Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 35

Selesai sahaja menyarungkan T-shirt lengan panjang dan juga seluar track hitam, aku terus bergerak ke arah beranda bilik hotel ku. Yurp, aku tersangatlah puas hati dengan hotel yang disediakan untuk aku sekarang ni. Bilik hotel aku benar-benar menghadap Opera House yang selalu menjadi lambang kebanggaan kepada kota Sydney ini.

Langit petang yang menghiasi awan Sydney itu juga menambahkan lagi kecantikan yang aku lihat depan mata aku ketika ini. Memang. Suasana petangnya sama seperti suasana petang di Malaysia namun apa yang membezakannya adalah keindahan kota kecil itu yang menjadikan langit petangnya sedikit istimewa. Sangat romantis, itu pendapat aku.

Sedang leka menikmati suasana petang itu, mata aku sempat melirik ke arah jam dinding. Terkejut aku dibuatnya. Hanya tinggal lagi 15 minit saja lagi, jam akan menuding ke angka 6.30 petang. Serentak itu, aku terus menyambar tudung bawal hitam ku. Dalam terburu-buru aku rapikan tudung yang menutup bahagian kepalaku. Bila dah rasa okey, serta-merta aku mengatur langkah laju ke arah pintu bilik hotelku yang masih tertutup rapat.

Buka sahaja pintu bilik, mata aku terus terpandang kelibat Syukri di muka pintu. Rupanya dia juga turun lambat. Hmm.. dan tunggu aku? Senyum nampak giginya menyapa pandanganku. Terus, aku balas senyumannya. Orang dah senyum, takkan tak balas pula kan?

"Haha.. baru nak ajak Sara pergi sama-sama tadi." spontan, dia mengujarkan niatnya.

"Kenapa awak tak pergi dulu aje tadi? Hmm.. nanti kalau kru awak bising, macam mana?" soalku dalam nada bersalah.

Tawa kecil Syukri meletus. "Tak apa. Kat sini saya bos. Jadi, saya tak kisah sangat. Kalau bos besar ada.. haha, time tu baru saya gelabah. Jom, kita turun." ajak Syukri apabila merasakan kami masih lagi tercegat di depan pintu bilik hotel ku.

Aku menganggukkan kepala. Sepanjang perjalanan menuju ke dining hall itu, banyak juga topik yang aku bualkan. Syukri pun boleh tahan kelakar orangnya. Pandai dia buat lawak sampai aku pun rasa nak gelak sepanjang masa. Dia suka lempar kan ayat manisnya itu. Mungkin itulah agaknya cara lelaki mengayat perempuan kot. Haha..

Tiba sahaja kami di dining hall, mata aku terus terpandangkan beberapa wajah yang aku kenali. Semua buat muka menyakat bila lihat aku jalan bergandingan dengan Syukri. Hanya seorang aje yang buat muka macam  menyampah minta kaki dan ada aku peduli?

"Aih, bos. Menyempat.."sakat salah seorang kru yang mengenakan topi merah. Yang lain menyambut lawak hambar nya.

Aku sudah tarik sengih bila diusik begitu. Suka sangat fikir macam-macam.

"Sambil menyelam minum air. Korang apa tahu."Syukri membalas. Tempat duduk kosong diduduki nya. Aku juga turut sama melabuh kan punggungku. Kerusi yang aku duduki terletak di antara kerusi Ryle dan juga Syukri.

Ryle pula sedari tadi asyik tayang muka masamnya. Hmm.. kata seronok tapi masam pula? Pfft.. lantaklah.

Setelah itu, kami mulai berbincang tentang perjalanan esok hari. Boleh tahan padat jugalah. Dari pagi sampai lah ke malam. Hanya beberapa jam aje kami berehat. Syukri beritahu aku, ada cameraman yang akan follow aku jadi nak tak nak memang aku kena menghadap kamera lah. Leceh.

"So, esok kita pergi empat tempat. Korang semua, aku nak semua dah prepare. Esok mesti tepat. Aku taknak ada yang menyusahkan kita esok. Siap awal, korang akan rehat awal."beritahu Syukri dalam nada tegas.

Aku dan yang lain sama-sama mengangguk tanda mengerti. Setelah itu, kami terus bersurai. Ada yang memilih untuk naik ke bilik semula dan ada juga yang memilih untuk keluar makan angin. Aku pula.. lebih memilih naik bilik. Nak tidur dalam air-cond.

Baru sahaja aku mahu berganjak pergi, tak semena-mena Syukri menyeru nama aku. Terus aku menoleh memandang ke arah lelaki itu. Senyuman yang dia hulurkan kepada aku dibalasnya.

"Taknak keluar jalan-jalan ke? Saya dengan Ryle ingat nak keluar. Awak taknak ikut? " soal Syukri dalam nada mesra.

Sebuah gelengan aku berikan. Sempat mata aku melirik ke arah Ryle yang sedari tadi asyik menghadap telefon pintarnya. Berlagak.

"Tak apalah. Saya rasa nak rehat sekejap. Nak store energy untuk esok." ujarku cuba menyelit lawak hambar aku di situ.

"Hmm, ingat nak ajak keluar 'date'. Tak apa. Sara rehatlah cukup-cukup. Kalau awak sakit nanti, saya yang susah." sakat Syukri disertai tawa nya.

Aku buat muka menyampah acah-acah. Kelakar lah bila dengar lelaki guna ayat pick up line. Walaupun, ini bukannya kali pertama aku diayat lelaki tapi Syukri ni boleh tahan juga lah. Sudahlah caring pula itu.

"Saya naik dulu. Bye."ucapku sebelum berlalu pergi.

Ekor mata Ryle terus melirik ke arah langkah Aysara yang sudah mulai menjauh dari mereka berdua sebelum akhirnya pandangan  diberikan kepada Syukri yang sedari tadi masih tak beralih memandang Aysara.

"Menyempat juga kau pikat perempuan itu. Nak buat spare part ke?" sindir Ryle dalam nada mendatar.

Terus Syukri alihkan pandangannya ke arah Ryle. Tawa kecilnya berhamburan. Jus orange yang masih berbaki dalam gelas goblet nya dihirup perlahan.

"Sara itu comellah. Selalunya, aku tak berkenan dengan perempuan kampung ni tapi dia ni lain sikit. Aura dia itu aku suka." luah Syukri.

Ryle sekadar mencebik. Telefon pintarnya diletakkan di atas meja nya di hadapannya.

"Aku kenal kau, bro. Mana pernah lama dengan perempuan. Aku guarantee tiga hari then you out, right?" Ryle buat tebakan.

Syukri tarik sengih. "Maybe one day then I will kick her kot or after I get something from her, maybe." balas Syukri dengan senyum playboy nya.

Ryle sudah angkat kening. "Kau jangan cakap yang kau pun nak try dia juga?!" Ryle sudah mulai tayang muka ingin tahu.

"Chill lah bro. Kau macam tak kenal aku. Spesies Sara ni rare tau. Orang kata ayam kampung ni lebih kenyal sikit dengan ayam bandar. Hmm.. aku nak lah juga try rasa ayam kampung itu macam mana.." ujar Syukri penuh makna.

Ryle sudah ketap bibir. Entah kenapa, hatinya jadi tak suka bila dengar Syukri kata begitu. Terus pandangannya dialihkan ke pintu masuk dining hall itu. Risau?
...
"Weiyh, cantiknya!!!!" laung Mina dalam nada teruja setelah aku pamerkan pemandangan malam dari beranda bilik hotel aku.

Segera aku alihkan semula telefon aku menghadap aku. Mina yang aku hubungi melalui skype itu sudah tayang muka sedih. Alolo, kesiannya anak ayam yang seekor ni. Mampu tengok dari telefon aje ya, dik? Haha..

"Cantikkan? Aku dah cakap. Hmm.. aku rasa tak menyesal dapat pergi sini. Hotel dia pun cantik." ujarku audah melabuhkan punggung di atas sofa empuk dalam bilikku.

"Hmm.. kan bagus kalau aku yang terpilih. Isy, baiknya nasib kau Sara. Sudahlah kau dapat pergi Sydney lepas itu dapat pergi dengan Ryle pula itu. Urgh!!! Cemburunya aku!!" meraung Mina bila ingat semua itu.

Aku sudah bantai gelakkan dia. Aku berterima kasih jugalah dengan Mina sebab dia, akhirnya aku dapat menggembara ke luar negara. Ini memang pengalaman yang paling aku suka. Aku ingat aku takkan dapat nikmati semua detik ni namun nampaknya rezeki Tuhan itu memang tak terbatas. Buktinya, akhirnya aku berada di Australia sekarang ni.

"Hmm.. Ryle mana?" soal Mina apabila teringatkan pasal jantung hatinya itu.

Aku sudah angkat kening. " Kau fikir aku ini satu bilik dengan dia ke? Hmm.. dia dekat bilik dia lah tak pun keluar. Tak tahulah aku dia kat mana sekarang." ujarku dalam malas.

"Kau ni.. apsal tak date dengan dia? Haih, kalau aku jadi kau.. bilik dia itulah bilik aku. Aku nak aje berkepit 24 jam dengan dia. Kot-kota dia suka kat aku ke nanti."Mina sudah berangan sampai ke langit.

Aku buat muka jengkel. Gelinya dengan minah desperate ni berangan.

"Gatal lah kau ni. Isy, taknaklah aku. Kalau keluar dengan dia, menyakit kan hati aje." tanpa sedar, aku terus terluahkan apa yang berlaku antara aku dengan Ryle.

Mina sudah berkerut dahi apabila dengar kata-kata yang aku hambur kan sebentar tadi.

"Dia.. sakitkan hati kau? Dia tahu ke kau haters dia?" soal Mina hairan.

Aku sudah ketap bibir. "Erm, rasa nya macam itulah kot." dalihku bila merasakan tebakan Mina itu sedikit sebanyak menyelamatkan aku.

"Apa aje yang dia cakap?" Mina sudah ingin tahu.

Aku sudah telan liur. Erk? Aku sudah berkira-kira, kepala aku juga sibuk mencari idea untuk menamatkan perbualan. "Erm.. d-dia.." belum sempat aku menyusun kata, pintu bilik aku diketuk dari luar.

Sempat aku mengalihkan pandangan ke arah pintu. Dahiku sudah berkerut. Siapa pula malam-malam pergi kacau aku ni? Huh?! Syukri ke?

"Siapa itu?" soal Mina yang turut sama mendengar ketukan pintu itu.

Aku sekadar angkat bahu. Ketukan itu masih berbunyi menyinggah pintu bilikku. Terus aku minta diri daripada Mina untuk tamatkan talian. Selesai sahaja menamatkan panggilan, aku terus bergegas menuju ke pintu bilik.

Tombol pintu aku capai lalu aku pulas. Buka sahaja pintu, aku lihat kelibat Ryle di muka pintu. Tergamam aku dibuatnya. Sempat mataku meliar memandang sekeliling. Takut-takut kalau ada yang nampak pertemuan kami berdua ni.

Bila melihat wajah risauku, Ryle tarik sengih. "Risau sangatlah, kau ni."

Terus dahiku berkerut memandang Ryle. "Awak nak apa jumpa saya ni? Kalau orang lain nampak macam mana?"soalku sedikit menggertak.

Ryle tayang muka tak kisah. Tak tercalit riak risau bermain di wajah
nya. "Apsal? Kau takut orang tahu kita ni suami isteri? Macam itu?" Ryle sudah angkat kening.

Tergamam aku mendengarnya. Bersahaja betul dia sebut perkataan suami isteri itu. Aku pula yang rasa sebal dengan perangai annoying nya itu. Kalau masalah suami isteri itu timbul nanti, bukan aku yang kena bahananya tapi si Ryle. Diakan public figure. Aku okay aje. Kot?

"Hmm.. kenapa awak datang jumpa saya ni?" soalku sudah buat muka acuh tak acuh. Sesekali mata aku melirik memandang sekeliling. Takut- takut kalau ada yang nampak pertemuan kami ni.

Ryle terus menghulurkan beg kertas kepada aku. Dahiku berkerut hairan. Mata yang tadi melirik ke arah beg kertas itu akhirnya mendongak memandang wajah bersih lelaki itu. Pandangan penuh soalan aku ajukan pada dia.

"Apa ni?" soalku mahu tahu.

Ryle buat muka biasa. "Ini, jaket tebal untuk kau. Aku belikan. Kau tak payahlah pakai jaket yang Syukri itu bagi. Dia punya jaket itu tak ada kualiti sangat compare dengan jaket aku ni." ujar Ryle masih menghulur kan beg kertaa itu kepada aku.

Aku sudah beri pandangan hairan. Aik? Apsal tiba-tiba mamat ni care pula pasal aku ni?! Hmm.. ni mesti ada udang di sebalik batu ni. Aku sudah buat dugaan sendiri.

"Tak apalah. Saya nak pakai Syukri punya aje." luahku sudah menolak tangannya..

Ryle angkat kening kirinya. "Jadi, kau lebih suka pakai jaket dia daripada jaket yang aku belikan untuk kau ni?" balas Ryle terselit nada tak puas hati nya.

"Bukan macam itulah tapi.. jaket awak ni, macam mewah sangat. Kalau orang tanya mana saya dapat jaket ni macam mana? Awak tak takut kalau orang tahu?" soalku sudah buat andaian buruk.

Kali ini Ryle tarik sengih. "Kau itu aje yang terlalu overthinking. Mewah macam mana pun jaket ni, kalau kau pakai still nampak murah jadi jangan nak acah sangat." ayat minta kaki nya itu sempat buat sentap dalam hati aku.

Tak guna betul! Sempat dia sindir aku.

Aku sudah tayang muka geram. "Tak nak."putusku berkeras. Muka degilku aku pamerkan.

Ryle langsung tak pedulikan aku. Terus tangan kananku dia tarik lalu beg kertas itu dibawa ke dalam tangan aku.

"Jangan nak degil. Orang dah bagi itu, terima aje. Jangan nak jual mahal sangat." tuturnya sebelum berlalu meninggalkan aku terkial-kial di situ.

Ekor mataku melirik memandang langkah Ryle yang akhirnya menghilang ke biliknya. Aku terus mendengus sebal.  Akhirnya beg kertas yang ada dalam tanganku, aku pandang. Di dalamnya, terdapat sehelai jaket tebal yang berwarna maroon. Warnanya sangat cantik.

Akhirnya, aku jadi terpujuk. Suka hati dialah. Alang-alang orang dah bagi itu, aku pakai aje lah kan?

Janji, free.
...
p/s>>

Hye and Assalamualaikum..  Sorry guys sebab selalu tak update but since hari ni saya rasa saya patut update jadi saya update. Memandang kan sekarang saya dalam minggu final jadi nak taknak saya kena fokus pada paper saya. Saya harap reader faham

Sekejap aje. Tak lama pun. Isnin depan saya dah last paper jadi harap anda bersabar. Tengok nasib lah, kalau saya okey, saya akan update tapu tak sure bila tapi yang pasti isnin depan saya akan rajin update. Doakan saya untuk final tahun ni. Harap dapat jawab. Hmm.. takut sebab hari ni paper Biochem. Huhu!!

Btw, thanks kepada readers yang selalu follow saya punya story. Kebanyakan komen itu pembangkit semangat saya. teguran anda itu saya akan terima dan saya akan cuba betul kan kalau saya mampu. Thanks for the reader yang baca story saya yang first smpailah sekarang. Saya janji saya akan buat yang terbaik untuk story akan datang.

Nak bagitahu sikit. Lepas aje habis story Bila Hati Bisik Cinta ni, saya akan create story lain pula..
title》Mengejar erti bahagia..

Plot saya dah fikir and maybe story itu akan start akhir bulan jun. Hope story ni dapat habis before akhir bulan ni😂😂.. x sabar nak published 8 story full

Stay tuned..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro