Bab 1
Kringggg!!!!! Loceng berbunyi. Tersentak aku yang sedang tidur lena. Rupanya aku sudah terlewat untuk ke interview di sebuah syarikat perniagaan. Dengan pantas aku bergegas untuk mempersiapkan diri.
Sesudah itu, aku tergesa-gesa turun ke bawah dan menuju ke arah pintu keluar tanpa bersarapan kerana sudah lewat.
Aku memandu dengan agak laju. Tiba-tiba, dipersimpangan jalan aku terlanggar sebuah kereta kerana aku tidak perasan kereta tersebut. Aku berasa cuak akan kejadian itu.
Tiba-tiba seorang lelaki datang mengetuk cermin keretaku dengan muka yang bengis.
“Hey! Keluarlah, dah la langgar kereta aku. Kau tahu tak aku dah lambat?” Marah pemuda itu.
“Maaf encik, saya tak sengaja. Lagipun saya tak nampak kereta encik keluar tadi..” Suara aku sambil dalam kegelisahan.
“Maaf! Maaf! Kau ingat kereta aku ni apa? Besar macam ni pun kau tak nampak? Sekarang ni aku nak kau bayar ganti rugi. Kalau tak, aku report polis.” Tambah pemuda itu.
“Berapa ratus?”
“Sepuluh ribu ringgit.”
“Se.. Sepuluh ribu??? Mana saya ada duit sampai banyak tu..”
“Kalau kau tak de duit banyak tu ikut aku pergi balai.” paksa lelaki itu.
“Jangan la macam ni.. Kita boleh bincang kan. Lagipun sikit je kemik.” pujuk aku.
“Macam ni lah, aku bagi kau tempoh satu bulan. Ni kad aku, dan sekarang aku nak jaminan dari kau supaya kau tak tipu aku.”
Dengan pantas aku mencapai sehelai kertas dan menulis alamat rumahku supaya dia boleh tuntut bayaran itu sekiranya aku tipu.
“Boleh percaya ke alamat ni?” tanya lelaki itu.
“Ni alamat rumah saya, kalau tak percaya datang la.!!” Balas aku dengan geram.
“Ok. Kalau kau tipu aku siap kau. Aku tahu nak buat apa dengan kau. Ingat! Satu bulan.!!” Ugut dia.
“Eleh.. Dia ingat dia bagus sangat
Dah la muka pun hodoh, berlagak pulak tu. Iii.... Malangnya siape jadi isteri dia tu..” bisik aku di dalam hati.
Bersambung...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro