Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

13

"Eh, Idan".

"Iya, saya?". Aku sahut panggilan rakan sekerja aku tu. Sekarang ni kami tengah duduk sama-sama dekat pantri. Tengah brunch. Curi masa untuk brunch sekejap sebab nanti mungkin masa untuk lunch agak terhad, macam tak sempat pun ada. Hari ini, hari yang terlalu sibuk untuk kami.

"Aku dengar bini kau lawyer kan?". Kawan sekerja aku yang bernama Arif itu bertanya.

"Bakal lawyer". Aku tersenyum bangga. Aku tak pernah tak bangga untuk mengaku yang isteri aku; Amelia Aleena bakal menjadi lawyer. I will always be proud of her. Always.

"Oh ha sama lah tu... Kau pula arkitek. Pergh!".

Aku sebenarnya pelik sikit kenapa hal kehidupan aku dan Amel jadi topik perbualan untuk brunch hari ini tapi aku layankan saja. Sekali-sekala, tak apa kan? Bukan selalu pun aku bercerita. Selalunya orang lain yang buat. Aku, kalau ada orang tanya, baru aku jawab.

"Senang juga la hidup kau kiranya". Komen Arif lagi membuatkan aku menundukkan kepala.

"Allhamdulillah, Rif. Allah bagi cukup semuanya". Aku membalas sambil tersenyum segaris. Ibu tak pernah ajar bongkak atau riak, jadi kita tak boleh bongkak dan riak. Tak baik! Secukup mana pun hidup kita, sekaya mana atau sesenang mana pun hidup kita, jangan pernah membangga diri apatah lagi membangga diri sampai merendah-rendahkan orang lain.

"Tak ada anak?". Soalan Arif yang satu ini membuatkan segala pergerakan ku terhenti. Aku pandang balik wajah dia.

Namun, senyuman nipis aku kekal.

"Awal lagi, Rif. Rezeki yang ada masih banyak, kalau Allah tambah rezeki anak, mahu tak menang tangan aku. Tapi andai kata ada little angel yang dihantar oleh-Nya dalam hidup aku dan Amelia, aku terima saja, Rif. Maka nikmat Tuhan kamu yang mana yang kamu dustakan?". Tenang aku menjawab walaupun hati agak bergelora. Andai sampai berita tentang perbualan ini pada Amel, mesti Amel sedih. Aku tak nak Amel sedih.

🍼

Aku tengah buat kek dekat dapur.

Random kan?

Hehe...

Aku memang suka buat kek dan pastri tapi kalau bab masak, memang kelaut.

Ha sambung balik...

Aku tengah buat kek di dapur dan Amel ada di ruang tamu. Aku kerling sedikit ke arah dia dan aku tengok isteri gojes comel pretty stunning aku tu tengah belek-belek skrin telefon aku. Aku biarkan saja la. Bukan aku ada apa-apa nak sorok pun. Lagipun, Amel kalau belek telefon aku biasanya dia main Candy Crush. Katanya nak lepaskan stres lepas penat study. Alasan dia main dekat telefon aku dan bukan telefon dia pula adalah kerana dia nak bantu aku naikkan level sebab aku selalu kalah.

"Idan". Tiba-tiba aku dengar dia panggil nama aku.

"Ya, Amel? Dah level berapa? Amel cuba lepaskan level 152 boleh tak? Idan main daripada haritu lagi tak lepas. Susah tah-".

"Kalau ada anak mesti best kan?". Kata-kata Amel buatkan tugas aku yang sedang menggaul adunan itu terhenti.

Kenapa Amel tiba-tiba tanya?

Hati aku mula rasa tak best.

Aku cepat-cepat basuh tangan aku dan pergi menghampiri dia. Aku ambil tempat duduk di sebelah dia. Bila aku kerling ke arah skrin telefon aku yang masih dia pegang, aku nampak dia buka Shopee. Hasil carian dia di Shopee ialah baju-baju bayi.

"Idan ingat Amel main Candy Crush...". Aku berkata lembut.

"Idan".

"Ya, Amel cantikku".

"Amel nak anak". Sayu suara Amel. Aku tahu, dia mesti sunyi.

"Boleh. Kita cuba lagi, ya?". Aku pegang kedua tangan dia. Dalam hati, aku berkeluh kesah. Macam aku cakap tadi, aku tak suka tengok Amel sedih dan aku tahu Amel tengah bersedih sekarang.

"Tapi Amel rasa memang bukan rezeki kita".

"Apa cakap macam tu? Amel bukan tahu pun apa rezeki yang Allah dah tulis untuk kita. Kenapa nak rasa-rasa? Tak payah rasa-rasa. Kita tunggu. Kita baru saja kahwin kan? Tak semestinya terus dapat, Amel. Ramai lagi pasangan dekat luar sana yang tengah tunggu untuk dapat little angel sama macam kita dan itu tak bermaksud mereka tiada rezeki. Mungkin saja rezeki mereka lambat sikit nak sampai. Faham?". Aku dah mula bebel.

"I'm sorry. Just got insecure out of a sudden". Balas Amel.

"Why? Something happened?".

Amel lalu menekan-nekan sesuatu di skrin telefon aku lepastu dia pusingkan dekat aku. Aku pun tengok la.

Terkejut aku dibuatnya.

Terus aku capai telefon tersebut lalu menekan butang block pada nombor contact di chat tersebut.

"Amel terbaca mesej Idan dan Arif waktu Amel main Candy Crush tadi. Sorry. Tapi Idan tak payah lah block dia. Dia tak buat salah pun".

"Tak buat salah tapi toksik. Idan tak suka". Dan aku bagi balik telefon itu kepada Amel. Boleh dia sambung main Candy Crush.

Kau tahu tak Arif hantar apa?

Dia hantar artikel yang yang headline dia berbunyi: 10 Cara Mudah untuk Memperolehi Cahaya Mata jika Isteri Anda Kurang subur.

Mana aku tak baran?

Wildan Nu'aiman memang lelaki yang tenang tapi sesekali kalau lelebih pula nak jaga tepi kain orang, memang aku baran jugak. Haih la!

"Amel duduk sini diam-diam, Idan nak pergi sambung buat kek".

"Huh?". Amel pelik. Maknanya dia pelik kenapa aku buat kek tetiba.

"Saja je Idan nak buat. Idan rasa macam nak makan kek tapi Idan buat agak banyak so Amel kena makan sekali".

"Huh??". Pelik kuasa dua.

"Okay bye! Cium sikit". Aku lalu curi-curi senyum pipi Amel sebelum berlari anak ke dapur.

🍼

Ada yang rindu?
Maaf, update lewat hehe.
Kita tak ada idea sebenarnya.
Update ni pun saja-saja nak hilangkan bosan + dah agak lama tak aktif sangat dekat Wattpad. So I thought I would update something and here I am.

(P/s: Ignore all the typos or any kesalahan, author mu ini malas nak edit)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro