#09
Jihyo masuk kedalam bilik Lea. Dah lewat tapi Lea still tak turun makan. Risau juga dia bila cucu perempuannya itu tak makan.
"Lea kenapa tak turun makan"
Lea meletakkan pensil diatas meja. Kaca mata juga dibuang.
"Lea tak lapar nek. Lagipun Lea tengah siapkan homework sikit"
Jihyo senyum.
"Kalau nenek nak cakap sikit boleh"
Jihyo melabuhkan punggungnya diatas katil Lea.
"Boleh nek"
"Sampai bila Lea nak bencikan family Lea sendiri. Dorang sayang sangat dengan Lea"
Lea senyum tawar. Kenapa nenek dia mention pasal ni. Terus hilang mood dia malam ni.
"Kalau sayang dorang tak kan tinggalkan Lea disini"
Jihyo mengusap belakang Lea.
"Daddy dengan mummy kamu tak ada pilihan..."
"Nek please. Kalau nenek betul betul sayang Lea, nenek jangan cakap pasal ni lagi"
Lea terus memeluk Jihyo. Jihyo mengusap kepala cucunya itu.
"Betul ni Lea tak nak makan. Nenek masak sedap tau"
Lea menelan air liur. Dia cuma tipu tadi cakap yang dia tak lapar. Walhal dia lapar macam orang nak mati.
"Ermm tiba tiba pula rasa lapar. Nenek boleh temankan Lea makan"
Lea menayangkan muka comel.
"Tak boleh. Nenek dah mengantuk. Pergilah makan dengan Taeoh sana. Dia pun belum makan"
Hah? Taeoh oppa?
"Taeoh oppa? Dia ada sini ke nek?"
"Ya. Parents dia pergi bercuti. Jadi buat sementara waktu dia tinggal dengan kita"
Haha. Taeoh oppa kena tinggal dengan uncle Kai dan aunty Naeun. Padan muka!
"Yeay! Lepas ni bolehlah Lea spend time dengan Taeoh oppa. Taklah boring sangat"
"Apa apa jelah Lea. Janji Lea turun makan"
"Lea cepatlah! Oppa lapar ni!"
Suara Taeoh kedengaran dari bawah sana. Boleh tahan kuat suara lelaki ni.
Jimin dan Seulgi menunggu anak mereka dengan sabar. Sekarang dah pukul 12 tengah malam tapi anak mereka belum sampai rumah.
Seulgi mula tak tenang. Dia tahu sekejap lagi akan tercetus perang dirumah ni. Muka Jimin tak payah cakaplah. Dia pun takut tengok.
Tidak lama kemudian pintu utama dibuka dari luar. Muncul Minki yang masih memakai uniform sekolah.
"Pergi merayap mana sampai sekarang baru balik. Muka pun berdarah sana sini"
Jimin bangun dari tempat duduknya. Tangan dilipat di depan dadanya.
Seulgi risau melihat keadaan anaknya. Kenapa Minki boleh jadi sampai macam ni sekali.
Minki menundukkan kepalanya. Tak berani buka mulut.
"Papa tanya tu Minki. Jawablah"
Seulgi risau suaminya akan naik hantu bila Minki terus diam macam ni.
"Aku tanya kan. Jawablah. Dah tak ada mulut. Ke orang belasah sampai tak boleh cakap terus"
Jimin mengangkat muka Minki dengan jari telunjuknya.
Percakapan pun berubah kasar.
"Aku tahu apa yang kau selalu buat akhir akhir ni. Aku tahu mana yang kau selalu pergi. Dan aku tak suka kau buat kerja kerja macam tu!" Jimin bersuara tegas.
"I am your SON. Of course Minki pukul orang sana sini. This is my religion. Papa sendiri pun gangster. Pukul orang sana sini"
Ppangg!
Lima jari melekat di pipi Minki. Darah keluar di hujung bibir. Punyalah kuat Jimin tampar.
"Ya memang itu salah satu kerja yang aku buat. Tapi kau tu baru 16 tahun. Still budak budak lagi. Aku tak suka kau buat semua tu dan aku tak benarkan. Lepas ni kalau aku dengar siapa siapa report pasal kau lagi, aku tak akan segan nak pukul kau"
Panjang lebar amaran Jimin. Seulgi disebelah cuma mampu diam dan melihat. Dia tak berani menyampuk bila suaminya tengah marah.
Minki terus masuk ke biliknya.
"Kenapa awak buat dia macam tu. Awak tahu kan dia satu satunya anak yang kita ada" kata Seulgi dengan sayu.
"Sebab dia satu satunya anak yang kita ada lah saya terpaksa buat macam tu. Saya kena ajar dia. Saya tak nak dia jadi macam saya"
Jimin menarik tubuh Seulgi kedalam pelukannya.
...
Hazel masuk ke dalam biliknya semula. Seperti biasa dia pergi melawat budak budak kanser. Sempat lagi dia suruh oppa dia Mark belikan belon dan coklat untuk budak budak itu.
Matanya terpandang dua bekas kecil diatas meja sebelah katilnya. Ada orang masuk bilik dia ke tadi. Tak kan nurse tak nampak.
' i know you don't like a flower. So here you fav, chocolate cake and ice cream '
-your little prince
Itulah isi nota kecil yang dilekatkan di bekas kecil itu.
Jadi Fea betul. Dylan memang selalu datang sini. Tapi kenapa tak muncul. Tak jumpa dia terus. Peliklah. Tak kan dia tak rindu aku kot.
Tapi takpelah. Janji boleh makan makanan favourite. Aiskrim yang menjadi pilihan utama dia. Hmm sedapnya! Tak sabar nak makan.
Separuh dia sudah makan. Ada separuh lagi. Tidak lama kemudian pintu biliknya dibuka.
"Yah! Kang Hazel"
"Iya. Kenapa dengan oppa ni. Siap panggil nama penuh Hazel lagi"
Mark datang untuk menjaga satu satunya adik dia.
"Siapa suruh makan aiskrim tu. Hazel tu tengah demam tahu tak" bebel Mark.
"Ada orang bagi. So Hazel makanlah. Rugi tau kalau buang"
Mark merengus geram. Geram betul dengan perangai adik dia ni.
"Siapa yang bagi tu. Cakap dengan oppa. Biar oppa pergi pukul dia"
"Hesy! Kenapa sampai nak pukul pukul ni. Salah ke dia bagi makanan dekat Hazel"
"Lagi salah kalau bagi dekat orang demam macam Hazel ni"
Hazel mencebik. Membebel aje tahu oppa dia ni.
"Mana ibu? Tak datang sekali"
Hazel cuba mengubah topik.
"Don't change the topic little girl"
"And for your information, I am not a little girl"
"Bukan little girl konon. Makan aiskrim pun comot macam tu lagi"
Hazel mencebik sambil mengelap bibirnya yang ada sisa aiskrim.
Lea dan Taeoh diminta berkumpul diruang tamu. Katanya ada orang nak datang. Sementara menunggu, mereka bermain game di telefon masing masing.
"Hai atuk, nenek. Shuhua dah sampai"
Jihyo dan Gary senyum melihat kedatangan cucu mereka. Taeoh dan Lea berhenti bermain game.
"Sini peluk nenek. Rindunya nenek dengan Shuhua"
Shuhua memeluk Gary dan Jihyo. Lea pula baru berura ura nak bangun, Taeoh sempat tahan dia dan menggeleng kepala.
"Mana mummy dengan daddy kamu?" soal Gary.
"Daddy dengan mummy suruh Shuhua tinggal sini dulu. Dorang cakap lepas siap aje semua kerja, dorang datang sini terus"
"Bunyi macam lambat aje" kata Jihyo.
Shuhua cuma senyum. Matanya menjeling Lea yang sedang bermain telefon dengan muka beku.
"Oppa tengok Shuhua bawa bagasi besar. Memang tinggal dengan nenek terus ke?"
"Kalau ikut apa yang mummy cakap, macam tulah. Tapi daddy ada cakap yang kitorang akan tinggal dirumah lama dia. Nenek tahu kan"
Jihyo mengangguk.
"Seronoklah Shuhua nanti boleh tinggal satu family dengan Lea sekali"
Lea menutup telefonnya. Lagi lama dia duduk sini, perang mungkin akan tercetus. Dan dia tak nak bergaduh dengan semua orang.
"No and NEVER" kata Lea dengan tegas.
Dia terus bangun dan pergi dari situ. Jihyo cuma mampu tengok.
"Benci sangat ke Lea dengan Shuhua nek?"
Jihyo mengusap belakang cucunya.
"Tak adalah. Lea penat tu. Nanti Shuhua cuba cakap lagi dengan dia"
"Sekarang ni jom nenek tunjuk bilik Shuhua"
Shuhua mengangguk.
Taeoh masuk kedalam bilik Lea. Lea pula sedang termenung di balkoni biliknya. Dia duduk diatas buaian kecil disitu. Tangan dilipat di depan dada. Mata pula leka melihat pokok yang tak jauh di biliknya.
"Tengah tengok jodoh ke?"
Taeoh cuba bergurau. Dia tahu Lea menangis. Dia melabuhkan punggung di sebelah Lea.
"Dah tahu buaian ni kecil nak juga duduk sini" bebel Lea.
"Well kat rumah oppa tak ada benda ni"
Lea mencebik. Macamlah tak boleh beli sendiri. Bantal kecil yang dia peluk dirampas oleh Taeoh.
"Oppa nak apa ni" soal Lea.
"Tak baik buat macam tu pada kembar Lea sendiri"
"Oppa tengah naikkan marah Lea ke tengah nasihatkan Lea ke macam mana ni"
Taeoh menghembuskan nafasnya.
"Okeylah macam ni. Oppa kalau boleh tak nak masuk campur hal peribadi Lea tapi Shuhua tu kembar Lea tau"
"Kalau betul dia kembar Lea, kenapa baru sekarang Lea jumpa dia. Kenapa dia dapat susu ibu, Lea dapat susu buatan orang"
Taeoh terdiam bila Lea bangkitkan tentang tu.
"Macam nilah. Kalau oppa dengan semua orang anggap Shuhua tu my twin then go on. For me dia tu bukan kembar Lea"
Jatuh air mata Jihyo mendengarnya. Dia berdiri didepan pintu bilik Lea selepas menunjukkan bilik kepada Shuhua. Suara Lea boleh tahan kuat juga.
Tbc
Ketahuilah bahawa susah untuk saya siapkan chap ni. Idea kosong. Mohon bersabar.
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro