Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 34

Setelah empat hari berlalu, akhirnya hari yang 'dinanti-nantikan' muncul juga. Hari di mana, aku dan Ryle bercuti di Sydney itu. Hmm.. kalau ikutkan hati, memang aku tak semangat langaung nak fly pergi negara orang bersama-sama lelaki itu and 'kawan kamera' nya yang lain itu.

Rasa malas aku itu juga buatkan aku rasa malas sangat nak pack barang. Siapa yang siapkan semua barang aku ni? Haha.. tak lain dan tak bukan, housemate aku itulah. Dia aje yang semangat nak pack barang aku. Macam dia pula yang nak pergi holiday. Hahaha... kesian.

Tepat pada pukul 9 pagi, aku dan kru-kru yang terlibat menaiki kapal terbang menuju ke Sydney. Untuk pertama kalinya aku menaiki kapal terbang dan itu adalah pengalaman yang paling ngeri untuk aku lupakan. Banyak kali jugalah aku rasa mual dalam flight. Phuh, tak tahan babe.

Aku dan Ryle duduk dalam baris yang sama tapi sedikit jauh. Memandangkan tempat dia itu boleh nampak aku, jadi dia tersengih membahan aku. Pandangan yang dia beri juga cukup mengejek aku. Huh, tak guna punya artis!

Setelah 8 jam dalam pesawat, akhir nya kami tiba juga di lapangan penerbangan Sydney. Buntang mata aku apabila suasana yang aku rasakan di negara orang itu memang lain. Aku dapat rasakan angin sejuk menyapa tubuhku dan ia sempat membuatkan aku menggigil kesejukan.

Memandangkan aku pakai baju yang berkain agak nipis jadi aku punya menggigil itu boleh nampak. Siap urut-urut tangan lagi supaya rasa hangat sikit walaupun aku tak rasa hangat langsung. Phuh..

"Kau ingat ini Malaysia ke hah? Orang Malaysia pun tak pakai baju nipis macam ni pergi Sydney, kau ajelah satu-satunya yang pakai macam ni kat Sydney." perli Ryle bila krew-krew yang lain berdiri jauh dari kami berdua.

Aku ketap bibir. Wajahnya aku pandang marah. Dia fikir aku ni selalu sangat ke fly luar negara? Tempat paling jauh aku fly pun, KL.. itupun aku dah rasa jauh. Inikan pula tempat jauh yang dipisahkan lautan luas. Tiba-tiba pula aku rasa rindu Malaysia.

"Then, awak tak payahlah nak kisah sangat. Dasar berlagak.." ejekku dengan muka menyampah.

Ryle tarik sengih bila dapat jelingan maut aku. Rasa kelakar pula bila berhadapan dengan haters ni. Selama dia jadi artis ni, belum pernah lagi dia bertemu haters.. hari ini baru jumpa. Senyuman senget Ryle melirik. Comel juga perangai haters ni, macam nak bermanja pula.

"Bukan kisah tapi kesian. Kau tak buat research dulu ke pasal Sydney ke.. kau ni jenis yang tak tau nak buat searching macam mana?" sekali lagi, dia hamburkan ayat minta kakinya.

Aku sudah mendengus geram. Tajam pandangan aku berikan pada Ryle. Sakitnya hati aku. Kalau ikut kan hati ni, dah lama aku ajak dia bergaduh kat sini! Apa yang dia tak puas hati sangat dengan aku ni?

"Diam boleh tak?!! Jangan nak cari fasal kat sini." aku berikan amaran kecil pada dia.

"Kenapa? Kau rasa nak tumbuk aku ke? Meh, meh.. pipi kanan ke pipi kiri?"spontan Ryle menayangkan kedua-dua belah pipinya pada aku. Ih!!!!! Dia ni memang sengaja nak buat aku rasa meluat tengok dia ke apa?!

Aku sudah mengacip gigi menahan geram. Tajam pandangan aku berikan pada dia kali ini, rasa nak makan dia hidup-hidup pun ada juga. Huh!!

Baru sahaja aku nak membalas, para krew yang terlibat dalam penggambaran terus menghampiri kami berdua. Aku dan Ryle yang tadinya saling melemparkan pandangan benci cepat-cepat mengalihkan pandangan ke arah mereka berdua.

"So, malam ni korang rehat cukup-cukup. Esok kita akan start shoot. Hari ni, kitorang just record untuk scene kat lapangan terbang aje and hotel lepas itu done. Esok kita start scene merewang pula. Okey?" beritahu Syukri kepada  kami berdua.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Hmm.. walaupun, aku malas nak tahu apa yang diorang buat tapi kenalah juga tahu kan? Tak kisahlah diorang nak buat penggambaran ke apa yang penting balik ni.. aku nak tidur dalam air-cond.

Selesai sahaja buat rakaman di lapangan kapal terbang, akhirnya kami bergegas menuju ke hotel pula. Memandangkan ini rancangan tiga hari dua malam jadi tak banyak sangat barang yang aku bawa. Baju pun aku bawa 3 helai aje. Nasiblah kalau nanti ada scene aku pakai baju yang sama. Hahaha..

Perjalanan yang memakan masa sejam setengah itu aku gunakan untuk melihat rupa Sydney itu. Dan, yurp! Ianya sangat memukau pandangan. Suasananya tersangat lah bersih dan juga mendamai kan. Jauh dari kesibukan KL, aku rasa kan aku sudah mula jatuh cinta pada tempat tu. Pelbagai reka bentuk bangunan yang menyapa halwa mataku dan ianya memang takkan dapat dijumpai di Kuala Lumpur.

Salah satu yang menarik perhatian aku adalah The Harbour Bridge. Di situ, baru aku nampak kesibukan bandar Sydney itu bagaimana. Tak jauh bezanya dengan Kuala Lumpur tapi mungkin dari sudut culture nya, mungkin sedikit berbeza.

Akhirnya, kami semua tiba di hadapan Intercontinental hotel yang sudah ditempah khas bagi rancangan ini. Sekali lagi, mata aku terbeliak tatkala melihat dekorasi hotelnya yang sangat mempersona. Gaya klasik nya juga memikat di samping gaya moden nya juga turut menawan. Mungkin inilah pengalaman terbaik aku sepanjang 22 tahun aku hidup di dunia ni. Haha..

"Okey, korang boleh naik kat bilik masing-masing. Pukul 6.30 petang nanti, semua turun pergi dining hall, kat situ aku nak bincang tentang perjalanan shooting kita. Okey?" ujar Syukri sebagai 'direktor kecil' sepanjang kami di Sydney.

Yang lain sekadar menganggukkan kepala. Selesai sahaja check in, semua bergegas membawa barang masing-masing ke bilik hotel yang disediakan. Aku juga turut sama membawa backpack aku ke bilik hotel yang ditempah khas untuk aku.

Baru sahaja aku mahu tutup pintu lif, tak semena-mena kelibat Ryle menjengah masuk. Urgh!! Aku sudah buat muka sebal bila kini aku satu lif dengan lelaki itu. Haih!! Apa lagi benda yang dia nak bahan kali ini agaknya?

Pintu lif  tertutup dan suasana hening membelengu kami berdua. Entah kenapa, aku rasa nak cepat- cepat keluar dari situ. Tak tahanlah berduaan dengan lelaki ini!

"So, how? Seronok?" soalnya sengaja mencari topik.

Aku yang sedari tadi mengalihkan pandangan ke tempat lain sekadar mencebik bibir. Muka malas nak layan, aku paparkan.

"Seronok kalau awak tak ada." spontan ayat haters itu aku bagi.

Tawa Ryle bergema. "Wou, boleh tahan juga mulut kau ni. Hmm.. longkang."ujar Ryle sudah mulai memanas-manaskan suasana antara kami berdua.

"Thanks untuk pujian itu, encik Ryle. I really appreciate it." balasku mendatar.

Ryle tarik sengih. Sempat matanya menjengah memandang ke arah aku yang masih tayang muka tak suka. Lalu, satu keluhan kecil Ryle lepas kan.

"Erm, kau anggap ajelah ini package bulan madu kita after married." spontan Ryle buka tajuk perkahwinan tanpa rela kami berdua.

Mata aku tak semena-mena terbeliak tatkala kata-katanya itu menyapa halwa telinga ku. Wajahnya tampak biasa seperti langsung tak tergugat dengan apa yang dibicaranya tadi. Ergh!! No way aku nak anggap benda ni package bulan madu and satu lagi, bila masa pula aku nak berhoney moon dengan dia. Please lah..

Baru sahaja aku nak membalas, tak semena-mena lif yang kami naiki berhenti di tingkat 5. Aku dan Ryle sama-sama memandang ke arah pintu lif yang terbuka. Buka sahaja pintu lif, mata gerangan lelaki tersebut terus memandang ke arahku. Senyumannya meleret sebelum pandangannya beralih pada Ryle.

"Kau buat apa kat tingkat 5 ni, Syukri?" soal Ryle apabila Syukri mengambil tempat di antara kami berdua.

Aku di sebelah Syukri tidak mahu terlibat langsung dalam perbualan lelaki dengan lelaki ini. Bak kata pepatah aku, hmm.. segan.

"Aku pergi bilik cameraman tadi, nak tengok record diorang lepas itu bincang sikit-sikit fasal esok." beritahu Syukri memandang ke arah Ryle.

Ryle sekadar menganggukkan kepala. Selepas itu, dia terus layan telefon pintarnya semula.

Pandangan Syukri terus beralih ke arah aku. Bila rasakan diri aku diperhatikan, aku terus mendongak kan pandangan aku ke arah Syukri. Pandangan mata kami bertaut dan tak semena-mena senyum senget nya meleret.

"Sara okey tak? Still sejuk lagi ke?" soal Syukri dalam nada ambil berat. Jaket yang aku pakai itu diperhati nya sejenak.

Sebuah gelengan aku berikan. "Okey aje. Thanks sebab berikan jaket ni pada saya. Saya pinjam tau." balas ku sedikit mesra.

Syukri menganggukkan kepala. "Sara nak guna banyak kali pun tak apa. Saya lagi suka." ujar Syukri sudah meleret senyum.

Aku sekadar tersenyum nipis. Aku rasa dalam kalangan semua ni, Syukri aje yang macam caring. Yang lain, semuanya tunjuk muka tak peduli. Tu, termasuk dengan mamat sebelah Syukri itu. Huh!!

Tiba sahaja di tingkat tujuh, aku, Ryle dan Syukri terus berjalan beriringan menuju ke bilik hotel masing-masing. Bilik hotel Ryle berdepan dengan bilik hotel aku dan bilik Syukri terletak bersebelahan dengan bilik Ryle. Sengaja tempah dekat-dekat. Kalau ada masalah, tak adalah susah sangat nak cari kan?

"Sara.." seruan seseorang itu menyapa halwa telinga ku.

Terus pandangan aku beralih ke arah si empunya suara. Syukri yang tadi nya bergerak menuju ke biliknya terus datang menghampiriku. Ryle yang melihat adegan itu turut sama menjedakan langkahnya memasuki bilik hotelnya. Matanya juga turut melirik ke arah Syukri yang sudah berhenti di hadapan aku.

"Kenapa?" soalku hairan.

Syukri tarik senyum nipis. Tak semena-mena, jaket tebal yang dipakainya ditanggalkan lalu diberi kannya kepada aku. Tergamam aku dibuatnya. Ryle juga turut sama berkerut dahi apabila melihat tindakan spontan daripasa Syukri itu.

"Saya ada bawa jaket lebih sebenar nya. Alang-alang awak tak bawa, jadi saya pinjamkan jaket ini untuk awak. Gunalah. Saya taknak orang-orang saya sakit kalau balik Malaysia nanti." ujar Syukri sudah menghulur kan jaket itu kepada aku.

Terpana aku dibuatnya. Awalnya aku menolak namun setelah Syukri bersungguh mahu berikan, akhir nya.. aku terima juga. Ucapan terima kasih aku hulurkan. Tak sangka Syukri ni sweet orangnya. Hahaha...

Ryle sudah tayang muka perli. Hmm.. dasar lelaki playboy, semua perempuan dia nak try. Getus hati kecil Ryle.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro