BAB 3
Langkahku aku percepatkan menuju ke arah kedai Pak Semat yang masih berada jauh di hadapan. Entah kenapa, jantung aku asyik berkobar sahaja apabila namaku masih diseru suara garau dari arah belakang.
"Sara, tunggu aku.. Sara!" laung nya berkali dari arah belakang.
Dari jarak suara, aku dapat rasakan jarak antara dia dan aku semakin dekat. Baru sahaja aku mahu ubah langkahku kepada pecut tak semena- mena tanganku disambar nya dari belakang. Terus mati langkahku dibuatnya.
"Apa ni?!" gertakku cuba melepaskan tanganku daripada digenggamnya erat.
Lelaki di hadapanku itu masih memainkan wajah bersalahnya. Aku pula sudah cuba untuk meloloskan diri daripada pandangannya. Fitrah aku sebagai seorang perempuan sangat menghadkan aku untuk melepaskan diri.
"Cuba dengar dulu apa yang aku nak cakapkan ni?" rayunya masih memegang tanganku erat.
"Then,kau bercakap itu pakai tangan ke pakai mulut? Please, lepaskan aku!" jerkah ku dalam nada marah.
"Cuma kalau kau janji, yang kau tak kan lari dari bercakap dengan aku?" soal lelaki itu sudah mahu buat perjanjian.
Pada awalnya, aku memberontak namun akhirnya, aku cuba untuk tenangkan diri. Wajah Firzan yang ada di hadapanku aku pandang dengan wajah yang cuba ditenang- tenangkan.
"Fine. Aku dengar then le.. pas.. kan." aku sebut satu persatu suku kata pada hujung perkataan.
Terus Firzan lepaskan aku. Disebab kan aku sudah berjanji dengannya, jadi aku terpaksa untuk dengar butir bicara yang mahu dibahaskannya. Ikutkan hati memang aku nak terus melarikan diri tapi.. aku takut pula kalau kali kedua aku larikan diri and dia still dapat tangkap aku. Hmm, bahaya bhai..
"Cepatlah cakap apa yang kau nak cakapkan itu?!" soalku dalam nada acuh tak acuh. Tanganku sudah bersilang di dada.
Firzan mengeluh perlahan memandang aku. Sempat dia mencuri pandang melihat wajah aku sebelum pandangannya dialihkan ke tempat lain.
"Aku masih sayangkan kau." spontan ayat keramat itu dihamburnya pada aku.
Terbeliak biji mata aku dibuatnya tatkala mendengar luahan hati Firzan itu. "Apa yang kau merepekkan ni?" terjahku dengan nada pelik plus tak puas hati.
"Aku sayangkan kau, Sara. Aku sayangkan kau.." berkali dia sebut perkataan sayang itu sehingga buat kan telinga aku rasa nak bernanah.
Firzan Daud bin Haji Md. Idris, anak ketua kampung Sungai Selamat sekaligus anak Imam kampung ini. Aku dan dia bersekolah menengah sama-sama dahulu. Di sekolah dulu, dia juga memegang jawatan tertinggi sebagai Ketua Pengawas Sekolah Sungai Selamat. Yurp, pengaruhnya dalam kepimpinan sangat kuat cuma sayang,.. dia bukannya bagus untuk semua perkara.
Biasalah bila zaman remaja, buat hal manis sekali sekala itu perkara biasa. Aku bercinta dengan Firzan selama dua tahun tapi bukan atas dasar cinta yang tulus dan ikhlas daripada hati tetapi.. hanya desakan rakan semata-mata. Dahulu, aku adalah Pengerusi kepada Pengawas Perpustakaan jadi kawan-kawan aku yang lain suka satu-satukan aku dengan mamat annoying ini. Nak dijadikan cerita, disebabkan otak remaja aku itu penuh dengan kecetekan.. akhirnya aku sudi bercinta dengan Firzan selama dua tahun.
Nampaknya aku ni tak adalah rugi sangat bercinta dengan dia memandangkan setiap kali keluar temujanji, dia yang akan belanja aku. Bila bayangkan semula, memang mewah hidup aku waktu itu. Dua kali hari jadi aku ditemani dengan hadiah mahal. Ahahah.. tapi, hubungan itu tak berpanjangan bila kawan-kawan aku beritahu aku yang Firzan pasang perempuan lain belakang aku.
Kecewa? Marah? Putus asa? Putus cinta? Pfftt.. semua itu aku tak rasa bila dapat tahu dia ada perempuan lain belakang aku. Cuma, satu aje yang aku rasakan ketika itu.. diperbodohkan oleh seorang lelaki yang bukannya ajnabi aku. Itulah kali terakhir aku bercinta dengan lelaki dan lepas itu, aku tekad taknak bercinta hmm.. kalau boleh terus kahwin aje. Tak payah nak susahkan hidup!
"Jangan nak mengarutlah, Firzan." balasku spontan.
Baru sahaja aku berura-ura mahu pergi, Firzan kembali menyambar pergelangan tanganku lalu dengan rasa geram aku meloloskan tangan ku dari terus dipegangnya. Wajah nya aku pandang marah.
"Sekali lagi kau buat macam ni, aku takkan teragak-agak untuk belasah kau! Faham itu?!" ugutku dan terus berlalu meninggalkan Firzan sendirian di situ.
Dasar lelaki buaya darat! Waktu ada kat depan mata, taknak jaga baik- baik bila dah tercicir, baru nak mencari. Pfft..
...
Lantai rumah yang sedikit bergetar buatkan aku dapat menebak siapa kah si gerangan yang mampu buat kan rumah papan kami bergoyang seperti ini. Senyuman nipisku meniti di birai bibir.
"Akak, tengok ni-tengok ni!" teruja Aysha berlari mendapatkan aku.
Aku yang masih lagi leka membelek telefon pintarku sekadar mendongak kecil melihat Aysha yang sudah berdiri di hadapan aku. Wajah aku dipandangnya dengan senyuman lebar sampai ke telinga. Nampaklah terujanya itu tahap mana kan?
"Apa dia?" soalku sudah melihat dia dna juga gulungan kertas keras yang sedari tadi ada dalam genggaman tangannya. Tanpa sedar, aku juga nak tahu apa ada dalam kertas tersebut.
Bibir Aysha sudah senyum lebar lagi. Kali ini, lebar daripada biasa. "Akak, adik dapat beli poster Ryle!!!!!!" seronok dia menayangkan poster seorang lelaki yang berpakaian kemeja putih dengan gaya minta kaki.
Aku yang tadinya terniat nak ambil tahu terus tayang muka jijik. Terus akubelek telefon ku semula. Itu sebagai petanda yang aku tak minat untuk bahaskan artis celah tahi gigi itu. Huh!! Bosan..
"Alah, akak.. tengok ni! Cantikkan poster ni? Handsome kan abang Ryle?!"
Aysha sudah melabuhkan punggung bersebelahanku. Dia seakan memaksa aku untuk melihat poster yang dipegangnya itu. Aku pula makin tundukkan pandangan daripada melihat poster yang ditayangnya itu. Pfft.. buat bazir dosa aku aje tengok lelaki mumayyiz itu.
"Erm." balasku sepatah. Telefon ku masih aku belek.
Daripada membazir masa melihat benda yang tak menguntungkan, lebih baik aku luangkan masa yang ada dengan membelek instagram, twitter dan facebook. Kot-kot ada yang follow aku ke?
Apabila melihat aku seperti tak kisah dengan desakannya itu, Aysha tak semena-mena duduk berpeluk tubuh bersebelahan ku. Mulutnya sudah muncung sedepa. Nampaklah tak puas hatinya disitu.
"Isy, sanggup akak tak pedulikan adik kan?" rajuknya masih buat muka 'terbeban' itu.
Aku mengalihkan ekor mata ku membelek wajahnya yang serupa itik minta kena sembelih itu. Akhirnya, satu keluhan aku lepaskan. Telefon ku aku tolak tepi.
"Cuba adik bagi satu kelebihan kalau adik minat si lelaki ni? Dia kenal adik ke? Takkan?" soalku cuba membawa adik aku ke jalan yang benar.
Aysha sudah menarik muncung nya. "Adik yakin yang suatu hari nanti, Ryle akan kenal adik." jawabnya dengan penuh yakin.
Satu keluhan aku lepaskan. "Hmm.. jangan mimpilah dik. Malaysia ni bukannya kecil jadi cuba beritahu akak? Celah mana dia akan kenal adik?" aku masih tidak berputus asa memujuknya.
Lama Aysha berdiam diri. Sedari tadi, aku lihat dahinya berkerut cuba mencari jawapan dan yurp, aku tersenyum bila aku yakin Aysha seperti tidak dapat menjawab soalan aku yang satu itu.
Akhirnya satu gelengan dia berikan. "Entahlah.." nadanya seakan kecewa.
Aku pula sudah melebarkan senyumanku. Bahunya aku urut perlahan.
"Daripada adik terus buat benda tak datangkan faedah ni, lebih baik adik belajar. Buat preparation untuk SPM nanti. Lagipun, poster Ryle ini bukan nya bantu adik untuk dapat A+ dalam SPM pun kan?" aku sudah mulai atur ayat bijak.
Dan, nampaknya Aysha sudah tayang muka kalah. Makin lebar senyuman aku. Haha.. untuk pertama kalinya aku tak bertekak dengan Aysha bila bahas fasal artis yang tak menguntungkan ni.
Dengan muka sendatnya, Aysha berlalu ke kamarnya. Poster Ryle yang dipegangnya tadi juga turut dibawa masuk ke bilik. Aku yang penuh aura kemenangan itu hanya melirik memerhati langkah adik aku itu sehinggalah kelibatnya hilang daripada pandangan.
Baru sahaja aku berura-ura mahu membelek telefon ku semula, tak semena-mena.. telefon ku bergetar menandakan ada panggilan yang baru masuk.
Nama pemanggilnya aku belek dan dahiku terus berkerut. Armina?
Tak membuang masa yang lama, aku terus mengangkat panggilan ku itu. Senyuman nipisku terukir.
"Assalamualaikum, Sara!!!!" ucapnya dalam nada teruja.
Aku juga turut sama tersengih. Siapa aje yang tak gembira bila akhirnya dapat panggilan daripada sahabat lama. Sahabat gila-gila aku waktu di sekolah menengah dulu.
"Waalaikummussalam, Mina!!! Ya Allah, weiyh rindu kau. Hmm, apsal kau call aku ni?" ayat pemanis bicara aku hamburkan.
"Hmm, miss you too. Tak adalah. Tadi aku baru lepas belek phone lepas itu tiba-tiba aku terbaca status instagram kau. Hmm, kau nak cari kerja ke?" spontan kata-kata Mina itu buatkan aku tersentak.
Namun, tak lama lepas itu aku tarik sengih. Haih, tiba-tiba pula aku rasa malu bila update status yang mengundang perhatian kawan- kawan sejagat aku ni.
"Macam apa yang kau bacalah. Lepas habis belajar, aku sekarang ni jadi penganggur abadi weiyh." balas ku cuba buat lucu pada isu sensitif aku itu. Tak nak serious sangat.
Kata-kataku berjaya mengundang tawa Mina yang berdekah. Tak guna punya sahabat. Nasib baik member satu kutu dulu.
"Jangan nak abadi sangatlah, Sara. Hmm, aku call kau ni sebab aku nak tolong kau dapatkan kerja. Kau nak tak?" soal Mina kali ini nadanya sedikit serius.
Aku tergamam bila dengar pelawaan nya itu. Terus wajahku berubah serius. "Kerja apa?"
"Tapi, jauh sikitlah dari rumah kau. Kau sanggup tak?" soalan berbalas soalan.
"Jauh macam mana itu?"
"Kerja kat KL." balas Mina menjawab soalan ku yang satu itu.
Terus aku tersentak. Kerja kat KL? Haih, aku ni sudahlah malas kerja jauh-jauh ni. Hmm..
"Kau nak tak?" soalnya bila merasa kan aku tidak memberikan sebarang keputusan tentang pelawaannya itu.
"Kerja apa itu?" soalku ingin tahu.
"Kitchen helper." beritahunya.
Aku sudah berdolak dalih. Nampak nya kerja yang Mina tawarkan ni masih tak setanding dengan segulung diploma yang aku dapat. Kali ini, aku sudah buat pertimbangan. Antara ya ataupun tidak..
"Kalau aku kerja KL, aku nak duduk mana?" soalku ke topik peribadi pula.
Aku dengar keluhan kecil Mina. Nampaknya dia pun malas nak melayan karenah aku yang beragam ni.
"Kau jangan risau fasal itu. Tumpang rumah aku. Nanti kita bayar lah sewa sama-sama." dia usulkan cadangan nya.
Aku sudah ketap bibir. Antara ya ataupun tidak. Lama aku berfikiran sehingga satu keluhan berat aku lepaskan..
"Fine. Aku nak."
"Nice, Sara!" teruja dia apabila mendengar jawapan daripada mulut ku.
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro