itu dengan aku?

Semalam elok aje dia bergurau senda dengan aku. Walaupun semalam aku agak sebal juga dengan perangai dia yang suka memperdajalkan aku tapi aku rasa seronok. Ergh?! Apsal aku rasa seronok pula?! Huh, apa yang jadi pada aku sekarang ni?

Kenapa kau perlu kisah dia nak layan kau macam mana, Sara? Selama ini, dia tak wujud dalam hidup kau..okey aje kau? Kenapa bila tiba-tiba dia buat tak layan, kau rasa resah macam ni?

Aku sudah ketap bibir. Aku pun tak ada jawapan untuk setiap soalan yang aku hamburkan itu. Tak semena-mena senyum palsuku berubah pudar. Wajah sebakku bertayang dan tanpa disangka, pandanganku menunduk ke bawah.

"So, Sara nak beli apa kat sini?"soal Ryle sudah mengalihkan wajahnya ke arah aku.

Kerana terlalu melayan perasaan sendiri, aku terus leka dengan rasa ku sendiri. Para kru yang lain sudah pandang hairan pada aku namun mereka masih meneruskan rakaman scene itu.

"Sara... cakap."bisikan Syukri itu berjaya mematikan lamunanku.

Tak semena-mena aku mengalihkan pandangan ku ke arah Ryle yang ketika itu turut sama memandang ke arah aku. Pandangan kami bertaut dan itu buat aku rasa gelabah. Terus aku alihkan pandangan ku ke arah kamera dan Ryle silih berganti. Ergh? Apa aku nak cakap kan ni?!!

"Erm.. best kat sini."spontan ayat itu aku hamburkan.

"CUT!!"

Terkejut aku dibuatnya bila Syukri menyebut ayat keramatnya. Aku sudah mengeluh perlahan. Sah, mesti aku ada buat salah.. lagi. Hari ini, banyak kali jugalah aku buat kesalahan yang sama iaitu termenung depan kamera sampai beberapa kali kena shoot untuk scene yang sama.

"Sara okey tak? Ada benda yang ganggu fikiran Sara ke?" lembut saja Syukri menegur aku.

Aku ketap bibir. Wajah Ryle yang langsung tak memainkan sebarang reaksi itu aku kerling untuk seketika sebelum akhirnya satu senyuman nipis aku berikan sebagai jawapan.

"Boleh tak saya nak rehat sekejap? 15 minit aje.."ujarku sudah menayang muka berharap.

Syukri sudah berkira-kira. Namun akhirnya, dia patuh pada permintaan aku. Yang lain juga turut menarik nafas lega kerana dapat berehat untuk seketika.

"Kita rehat 15 minit then shoot." beritahu Syukri pada yang lain.

Terus mereka berempat melabuhkan punggung di atas kerusi yang disediakan di sekitar kawasan itu. Bahu yang sudah lenguh mereka urut perlahan. Syukri juga turut serta bersama mereka berempat. Aku sudah terpinga-pinga di sebelah Ryle. Hening. Tak ada bicara, tak ada sakat menyakat. Serious saja.

"Sekali tak susahkan orang tak boleh ke? Huh, cepat shoot cepat kita habis."gertaknya seakan-akan tak puas hati pada permintaan aku yang satu itu.

Setelah itu Ryle pergi dari situ. Jelas riak tergamam tatkala butir bicara nya itu menyapa halwa telinga aku. Yurp, sakit hati? Luka? yang pasti bukannya gembira.

Sempat mataku melirik ke arah Syukri dan juga kru yang lain. Mereka masih leka bersembang sakan. Tanpa berlengah, aku membuntuti Ryle dari belakang. Langkah Ryle yang makin jauh, aku cuba dapatkan.

"Apa yang awak tak puas hati dengan saya, Ryle?!" soalku dalam nada menggertak.

Terus Ryle mematikan langkahnya. Badannya dipusingkan menghadap aku sambil sengih sinis dia berikan pada aku. "Kau dah berjaya kenakan aku. Nice try sampai aku boleh tertarik nak try kau."

Tergamam aku bila mendengar bicaranya yang satu itu. Kelu lidah aku. "Apa maksud a-awak ni, Ryle? Saya kenakan awak?"

"Yurp. Hmm.. macam inilah, kau anggap aje apa yang jadi antara aku dengan kau semalam itu tak pernah berlaku. We never do that jadi kau dah boleh teruskan hidup kau macam biasa. Dapat tak?" ujar Ryle dalam nada bersahaja.

Kecewa? Sebak? Sedih? Itu apa yang aku rasakan sekarang ini. Kenapa dia boleh berubah jadi macam ini? Aku tak faham.

Senyum sinisku terukir. Wajahnya aku pandang dengan perasaan yang aku sendiri susah untuk tafsir.

"Lepas awak dapat apa yang awak nak, awak buang saya macam itu aje? Huh.. awak nak saya teruskan hidup saya macam biasa? Kenapa mudah sangat awak cakap macam itu kalau yang tanggung itu saya?!" gertakku sudah menahan marah.

Ryle kacip gigi berang. Terus belakang badan aku dihempasnya ke dinding lalu bahuku dipegangnya erat. Tersentak aku dibuatnya. Rasa sakit yang menyinggah pada tubuhku, aku tahan. Mataku masih berani menikam anak matanya.

"Habis kau nak aku buat apa? Terima kau?! I have my own life. Kau hanya isteri aku yang aku kahwin dalam paksa. Remember that things!! Aku masih ada orang yang aku sayang, aku masih ada perempuan yang aku cinta then.. please, don't disturb my life!" jerkah Ryle dalam bengang.

Kali ini, aku tergamam mendengar kata-katanya. Selepas mencela aku, Ryle terus berlalu meninggalkan aku sendirian. Entah kenapa, air mataku bergenang. Yurp, kata-kata Ryle sangat melukakan hati perempuan aku.

Tergamak dia lontarkan kata-kata itu pada aku?! Isteri paksa?.. Huh, kenapa aku rasakan yang sekarang ini aku ibarat perempuan simpanan dia aje?! Makin deras air mataku bila mengenangkan perkara semalam.

Jijik! Kenapa semudah itu aku serah kan segalanya pada lelaki yang tak pernah katakan dia sayang pada aku?!

Yurp, now you are the loser, Astilla Aysara!!
...
Cincin belah rotan yang tersarung kemas di jari manisku aku belek untuk seketika sebelum akhirnya pandanganku aku lontarkan ke luar jendela hotel. Sesekali mataku melilau ke dalam bilik hotel.

Semua barang aku dah siap packing. Pukul 10 malam ini, kami dijangka akan berlepas jadi ada lebih 2 jam saja lagi sebelum kami berangkat menuju ke lapangan terbang Sydney. Jadi, aku gunakan masa yang ada untuk menikmati kota Sydney itu di malam hari. Sama seperti malam-malam yang lepas, kotanya masih gah dibawah kilauan lampu neon yang menaikkan keindahannya di mata aku.

Akhirnya satu keluhan lemah aku lepaskan. Aku tak faham dengan perasaan aku sekarang ini. Kenapa tiba-tiba aku rasa sedih sangat bila Ryle buat aku? Pelik. Yurp, selalunya aku buat donno aje tapi hari ini, aku banyak makan hati bila dengar kata-kata dia.

"Cantik kalau Sara pakai cincin ni." cadang Syukri sudah menuding ke arah cincin putih yang berada di balik kabinet kaca.

Memandangkan kami sudah selesai shooting, jadi semua orang bebas melakukan apa saja. Jadi, aku pilih untuk makan angin di sekitar Chapel Street. Banyak juga kedai-kedai dan butik yang dibuka. Sesekali, menjenguk juga aku tengok barang-barang yang dihidangkan.

Ingat tadi nak menikmati suasana itu sendiri. Bolehlah feeling sekaligus mengubat hati kan? Yurp, mengubat hati lepas kejadian antara aku dengan Ryle itu. Bila dia balas dingin, aku cuba buat tak layan. Cuba. Namun, tak lama lepas itu aku terserempak dengan Syukri. Kalau jumpa Syukri aje tak apalah juga, tapi.. ni jumpa Ryle sekali. Itu yang aku rasa macam nak mengelak dari jumpa dia itu.

"Hmm.. cantik." pujiku juga turut sama mengalihkan pandangan ku ke arah cincin tersebut.

Syukri tarik sengih. Ryle di sebelah Syukri sudah tayang muka bosan.

"Kalau saya belikan untuk Sara, Sara akan pakai ke? Hmm.. alang-alang itu Sara dah boleh buang kot cincin rotan kat jari Sara itu." spontan bicara Syukri menyentakkan aku.

Sempat aku mengerling ke arah Ryle. Dia juga turut sama tergamam bila mendengar kata-kata Syukri itu.

Bibirku mengukir senyum nipis. "Saya akan pakai cincin yang awak bagi itu tapi saya rasa cincin rotan ni memang tak boleh nak diganti." ujarku dalam nada bersahaja.

"Sara sayangkan cincin itu ke?" soal Syukri ingin tahu.

Sekali lagi, aku pandang wajah Ryle. Dia juga turut sama memandang ke arah aku. Pandangan kami bertaut sebelum akhirnya dia larikan pandangannya ke tempat lain. Mulut nya sudah disapu.

"Sayang sangat. Saya suka cincin ni."

"Hadiah dari boyfriend awak ke?" Syukri sudah tayang muka cemburu. Erm, cemburu ke?

Aku hanya tarik senyum nipis. Soalan Syukri itu tak mendapat jawapan. Terus aku sibukkan diri melihat bentuk-bentuk cincin yang terhidang depan mata.

'From husband.'
...


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro