BAB 30
Terus aku menerobos masuk ke dalam tandas. Bajuku dan juga wajahku yang sudah basah lecun aku belek di hadapan cermin. Huh.. mahu sahaja air mataku gugur namun aku cuba untuk tahan. Kesal dan juga sakit hati aku bila ada orang perlakukan aku sebegini rupa.
Apa dia ingat dengan menyimbah aku dengan air, semua masalah akan selesai? Ke.. ini jalan untuk dia sakit kan hati aku?
Sebelum lakonanku bermula, sempat aku melihat wajah Ryle yang sedari tadi pandang tak puas hati dengan aku. Tajam sahaja dia mencerlung ke arah aku. Huh!! Mungkin dia masih tak puas hati lagi dengan perbincangan yang aku rasakan tiada noktah itu.
"Action!!!"
Setelah beberapa minit menunggu Ryle melakonkan babaknya. Terus, seseorang meminta aku untuk masuk ke dalam babak.
Seperti tadi, aku sekadar menunduk kan pandanganku memandang lantai. Aku takut menghadap kamera. Jadi aku jalan aje terus tanpa mainkan apa-apa riak. Bergetar juga tangan aku ni apabila menatang dulang dan bawa nya mendekati Ryle.
Perlahan-lahan, Ryle angkat wajah nya seperti dalam babaknya. Aku letakkan gelas tersebut di hadapan Ryle. Kali ini, aku angkat wajahku dan mataku memandangnya.
Sinis. Ryle pandang aku. Pandangan yang penuh makna.
"Masuk semula." aku dengar ada bisikan halus dari seseorang yang menyuruh aku untuk masuk kembali. Terus aku ikut arahan yang diberikan.
Baru setapak sahaja aku melangkah, tak semena-mena Ryle menyeru nama aku sebagai pelayan. Terpana aku seketika. Terus aku pusingkan tubuh ku memandangnya.
"Ya?" soalku.
Senyuman sinisnya terukir. Gelas berisi jus tembikai itu dikacaunya lalu terus disimbahnya air itu ke arah aku. Tergamam aku dibuatnya. Orang yang berada di situ juga turut sama tergamam dengan apa yang Ryle buat pada aku.
"Cut!!"
Wajah aku yang sudah basah, aku sapu lalu aku mendengus kasar. Tajam mata aku mencerlung ke arahnya. Alangkah bagusnya kalau pandangan aku ini berubah seperti tusukan pisau yang membunuh. Kan bagus?
Huh, dasar lelaki tak guna!!
Aku lihat jelas senyuman kemenangan nya tatkala melihat aku basah kuyup begitu. Tiada belas inikan lagi simpati. Namun yang pasti tersemat dendam.
"Kenapa you simbah dia, Ryle?"soal Dato' Irman sedikit tergamam dengan perilaku Ryle yang dianggapnya luar batasan itu.
"Bukan dalam skrip, tuan suruh saya simbah dia ke?" soalan berbalas soalan. Tangannya terus menuding ke arah aku.
Dato' Irman terus memandang aku. Dahinya sedikit berkerut apabila mendengarkan kata-kata Ryle itu. "Dalam skrip awak suruh buat macam itu?"
"Yurp. There's a problem on your script, director. Ada orang tambahkan babak itu." ujar Ryle dalam nada tak bersalah.
Dato' Irman sudah ketap bibir. "Someone, please check Ryle's script then betulkan secepat yang mungkin. Now!!" gertak Dato' Irman tak puas hati.
Ryle sudah menarik sengih sinis. Puas hatinya bila berjaya memalukan gadis itu depan semua orang. Huh.. tapi nampaknya balasan itu masih belum setimpal.
"Alang-alang waiter ni dah basah, boleh tukar dengan yang lain tak?!" bukannya kata maaf yang dihambur, malah dia menghalau aku dari lokasi penggambaran.
Akhirnya air mataku mengalir deras. Huh, kenapa semuanya perlu jadi begini? Aku tak pernah mahukan masalah dalam hidup aku tapi kenapa masalah itu tiba-tiba sahaja datang menjelma? Apa salah aku sampai aku diperlakukan sebegini rupa?
"Sara." seruan yang memecahkan keheningan dalam bilik air itu buat kan aku tersentak.
Cepat-cepat aku menyeka air mataku namun sayangnya, bekas baru lepas menangis itu masih jelas kelihatan. Terus aku basuh wajahku beberapa kali dan ketika itu jasad Mina sudah ada di sebelah aku.
"Kau okay tak, Sara?" soal Mina sudah mengurut bahuku.
"Ermm.." balasku masih ralit membasuh wajah yang terasa melekit.
Satu keluhan Mina lepaskan. "Tadi Dato' itu kata dia minta maaf atas pihak Ryle. Lagipun, itu bukan salah Ryle.. dia kata ada orang tambah babak itu dalam buku skrip dia." ujar Mina cuba menjelaskan situasi.
Aku yang mendengar sudah panas hati. Tambah babak konon?! Huh.. pandai betul lelaki tak guna itu berlakon dan aku akui lakonan dia betul-betul menjadi. Hmm.. sepatut nya dia perlu dapatkan satu lagi anugerah. Yurp, anugerah kaki kencing!
"Kau percaya ke itu salah skrip?" ujarku selamba.
Mina sudah berkerut dahi. Aku yang baru selesai mencuci wajah dipandangnya dengan pelik. "Habis itu, kau nak cakap Ryle memang sengaja nak buat macam itu kat kau?"
Aku sekadar tersenyum nipis lalu aku angkat bahu. "Entahlah. Mungkin perasaan aku aje kot." dalih ku.
"Erm, mungkin perasaan kau aje, Sara. Lagipun kalau kau fikir-fikir balik.. buat apa dia nak buat macam itu pada kau kan? Jumpa kau pun tak pernah kan?!" Mina bagi alasan yang baginya logik.
Aku mengeluh perlahan. Memang dia buat semua benda itu bersebab.. kau aje yang tak tahu, Mina.
...
Selesai sahaja memberi salam yang terakhir, aku terus menadah tangan memanjat doa ke atas Ilahi. Entah kenapa, malam ini aku terasa seperti sebak semacam. Mungkin mengenangkan nasib aku yang semenjak dua menjak ini asyik ditimpa perkara buruk.
"Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kenapa engkau datangkan dia untuk hadir dalam hidup aku? Kenapa mesti dia yang aku jumpa waktu itu? Kenapa mesti dia yang perlu menjadi sesuatu dalam hidup aku? Apa silap aku, dimana salah aku sampai aku terpaksa terima semua ni, Ya Allah? Kalau betullah ini takdir yang kau tetapkan untuk aku, aku terima dengan hati yang terbuka.." kali ini air mataku mengalir deras.
Deras sehingga sendu-sendan ku berbunyi. Aku rasakan tubuhku terasa hangat. Yurp, hangat kerana akhirnya aku dapat melepaskan dan mengadukan semua itu kepada Allah. Aku tahu yang Dia Maha Mendengar doa hamba-hamba-Nya. Aku percayakan itu.
Akhirnya satu keluhan lemah aku lepaskan. Kali ini, air mata aku makin lebat.
"Kalau betullah takdir aku adalah bersama dengannya, jadi aku akan redha untuk menerima tetapi kalau dia bukan yang terbaik dalam hidup aku, jadi.. pisahkan kami. Jauhkan kami agar tidak timbul rasa benci dalam hati kami berdua antara satu sama lain." ucapku dalam nada perlahan.
Setelah itu, aku menyapu wajahku serta merta. Tenang sedikit hati aku bila dapat luahkan segalanya kepada yang di atas. Air tangisan yang berbekas di wajahku aku sapu perlahan.
Kalau betul semua yang berlaku dalam hidup aku ni semua adalah takdir yang ditetapkan dalam Luh Mahfuz jadi.. boleh ke aku menerima? Kalau betullah aku memang ditakdirkan menjadi isteri kepada Ryle, jadi.. aku akan terima nya dengan hati yang terbuka kah?
Aku ketap bibir. Betul ke, dia jodoh aku..?
Telefon pintarku yang bergema mematikan lamunanku serta-merta. Terus aku mengangkat panggilan tersebut lalu nama pemanggilnya aku belek. Hmm.. bibirku mengukir senyum. Aysha.
"Assalamualaikum, kak Sara!!" melalak Aysha menyeru nama aku.
Cukup kuat untuk menulikan telinga aku. Nasib baik aku sempat menjauh kan speaker dari telingaku. Kalau tak, pekak kekal aku dibuatnya.
"Janganlah menjerit. Ish, dia ni kan. Hmm.. waalaikummussalam." balas ku sedikit menggerutu geram.
Aysha tersengih kerang. Mengaku lah itu,yang semua itu salah dia.
"Alah, dah rindu mestilah terjerit. Erm, kak. Ibu tanya bila akak nak balik?" soal Aysha sudah beralih ke topik asal.
Aku sudah mengetap bibir. "Akak tak surelah, bila akak boleh balik. Maybe minggu depan kot. Nanti, akak cuba bincang dengan bos akak semula." ujarku masih tak berjanji.
Aysha sekadar menganggukkan kepala di hujung talian. "Tapi, maybe minggu depan itu, Aysha keluar kot. Hehe.."
"Keluar pergi mana?"
"Keluar dengan Ryle lah. Hmm.. kalau akak nak tahu adik ada hantar borang untuk ikut serta program bercuti dengan Ryle. Adik rasa adik akan dapatlah." yakin aje si Aysha menjawab.
Aku sudah angkat kening. Tiba-tiba aku teringat fasal Mina yang secara tak bertauliahnya hantarkan borang itu untuk aku. Dasar, kawan makan kawan..!! Hmm.. kena ke?
"Ha yalah. Tahniahlah kalau adik dapat. Banyak sikit masa yang akak boleh luangkan dengan ibu." ujarku dalam nada selamba.
Aysha sekadar mencebik. "Akak jangan jealous eiyh, kalau Aysha dapat keluar bercuti dengan dia. Hmm.. honeymoon dengan bakal suami."teruja betul Aysha membayangkan honeymoonnya itu.
Aku sudah buat geli-gelaman. Siapa yang tak geli tengok budak 17 tahun berangan macam itu? Haih, apalah nak jadi dengan anak bangsa kita ni? SPM belum habis lagi, dah fikir fasal honeymoon dengan suami. Pftt.. please lah.
"Gatal." spontan aku perli dia.
"Biarlah. Orang cakap kalau kita tiap hari berangan benda yang sama, kita akan dapat juga suatu hari nanti. Jadi, adik selalu berangan boleh dapat jadi isteri Ryle. Setiap hari, adik nak dekat dengan dia." sempat lagi dia jelaskan hasratnya itu.
Aku hanya mampu tersenyum nipis sahaja. Tak sangka adik aku pun desperate nak jadi bini dia. Aku yang sudah terang lagi nyata adalah bini dia ni pula.. berharap agar suatu hari nanti, kami dapat berpisah.
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro