BAB 25
Kepalaku yang masih terasa sakit aku urut perlahan. Sedar-sedar sahaja aku sudah terbaring di atas tikar mengkuang dan di sisi aku langsung tiada sesiapa. Dalam keadaan yang masih lemah, mataku melilau mencari seseorang di situ. Aku sudah ketap bibir.
Kejadian malam semalam masih segar dalam ingatan ku. Kesemua nya masih terpampang jelas dalam fikiran aku. Rasanya, air mataku sudah kering dan aku rasakan mataku sangat sakit. Sembab.
"Cik Aysara.." seruan lembut itu berjaya menyentak kan aku. Terus aku menoleh ke belakang.
Aku lihat kelibat seorang gadis berbaju kurung dan bertudung labuh mendekatiku. Dahiku sudah berkerut bila melihat wajah gadis yang tersangatlah asing untukku. Ya, tempat inipun.. sangat asing buat aku.
"Saya Aini. Cik ingatkan semalam. Apa yang jadi? Sekarang, cik masih ada di balai." ujarnya cuba menghilangkan kerunsingan yang melanda aku ketika ini.
Aku sekadar menganggukkan kepala. Sempat mataku meliar memandang sekeliling. Baru aku teringat fasal kejadian aku dibawa ke sini bersama-sama.. Erk?!! Mataku buntang.
"Cik, ini saya bawakan baju bersih untuk cik. Kalau cik ini bertudung, saya ada tudung dalam bilik persalinan itu. Cik Aysara minta saja." beritahu gadis itu sambil menyerahkan baju kurung berwarna ungu kepada aku.
Dalam keadaan yang masih tak mengerti, aku sambut juga berian gadis itu. Setelah itu, baju kurung ungu itu aku letakkan di atas riba ku. Aku masih memandang wajahnya mahu meminta jawapan.
"Semalam.. apa yang terjadi?" soalku dalam suara yang sangat perlahan namun cukup untuk menyapa halwa telingaku.
Aini sekadar menarik senyum pendek. Wajahnya seakan-akan berubah riak. Sama ada mahu menceritakan perkara yang sebenar ataupun terus menyimpannya. Riak yang berbelah bahagi.
"Cik Aysara yakin ke nak dengar?" soal Aini sudah mulai berkira.
Aku menganggukkan kepala. Kalau boleh memang aku malas nak ambil tahu tetapi sekarang, ia melibatkan hal hidup aku. Mahu tak mahu, aku kena tahu juga apa yang terjadi semalam atas diri aku dan juga R-Ryle itu??
Satu keluhan kecil Aini lepaskan. "Cik Aysara dah sah jadi isteri encik Ryle. Semalam, kami terpaksa nikahkan cik Aysara dengan dia untuk menutup malu cik Aysara yang sudah.. erm.. terlanjur dengan dia." kata-kata gadis itu sungguh buatkan aku tergamam.
T-Tak!! Tak mungkin?!!!
"Apa yang cik Aini cakapkan ni? Jadi, cik Aini nak cakap saya dengan lelaki itu dah kahwin?!" soalku seakan tak percaya.
Perlahan sahaja, Aini mengangguk kan kepala. Wajahnya seakan serba salah kerana sudah beritahu perkara yang sebenar.
"Merepek! Ini sangat merepek. Kenapa kitorang kena kahwin?! D-dia itu bukannya sesiapa saya. Kenapa?!!" aku sudah mulai menggertak. Terasa panas hati aku apabila mendengar bicara Aini itu.
Aini memandang ke arahku. "Encik Ryle sendiri yang mengaku cik Aysara dan dia ada buat sesuatu. Nak tak nak, kami terpaksa kahwin kan kamu berdua. Lagipun, ini semua demi kebaikan cik Aysara juga." ujar gadis itu seakan mahu memujuk aku.
Aku tergamam. Sangat aku tak percaya pada fitnah yang lelaki itu lontarkan. Bila masa pula kami pernah buat sesuatu. Okey! Memang silap aku kerana tarik dia ikut aku. Waktu itu, aku terlampau takut sangat untuk seorang diri berhadapan dengan Firzan tapi.. huh!! Kami langsung tak buat apa-apa ketika itu. Hanya bersembunyi, mengelak daripada lelaki sengal bernama Firzan itu.
Aku hanya mampu diam. Kejadian akad nikah semalam tiba-tiba sahaja menerjah kepalaku. Aku sedar dengan apa yang terjadi tetapi entah kenapa aku rasa malas untuk menegah. Huh, Malas?!
Mataku menunduk memandang lantai dan tak semena-mena mataku terpandangkan sesuatu yang membelit jari manisku. Cincin rotan itu aku pandang dengan rasa hairan. Cincin siapa pula yang aku sarungkan ni?
Aini yang turut sedar akan perilaku ku itu sekadar tersenyum nipis. Matanya juga turut terpandangkan cincin yang tersarung di jari manis ku itu.
"Encik Ryle hadiahkan cincin rotan itu sebagai mahar perkahwinan. Waktu itu, mungkin cik Aysara tak sedarkan diri." ujar gadis itu dalam nada lembut.
Aku terpana. Cincin yang masih melekat kemas pada jariku aku belek dengan rasa sebak di dada. Ya Allah, ujian apa yang kau berikan pada aku ketika ini?!.
Kenapa dugaan ini yang Engkau hantar pada aku? Apa salah aku sampai aku perlu diduga sebegini sekali. Apa salah aku? Di mana silap aku.
Air mataku tak semena-mena berbirai turun. Aini di sebelah ku sudah menepuk belakang badanku. Berharap agar apa yang dia lakukan itu mampu menenangkan sebak di dadaku.
...
Satu keluhan berat Ryle lepaskan. Selesai sahaja meletakkan barang-barangnya ke dalam bonet kereta nya, Ryle terus menutup bonet keretanya. Langkahnya diatur menuju ke tempat duduk pemandu lalu dia masuk ke dalam perut kereta jenama Audinya itu.
"Okey, Ryle. Semalam biarkan jadi, sekarang kau lupakan. Kembali pada hidup kau. Anggap apa yang jadi semalam tak pernah berlaku." ujar Ryle sendirian.
Enjin kereta dibukanya. Untuk seketika, Ryle termenung semula. Mana mungkin dia boleh lupakan kejadian semalam. Kejadian paling memalukan seumur hidupnya. Kalau orang tahu apa yang jadi, mungkin itu bakal menjadi topik hangat para penggeemar gossip.
'Pelakon lelaki ditangkap khalwat.'
Story yang bakal mencetuskan kontroversi paling meletop di Malaysia. Belum ditambah lagi, berita yang dia sudah dikahwinkan secara paksa atas kejadian tangkap basah semalam.
Huh, Ryle masih tak percaya yang sekarang ini dia sudah pun berstatus suami buat seorang gadis yang langsung dia tak kenali. Gadis yang buatkan hidupnya tersangatlah huru hara ketika ini!
"Ak-Aku.. terima nikahnya Astilla Aysara binti Fahrud Zain dengan mas kahwin bernilai RM 200 dibayar tunai." tersangkut-sangkut Ryle melafazkan akad itu.
Bila saksi jawab sah maka terisytihar lah bahawa dia kini sudah menjadi sudami tanpa rela buat gadis bernama Astilla Aysara. Sempat matanya melirik ke arah gadis yang sedari tadi diam tidak memberikan sebarang reaksi. Gelagat gadis itu seakan termenung memandang lantai.
Ryle merapati Aysara yang sudah termenung memandang lantai. Rasa marah Ryle makin marak bila gadis itu mula tayang wajah tak bersalah. Diam dan buat muka innocent. Tak guna!
Ryle sudah menyumpah serapah dalam hati. Jangan pernah harap aku akan anggap kau sebagai isteri aku! Ryle sudah bertekad dalam hati.
Selesai sahaja upacara pembatalan air sembahyang, Ryle terus berura-ura mahu meninggalkan balai. Dia tak mahu berlama-lama di situ. Buat sakit mata tengok perempuan munafik itu bila depan mata. Rasa nak ludah.
"Encik Ryle nak biarkan cik Sara kat sini ke?"soal lelaki berkopiah yang dikenali pak Samad itu.
Ryle sudah angkat kening. Sempat matanya melirik ke arah gadis yang sudah terbaring di atas tikar mengkuang itu. Ryle mengeluh lemas. Huh, apalagi lah orang tua ni nakkan daripada aku?
"Saya dah kahwin dengan dia, kira dah cukup baiklah. Encik nak saya buat apa lagi?!" gertak Ryle sudah geram dengan desakan lelaki tua itu.
Pak Samad sekadar menarik senyum nipis. Kasihan juga dia lihat nasib Aysara itu tapi nak buat bagaimana. Sebagai seorang yang menjalankan tugas, dia perlu jalankan tanggung jawabnya membanteras gejala maksiat begini.
"Saya tak kisah kalau encik Ryle nak tinggalkan cik Sara di sini cuma saya nak ingatkan, encik Ryle perlu berikan mahar buat isteri encik ni." ujar lelaki tua itu sudah mulai menasihati Ryle.
Satu keluhan berat Ryle lepaskan. Tak fasal-fasal cincin rotan yang arwah ayahnya berikan terpaksa dia bagi pada gadis yang langsung dia tak kenali itu.
Keretanya dipandu menuju ke jalan besar. Ryle cuba mengikis kejadian semalam daripada ingatannya. Nope. Dia tak boleh dihantui dengan mimpi ngeri itu lagi!
Lupakan.. anggap semua itu tak berlaku, Ryle.
Ketika Ryle mahu masuk ke simpang, matanya tak semena-mena terpandangkan kelibat gadis yang elok berbaju kurung berwarna ungu. Yurp, gadis itu adalah gadis yang sudah sah menjadi isteri rela paksanya. Tanpa dipinta terus timbul rasa tak puas hati dalam jiwa Ryle.
Mana mungkin dia dapat maafkan gadis yang sudah menuduhnya sebagai perogol? Kalau gadis itu terangkan apa yang jadi sebenarnya mungkin perkara ini takkan berlaku dan Ryle mungkin masih bujang ketika ini.
Aysara yang sedang menunggu di perhentian bas itu dipandang nya acuh tak acuh. Nak rasa kasihan? Maaflah. Bila benci mana mungkin timbul rasa kasihan?
Terus Ryle memandu kereta Audinya meninggalkan Aysara di belakang. Biarlah..
...
p/s》
Hye and Assalamualaikum, guys. Thanks untuk 2k reading and saya amat menghargainya. So, ini adalah cerita terbaru saya selepas Misi Memburu Suami. Saya tak expect tinggi dengan story ni tapi saya boleh katakan ia mungkin adalah idea terbaik saya. Erm.. harap anda sudilah baca.
Saya nak betulkan beberapa aspek tentang perkahwinan paksa Ryle dengan Aysara ni. Takut ada yang keliru ataupun salah faham jadi baik lah kiranya kalau saya terangkan dalam forum ni.
Memandangkan perkahwinan Aysara bukannya berwalikan bapanya tapi ia telah dinikahkan oleh wali hakim iaitu Pak Samad. Seperti apa yang korang tahu, ayah Aysara sudah tiada dan Ryle ataupun sesiapa tidak tahu tentang perkara ini. Namun, Ryle ambil jalan mudah iaitu menikahi Aysara berwalikan wali hakim. So, sah ke?
Disebabkan saya risau akan ada yang tanya soalan ni jadi saya buat searching dan saya dpt jawapan utk soalan itu.😉.. Hmm, jawapannya sah selagi kelima-lina rukun kahwin itu dituruti iaitu; bakal suami, bakal isteri, wali, 2 saksi dan juga lafaz akad nikah. So, tentang persetujuan ibu ayah pula.. Boleh kalau tak dapat persetujuan ibu Aysara memandang kan umur Aysara 21++ berdasarkan undang-undang perkahwinan 1974 kot. Sis tak ingat sangat. So, that's all.
Harap tak ada salah faham di sini.
Stay tuned😁
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro