12- [Amelia Aleena's pov]
Sedang elok-elok aku berjalan dalam kampus ku itu, boleh pula aku terpeleot.
"Ow!". Aku mengaduh kesakitan tatkala aku jatuh terduduk di lantai. Habis jatuh berteraburan barang ku. Aku lihat ke sekeliling dan berdecak perlahan.
Satu hal pula nak kena kutip.
Aku tengok kaki ku yang terpeleot tadi dan melihat kawasan pergelangan kaki sudah membiru. Bila aku cuba gerakkan...
"Ow!". Makin sakit pula jadinya.
Aku tengok kasut tumit tinggi aku pun, sudah patah tumitnya sebelah. Ini yang aku tak suka ni. Nasib baik sudah sampai waktu nak balik. Kalau di pagi hari ni, memang aku dah menangis.
"Amel!". Aku tiba-tiba sahaja mendengar suara lelaki memanggil ku dengan nama panggilan tersebut seraya bunyi tapak kaki yang sedang berlari ke arah daripada belakang.
Aku pelik.
Itu bukan suara Idan.
Tapi kenapa dia panggil aku dengan nama panggilan tu?
"Amel... You okay tak ni?". Lelaki tadi berhenti, duduk bercangkung di sebelah ku dan menanyakan aku soalan tersebut.
Bila aku pandang ke tepi baru lah aku perasan siapakah sang lelaki itu.
Hud.
Hud Firdaus.
Aku tidak menjawab soalannya. Memang aku tak nak bercakap dengan dia pun. Tak lalu!
Kalau nak tahu, Hud Firdaus ni playboy pujaan universiti ni! Semua orang kenal dia. Semua orang tahu perangai gatal dia.
"Amel, jawab lah. I-".
Makin banyak kali aku dengar dia panggil aku dengan nama panggilan tu, makin aku baran. Aku benci apabila nama panggilan istimewa yang khas untuk digunakan oleh Idan itu digunakan oleh manusia lain.
"Boleh tak jangan panggil aku dengan nama tu? Panggil aku Amelia".
Terpana Hud dibuatnya. Mungkin pertama kali dia mendengar suara ku. Sebelum ni ada saja dia cuba untuk bercakap dengan aku tapi aku langsung tak buka mulut.
"Dan...". Aku mengutip barang ku dan bersusah payah untuk bangun.
"Jangan bercakap dengan aku lagi". Aku lalu berjalan pergi daripada situ dengan kaki ku yang terhincut-hincut.
👠
"Idan dah pesan banyak kali dah dekat Amel kan? Jangan pakai kasut tinggi-tinggi. Kan dah terpeleot kaki ni". Idan membebel tatkala dia sedang menyapu minyak panas pada kaki ku.
Tadi dia dah bawa aku ke klinik. Doktor cakap tak teruk mana pun kaki aku ni.
"Bising lah Idan". Aku melentokkan kepala ku ke dadanya. Badan ku menempel di sisi badannya.
"Idan bising sebab Idan pesan. Idan tak nak Amel sakit. Faham ke tak ni, Amel sayang cantik comel gojes?".
Aku hanya menggumam perlahan.
"Nasib baik faham. Idan ingat nak bebel lagi tadi". Idan ketawa.
Comel.
"Oh, Idan lupa nak tanya Amel. Selain daripada kejadian kaki terpeleot ni, how was your day? Was it okay?". Soalan wajib Idan.
"Luar biasa sikit". Aku teringat balik tentang Hud tadi.
"Tell me, tell me. Idan nak dengar". Idan ni... Kalau cerita aku biasa-biasa pun, dia teruja macam ni. Aku tak faham lah apa yang menarik sangat dengan cerita-cerita tentang hari-hari aku.
"Amel marah orang harini".
"Omg, what??! Serius la? Amel marah siapa?". Idan menekup mulut penuh dramatik.
"Hud".
"Kawan Amel tu?".
Terus sahaja aku menjelingnya apabila dia berkata begitu. Hud tu bukan kawan aku la!
"Oh, bukan eh? Maaf maaf. Teruskna cerita anda. Kenapa Amel marah dia?". Idan tersengih-sengih.
"Sebab dia panggil Amel, 'Amel'. Tak suka la".
"Kenapa tak suka?". Idan menyoal.
Aku mengangkat bahu.
Ada je jawapannya cuma aku malas nak menjawab. Penat banyak sangat bercakap hari ini.
"Oh! Idan tahu!".
Aku mengangkat sebelah kening ku.
"Sebab Idan aje kan boleh panggil Amel macam tu?".
Spot on!
Aku mengangguk.
"Maknanya Idan istimewa lah kan dalam hidup Amel? Maknanya Idan lah orang yang paling Amel sayang kan?".
"Entah". Aku menjawab malas. Mata ku ditutup. Nak tidur sekejap atas dada suami sendiri. Selesa sangat...
"Eleh, iya lah tu... Kan kan?".
Aku mengangkat bahu sekali.
"Idan sayang Amel jugak".
Lepastu dia cium sekilas dahi aku dan aku biarkan sahaja. Aku suka bila Idan cium dahi atau pipi aku. Hehe.
👠
Amel dan Idan lagi!
Mohon ignore segala typo/kesalahan. Author mu ini malas nak mengedit 😔
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro