BAB 23
"Kau betul ke taknak aku hantar kau ni? Dah malam sangat ni." tawar Vivian sudah menaiki motorsikal nya.
Aku sekadar menggelengkan kepala. Lagipun, helmet yang Vivian bawa cuma satu. Dalam group whatsapp 'Pekerja Encik Nordin, Khairul ada beritahu yang jalan utama keluar masuk nak menuju ke kafe ini ada roadblock so nak tak nak aku kena tolak juga tawaran si Vivian.
Aku ni pun duit tak cukup, malaslah cari fasal. Hmm.. kang tak fasal-fasal kena saman. Habis duit gaji aku semata-mata nak bayar duit saman. Pfft..
"Tak apalah. Kau baliklah. Aku rasa aku balik jalan kaki aje kot. Bas selalu masih ada lagi waktu macam ini." ujarku cuba menyedapkan hati Vivian.
Vivian sudah menganggukkan kepala. "Confirm ini, kau tak nak naik?" soal Vivian untuk kali terakhir dan jawapan aku masih sama. Tidak!
Akhirnya, Vivian menunggang motorsikalnya. Makin lama kelibat Vivian sudahpun hilang daripada pandangan mata. Kini aku sendiri. Langkahku aku percepatkan menuju ke arah stesen bas berdekatan. Tak dapat aku nafikan, rasa seram ku mulai menebal.
Pada jam begini memang tidaklah kalau aku nak tengok kedai terbuka. Kebanyakan kedai sudah tutup. Jalan pula sudah mulai lenggang dengan kereta. Bilangan manusia sepanjang aku melangkah pula boleh dikira oleh jari sahaja. Hm.. betapa sunyinya malam itu.
Tanpa aku sedar, ada kereta yang membuntuti ku daripada belakang. Sehinggalah akhirnya, kereta itu berhenti bersebelahan ku. Aku sudah teguk liur. Terus aku percepat kan langkahku semampu yang boleh namun kelelahan ku menjadi punca laju ku tidaklah secepat mana.
"Sara!" seru suara garau itu setelah dia berjaya memeluk tubuhku.
Belum sempat aku menoleh ke belakang, sapu tangan yang berbau sedikit masam itu ditekapnya ke wajahku. Nafasku terasa sesak. Dadaku yang makin berkobar makin memburukkan lagi keadaan. Beberapa kali aku meronta sebelum akhirnya aku rebah kerana mulai lemah.
Dalam kabur, aku rasakan lelaki itu membawa aku masuk ke dalam keretanya. Mahu sahaja aku melawan namun tubuhku yang mulai terasa lemah membataskan segala nya. Akhirnya, aku pitam tidak sedarkan diri.
Tanpa aku sedar, setitik air mataku membasahi pipi.
...
Kepalaku yang sedikit sakit buatkan aku cuba kuatkan diri untuk sedar. Pada awalnya aku mamai namun tak semena-mena aku terus tersedar daripada lena sementara aku. Aku rasakan ada seseorang yang sedang memapah tubuh aku ketika ini.
Pandangan kaburku aku halakan ke arah wajah lelaki yang masih tidak sedar bahawa aku sedang melihat nya. Aky cuba fokuskan deria mata ku sehinggalah mataku buntang. Fir-Firzan!
"Fir-Firzan?!" seruku dalam nada terkejut.
Lelaki itu juga turut tergamam. Terus dia melajukan langkahnya membawa aku ke suatu tempat yang aku sendiri tak tahu. Wajah cuaknya buatkan perasaan aku sudah mulai resah.
Aku terus meronta minta dilepaskan sehinggalah akhirnya tubuh aku jatuh ke atas pasir. Dalam kesakitan, aku cuba berdiri untuk melepaskan diri namun Firzan lebih pantas menyambar kakiku sekaligus menahan aku dari meneruskan niatku untuk memboloskan diri.
"Lepaslah, gila!!! Lepaslah!!!" jerkah ku sudah memukul-mukul tangan nya yang sudah kuat mencengkam kakiku.
Tanpa belas, Firzan terus menyeret tubuh aku merapatinya. Senyum sinisnya terukir lalu spontan mulutku ditekupnya kuat. Tanpa sedar, kenangan sewaktu aku di sekolah dulu kembali berputar dalam kepala ku. Seperti inilah apa yang Firzan buat pada aku dulu. Namun, rasanya kali ini lebih sadis.
"Kau takkan dapat lari daripada aku, Sara. Kau akan jadi milik aku." hamburnya diselangi tawa jahatnya yang cukup buatkan seluruh bulu roma ku meremang.
Air mataku sudah mulai membasahi pipi. Aku sedaya upaya cuba untuk melepaskan diri namun kekuatan Firzan memang tak mampu untuk aku tandingi. Dengan rakusnya, dia menindih tubuh aku tanpa rela.
Aku rasakan ciuman hangatnya menyentuh setiap wajahku. Aku yang masih tidak mengalah, masih terus meronta minta dilepaskan. Secara kasar, Firzan terus mencabut tudung yang aku pakai lalu ubun rambut aku diciumnya tanpa belas. Aku cuba mengelak namun ia tak mampu mengubah apa-apa.
Dadaku semakin sesak. Air mataku makin mengalir deras. Meminta ada rasa belas dari hati lelaki itu namun nampaknya sekarang Firzan hanya melayan nafsu serakahnya yang mahu menikmati tubuhku sahaja.
"Sebelum JAIS datang, lebih baik aku rasa kau dulu. Lepas kita kahwin, tak adalah awkward sangat kan?!" tutur nya persis orang tak waras.
Buntang mata aku bila Firzan katakan begitu. JA-JAIS? Dia nak buat plan untuk tangkap basah dengan aku ke, hah?!!! S*al!!! Bila dengar Firzan kata begitu, aku terus cuba untuk melepaskan diri.
Firzan terus meraba setiap inci tubuh aku dan dengan kasarnya, dia merobek baju kemeja yang aku pakai. Makin kuat aku meraung bila rasakan bahuku sudah terdedah dan mulai menjadi tatapan matanya.
Tolonglah, sesiapa!!, raungku hanya mampu dalam hati.
Mataku menoleh ke sisi. Dalam kabur, aku dapat lihat botol kaca minuman yang terletak tidak jauh dariku. Dengan kekuatan yang masih tinggal, aku cuba capai botol tersebut sementara Firzan pula sudah mulai mencium leher jinjang ku. Sakit dan pedih. Itu apa yang aku rasakan ketika ini.
Akhirnya, tanganku berjaya menggapai botol kaca itu. Serta- merta aku menghentak botol tersebut pada kepala Firzan tanpa rasa bersalah. Terus Firzan menjerit kesakitan dan kesempatan itu aku ambil untuk menolak tubuhnya. Dengan tenaga yang masih berbaki, aku terus berlari meninggalkan Firzan di belakang.
Apa yang terjadi, sudah aku tak pedulikan. Dan, aku rasakan Firzan sudah mengejar aku daripada belakang.
"Woi, s*al!!!" laungnya. Suaranya makin lama makin jauh. Mungkin langkah seribu yang aku ambil adalah lebih laju daripada pecutan nya itu.
Aku masih berlari sehinggalah akhirnya tubuhku kuat melanggar tubuh seseorang. Sempat aku terjatuh namun gerangan itu sempat menarik aku. Rasa resahku makin menebal bila aku nampak kelibat Firzan di belakang. Terus aku pandang gerangan itu. Tergamam aku tatkala melihat wajah lelaki yang cukup aku kenali itu.
"R-Ryle?" seruku memandang lelaki itu.
Dahinya sudah berkerut. "K-kau.." belum sempat lelaki itu menyambung kata-katanya, aku dengar suara Firzan dari jauh.
Tak semena-mena, aku menarik tangan Ryle untuk menuruti ku supaya turut berlari sama. Entah kenapa, fikiran aku ketika itu rasa tak waras. Entah apa yang aku fikir sampai aku tarik lelaki itu untuk menurutiku sekali.
"Kenapa kau lari ini?" soal Ryle yang turut sama berlari denganku.
Aku masih memaling ke belakang dan aku lihat kelibat Firzan. Terus aku percepatkan langkahku agar kami boleh jauh dari lelaki tak waras itu. Dadaku semakin berkobar. Tak semena-mena, aku menarik tubuh Ryle untuk bersembunyi di sebalik semak samun yang mungkin akan menghalang pandangan Firzan.
Rasa lelahku cuba aku perlahan kan sambil ekor mataku melirik ke arah sekeliling. Takut- takut kalau kelibat Firzan muncul depan mata. Ryle yang turut sama bersembunyi masih tidak faham apa yang berlaku.
Yang buat dia makin hairan, kenapa dia juga boleh terikut sama berlari dan menyorok. Terus Ryle alihkan matanya memandang ke arah Aysara yang sudah resah semacam.
"Kau lari daripada siapa sebenar nya?" soal Ryle masih tidak memahami apa yang berlaku ketika ini.
Aku terus menekup mulut lelaki itu bila aku rasakan kehadiran seseorang di situ selain kami. Seperti apa yang aku tebak, kelibat Firzan mengampiri. Aku sudah menundukkan kepalaku sedikit. Dari celah-celah itu aku lihat Firzan yang sudah menoleh memandang sekitar. Kepalanya yang masih berdarah dibiarkan terdedah.
"Sara.. Mana kau Sara?? Keluarlah sayang! Kita kan nak kahwin nanti?!" seru Firzan tak ubah seperti orang hilang akal.
Ryle yang turut mendengarkan Firzan turut sama berkerut dahi. Meremang juga bulu romanya apabila dengar seruan Firzan yang sudah tidak waras itu.
Tak lama lepas itu, Firzan terus bergerak ke tempat lain. Apabila merasakan keadaan sudah selamat. Satu keluhan lega aku lepaskan. Terus aku lepaskan tanganku dari menutup mulut Ryle. Memang aku tak waras sekaranh sebab libatkan artis itu dalam kes aku sekarang ni.
"Jadi, kau lari daripada lelaki itu?" soal Ryle dalam nada mendatar. Sekarang, dia faham pada situasi.
Aku langsung tidak menjawab soalannya itu. Terus aku bangun dari persembunyian aku. Rasa sakit dan pedih yang aku rasakan makin mencucuk wajah dan leherku. Huh, tak guna Firzan!!
Baru sahaja aku mahu keluar, aku lihat gerangan beberapa orang lelaki datang merapati kami berdua. Ryle yang ketika itu turut sama bangun juga turut sama tergamam.
"Apa yang kamu berdua buat dalam semak-samun berdua ni?!" jerkah lelaki itu dalam nada garang.
Aku terkedu, Ryle terpaku. Mereka membelek pakaian ku yang sudah kotor dan koyak. Aku sudah telan liur.
Jangan cakap yang.. huh?!
"Ikut kami sekarang."
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro