Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 2

Satu persatu laman web yang bertayang di skrin laptop ku aku belek satu persatu. Setiap job yang ditawarkan dalam laman kerjaya Jobstreet itu aku cuba buat perbandingan dengan keinginan dan juga keperluan aku ketika ini.

Sia-sia sahaja kalau aku ambil job itu tapi pekerjaannya tak berkenan dengan hati sendiri. Aku tak mahu jadi mayat hidup yang hanya membazir seumur hidupnya hanya semata-mata mahu mendapatkan duit padahal dirinya terseksa. Lebih baik aku pilih kerja yang senang dan tak buat aku stress untuk hidup.!

'Agen insurans diperlukan, memiliki pengalaman bekerja selama 2 tahun, mempunyai perwatakan yang menarik.. gaji permulaan yang ditawar kan RM1000++'

Aku mengeluh perlahan. Gaji dah okey tapi.. erm, pengalaman bekerja selama 2 tahun itu aku tak ada. Aku ni fresh graduate. Budak baru keluar dari ladang.. mana boleh tup tup dapat pengalaman 2 tahun? Merepek!

Aku pergi ke pekerjaan lain yang ditawarkan. Yurp, ilmu perlu ada di dada kalau kau nak mencari pekerjaan yang sesuai dengan diri sendiri. Ada banyak benda yang kau perlu pertimbangkan kalau nak mencari pekerjaan ni. Pertama, gaji yang ditawarkan.. kedua, jarak tempat kerja kau dengan rumah.. terakhir, komitmen kau nak bekerja dengan benda yang kau minta itu.

'Retail Assistant, pengalaman kerja tak diperlukan, pandai menarik minat pelanggan, peramah,... gaji yang ditawarkan sebagai retail assistant : RM1 200++'

Aku sudah ketap bibir bila tengok peluang pekerjaan yang satu ini. Yurp, memang apa yang aku cari. Memandangkan aku ni fresh graduate yang tak ada pengalaman bekerja jadi.. aku dengan mudah akan dapatkan kerja itu. Hmm.. tapi, mesti orang kampung kata apa pula kan?

Aku sebenarnya tak kisah kalau orang kampung nak mengata apa pun tapi masalahnya bila kata-kata mereka itu menyapa halwa telinga ibu, ibu yang akan rasa malu. Yurp, ibu memang tabah tapi kalau tiap hari kena cela dengan orang kampung.. confrim, hatinya pasti akan berdarah.

Kalau aku ambil job sebagai retail assistant ni, mesti orang akan cakap yang lepasan diploma macam aku ni lebih suka pilih kerja low class berbanding kerja yang peringkat setaraf aku. Yalah, sekarang mana ada orang pandang kerja RM2000 ke bawah ni. Semua kalau boleh nak gaji RM3000++..walaupun kenyataannya kerja tak bagus mana.

"Yow!! Akak buat apa itu?" sergah Aysha dari belakang sekaligus membuat kan aku terus terkejut.

Nasib baik tak melatah kalau tak mau si Aysha itu tak jumpa hari esok. Sempat aku mengerling ke arah Aysha yang masih berdiri di belakangku. Kedua-dua bahuku dipegangnya sambil matanya ralit memerhati skrin laptop ku yang masih terpasang.

"Buat homework." balasku spontan.

Terus aku alihkan perhatian ku memandang ke arah skrin semula. Sesi mencari kerja yang tertangguh tadi, aku sambung semula.

Aysha sekadar menganggukkan kepala. Dia layan saja apa yang aku bicarakan.

"Baguslah akak Aysha ni. Lepas belajar pun, still buat homework. Lecture sem lepas yang bagi ke apa?" sempat adik aku itu menganjing aku. Nasib baik adik, kalau tak mau makan cap tangan aku ni.

Aku cuba tak pedulikan apa yang Aysha katakan. Mataku masih ralit memerhati pekerjaan yang ditawar kan di laman sesawang jobstreet itu.
Sebenarnya banyak aje kerja yang sesuai dengan aku, kemampuan aku, level aku cuma.. banyak sangat kepala aku ni membuat keputusan sampai aku nampak lebih banyak keburukan daripada kelebihan. Yah, mungkin sebab itulah sampai sekarang aku jadi penganggur sejati kot?!

"Kak, cuba tengok yang ni." Aysha terus menjedakan tindakanku.

Salah satu job yang terpampang di skrin laptop ditudingnya. Tak semena-mena, mata aku juga turut sama terarah ke tempat yang sama. Sempat job itu aku belek untuk seketika.

'Pelayan cafe, pengalaman kerja tak diperlukan, fresh graduate sangat lah digalakkan. Perwatakan yang diperlu kan adalah komited, ceria dan sangat mementingkan masa. Lokasi: Cafe NiaLand. Gaji yang ditawarkan RM1 500++'

Aku terus angkat kening. Kepalaku aku tolehkan sedikit ke belakang dan mataku memandang wajah Aysha di belakangku.

"Tapi, tempat dia jauh lah daripada rumah. Akak taknak lah." aku sudah berbelah bahagi.

Aysha mencebik. "Akak bukannya kecil lagi. Umur pun dah nak masuk 22 tahun. Lainlah macam Aysha. Baru 17 tahun."

Haih, tak suka betullah kalau bercakap dengan orang yang lagi muda daripada aku ni. Suka sangat buat perbandingan umur. Well, berdikari itu.. sesiapa pun boleh hidup berdikari and benda itu tak kira umur kau tua ke muda.

"Tapi tempat itu jauh tau, dik. Kuala Lumpur itu bukannya jiran sebelah rumah kita tau tapi tu.. jauh nun. Akak nak duduk mana kalau kerja jauh-jauh macam itu?" aku sudah mulai perjelaskan kenyataan ku.

Aysha sudah mengeluh perlahan. "Alah, akak banyak kan kawan kat KL itu? Sewa ajelah rumah diorang itu. Apa susah?" ujar Aysha sudah beri pendapat pada aku.

Senang betul dia bercakap tapi yang tanggungnya itu aku. Yalah, memang lah aku ada kawan kat sana. Berlambak, bertimbun tapi.. hmm, aku ni bukannya jenis yang suka menyusahkan orang.

"Yang adik nak suruh akak beria-ia sangat kerja kat KL ni kenapa? Mesti ada something kan?" aku sudah menduga. Kerutan dahiku menebal ingin tahu.

Kalau si Aysha ni memaksa, confirm ada udang disebalik batu. Yurp, Aysha ni banyak agendanya. Kalau ada something, mesti dia akan bersungguh-sungguh paksa aku untuk buat benda itu. Hmm.. dah membesar sama-sama mestilah tahu perangai masing-masing kan?

Bibir nipis Aysha sudah mengukir sengih kerang. Nampak tak? Orang yang ada muslihat aje yang akan senyum macam itu.

"Kalau akak kerja kat KL, boleh lah akak jumpa dengan Ryle kan?" spontan jawapannya itu buat kerutan ku makin mendalam.

"Adik fikir KL itu kecil macam kampung kita ke, hah?!" balasku.

Aysha menarik sengih lagi lebar. "Alah, kalau akak jumpa pun bagus lah. Antara salah satu.. adik dengan dia,atau akak dengan dia." ujar Aysha yang bagiku tersangatlah merepek.

Yurp, aku tak hingin mamat itu dan mamat itu pun tak kenal aku. Lepas itu, nak bersama? Hahaha... aku rasa kisah kahwin tak kenal each other ni dah lama pupus. Or.. maybe bersepah dalam tv.

"Merepek."balasku setelah itu kembali mencari kerja yang patut.

Aysha berpeluk tubuh. "Jodoh kak. Siapa aje yang tahu."

"Hmm, yalah dik."

Haih, dasar kaki drama si Aysha ni.
...
Kaki kiri dan kaki kanannya silih berganti menuju ke salah satu meja yang tersedia di dalam restoran tersebut. Senyuman yang tadinya mekar kini bertambah mekar lagi tatkala melihat kelibat orang yang dicintainya sedang menunggu dia di sisi.

"Hai, sayang.." sapa Kuza dan dengan spontan dia mencium pipi lelaki di hadapannya itu.

Lelaki itu sekadar membiarkan malah dia senang diperlakukan sebegitu. Tak apa, girlfriend sendiri yang buat.. hmm, bukannya girlfriend orang lain pun.

Tak semena-mena, Kuza melabuh kan punggungnya di hadapan lelaki tersebut. Beg tangan jenama Smith berwarna merah yang sering dibawa nya diletakkan ke sisi lalu matanya terus menerpa memandang wajah tampan lelaki di hadapannya.

"How's your job now? Ada lagi tak orang kacau you?" soal lelaki itu berubah nada ambil berat.

Senyum simpul Kuza mulai terbit, tak semena-mena tangan lelaki yang menjulur di atas meja dipegangnya erat.

"You jangan risau. Semuanya dah okay. Thanks to you juga sebab you sudi buat open speak about our relationship." ujar Kuza dengan senyuman bahagia meniti di birai bibir.

Ryle dihadapannya sekadar menarik senyum nipis. Bila Kuza bahaskan perkara itu, Ryle sudah alihkan pandangannya ke tempat lain. Mungkin topik itu bukannya topik yang sesuai untuk dia bincangkan ketika ini.

Bila melihat riak wajah Ryle seperti resah semacam, Kuza sudah berkerut dahi. Pegangan pada tangan lelaki itu juga semakin longgar. Ryle yang sedar akan perkara itu terus mengalihkan perhatiannya ke arah gadis di hadapannya itu.

"Kenapa, sayang? You tak suka ke?" soal Kuza dalam nada macam kecewa.

"I suka.. yurp, I suka bila I dapat published our relationship to the public but.. hmm." ayat tergantung dari mulut Ryle itu makin menambah garis-garis tanda tanya pada dahi Kuza.

"But, why?"

"Nenda tak restu I ada hubungan dengan you." spontan jawapan Ryle itu buatkan Kuza buntang mata.

Huh, yurp! Semua orang suka bila Ryle umumkan bahawa dia kini sedang bercinta dengan Kuza namun cuma seorang saja yang sering membantah. Puan Sri Maimon, nenda Ryle adalah satu- satunya orang yang paling membantah perhubungan Ryle dengan Kuza.

Walaupun bermacam kebaikan Kuza buat untuk memenangi hati Puan Sri Maimon namun.. semuanya tak berjaya. Yurp, mungkin niat Kuza yang bermaksud untuk dapatkan Ryle itu dapat dihidu oleh wanita berusia itu?

"Then? Kalau nenda you tak suka, so what? You akan ikut dia?" nada Kuza seakan membentak.

Ryle mengeluh perlahan. Wajah Kuza itu dipandangnya dengan rasa cinta. Satu-satunya gadis yang bertahan lama menjadi kekasih nya. Yurp, 4 tahun.. bukannya suatu tempoh yang sekejap.

"Not like that sayang. Hmm.. just give her a few time for her to accept you slowly." pujuk Ryle.

Kuza sudah mulai berpeluk tubuh. Wajahnya dipaling ke sisi. Bukannya dia tak pernah dengar perkataan itu sering dihamburkan dari mulut Ryle. Rasanya sudah hampir 100 kali, Ryle ulang benda yang sama tapi sekarang semuanya sama saja.

Still, wanita itu tak pernah sukakan Kuza.

Pfft.. sebenarnya, Kuza tak berapa nak kisah sangat fasal persetujuan Puan Sri Maimon itu tapi memandangkan Ryle terlebih sayang kan nendanya itu, mahu tak mahu.. Kuza perlu turutkan juga kehendak nenda Ryle itu.

"So, berapa lama lagi tempoh yang you nak I bagi? Sebulan? Setahun?" dia mulai main loya buruk.

"Nope. Less than one month and I guarantee she will accept you as someone that is really important to my life." ujar Ryle menggenggam tangan Kuza erat.

Kuza sekadar menarik senyum tipis. Hmm, harap benda itu akan jadi kenyataan lah.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro