Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 33

Selesai sahaja perbincangan yang melibatkan aku, Ryle dan juga Syukri, aku terus melajukan langkahku pulang ke rumah. Sebal pula hati aku ni kalau berlama-lama sangat dengan si Ryle itu. Mulut dia depan kamera dengan belakang kamera memang jauh beza.

Depan kamera, bukan main jiwang lagi ayat yang dilontarkannya, belakang kamera, mulut longkang yang dihidangkan. Jadi, jelas sangatlah yang depan kamera itu memang palsu semata-mata. Selalu nya lelaki yang tabur ayat kencing manis ni belakang mulut dia hamis. Huh!

Aku melajukan langkah ku menuju ke arah lif. Tanpa aku sedar, ada orang yang menghampiri langkahku dari belakang. Berhenti sahaja aku di hadapan pintu lif, kelibat itu juga turut sama berhenti melangkah dan berdiri elok di belakang aku.

Baru sahaja aku berura-ura mahu menekan butang turun, tak semena- mena tangan sasanya terus mencelah mahu menekan butang tersebut. Terkejut beruk aku dibuat nya. Serta-merta aku menoleh ke belakang.

Dia lagi!!!

"Chill lah, apsal rupa kau macam tak pernah jumpa manusia sebelum ini?" selamba dia menghamburkan bicara nya itu. Hambar. Krik-krik!

Aku terus menjauhkan jarak aku daripadanya. Tak berkenan aku nak duduk depan dia. Mata lelaki ini mana boleh percaya sangat. Mulut kata benci, mata tu pula rambang tengok sana-sini.

"Selama saya hidup ni, saya belum pernah jumpa lagi spesies berlagak famous macam encik Ryle ni. Itu yang terkejut nampak spesies baru itu." spontan aku lawan bicaranya.

Huh, jangan memain dengan Aysara. Muka baik, mulut bangkai.

Ryle menarik sengih. "Boleh tahan celupar juga mulut kau ni. Kalau aku spesies baru, kau itu pula apa?" soal nya dalam nada mendatar.

Aku mendengus geram. Wajahnya aku pandang marah. "Huh, tak kelakar lah encik Ryle. Awak kena ingat eiyh, sekarang ni saya masih marah kat awak sebab awak libat kan saya dalam masalah awak." ujar ku dalam nada sedikit menggertak.

Kali ini Ryle menyungging sengih perli. Kocek seluar nya dimasukkan tangan. Sempat matanya meliar ke arah CCTV yang bertayang di koridor lif itu. Ikutkan hatinya, memang dia nak pekena kan gadis itu cukup-cukup. Namun, memandangkan gerak gerinya sekarang ini sedang dirakam jadi dia tidak mahu buat masalah.

Kalah dia cetuskan masalah, mungkin masalah yang lebih besar akan timbul.

"Kau fikir marah kau aje? Kau tak fikir marah aku pula? Kalau kau tak tuduh aku sebagai perogol kau mungkin kita takkan ada dalam masalah ini. Apsal kau tak cakap benda yang betul. Apsal kau tuduh aku?! Kau jawab sekarang?" sekali lagi soalan Ryle itu buatkan aku terpana.

Semenjak kes di cafe itu sampai lah ke hari ini. Aku langsung tak faham apa yang lelaki itu cuba katakan. Bila masa pula aku tuduh dia yang rogol aku? Huh, bukan aku cakap Firzan yang cuba rogol aku?!

"Apa yang awak merepek ni, encik Ryle? Tolong jangan nak mengada-ngada kan cerita boleh tak?" aku sudah bela diri.

Pada masa yang sama, lif di hadapan kami berdua terus terbuka. Spontan, aku dan Ryle sama- sama memasuki lif. Memandangkan ini adalah syarikat perfileman jadi di mana-mana ada cctv jadi gerak geri kami sedikit terbatas.

Kalau tidak, sudah lama aku bertampar- tamparan dengan si Ryle ini. Menuduh aku melulu. Dia fikir marah dia aje, dia tak fikir pula marah aku ni. Huh!!

"Boleh tahan juga kau ni berlakon kan? Waktu itu, beria kau tuduh aku ni cuba rogol kau tapi sekarang kau buat macam kau bodoh untuk semua perkara. Kau belajar lakonan ni dekat mana eiyh? Bagitahu aku?" perli Ryle dalam nada yang sangat sinis.

Aku ketap bibir menahan amarah. Memandangkan dia berdiri di belakang aku jadi aku tak boleh nak lemparkan jelingan tajam padanya. Ikutkan hati aku, dah lama aku cekik mamat ni.

"Diamlah, encik Ryle. Saya tak faham apa yang cuba awak katakan." ujar ku dalam nada geram.

Akhirnya, perbualan kami berhenti setakat itu apabila Ryle memilih jalan untuk mendiamkan diri. Suasana hening membelengu kami berdua dan itu amat menyesakkan aku. Tiba sahaja di tingkat satu, baru sahaja aku mahu melangkah, tangan sasa Ryle terus menarik aku ke suatu sudut yang sedikit tersembunyi
daripada cctv.

Ruang itu tersangatlah sempit dan ia juga merapatkan lagi jarak antara kami berdua. Ryle sudah menghempaskan tubuh aku ke dinding, tubuhnya dirapatkan denganku. Aku tergamam tatkala aku dapat rasakan hembusan nafas nya menyapa batang hidungku. Bau haruman tubuhnya juga menyapa rongga hidungku.

"Kau kenakan aku kan?" soal Ryle dalam nada tinggi namun berbisik. Lengan kananku dipegangnya erat membuatkan aku merintih sakit.

"Apa awak cakap ni? Lepaslah!!! Lepaslah, Ryle!" gertakku marah.

Jarak yang rapat itu sedikit sebanyak mengingatkan aku dengan kejadian yang baru sahaja menjadi titik hitam dalam hidup aku. Tak semena-mena, aku dapat rasakan tubuh Firzan yang menindih tubuh aku, semuanya mulai bertayang satu persatu dalam ingatan aku. Semua nya.

"Cakap! Kau perangkap aku kan?! Kau sengaja buat semua ini sebab kau nak aku. Betul tak, perempuan ?!!" Ryle sudah menggesa aku untuk membuat pengakuan.

Aku cuba beranikan mataku untuk memandang wajah bengis Ryle. Peluh renek mulai membasahi dahi ku, kepalaku juga terasa sakit dan serta-merta air mataku berbirai turun.

Ryle tergamam saat melihat aku menangis depannya. Terus dia menjarakkan dirinya daripada aku bila dia sendiri tidak tahu apa yang terjadi pada aku ketika itu, baru sahaja aku mahu jatuh terduduk, terus tangannya mencapai kedua-dua belah bahuku.

"Janganlah buat hal pula. Berhenti lah nangis. Habis kita kalau orang dengar." Ryle memujuk dalam kasar. Sempat matanya melilau memandang sekeliling. Risau kalau ada kelibat yang lalu lalang.

Entah kenapa, aku buat tak peduli dengan pujukannya itu. Aku masih lagi dihantui kejadian malam itu. Sakit pedihnya masih aku rasakan. Betapa sesaknya aku ketika itu hanya Tuhan saja yang tahu.

"Sudahlah. Jangan nangis. Fine, aku tak buat hal dengan kau lepas ni. Diamlah. Janganlah cengeng sangat." Ryle masih memujuk. Bahu ku ditepuk seperti mahu tak mahu.

"Lelaki itu.."ayatku bagaikan tersekat di kerongkong bila teringat jelas kejadian itu.

Dahi Ryle berkerut. "Lelaki? erm.. lelaki yang cuba rogol kau malam itu ke?"

Aku pandang Ryle.Sebuah anggukan kecil aku berikan.

"Lelaki itu cuba rogol saya. D-dia tindih saya, d-dia koyakkan baju saya lepas itu..." belum sempat aku menghabiskan bicaraku dalam tangis.

Terus Ryle menekup mulut aku. Dalam kabur, wajahnya aku pandang. Wajahnya dingin sahaja bila mendengar butir bicara aku. Macam tak suka pun ada.

"Aku malas nak dengar apa yang jadi pada kau waktu itu. Fine, masalah dah lepas kalau bahas sekarang pun, tak bagi kebaikan sangat pada kita berdua kan?"ujar Ryle dalam nada dingin.

Bibirku aku ketap. Lidahku terasa kelu. Matanya yang sedikit bundar itu aku pandang dalam.  Sebak dada ku bila merasakan aku sudah melibatkan orang-orang tak bersalah dalam hidup aku.
...
"Apa pihak producer kata? Diorang bagi ke kau tukar dengan orang lain?" soal Mina yang baru sahaja selesai membersihkan diri.

Bau haruman shampoo sunsilk yang dipakainya menusuk batang hidung aku.Sedikit sebanyak perhatianku jadi terganggu.  Terus aku alihkan pandanganku memandang ke arah si empunya suara yang sudah mengambil tempat di sebelah aku. Wajah penuh berharapnya masih bertayang.

Hmm.. Bukan nak bagi salam ke apa, terus terjah macam itu aje. Buat muka tak bersalah pula itu. Huh!!

"Diorang tak bagi." luahku dengan nada mendatar.

"Kenapa tak bagi pula?" Mina sudah bersoal. Jelas riak wajah kecewa terpampang pada air mukanya. Pfft, kecewalah itu sebab tak dapat nak 'berhoneymoon' dengan bakal suami kononnya itu.


Aku sekadar angkat bahu. Potato chips yang berada dalam pelukanku aku sambar lalu aku nikmatinya. Termasuk kali ini, sudah dua potato chip aku habiskan. Entahlah, aku stress. Kejadian antara aku dengan Ryle itu masih bertayang dalam kepala aku. Dia buat aku nangis dan lepas itu aku jadi cengeng depan dia?

What?!!! Dalam seumur hidup aku.. ini adalah kali pertama aku menangis depan lelaki. Malunya yang amat. Huh, kalau tak disebabkan Ryle buat aku..mungkin aku takkan menangis tadi. Erghh!! Tak fasal-fasal aku jadi cengeng depan dia.

"Entahlah. Diorang cakap kalau aku tak ikut, aku rugi dan aku kena bayar pampasan kat diorang. Hmm..mana aku nak cari duit?"soalku sudah mengerling ke arah Mina.

"Kau dah bagitahu tak orang yang calonkan nama kau itu orang lain? Ada bagitahu."

Satu keluhan kecil aku lepaskan. Wajah Mina terus aku pandang. "Aku dah bagitahu banyak kali dekat diorang tapi diorang cakap that's not their problem." ujarku dalam nada acuh tak acuh.

Muka Mina sudah semakin monyok. Wajahnya ibarat para isteri yang dapat tahu suami main kayu tiga aje. Haha.. kuat juga penangan si Ryle ini pada gadis-gadis macam si Mina dengan Aysha ini.

Tiba-tiba senyumku menyeringai bila terbayangkan adik aku yang seorang itu. Bukan main kecewa dan patah hatinya dia bila dapat tahu aku akan fly dengan bakal suaminya itu. Pfft.. siap package meraung dalam telefon bagai. Urghh, please lah. Over..

...


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro