Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

#04

Hazel mencari satu rumah tapi tak jumpa juga. Seingat dia lepas dia pakai, dia letak tempat asal balik. Tapi kenapa tak ada. Pelik betul. Sayanglah kalau hilang. Sepit rambut tu Suho yang beli di Jerman sebagai hadiah hari lahirnya dan dalam banyak banyak hadiah, hadiah tu yang paling dia sayang.

"Ibu...ibu nampak tak sepit rambut Hazel" tanya Hazel tapi lebih kepada merengek.

"Mana ibu tahu. Hari tu kan Hazel pakai pergi party rumah atuk. Lepas tu Hazel taruh mana?"

"Hazel letak tempat dia balik tapi tak ada"

"Kenapa ni?" soal Suho pula.

"Sepit rambut yang awak beli di Jerman tu hilang"

"Baby! Kenapa bagi hilang" Suho menambah.

"Daddy!" marah Hazel.

"Awak ni. Bukannya menolong tapi menambah lagi"

Suho ketawa.

"Daddy...macam mana ni" Hazel merengek.

"Nak buat macam mana dah hilang. Nanti daddy beli lagi"

"Tak nak. Hazel nak yang tu juga"

"Hish! Hazel ni. Manja betul" sampuk Mark pula.

"Biarlah. Sibuk aje"

Hazel menjeling.

"Ha! Entah entah oppa yang ambil" tuduh Hazel.

Mark bersabar. Dia tak nak bergaduh dengan adik kesayangan dia depan ibu dengan daddy dia.

"Mana ada oppa ambik. Oppa nak buat apa dengan sepit rambut tu"

Mark mempertahankan dirinya.

"Mana tahu oppa bagi dekat Doyeon unnie" kata Hazel selamba.

"Doyeon unnie?" soal Chorong.

"Siapa tu Mark?" tanya Suho pula.

"Classmate Mark"

Hazel menahan tawanya melihat muka takut Mark. Kejam kau Hazel.

"Betul ni?" soal Chorong lagi.

"Ya ibu. Mark mana pernah tipu ibu. Kalau Hazel pernahlah"

"Oppa! Jahat tau" Hazel merajuk.

"Eleh! Itupun nak merajuk"

Hazel terus masuk bilik dia. Duduk lama lama disitu boleh tambah lagi sakit hati dia.

"Mark. Kenapa buat adik macam tu" tegur Suho.

"What? Mark buat apa"

Chorong menggeleng kepalanya.

"Dahlah. Jom makan. Mark pergi pujuk Hazel balik"

"Iyalah" Mark mengalah.

Mengada betullah si Hazel ni. Nasib aku sayang kau.

...

Chanhee tidak melawan bila dipukul dengan Minki and the gang. Dia sudah terbiasa dengan keadaan seperti ini. Iyalah. Chanhee seorang lelaki nerd. Setiap hari dia pakai kaca mata besar. Tiada seorang pun yang mahu kawan dengan dia termasuk sepupu dia sendiri.

Lea dengan Hazel pernah tegur untuk kawan dengan Chanhee tapi Chanhee menolak. Lagipun perbezaan umur mereka membuat Chanhee berasa susah. Mereka tidak satu kelas. Tapi ada masih ada seorang pelajar yang mahu berteman dengannya.

"Weh! Bangang. Kitorang minta buku nota kau. Kau pekak ke!" jerit salah seorang kawan Minki.

Chanhee pula tidak mengelak bila dicampak dengan tin minuman kosong.

"Itu buku nota aku. Mana boleh korang ambil" jawab Chanhee.

"Oh dah pandai menjawab"

Minki menumbuk perut Chanhee. Chanhee menahan sakit.

"Geng! Ambil beg dia. Cari buku tu sampai dapat"

Yang lain menurut. Mereka merampas beg sekolah Chanhee. Beg itu digeledah sampai mereka jumpa apa yang mereka cari.

"Dah jumpa bro" salah seorang kawan Minki menunjuk sebuah buku kepada Minki.

Minki tersenyum sinis. Buku itu dibaling lalu disambutnya.

"Kau ingat. Kalau kitorang kena denda nanti, aku akan pastikan kau pun kena sekali" kata Minki.

Pipi Chanhee ditepuk.

"Yah! Apa kau buat ni Minki!" jerit seorang perempuan.

"Kau jangan masuk campur boleh tak Crystal"

Minki menolak perlahan bahu Crystal tapi badan Crystal terdorong juga ke belakang. Yelah kudrat lelaki. Nampak aje perlahan tapi sebenarnya kuat.

"Kau tahu tak kau dengan kawan jahanam kau ni dah buat perbuatan membuli. Kalau aku report ni memang habis korang semua"

Minki tersenyum sinis.

"Asal? Kau nak report kat pengetua? Silakan. Aku tak halang" kata Minki dengan bangga.

"No! Aku tak kan report pada pengetua tapi aku akan report pada daddy kau. You know what kind of your daddy. Or another phrase, don't mess up with Park Jimin. Kau jangan ingat aku tak kenal siapa daddy kau Park Minki" kali ni giliran Crystals tersenyum sinis.

Chanhee boleh nampak rahang Minki atau maksud lainnya, Minki sedang menahan marah. Jangan dia terkam Crystal sudah. Urat tangan pun turut sama naik.

"Kali ni korang berdua terlepas but not for the next time. Just wait and see. I'll take a revenge for you both. Just tunggu" Minki memberi amaran.

Buku tadi dicampak betul betul pada muka Chanhee. Minki and the gang mengangkat kaki dari situ. Crystal berasa lega.

"Awak okey?" soal Chanhee.

"Awak tu. Awak yang okey ke tidak. Awak ni cuba jadi lelaki sikit. Jangan biar orang lain pijak kepala awak. Awak tak patut dapat layanan macam ni" bebel Crystal sambil mengemas buku buku Chanhee yang bertaburan di bawah.

Chanhee cuma diam. Dia sudah terbiasa kena bebel macam ni. Tapi jujur dia cakap, dia suka tengok Crystal membebel. Comel sangat.

"Awak dengar tak apa saya cakap" soal Crystal bila tengok Chanhee cuma diam.

"Saya dengar" jawab Chanhee.

Sebenarnya saya pun teringin nak jadi lelaki yang sebenar benarnya tapi belum sampai waktunya lagi Crystal. Saya takut awak tak boleh terima Kang Chanhee yang satu lagi.

Hazel masuk ke dalam library seperti biasa. Tak ramai orang hari ni. Mungkin belum minggu exam lagi. Kalau minggu exam memang ramai yang datang sini untuk mengulang kaji.

Buku matematik dibukanya. Dia perlu buat latihan banyak banyak lagi untuk dapat A dalam exam. Sejujurnya dia tak pernah dapat gred itu. Selalunya gred B atau B+ saja. Untuk sampai ke tahap itu, dia perlu berusaha lebih lagi. Tapi dia perasan yang seorang pelajar di hadapannya macam sedang termenung memikirkan sesuatu.

Walaupun berbeza meja tapi Hazel boleh nampak sebab lelaki itu betul betul di hadapannya. Hazel memandang sekali.

Oh wait. Benda yang dia pegang tu macam kenal.

Hazel melihat lagi. Betapa terkejutnya dia bila melihat sepit rambut kesayangannya berada di tangan lelaki itu. Dan lelaki itu, Park. Jihoon. Omg! Hazel menepuk dahinya.

Haahlah. Jihoon lah lelaki yang dia sembunyi sembunyi tengok malam party hari tu. Ikhlas dia cakap. Lelaki ni memang handsome. Anak siapalah kan. Kenapa handsome sampai macam ni sekali. Anggota pertama yang Hazel tengok ialah mata. Mata dengan bulu mata dia memang cantik. Perfect collaboration! Mata Jihoon tak macam mata dia yang berwarna hazel tapi mata lelaki ni memang cantik.

Tengok mata aje, dah boleh jatuh hati. So better jangan tengok mata dia. Nanti terjatuh hati susah.

Oh shit! Kenapa aku tak perasan yang aku tengah pandang dia. And guess what. Jihoon pun sedang pandang aku sekarang ni. Damn. What should I do now?

Hazel terus fokus pada bukunya kembali. Tapi cuma mata yang fokus. Fikiran tak fokus pun. Macam mana nak fokus kalau orang depan dia tengok macam nak makan dia hidup hidup. Haraplah dia tak dapat kenal aku.

"Her hair seem familiar"

Hazel dapat menangkap kata kata itu sebab dalam library sekarang ni sunyi. Iyalah. Nama pun library. Wait what? My hair? What's wrong with my hair? Oh damn! Mesti dia nampak aku lari malam tu.

Hazel mencari getah rambut. Mana tahu ada sesat satu dalam pencil box tapi too bad. Tak ada satu pun. Dia terus mengemas bukunya dan pergi dengan secepat mungkin. Dia perlu ambil getah rambut di dalam lokernya.

"Kau kenapa ni Hazel?" soal Lea yang kebetulan juga ada di loker dia.

"Aku cari getah rambut" jawab Hazel.

Lea pelik.

"Bukan kau tak suka ikat rambut ke?" soal Lea lagi.

"Yes. You're so right. But now I like to"

"Iya? Pelik betul kau ni. Apa apa jelah" Lea berlalu pergi dari situ.

Mulai hari ni dia akan ikat rambut dia datang sekolah. Ya. Dia akan buat macam tu.

Pagi ini Hazel bersiap seperti biasa untuk ke sekolah. Dia turun sarapan bersama keluarganya. Semua memandangnya pelik. Tapi dia cuma menayangkan muka selamba sambil makan.

"Ibu. Ibu rasa ada yang tak kena tak bu?" soal Mark.

"Iya. Hazel macam lain sikit hari ni" kata Chorong.

"Bukan baby tak suka ikat rambut ke?" soal Suho pula.

"Jadi Hazel tak boleh ubah imej langsung" suara Hazel berjauh hati.

"Bukan macam tu. Kami cuma nampak lain aje" pujuk Chorong.

"Hazel nampak lagi comel bila ikat rambut macam tu" kata Mark lagi.

"Eh! Daddy ingat daddy sorang aje nampak macam tu"

Mereka ketawa.

"Thank you. I love you all" kata Hazel ikhlas.

"Anyway. Sekarang dah pukul 7.30 lebih. Tak pergi sekolah lagi ke?" Suho melihat jam tangannya.

Hazel cuma sengih. Ahaks! Daddy ni. Macam tak biasa pula Hazel pergi waktu ni.

"Daddy hantar eh?" Hazel merengek.

"Untuk baby daddy semua boleh"

"Oh Hazel hampir terlupa. Hazel balik lewat sikit hari ni sebab Hazel perlu teman Taeoh oppa pergi mall. Boleh kan?"

"Pergilah Hazel. Taeoh tu bukan orang lain. Sepupu kamu juga. Ibu izinkan"

"Thanks ibu. Kalau macam tu Hazel pergi dulu"

Hazel mencium pipi Chorong. Dia melihat Mark yang menayangkan muka menyampah.

"Oppa nak kiss jugak ke?" usik Hazel.

"Tak kuasa..."

Chup!

Satu ciuman mendarat di pipi Mark.

"Bye ibu oppa"

"Yah! Kang Hazel!" jerit Mark.

Tbc

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro