Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

#12

Tepat pukul 2 petang, loceng sekolah berbunyi. Semua student berpusu pusu keluar dari kelas masing masing. Nak balik rumah punya pasal.

"Betul ni kau tak nak aku hantar kau balik rumah?" soal Jaemin kepada sepupunya Haeri.

"Takpelah. Aku balik dengan Soohyun. Lagipun mummy aku cakap dia dengan daddy aku balik lambat sikit malam ni. So aku stay rumah Soohyun" jelas Haeri.

"Eleh! macamlah kau tak boleh stay rumah aku"

Haeri tergelak.

"Tak naklah aku. Sendu aku nanti. Kau dah for sure duduk dalam bilik kau sambung study. So aku tak nak lah jadi patung dalam rumah tu. Tak ada kawan"

Jaemin mencebik. Alasan semua tu. Bukannya dia tak tahu si Haeri ni. Pemalu orangnya. Dia cakap dia malu dengan daddy. Haeri Haeri.

"Suka hati kau ah. Aku balik dulu. Apa apa nanti call aku"

Haeri mengangguk. Walaupun Jaemin ni berwajah dingin tapi dia tetap caring.

"Okey!" jawab Haeri.

Jaemin terus keluar dari kelasnya. Destinasi pertama dia sebelum sampai rumah ialah kedai 7e. Dia dahaga susu strawberry.

Sampai aje di area kedai 7e, dia dengar ada perempuan meronta mintak dilepaskan. Bunyi itu datang daripada sebuah lorong yang tak jauh dari situ.

Dia terus melangkah ke situ untuk melihat apa yang berlaku. Dia agak terkejut melihat ada seorang lelaki sedang menarik rambut seorang perempuan. Manakala lagi dua orang lagi lelaki hanya menonton.

Bibir perempuan itu juga keluar darah. Dan bila tengok uniform sekolah perempuan ni, macam budak Starscream. Bila perhati betul betul wajah perempuan tu, dia terkejut tapi dia kawal reaksi muka dia.

"Boleh stop kot" kata Jaemin dengan tenang.

Dia berjalan perlahan lahan mendekati mereka.

"Kau tak payah masuk campur lah sial!" tengking lelaki yang tengah tarik rambut perempuan itu.

"Buat tak tahu je bos. Kalau dia mengaku perempuan ni girlfriend dia pun kau jangan percaya. Cliche semua tu" kata lelaki yang menjadi penonton disitu.

Jaemin membawa lidahnya ke tepi.

"Aku bukan lelaki yang selalu pakai ayat cliche macam tu. Aku datang sini cuma nak jadi hero perempuan yang aku tak kenal ni" kata Jaemin dengan sombong.

"Kau tak kenal, so kau tak yah masuk campur!" tengking lelaki itu lagi.

"Eya suka hati aku ah nak masuk campur pun!" kata Jaemin tak puas hati.

"Dah dah. Aku malas nak cakap banyak dengan korang. Lepas perempuan tu settle!" sambung Jaemin lagi.

"Tak semudah itu" kata lelaki itu.

Dan tanpa menunggu lagi Jaemin terus pukul ketiga tiga lelaki itu. Yes dia memang lelaki nerd yang selalu study tak sudah sudah tapi dia juga melatih diri untuk mempertahankan diri. Rasanya skill dia lagi baik daripada lelaki yang dia berjaya tumpas ini.

"Awak te..."

"Tak yah! Aku tak suka dengar orang cakap terima kasih. Sekarang ni jom ikut aku pergi klinik"

"No takpe. Saya balik dulu" kata perempuan itu lagi.

"Jeon Heejin!"

Perempuan itu berhenti melangkah apabila Jaemin seru begitu.

"Sorry?"

"Itu nama kau kan?"

Soalan berbalas soalan.

Tapi dengan cepat perempuan itu menggeleng kepalanya.

"Kau tak yah tipu aku. Siapa je tak kenal Jeon Heejin. Anak bekas director company yang terkaya"

"Yes as you said. Be...kas! So saya anak orang miskin sekarang. Tiada siapa lagi yang kenal saya"

Jaemin rasa bersalah. Tapi dia tak tunjuk.

"Yes I know you too. Maybe so well. You are Jaemin right. Cucu kepada orang paling kaya dalam negara ni. Siapa je yang tak kenal your grandparents. Even your parents. Everyone knows"

Jaemin speechless. Tak sangka Heejin kenal dia. Setahu dia dalam ramai ramai cucu, dia yang paling kurang menonjol sekali.

"So saya tak nak lah orang terhormat macam awak ni dapat gosip dengan saya nanti"

Lea sampai di port yang dia selalu lepak iaitu di tepi sungai. Sungai yang jernih dan juga tidak dalam airnya. Di sepanjang tebing sungai ada bermacam jenis bunga. Tenang aje tengok. Lagi bunyi air sungai.

Dan tiba tiba otak terfikirkan kejadian semalam dimana dia dimarah oleh neneknya. Orang yang dia paling sayang dalam dunia ni. Kenapa life dia complicated sangat. Orang lain bahagia je. Dia pulak selalu sedih.

"Berani awak nangis bila saya tak ada dekat dengan awak"

Satu suara yang cukup dia kenal. Dia cepat cepat hapus air mata.

"Macam mana awak tahu saya kat sini?"

Yijun cuma senyum. Dia melabuhkan punggung disebelah Lea.

"Saya ikut awak daripada rumah aunty Bomi lagi. Awak je yang tak perasan"

Lea senyum sedikit. Betul. Semalam dia tidur di rumah aunty Bomi. Geram dengan Shuhua punya pasal.

"Tell me. Kenapa awak menangis?"

Yijun pandang Lea dan Lea juga buat benda yang sama. Tidak lama selepas itu Lea menangis semahu mahunya. Yijun yang melihat itu terus tarik tubuh Lea kedalam pelukannya.

"Nenek dah benci saya awak"

Yijun mengusap belakang Lea.

"Mana awak tahu nenek benci awak. Maybe dia marah sekejap je tu. Nanti elok lah" pujuk Yijun.

Lea menggeleng kepalanya.

"Nenek lebih sayangkan Shuhua sekarang ni. Apa yang saya buat semuanya salah. Shuhua aje betul" luah Lea.

"Tenang awak. Everything is gonna be fine. Trust me. Sebab saya tahu dalam banyak banyak cucu yang nenek awak ada, dia mesti lblebih sayangkan awak. Sebab awak yang selalu temankan dia"

Yijun cuba pujuk Lea lagi. Dia tak nak perempuan itu stres dengan perkara macam ni.

Dan Lea diam tidak membalas. Ini bermakna Lea termakan dengan pujuknya walaupun dia tahu ini akan bertahan hanya sekejap. Lepas ni dia tahu Lea akan stres lagi pasal benda ni.

Lama mereka berpeluk. Dan setelah dia rasa Lea dah baik, dia melepaskan pelukannya. Air mata Lea dilap.

"Please don't cry again. It hurts me"

Lea terus peluk Yijun lagi.

"Thanks sebab selalu dengar masalah saya. Thanks for always stay by my side"

Lea melepaskan pelukan lalu ukir senyuman manis pada Yijun.

"No 'i love you' ?" soal Yijun.

Lea ketawa.

"No sebab ayat tu limited edition" selamba Lea cakap.

Yijun yang mendengarnya terus cubit kedua belah pipi Lea.

Selepas berperang, kedua mereka diam sambil menikmati angin petang disitu. Yijun yang senyum tadi juga berubah serius sekarang. Entah apa yang lelaki tu fikir sekarang.

"Awak nampak macam ada masalah?" soal Lea.

Yijun mengangguk.

"Rose"

Lea tayang muka pelik.

"Rose? Kenapa dengan Rose?"

"Dia tak balik rumah semalam. Saya risau kalau apa apa jadi dekat dia"

"Kenapa dia tak balik rumah?" soal Lea lagi.

"Dia kena marah lepas daddy dapat tahu yang dia kena gantung sekolah"

Lea berasa simpati. Even dia tak suka Rose tapi dia tetap ada rasa kesian dengan Rose.

Naeun menghidangkan makan malam diatas meja. Hari ni dia bercadang untuk makan malam dirumah. Selalu sangat makan dekat luar. Bosan dia pun.

"Hai sayang!" tegur Kai.

Pipi Naeun dicium.

"Emm nampak sedap awak masak. Tak sabar saya nak makan"

Kai melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Sayang! Betul ke anak Suga ada kat rumah kita?" soal Kai.

Naeun mengangguk sambil menghidangkan nasi.

"Iye. Taeoh cakap Suga marah besar bila dapat tahu Rose kena gantung sekolah. Tapi saya tak salahkan Rose. Biasalah remaja dalam proses nak matang memang macam tu"

"Saya setuju! Dan saya pasti dia tak kan ulang kesilapan yang sama. Budak Rose tu baik. Maybe terpengaruh dengan rakan jugak"

"Saya pun rasa benda yang sama. Eh kejap saya nak pergi panggil anak awak sorang tu. Susah betul nak tengok muka lately ni" bebel Naeun.

"Excuse me! Anak awak okey"

Kai tak nak kalah.

"Yes! Anak saya tapi ikut perangai awak"

Naeun terus membuang apron dan berlalu dari situ untuk memanggil anak mereka Taeoh.

"Woman. Always nak menang. Nasib sayang!"

Tbc

Dah hujung sem ni bukan busy sikit tapi busy banyak. So faham fahamlah kalau lambat update. Enjoy! 😘

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro