Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 37

Satu keluhan lemah, Ryle lepaskan sebelum pandangannya dialihkan ke arah pemandangan Sydney pada waktu malam itu. Memang indah namun tak mampu mengubat rasa risau yang bersarang dalam hatinya. Entah kenapa, sedari tadi, Ryle asyik diserbu rasa bersalah bila terkenang kan fasal Aysara.

"Baguslah Aysara. Saya harap awak dapat maintainkan performance awak untuk hari esok." puji Syukri di tempat duduk hadapan.

Aysara sekadar mengangguk kepala lemah. Entah kenapa, wajahnya nampak sangat kusam. Hembusan nafas lelahnya juga dapat didengar oleh Ryle yang mengambil tempat bersebelahan Aysara. Sesekali dia belek wajah Aysara yang nampak pucat.

Awalnya, Ryle buat tak kisah namun apabila kepala Aysara sudah mulai melentok ke arah tubuhnya. Ryle sudah hairan semacam. Sempat matanya melirik ke arah yang lain. Takut-takut ada yang perasan si Aysara itu mahu 'bermanja' dengan dia pula.

"Agaklah.. Minah ni. Kalau ya pun, nak ambil kesempatan.. janganlah sampai dalam kereta." bisik Ryle dalam nada yang tersangatlah. Hanya telinga dia aje yang mampu dengar apa yang dia bicarakan ketika itu.

Mulanya, Ryle hanya biarkan namun apabila kepala Aysara makin lama makin ke bawah, Ryle sudah angkat kening. Baru sahaja dia mahu menolak bahu Aysara tak semena-mena Ryle tergamam tatkala dia melihat tangan Aysara yang sudah biru.

"Aysara.."kejut Ryle terus menghadap wajah Aysara yang makin pucat.

Semua yang ada dalam kereta terus mengalihkan pandangan ke arah mereka berdua. Syukri sudah buat muka terkejut gamaknya apabila melihat wajah pucat Aysara yang langsung tak berdarah. Yang lain juga turut cemas.

"Apsal dengan Sara ni, Ryle? Kau buat apa dengan dia ni?!" resah Syukri apabila melihat Aysara langsung tak sedarkan diri.

Ryle sudah geleng kepala. Sempat bahu gadis itu digoyangkannya beberapa kali namun Aysara masih tak sedarkan diri. Badan gadis itu juga turut sejuk dan dingin. Peluh renek yang membasahi dahi Aysara juga turut mengalir.

"Aku rasa dia pengsan lah. Call doctor sekarang." arah Ryle dalam cemas.

Entah kenapa, Ryle diserbu rasa bersalah. Memang awalnya, Ryle mengaku itu bukan salah dia tapi memandangkan dia yang cadang dulu untuk main rollercoaster itu jadi nak tak nak Ryle kena mengaku juga. Salah dia sebab nak sangatkan kena kan Aysara.

Dia suka bila tengok muka cuak Aysara bila diusik begitu. Muka tak puas hati Aysara juga entah kenapa mampu buatkan Ryle rasa nak usik gadis itu. Erghh?! Pelik betul.

Terus Ryle menyusun langkah menuju ke arah laci katilnya. Buka sahaja laci, tangan Ryle terus mencapai panadol yang dibawanya siap-siap dari Malaysia. Sebuah senyuman tipis terukir di birai bibir nya. Fikirnya, kalau dia bagi panadol itu mungkin rasa bersalah nya akan hilang.

Tidak menunggu masa yang lama, Ryle terus mengatur langkah keluar dari bilik hotelnya. Sempat matanya mengerling ke arah pintu bilik Syukri. Ini semua sebagai langkah berjaga-jaga. Habis kalau Syukri dapat tahu yang dia menghendap jumpa Aysara. Mau jadi gossip sepanjang zaman dibuatnya.

Ryle tarik nafas dalam. Dengan bakat lakonan yang masih ada, Ryle terus buat muka serius, muka tak kisah, muka minta kaki. Dia taknak lah nampak macam baik hati sangat. Kang tak fasal-fasal perempuan itu fikir aku minat dia pula. Phuh.. jatuh air muka aku kalau macam itu.

Ketuk untuk kali pertama. Tiada sahutan dari dalam. Ketuk buat kali kedua. Tiada sahutan juga. Ryle sudah kerut dahi. Sempat telinganya ditekap ke arah permukaan pintu bilik hotel Aysara. Manalah tahu dengar bunyi-bunyi pelik ke kat dalam. Ryle sudah tayang muka pelik. Dia ni hidup ke tak dalam itu?, getusnya sendiri.

"Aysara.."seru Ryle sambil ketukan untuk kesekian kalinya dia berikan namun masih tiada jawapan dari dalam.

Ryle sudah mulai risau. Tombol pintu bilik hotel itu dipulasnya dan Ryle sedikit tersentak tatkala mendapati pintu bilik hotel tersebut tidak berkunci. Entah kenapa, Ryle sudah diterjah fikiran negatif. Sempat mata nya melirik ke sekeliling lobi hotel. Takut-takut ada kelibat yang dikenali nya lalu lalang di situ.

Setelah memastikan tiada sesiapa berada di ruang lobi, Ryle terus membuka pintu bilik hotel Aysara. Baru sahaja dia mahu menjulur kan kepalanya masuk ke dalam bilik, tak semena-mena Ryle terdengar pintu bilik hotel di buka dari arah bertentang. Bunyinya seakan-akan daripada bilik Syukri.

Tanpa berfikir panjang, Ryle terus menerobos masuk ke dalam bilik Aysara. Pintu bilik gadis itu tak semena-mena dikuncinya. Jantung nya sudah berkencang hebat, nafas nya juga sudah mulai turun naik. Risau juga dia kalau Syukri nampak kelibatnya masuk ke dalam bilik hotel Aysara.

Ryle yang tadinya diterpa rasa risau terus tergamam tatkala melihat kelibat Aysara yang sudah berbaring dengan masih lengkap bertelekung di atas lantai. Wajah pucat gadis itu masih menghiasi namun tak seteruk tadi.

Untuk pertama kalinya, Ryle rasa semacam. Belum pernah lagi dia melihat keadaan sebegitu rupa. Terbit rasa kasihannya apabila melihat jasad gadis itu masih terbaring lena di atas lantai. Perlahan-lahan Ryle mengatur langkah merapati Aysara yang masih lena dibuai mimpi.

Wajah gadis itu dipandangnya untuk sejenak sebelum akhirnya terbit senyuman nipis di birai bibir lelaki nya. Pelik? Kenapa dia suka tengok muka Aysara malam ni? Ke.. dia dah hilang akal sebenarnya? Huh?!! Tak kisahlah apa pun tapi yang pasti Ryle tahu perasaannya ini memang silap.

"Sejuk.. ermm.. hmm.." rengekan manja Aysara itu buatkan senyum senget Ryle makin terukir. Dia lihat gadis itu sudah berpeluk tubuh cuba untuk menepis rasa sejuk yang kian mencengkam.

"Kalau sejuk, tidurlah atas katil." bisik Ryle sengaja mencari ulah.

Namun, disebabkam Aysara masih lagi menutup mata jadi gadis itu tidak membalas. Yurp, tidur lebih penting daripada bertekak.

Rasa sejuk yang menyapa kulit tubuhku buatkan tidur aku makin tak lena. Perlahan-lahan mataku aku buka dan dalam kabur aku lihat kelibat seseorang yang sedang memapah aku. Makin lama pandanganku makin jelas sehingga lah akhirnya aku terpana.

Ryle?!!!

"Ryle, apa awak buat dalam bilik saya ni?!!" berontakku cuba untuk lepaskan diri daripada dia.

Ryle sudah terkejut gamaknya. Sedikit sebanyak rontaan yang aku lakukan menyukarkan pergerakan dia ke arah katil. Beberapa kali aku pukul Ryle agar lepaskan aku namun lelaki itu masih betah mengangkat aku ke arah katil.

"Lepaslah Ryle!!! Saya tahu awak nak buat apa?!!! Jangan fikir awak boleh buat macam itu pada saya!!" gertak ku keras. Aku masih berusaha untuk meloloskan diri namun kekuatan Ryle memang tak dapat untuk aku tandingi.

"Kau jangan fikir macam-macam boleh tak? Jangan banyak gerak. Kau itu dahlah berat!" bentak Ryle masih terus memapah aku ke arah katil.

Aku langsung tak pedulikan dia. Beberapa kali aku meronta. Untuk kesekian kalinya, rontaan aku berjaya buatkan Ryle hampir terjatuh dan lelaki itu lepaskan aku tepat di atas katil.

Namun malang tidak berbau apabila tubuh Ryle hampir sahaja menindih tubuh aku namun sempat dia tahan guna tangannya. Tergamam aku dibuatnya tatkala bibirku menyentuh pipi kiri milik Ryle. Apakah?? Kenapa boleh tercium pula ni?!!!

Ryle juga tayang riak terkejut. Terus matanya dialihkan memandang aku.
Pandangan kami bertaut, nafasnya juga keras menampar wajah ku. Nafasnya sedikit lelah. Mungkin penat kerana mengangkat aku yang berat berkilo ini.

Entah kenapa, jantung aku tak semena-mena berdegup kencang. Rentak nafasnya juga berjaya buat kan aku rasa berdebar sangat. Ini adalah kali pertama aku rasakan perkara seperti ini. Wajah Ryle aku belek untuk seketika. Mata hazel, hidung mancung, bibir merah.. hmm, patutlah Aysha boleh angaukan mamat yang seorang itu.

Ryle masih tak berganjak. Ekor mata nya juga berjaya melirik ke arah wajah Aysara yang rasa seperti memukau sangat malam ini. Baru Ryle perasan bibir nipis Ryle yang buatkan pandangan Ryle lebih terarah ke situ.

Berkali-kali Ryle meronta agar nafsu nya tidak menguasai namun entah kenapa, dia tak mampu melawan. Wajah Aysara malam ini benar-benar mencabar jiwanya.

Perlahan-lahan bibir Ryle bertemu bibirku tanpa rela. Tergamam aku dibuatnya tatkala mendapat kucupan mengejut daripada lelaki itu. Tak semena-mena, aku menolak tubuh Ryle agar menjauh daripada aku.

"R-Ryle.. tolong jangan teruskan. A-awak tahukan yang nikah kita ni bukannya rela. Jadi, saya minta awak jangan cuba apa-apakan saya." nadaku sedikit merayu.

Ryle tarik sengih senget. Entah kenapa, malam ini nafsu jantan Ryle lebih mengembara. Tangan kanannya sudah gatal memaut tubuhku yang masih bertelekung.

"That's not our business at all. Satu malam aje aku minta then it will be the last. Nak tak nak kau isteri aku, kau tahukan kalau aku minta kau tak boleh nak bantah?" kata-kata Ryle kali ini buatkan aku tergamam.

Baru sahaja Ryle mahu mengucup bibirku buat kali kedua, terus aku meronta minta dilepaskan. Sehingga lah, akhirnya air mata aku bergenang. Aku pernah dengar orang kata, syurga seorang isteri adalah di bawah tapak kaki suami nya. Kalau betullah, ini akan menjanjikan syurga buat aku. Aku ikhlas buatnya.

Betul apa yang Ryle kata. Walaupun perkahwinan kami bukannya kerana kehendak namun nak taknak aku terpaksa akur bahawa aku adalah isterinya yang sah. Jadi, sebagai seorang isteri.. aku perlu jalankan tanggungjawab aku walaupun itu bukan atas kerelaan aku.

Malam itu, aku biarkan Ryle jalankan tanggungjawabnya. Kalau betul itu adalah jalan yang menjanjikan syurga untuk aku jadi, aku akan cuba ikhlas untuk lakukannya.
...
Selesai sahaja menunaikan solat fardhu Isyak, aku terus mengurut kepalaku perlahan. Kejadian di taman rollercoaster itu masih segar dalam ingatan ku. Menyampah juga aku bila terkenangkan Ryle yang beria kena kan aku.

Huh, tak fasal-fasal aku pengsan! Cis, dasar lelaki jahat. Sudah buat salah, bukannya nak minta maaf ke apa.. Pergi tinggalkan aku macam itu aje. Dasar!!

Aku cuba kuatkan diri ku untuk menadah tangan. Aku mulakan dengan basmallah dan juga kata-kata puji kepada Allah SWT.

"Ya Allah Ya Tuhanku, kenapa kau masih pertahankan lagi hubungan perkahwinan yang memang takkan ke mana ni? Kalau betul dia bukannya jodoh aku jadi kau pisahkan lah aku dengan dia, buang dia daripada hidup aku agr dia terkubur jadi masa lalu aku namun kalau benar dia jodoh aku.." akhirnya satu keluhan lemah aku lepas kan.

"...kalau dia adalah jodoh aku, maka kau pertahankan hubungan kami berdua. Terbitkanlah rasa kasih dan cinta kami seperti pasangan-pasangan lain yang berada di luar sana. Muliakan lah perhubungan kami dan berkatilah kehidupan rumahtangga kami. Kalau benar Huzryle Khayril adalah jodoh ku, maka aku akan terima dia kerana-Mu ya Allah." pintaku bersungguh.

Selesai sahaja berdoa, aku terus menguap kelelahan. Gara-gara menjerit dan berlakon palsu depat kamera itu sedikit sebanyak mencuri tenaga zahir aku. Kerana terlampau penat, akhirnya aku terbaring kelelahan di atas lantai. Hmm.. selesa juga tidur atas karpet ni.
...



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro