BAB 13
Sesubuh pagi Puan Aliza buat nasi lemak atas permintaan anak buahnya sendiri dengan bau aroma nasi lemak buat orang yang sedang tidur akan terjaga dapat bau nasi lemak.Puan Aliza tidak sedar yang anak sudah bangun dan berdiri tegak.
" Mak, Awal mak masak nasi lemak ada orang oder ke." Syazwan bangun dari tidur bau aroma nasi lemak dari dapur terus Syazwan pergi ke dapur melihat Puan Aliza sedang buat nasi lemak dan ada berapa bahan-bahan untuk lauk nasi lemak.
" Takada lah awal Syazwan bangun." Puan Aliza menbalas sambil potong bawang letak dalam bekas.
" Rasa lapar mak masak nasi lemak ini." Syazwan melangkah ke dapur dan mendekati Puan Aliza.
" Kalau lapar pergi mandi,solat baru makan." Puan Aliza balas pertanyaan anaknya.
" Okey mak,banyaknya lauk mak masak ini ada apa-apa ke." Syazwan tidak pernah melihat maknya bangun seawal pagi seperti ini selain ada tempahan.
" Banyak tanya pula budak ini dah lah pergi mandi jangan lupa solat." Puan Aliza menggeleng ke arah anaknya banyak tanya pula
" Ya mak Syazwan tahu." Syazwan mengangguk sambil fikirkan.
Siapa datang jangan-jangan El nak datang ke sini lagi pun El dah lama tak makan masakkan mak aku.Ini peluang aku nak jumpa dia.
" Syazwan!! apa yang berdiri kat situ pergi mandi!!" Puan Aliza sergah anaknya yang termenung.
Keluarga Naaz sudah sampai ke rumah Puan Aliza.Naaz terbau aroma nasi lemak di dapur tak sabar nak makan nasi lemak mak suadara yang buat.Puan Aliza mengajak ke ruang meja makan kaki Naaz terhenti
" Jemput makan jangan malu-malu." Puan Aliza menjemput bukan saja kaluarga Naaz malahan keluarga Puan Syahira sekali makan.Puan Aliza tahu yang Naaz sangat suka dengan nasi lemak yang dibuat.
" Sedapnya Mak Long..El dah lama tak makan macam ini." Naaz menguap nasi lemak ke mulutnya memang sedap dengan lemak santan dengan sambal sotong pedas-pedas memang kena citarasa Naaz.
" Kalau pun sedap makan elok-elok El." Datin Faranisa menegur kelakuan anaknya tak senonoh.
" Sedap sangat lah itu sampai tak pandang kiri kanan." Kamal menggeleng melihat gelagat adiknya.Kamal jenis kurang makan pagi bandingkan Naaz yang suka makan benda berat waktu pagi.
" Mesti lah sedap abang Mal.Abang Mal taknak tambah ke." Naaz menegur abangnya
" El minta diri dulu nak jawab panggilan." Naaz terus bangun tidak menghiraukan jelingan tajam dari abang sepupunya.Naaz menganggap Syazwan tidak wujud disitu.
Itu pun nak telefon bagai aku ini depan mata dia pun tak pandang langsung.
" Syazwan..Kenapa pandang El macam itu." Puan Syahira menegur anak anak suadaranya.Puan Syahirah sudah perasaan dengan Syazwan nampak sudah lain.
" Takada lah perlu ke nak telefon tak faham lah dengan El takpayah lah layan." Syazwan buat muka paling menyampah.
" Syazwan.. itu adik aku sudah tentu boss dia telefon ada urusan penting bukan saja-saja." Kamal mencelah seolah-olah ada sesuatu dari Syazwan yang disembunyikan.
" Bos? Bos apa selalu telefon tak boleh ke tunggu dekat KL." Syazwan balas dengan benggang.
" Benda penting tak elok ditangguh lagi pun adik aku tak memilih pun." kamal membalas sambil mengerling tajam ke arah sepupunya tak kira lah sepupu ke apa.
" Kamal! Dah-dah makan." Dato Fauzan bersuara dingin.
" Hello Naaz good morning."
" Haii Adam good morning."
" Naaz awak sudah breakfast ke."
" Baru nak breakfast.Awak dah breakfast ke."
" Belum lagi saya telefon awak ini saya nak tanya."
" Tanya apa boss."
" Tentang Melaka awak ingat lagi ke."
" Ingat tapi kenapa boss."
" Besok saya pergi ke Melaka nak menguruskan document dengan Encik Hamizan."
" Boss pergi berapa hari."
" Dua hari."
" Okey boss."
" Itu saja awak cakap.Awak tak rindukan saya ke dua hari saya tau saya pergi."
" Boss.. lagi pun saya balik lusa tak sempat rindu pun.Boss pergi sorang ke."
" Ya."
" Okey hati-hati boss."
Naaz menamatkan panggilan dari bossnya.Naaz langkah masuk dan sambung makan semula sebenarnya Naaz masih tidak berani bersemuka dengan Syazwan dimeja makan.
" El ada apa-apa ke." Dato Fauzan melihat wajah muka anaknya rasa berlainan.
" Takada apa-apa abah."
" Terubat rindu tak El sekurang-
kurangnya seronok dapat dengar suara." Kamal sengaja mengusik adiknya depan-depan bukan selalu macam macam ini.
Syazwan yang sedang makan tiba-tiba tersedak dengan berbualan Kamal dan Naaz.Cepat-cepat Syazwan ambil air terus minum
" Syazwan..makan elok-elok lah kenapa ini tiba-tiba tersedak ini." Puan Aliza
" Biasa lah kakak Long ada orang sebut nama Syazwan mesti ada orang tengah rindu ini.Siapa Syazwan?" Puan Syahirah
" Mana ada mak su Syazwan pun tak tahu siapa yang sebut nama Syazwan."
" El nanti jumpa abah dekat luar sekali dengan Kamal."
" Baik abah." Naaz menjawab sambil mengangguk perlahan-lahan.
Selesai makan serapan pagi Dato Fauzan minta diri dahulu Naaz pandang ke arah abangnya Kamal beri isyarat pada Naaz.
" Abah.." Naaz berdiri depan Dato Fauzan dalam fikiran Naaz bertanya-tanya.
" Duduk El mana abang Kamal."
" Ada.."
" Abah tengok El ini dah lain sangat tambah pula bila El berdepan dengan Syazwan.Kenapa El takut sangat dengan Syazwan itu dia ada buat apa-apa ke." Dato Fauzan kelihatan sangat tenang.
" Tak..Tak buat apa-apa pun abah."
" Kalau ada apa-apa bagitahu abah jangan senyap pula faham!!"
" Ya abah."
" Abah!!" Kamal memanggil Dato Fuazan sebelum duduk.
" Duduk lah Kamal."
" Abah nak tanya kenapa El elakkan diri jumpa Syazwan."
" El segan lah abah lagi pun kan El dah lama tak jumpa abang Syazwan sebab itu El rasa kekok bila dengan abang Syazwan."
" Tadi boss El telefon abah tengok abang Syazwan pandang El tak puas hati sebab apa ya."
" Kamal pun perasan juga dengan Syazwan tak mungkin lah Syazwan sukakan El."
" Kamal!! Abah tak suka Kamal cakap macam itu tak mungkin Syazwan ada hati dengan adik kamu El itu bukan ke Syazwan anggap El itu sebagai adiknya sendiri.Dia tak boleh mungkari janji faham!!"
" Abah tapi..kan boleh."
" Takada tapi-tapi apa keputusan abah Kamal dan El tetap ikut."
" El tak kisah ke apa yang abah cakap kan itu."
" El ikutkan saja abang Mal kalau itu yang terbaik untuk El.El terima."
" Jom balik homestay panggil mama abah tunggu dalam kereta." Dato Fauzan melihat anak perempuannya tidak berani berlawan sebelum ini ada saja nak melawan.
" Mama jom balik homestay abah tunggu dalam kereta."
" Cepatnya balik tunggu dulu boleh Mak Long nak bersembang dengan El dah lama tak jumpa El."
" Maaflah Mak Long abah dah tunggu dalam kereta."
" Hurmm..Takapa lah Mak Long faham mesti nak rehat secukupnya."
" Kak Long,Fara balik dulu jom El."
" Minta diri dulu Mak Long."
Syazwan mencari kelibat Naaz tetap tidak jumpa Syazwan
" Mak..El mana Syazwan tak nampak pun."
" Dah balik dah."
" Dah balik KL?biar betul El dah balik KL mak."
" Haish..kamu ini bila masa mak cakap El dah balik ke KL."
" Habis itu mak cakap tadi itu apa."
" El balik homestay.Syazwan mak tanya boleh."
" Apa dia mak."
" Mak tengok Syazwan ini dah lain tak macam dulu."
" Maksud mak Syazwan tak faham."
" Jangan buat-buat tak faham Syazwan."
" Memang Syazwan tak faham pun apa yang mak maksudkan."
" Takapa lah Syazwan." Puan Aliza perasan perubahan anak lelakinya tiba-tiba dingin dengan Naaz.Tak mungkin lah anak aku sukakan El pula..Mengarutlah sahaja.
" El jom pergi pantai nak ikut tak."
" Nak ikut."
" Pergi siap cepat-cepat."
" Abang Mal abah,mama ikut tak."
" Mesti lah ikut pergi cepat sihat."
Naaz layan perasaan sambil berjalan di tepi pantai dengan cuaca dengan sangat baik dengar bunyi ombak Naaz masih berfikir dengan bekas kekasihnya makin menjauhkan diri Johan makin dekat dengannya.Fikiran sangat celaru tambah pula dengan abang sepupunya tiba-tiba berubah.
Naaz langkah ke hadapan mendekati pantai biarkan kakinya membasahi dengan air ombak yang datang.
" El apa yang fikirkan itu ada masalah ke." Kamal mendekati adiknya melihat wajahnya sudah tahu yang adiknya ada masalah.
" Tak lah abang Mal.El cuma tak faham kenapa bila El dah move on dan El mula sayangkan seorang tiba-tiba dia datang macam itu.Apa yang El nak buat." Naaz tidak pandang muka Kamal.Naaz pandang seluas pantai yang tenang dengan air pantai yang berombak.
" El fikirkan Johan ke." Kamal pandang ke arah Naaz.
" Entahlah abang Mal." Naaz menarik nafas perlahan-lahan tidak tahu mahu mulakan dari mana.
" El kalau lah Johan itu sayangkan El dia takkan minta putus dengan El.Ya abang Mal tahu susah El nak melupakan tapi El tak boleh macam ini lemah!El kena bukti kan pada dirinya yang El boleh." Kamal bagi ayat semangat.
" Mula-mula ya lah El lemah semua itu seolah El yang bersalah tapi bila El rasa sunyi apa yang fikirkan atau El ada seorang sedang menunggu." Kamal cuba mengorek rahsia.
" Dah lah El sekarang ini El teruskan seperti biasa jangan bersedih macam ini tak comel adik abang Mal ini." Pandai Kamal memujuk dan mengambil adiknya yang sedang bersedih.
" Jom..siapa pergi sampai ke sana dia menang." Kamal melarikan dari adiknya akan mengejar.
" Abang Mal!!" Naaz mengejar abangnya sampai dapat tanpa sedar ada seorang diperhatikan.
" Awak itu budak dua orang itu tak habis-habis perangai budak kecil." Datin Faranisa melihat gelagat anaknya tak habis-habis perangai kebudakkan.
" Biasa lah itu masa mereka bersama kalau tak masing-masing sibuk dengan kerja sorang selatan sorang utara nak jumpa memang susah lah jawabnya." Dato Fuazan hanya perhatikan anak-anaknya yang berkejaran di tepi pantai.
" Apa maksud apa bang."
" Takada apa-apa." Dato Fauzan menggeleng kepala dan ambil makanan terus masuk ke dalam mulut.
Naaz masih berkejaran dengan abangnya sukar mendapatkan pandai Kamal elak dari kena tangkap.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro