Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

#01

Rumah besar Gary dan Jihyo semakin sunyi kerana semua cucunya sudah besar belaka. Anak anaknya pula semua tinggal berjauhan. Ada yang sampai luar negara. Tapi dia bersyukur kerana dalam banyak banyak cucu yang dia ada, Lea iaitu anak Sehun dan Hayoung lah yang temankan dia dengan Gary dalam rumah besar ini.

Lea mempunyai kembar iaitu Shuhua. Mereka kembar tak seiras. Shuhua tinggal bersama Sehun dan Hayoung di Dubai manakala Lea tinggal bersama Gary dan Jihyo sejak umur 5 tahun. Entah bila mereka nak balik sini.

Hari ini keluarga Baekhyun akan pulang ke tanah air. Mereka menetap di India selama 5 tahun kerana Hera menyambung pelajarannya dalam bidang kedoktoran disana. Dan sekarang dia sudah tamat belajar. Hera akan bekerja di hospital sini tak lama lagi. Dia gembira sangat akhirnya mereka semua pulang.

Sempena menyambut kepulangan mereka, Jihyo mengadakan party kecil kecilan untuk keluarga besarnya. Hanya kawan kawan terdekat yang Jihyo panggil.

"Hazel. Mana ibu kamu?" soal Jihyo kepada cucu si mata hazel itu.

"Rasanya dia keluar tadi. Tak tahu pula pergi mana. Kenapa nek?"

"Tak adalah. Nek nak minta tolong dia buat cup cake"

"Takpe nek. Lea boleh buat" Lea menyampuk.

"Kalau macam tu aku tolong kau" sambung Hazel lagi.

"Okey cun. Jom pergi dapur"

Jihyo menggeleng kepalanya. Lea ni jenis happy go lucky. Kadang tu dengan nenek dia sendiri pun dia buat macam kawan. Yang selalu jadi mangsa Gary. Ada ke patut dia ajak atuk dia main game. Tak patut betullah.

"Nenekku sayang!"

"Oh mak kau!" Jihyo memandang geram cucu lelakinya ini.

"Hish! Kamu ni Daamin. Suka buat nenek macam ni. Kalau nenek mati macam mana"

"Alo nenekku. Janganlah cakap macam tu. Sedih tau hamba dengar"

Daamin memeluk Jihyo sambil menangis tak keluar air mata.

Hmm sabar jelah dengan anak Mingyu Tzuyu ni. Biasalah kalau dah satu kepala dengan Lea. Tiada beza perangai dua orang cucu dia ini. Lea dan Daamin memang rapat. Asyik berkepit aje dua orang ni.

"Daamin nak apa sebenarnya ni?" soal Jihyo.

Mengada ngada betullah budak Daamin ni.

"Daamin nak tanya mana Lea"

Ha tengok. Kalau sehari tak jumpa Lea, tak boleh hidup agaknya.

"Ada kat dapur sana. Pergilah tengok"

"Thank you nenekku sayang"

Kalau ada sepuluh cucu macam Daamin, mahu sakit kepala dia hari hari.

"Ha dah sampai pun mamat ni. Aku ingat kau tak nak datang dah"

"Asal? Rindu?"

"Rindu kepala hotak kau! Tak kuasa aku nak rindu sepupu poyo macam kau. Betul tak Hazel"

Hazel ketawa. Dah faham dengan perangai dua sepupu dia ni.

"Hmm betullah tu" jawab Hazel.

"Kau cakap aku poyo?! Sampai hati kau Lea. Aku sumpah cup cake kau tak sedap nanti baru tahu"

"Huu takutnya. Heh! Blah la dengan kau punya sumpah tu. Kalau menjadi takpe jugak" bidas Hazel.

"Lea dengan Hazel unnie buat apa tu?"

Seorang budak perempuan menyampuk.

"Buat bodoh" jawab Daamin dengan selamba badaknya.

"Hish! Aera bukan tanya Daamin oppa. Sibuk aje"

"Amboi! Bukan main lagi kau Aera. Tak padan dengan budak kecil"

"Aera dah besarlah. Aera dah 15 tahun" bidas Aera lagi.

"Ada aku kisah!"

Daamin mengangkat kaki dari situ. Mana adil. Tiga lawan satu. Memang confirmlah dia kalah. Hish! Tak boleh jadi ni. Kena angkat geng ni.

"Oppa nak rasa boleh?"

"Eh! Taeoh oppa. Bila sampai?" soal Hazel.

"Dah lama sampai. Saja berbual dengan atuk tadi"

"Atuk mesti suka tengok oppa datang sebab atuk selalu tanya Lea bila oppa nak datang"

"Oppa bukan tak nak datang tapi oppa malas. Hihi"

Mereka ketawa. Kalau disekolah mereka jarang nampak Taeoh ketawa macam ni sebab Taeoh seorang lelaki yang dingin di sekolah. Lea dan Hazel juga tak akan tegur Taeoh disekolah. Mereka faham. Mungkin ada sebab kenapa Taeoh jadi seorang lelaki yang dingin di sekolah dan mereka sangat hormat keperibadian Taeoh yang satu itu.

Malam menjelang. Tetamu semakin ramai. Kawan kawan Jihyo dan Gary memang sikit tapi bila dicampur dengan kawan kawan anaknya, memang ramailah jawabnya.

"Kau rasa Rose datang tak?" soal Lea.

"Maksud kau Rose anak aunty Wendy tu?" Hazel menyoal semula.

"Iyalah Rose mana lagi. Uncle dengan aunty punyalah baik tapi anak tak boleh pakai" kata Lea selamba.

"Aku harap ada someone dapat ubah perangai dia satu hari nanti" Hazel berdoa.

"Korang mengutuk aku!"

Entah bila Rose muncul pun tak tahu. Terkejut juga mereka tapi mereka tayang wajah selamba.

"Oups! Kau dengar ke? Baguslah"
Tangan diletakkan di mulut untuk pura pura terkejut. Hazel menahan tawanya.

"Tak guna kau kan. Patutlah perangai kau macam ni. Yelah. Mak bapak buang dari kecil. Kalau kau nak tahu, kau ni tak ubah seperti anak yatim kau tahu tak!"

Belum sempat Lea melayangkan tangannya ke pipi Rose, seseorang sempat menahannya.

"Don't you dare to touch my little sister"

"But she's too much Min Yijun!"

"I know. She used her mouth to hurt you. Instead of hand, you should use your mouth too if you want to hurt her"

Lea merengus geram. Kalau bukan Yijun yang tahan, dia rasa dah lama si Rose ni lunyai dia kerjakan. Tak kisahlah Jihyo nak membebel nanti.

"Ouh anyway. Where's your manners. I'm one year older than you. Please respect me"

Kedua beradik itu melangkah pergi. Lea rasa kelopak matanya tak mampu nak tahan lagi. Kata kata Rose sangat meninggalkan kesan untuknya. Bila dia fikir balik, ada betulnya cakap Rose. Tengoklah. Tak pernah sekalipun daddy mahupun mummynya telefon dia selama 12 tahun ini.

"Sabar Lea. Aku tahu daddy dengan mummy kau tak lupakan kau. Jangan dengar cakap si Rose tu" pujuk Hazel.

"Kenapa ni? Don't tell me it's Rose again" soal Daamin yang baru turun.

Hazel mengangguk. Daamin memeluk Lea. Buat masa sekarang, hanya Daamin sorang yang mampu pujuk Lea. Hazel melangkah pergi dari situ.

"Lamanya tak jumpa dengan unnie. Rindu sangat"

Chorong memeluk Taeyeon.

"Tengoklah Hera sekarang. Muka pun dah ala ala hindustan dah" sampuk Bomi pula.

"Hish! Mengarutlah aunty Bomi ni" kata Hera.

"Aunty pun semakin cantik aje Hera tengok" kata Hera lagi.

"Amboi. Sempat lagi kenakan aunty ya"

Mereka ketawa.

"Aunty Mina. Mana Jaemin? Tak nampak pun dari tadi"

Sepupunya yang lain semua dia dah jumpa. Cuma Jaemin sorang yang belum dia jumpa. Setahu dia Jaemin bukan orang yang sombong.

"Ada dalam bilik. Biasalah. Tak habis habis dengan buku dia. Balik sekolah, masuk dalam bilik, sambung belajar. Otak tak cramp ke"

"Takpelah aunty. Sekurang kurangnya dia belajar bukan dia buat benda lain yang tak ada faedah"

"Itulah. Aunty bukannya apa. Aunty nak juga tengok dia berkawan dengan orang lain. Tapi tengoklah. Sepupu dia datang pun dia tak keluar bilik"

Mina mula membebel.

"Takpe biar Jaehyun pergi tengok dia. Jaehyun akan pastikan dia keluar bilik hari ni"

"Hmm yelah. Aunty harap kamu berjaya"

Jaehyun tergelak sebelum dia melangkah pergi dari situ.

"Aera. Mana daddy? Mummy cari satu rumah tak ada" bebel Yeri.

Geram juga dia. Dari tadi cari tak jumpa jumpa juga. Pergi manalah Jungkook ni.

"Daddy ada dalam tandas. Kenapa mummy" Aera soal lagi.

"Tak ada apalah. Mummy pergi dulu. Jangan makan banyak sangat Kang Aera. Nanti gemuk tak ada lelaki yang nakkan kamu"

Sempat lagi Yeri.

"Mummy kenapa doa macam tu. Tak baiklah. Aera tak gemuklah. Langsing cantik aje ni. Macam mummy. Hihi"

"Mummy lagi cantik"

"Mummy!"

Yeri pergi dari situ. Lama betul Jungkook dalam tandas. Buat apalah lama lama dalam tu.

"Opocot mak kau!"

"Hish! love ni. Ingatkan siapalah tadi berdiri macam hantu depan pintu tandas. Buat terkejut aje" bebel Jungkook.

"Hubby terkejut ke. Sorry. Sebenarnya love tengah cari hubby. Kawan hubby dah lama sampai"

"Iya. Kalau macam tu hubby pergi dulu"

Langkah Jungkook terhenti lalu dia memusing melihat Yeri.

"What?" soal Yeri. Ada apa apa yang tak kena ke.

Yeri melihat penampilannya.

"You look extra gorgeous tonight" kata Jungkook. Tidak lupa juga wink diberikan pada Yeri.

"Hish! Hubby ni. Pergilah sana cepat" kata Yeri malu malu.

Walaupun dah bertahun kahwin, jantung Yeri tetap berdegup laju bila Jungkook layan dia macam tu.

"Yeri! Jumpa pun kau. Tetamu penting dah sampai. Kita kena ada sekali untuk sambut tetamu tu" beritahu Tzuyu.

Penat dia pusing satu rumah untuk panggil Yeri. Cuma Yeri sorang yang tak ada disitu.

"Iya? Kalau macam tu jomlah" ajak Yeri.

Kelihatan tetamu yang diberitahu Tzuyu tadi sudah sampai bersama anak lelakinya sorang. Mereka ini juga golongan ternama. Tapi kalau tengok anak dia, macam tak sudi aje datang sini. Mesti kena paksa ni.

"Korang tengok anak lelaki dia. Tak senyum langsung" kutuk Daamin.

Daamin kalau bab mengata orang nombor satu.

"Dia ada problem kot. Tapi dia handsomelah. Agak agak apa nama dia eh!" sambung Lea pula.

Sengaja dia cakap kuat kuat supaya Rose dengar.

"Hai awak!" kata Rose semangat.

Tbc

Tahu tak seronok, tak sama macam season 1 sebab season ni lebih kepada anak mereka tapi saya harap sangat baca sampai tamat. Enjoy❤^^

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro