Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 19

Sudah dua hari berlalu semenjak aku pulang ke Kuala Lumpur semula. Pagi itu balik, petang itu aku terus masuk shift yang telah encik Nordin tetapkan. Penat itu memanglah penat tapi adat orang bekerja memang macam ni kan? Lagi- lagi bekerja di bawah telunjuk orang atasan.

Satu keluhan penat aku lepaskan tatkala aku membersihkan lantai cafe. Sakit tulang belakang semenjak dua menjak ini asyik menyerang aku aje namun mahu tak mahu, aku oerlu teruskan juga.

"Kau okay tak, Sara? Dari tadi urut badan aje?" tegur Mina apabila menyedari kelakuan ku ketika itu.

Aku tayang senyum nipis menanda kan aku okay walaupun sebenarnya aku memang sedang tak okay sekarang ini. Wajah kerisauan Mina aku pandang. Sahabat mana yang tak risau kalau tengok kawannya sakit kan?

"Aku okay aje. Kau jangan risau.." beritahuku dengan nada konon nya memang sedang sihat.

Mina masih tayang muka risau. Sempat tangan aku dipimpinnya namun aku sekadar menepis lembut pertolongannya itu.

"Kalau kau tak sihat, rehat ajelah. Biar aku yang tolong buatkan semua benda ni. Nanti aku beritahu Encik Nordin kalau dia tanya kau kat mana." Mina masih tak lenggang memaksa aku untuk berehat.

Niat murninya itu terpaksa aku tolak. Seganlah kiranya. Sudahlah aku cuti tiga hari lepas itu, bila sudah mula kerja.. pandai pula badan aku ni sakit. Nanti apa pula Encik Nordin cakap pula nanti kan?

"Aku okaylah. Sudahlah. Kau buat kerja kau. Aku nak kemas meja sana." tegasku sudah mengatur langkah perlahan menuju ke meja yang aku mahu tuju.

Mina sudah mengeluh kecil. Dia lihat saja aku melangkah. Pada awalnya, aku fikir aku kuat namun tak semena- mena aku hampir sahaja rebah ke lantai. Nasib baik Mina sempat sambut aku daripada jatuh.

Pelanggan yang datang juga turut sama memerhati ke arah kami berdua. Riuh jugalah keadaan ketika itu. Vivian dan Julia terus datang menghampiri kami berdua.

"Kan aku dah cakap. Kalau tak okay, kau boleh aje rehat sekejap. Encik Nordin mesti faham punya. " beritahu Mina sudah dalam keresahan.

Aku tidak menjawab kata-kata Mina kerana kepala aku terasa seperti berpusing-pusing. Kepala aku terasa berat dan bila tanganku menyentuh dahi, aku dapat rasakan haba hangat melingkar pada kepalaku. Confirm, aku sekarang ni diisytiharkan demam.

"Aku.. okay." aku masih bertegas namun nadaku sudah lemah.

Kata saja okay tapi tubuhku yang aku mahu paksa bangun, tak dapat untuk bangun. Akhirnya, aku hanya mampu berharap agar Mina dapat pimpin aku untuk bangun.

"Kenapa ni?"aku dengar suara garau Encik Nordin menyapa.

Pandanganku sudah mulai kabur. Namun, telingaku masih berjaya menangkap apa yang sedang dibicarakan oleh mereka. Aku dapat lihat sosok Encik Nordin.

"Sara sakit bos. Boleh tak bagi dia rehat sekejap bos?" kali ini aku dengar suara Vivian pula.

"Hantar dia ke hospital."

Setelah itu, aku langsung tidak dengar apa-apa lagi dari mulut orang-orang sekelilingku. Terus mataku tertutup rapat dan aku langsung tak sedarkan diri.
...
Cahaya terang benderang yang menerobos masuk melalui jendela sedikit sebanyak mengaburi lena ku. Perlahan-lahan mataku aku buka. Suasana sekeliling aku tilik dengan perasaan kosong.

Namun, tak berapa lama lepas itu, aku terus sahaja terjaga daripada lena ku. Suasana bilik rawatan itu tersangatlah asing buatku. Sunyi dan sepi. Malah kelibat rakan-rakan ku yang lain juga tiada.

"Mi-Mina?" seruku sambil mataku melilau mencari kelibat kawan aku yang seorang itu.

Tetapi hampa. Tiada seorang pun dalam bilik itu. Aku cuba untuk sedapkan hati. Perlahan-lahan, aku baringkan semula tubuhku di atas katil sambil sekeliling bilik wad itu aku pandang. Ini adalah first time dalam sejarah hidup aku, aku ditempatkan dalam bilik rawatan.

Bunyi pintu bilik dibuka dari luar menyebabkan aku terus mengalih kan pandangan aku ke pintu. Terus lebar senyumanku tatkala kelibat yang aku cari tadi akhirnya muncul.

Mina yang lengkap berpakaian uniform cafe terus mendekati aku sambi membawakan sesuatu berbungkus plastik merah. Makanan barangkali? Dia seperti tidak sedar bahawa aku sudah sedar daripada koma sementara aku ni.

"Mina." seruku apabila merasakan Mina langsung tak perasan kewujudan aku di situ.

Spontan gadis itu mengalihkan pandangannya ke arahku. Buntang matanya apabila melihat aku sudah membuka mata memandang ke arahnya. Terus, dia mendapatkan aku lalu memeluk tubuh aku seerat yang mungkin. Haih, terujanya dia bila dapat tahu aku hidup lagi. Ahaha..

"Ya Allah, nasib baik kau dah sedar Sara. Kau tahu tak semalam kau langsung tak sedarkan diri. Risau kitorang dibuatnya. Doktor kata kau mungkin kepenatan dan perlukan banyak rest." beritahu Mina sudah meleraikan pelukan dari tubuhku.

Plastik merah yang dibawanya tadi diletakkan ke atas meja lalu punggungnya dilabuhkan di atas kerusi bersebelahan katil wad yang aku tempati. Tangan aku Mina genggam erat. Mungkin kerana gembira sangat sebab akhirnya aku sedar.

"Encik Nordin tak cakap apa-apa ke? Mesti dia marah kan?" soalku bila teringatkan fasal bos aku itu.

Mina sekadar menggelengkan kepala. "Kau jangan risau. Encik Nordin itu okay aje. Dia yang suruh kitorang bawa kau pergi hospital. Walaupun, lepas Vivian yang pujuk." jelas Mina cuba ceritakan semula apa yang dia ingat.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Nampaknya Encik Nordin memang bos yang terbaik. Tak sia- sia aku jadi orang bawahan Encik Nordin. Salute!

Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. Wajah Mina aku pandang. "Kau tak kerja ke?" soalku bila terlihat uniform cafe masih kemas pada tubuhnya.

Mina tersengih. "Sepatutnya aku kena pergi kerja sekarang ini tapi aku saja singgah nak tengok kau. Hmm.. aku ada bawakan makanan sekali untuk kau. Makan tau." ujar Mina sambil menjuih ke arah plastik merah yang dibawanya itu.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Jangan risaulah fasal makanan itu. Belum sempat 5 minit si Mina keluar, aku berani confirm yang makanan itu akan lesap masuk ke dalam perut aku.

"Thanks untuk semua ini. Nanti aku makan. Hmm.. kau pergilah kerja. Aku okay aje kat sini." beritahu ku cuba menghilangkan resah Mina.

"Haih, baru nak lepak panjang sikit. Okeylah, aku pergi kerja.  Jaga diri elok-elok. Kalau kau rasa nak pengsan, calling-calling aku. Okay?!" ujar Mina sebelum pamitan.

Ketawa mengekek ku berhamburan bila Mina buat lawak hambarnya itu.Selesai aku menjawab salam Mina, gadis itu terus  berlalu keluar dari bilik rawatan ku.

Suasana hening membelengu suasana bilik tersebut. Aku yang kononnya tadi mahu tidur semula akhirnya tak dapat tidur. Tiba-tiba pula aku rasa aku nak ke tandas sekarang ni.

"Nurse.." seruku namun nadaku perlahan.

Takkan mungkin ada nurse yang menyahut. Huh!! Akhirnya aku mengalah. Perlahan-lahan aku menuruni katil. Tubuhku yang terasa lemah aku cuba untuk kuatkan lalu aku terus menyusun langkah yang sedikit tidak teratur ke luar.

Buka sahaja pintu bilik, suasana di luar sedikit lenggang. Tiada seorang pun yang berada di situ. Mahu tak mahu, terpaksa jugalah aku bersendiri keluar dari bilik itu. Aku cuba untuk kuatkan diri melangkah ke arah tandas.

Langkah ku terus mati tatkala mata ku terpandangkan seseorang yang berada di atas kerusi roda. Wanita tua sekitar 60-an begitu. Terkial-kial wanita itu mahu menolak kerusi roda nya menuju ke arah tandas.

Aku sudah lihat sekeliling. Tiada sesiapa di situ. Rasa kasihan ku mulai menyerbu. Pantas aku mendekati wanita itu. Bila merasa kan langkahku menuju ke arahnya, wanita itu juga turut mendongak memandang ke arahku.

"Puan pun nak ke tandas juga ke?" soalku dengan mesra.

Wanita itu langsung tak menyahut. Namun riaknya seperti aku dapat faham. Dia seperti perlukan pertolongan aku ketika ini. Serentak, aku menganggukkan kepala.

"Tak apa. Saya tolong puan. Saya pun nak ke tandas juga, puan. Jadi, jom kita sama-sama pergi tandas." ujarku sudah mulai menolak kerusi rodanya masuk ke tandas wanita yang tidak jauh dari lokasi kami.

Selesai sahaja, aku keluar dari bilik air. Ketika aku melintasi pintu tandas yang tertutup, aku terus mematikan langkahku. Aku undur semula langkah ku. Entah kenapa, aku seperti mahu tahu apa yang wanita itu sedang lakukan di dalam Boleh ke dia?

"Puan, puan sudah siap ke?" soal ku sambil mengetuk pintu bilik air tersebut. Agak tidak sopan tapi keadaan sedikit memaksa ketika itu.

"T....t..ta..k"  terketar-ketar wanita itu menyahut dari dalam.

Aku sudah mengetap bibir. Nampak nya, wanita tua itu ada kesukaran dalam berbicara. Kasihannya. Aku sudah jatuh simpati.

"Puan nak saya tolong ke?" aku sudah tawar diri mahu membantu nya.

"Nn..na..k" jawabnya dari dalam.

Aku menarik nafas dalam. Terus aku masuk ke dalam bilik air tersebut mahu membantu apa yang patut. Kasihan kalau tengok orang tua yang sebegini. Aku faham kepayahan diorang untuk lakukan semua benda. Kerana, kesihatan menjadi had untuk mereka lakukan aktiviti seharian mereka.

Selesai sahaja menggunakan tandas, aku terus membawa wanita itu keluar. Tidak jauh dari situ, aku lihat kelibat seorang gadis yang berpakaian nurse seperti resah semacam.

Tak semena-mena aku mendekati gadis itu. Aku buat andaian yang gadis itu adalah anak kepada wanita tua itu.

"Cik?" sapaku.

Terus gadia itu tergamam. Wajah aku dipandangnya lalu riaknya terkejut bila melihat wanita itu ada bersama denganku.

"Cik siapa? Apa yang cik buat pada Puan Sri?" soalnya sudah menerjah ku tanpa selidik. Mungkin dia tuduh aku buat macam-macam kot pada..

Puan Sri?

"Saya tak buat apa-apa. Saya cuma tolong mak awak pergi tandas. Lain kali jangan tinggalkan mak macam itu aje. Okay?!" sempat aku buat teguran halus sebelum akhirnya aku meninggalkan gadis itu dengan terpinga-pinga.

Pada masa yang sama, Puan Sri Maimon melirik langkah Aysara yang semakin jauh. Tak semena-mena senyumannya terukir.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro