Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 12


Naaz mengeluar barang dari kereta letak depan pintu homestay Naaz melihat ibubapanya kelihatan sangat penat.Bagus juga pilihan Puan Syahirah menyuruh tinggal dihomestay sekurangnya dapat rehat secukupnya tanpa ada gangguan sesiapa pun.Kamal buka pintu langkah masuk kaki kanan serta membaca bismilah Kamal melagkah dan mengajak masuk ke homestay.

" Abah,mama kalau nak berehat masuk dalam bilik nanti malam kita makan dekat rumah Mak Long." Kamal menegur kedua ibubapa duduk diruang tamu mahu berehat lebih bagus berehat dalam bilik boleh baring hilang rasa penat dan lenguh.

Naaz bantu abangnya mengangkat beg dan letak beg pakaian ibubapanya didalam bilik kemudian Naaz keluar dari bilik.

" Mama,abah El sudah letak beg dalam bilik."

" Terima kasih Mal,El kesian anak mama ini kan pergilah berehat." Datin Faranisa mengangguk sebelum bangun masuk ke bilik.

" Abang Mal,El masuk bilik dulu nak rehat." Baru nak melangkah Kamal bersuara.

" Nanti dulu El abang nak tanya ini." Kamal cuba tenangkan diri dan bertanya pada adiknya apa yang berlaku.

" Ada apa abang Mal." Naaz duduk semula disofa.

" Abang Syazwan buat apa dengan El sampai maksu tegur." Kamal bukan seorang menyibuk tapi Kamal ingin nak tahu apa terjadi sebenar.

" El memang tak tahu tiba-tiba abang Mil sergah El macam itu dan tanya macam-macam,El tak faham betul dengan abang Mil itu."

" Abang Mal..El takut lah dengan abang Wan itu kenapa tiba-tiba nak dingin dengan El apa salah El,abang Mal tolong El." Naaz tak senang duduk bila abang sepupunya menganggu lagi.

" El jangan risau abang Mal akan bantu El,abang Mal nak El jauhkan diri dari abang Wan takut nanti dia akan buat lebih dari itu faham El." Kamal perasaan wajah muka Naaz yang ketakutan.Kamal nasihat pada adiknya

" Fa..faham..abang Mal." Mengangguk.

" Kalau faham bagus dah pergi rehat."

" Terima kasih abang Mal." Naaz minta diri mahu masuk ke bilik mujur abangnya tidak marah malahan faham keadaan Naaz sekarang.

Makan malam sudah dihidang cuma keluarga Dato Fuazan belum datang lagi.Syazwan seperti tidak senang duduk sekejap bangun sekejap duduk diruang tamu.Bunyi kenderaan masuk ke kawasan rumah Syazwan terus bangun sambut kedatangan Dato Fauzan Syazwan cuba mendekati Naaz cepat-cepat Naaz langkah ke arah Puan Syahirah.Naaz turut bantu menyediakan makanan atas meja.

Selesai makan Naaz minta diri pada Naaz tidak menghiraukan pandangan tajam dari Syazwan.Naaz abaikan saja Naaz terus melangkah ke luar melihat pandangan waktu malam sangat indah dan tenang sekali.

" Adik..abang tanya boleh." Kamal mendekati adiknya tidak tahu kenapa dengan adiknya sangat lain suka mendiamkan diri.

" Tanyalah." Naaz letak telefon semula atas meja.Naaz balas senyuman pada abangnya.

" Apa hubungan adik dengan Adam." Sudah lama Kamal ingin nak tahu apa hubungan dengan Adam dan adiknya macam-macam Kamal dengar cerita mereka ini.

" Sebagai boss dengan pekerja kenapa abang Mal." Naaz menjawab dengan ringkas.

" Serius lah abang tengok macam rapat sangat seperti pasangan sedang bercinta betul ke atau sembunyi apa-apa dari abang." Kamal mengerut dahi bagai tidak percaya kata-kata Naaz.

" Takada abang Mal biasa-biasa saja kenapa abang Mal." Naaz menggeleng Naaz lebih selesa bekerja dengan Adam mungkin sebab itu abangnya fikirkan adiknya bercinta dengan boss adiknya.

" Abang nak tanya pasal Johan,sudah lama abang tak nampak Johan keluar dengan adik."

" Adik dengan Johan dah putus." Selamba Naaz menjawab sudah takada hati dan perasaan terhadap Johan.

" Ha'ah kenapa? Tiba-tiba putus bukan ke adik dan Johan sudah tujuh tahun bercinta kenapa macam ini." Terkejut dengar apa yang Naaz katakan.

" Abang Mal,Adik sudah lama menyimpan semua ini adik tak tahan dengan Johan.Johan tidak pernah menghargai adik langsung apa yang buat semua tak kena dimata dia.".

" Adik tak bincang dengan Johan elok-elok ke." Kamal berbicara dengan adikya

" Susah nak cakap abang Mal adik ini saja yang beria-ria pertahankan hubungan dia itu langsung tak peduli kan biarkan bila adik ada sudah move on sibuk cari adik pula kata masih sayangkan adik lagi selama ini ada ke macam itu takada abang Mal.Adik malas nak fikirkan pasal Johan itu biar dia apa yang adik rasa selama ini." Sukar bagi Naaz nak luahkan pada abangnya.

" Adik nak balas dendam ke apa pada Johan ya abang tahu adik berkecil hati dengan Johan tak boleh ke bagi peluang pada Johan sekurangnya dia boleh berubah." Kamal bercuba bagi nasihat.Kamal tahu adiknya tidak pernah rahsiakan hubungan dengan sesiapa pun.

" Adik tidak pernah dendam pada sesiapa pun abang Mal adik boleh maafkan dia tapi adik tak boleh bersama dengan Johan." Naaz luahkan apa yang terbuku dalam hati.

" Kenapa adik ke adik sudah ada yang berpunya." kamal bertanya pada adiknya malam ini sesi luahan perasaan.

" Adik baru nak berkenalan dengan dia tapi adik takut.." Naaz menarik nafas dan pejamkan mata sebentar sambil menghirup udara segar diluar.

" Kenapa adik nak takut."

" Ya lah adik takut kalau dia tahu siapa adik sebenarnya." Naaz sangat takut bila disayang tiba-tiba hilang rasa sayang.

" Nak atau taknak adik kena jujur dengan dia itu kalau sayangkan dia."

" Dia boleh terima ke adik ini siapa buat dia tahu sudah tentu dia menjauhkan diri dari adik."

" Adik kalau dia sayangkan adik dia tidak kisah siapa adik yang penting dia sayangkan adik kalau betul dia sayang dan cinta kan adik dia takkan pandang harta tapi dia pandang adik kerna cinta bukan harta.Tapi siapa yang adik maksudkan tadi abang kenal ke."

Naaz mengangguk perlahan.

" A..Adam ke adik." Kamal seperti sudah dapat agak dari cerita adiknya.

" Bukan..dia..bukan dia abang."

" Adik jangan nak tipu boleh tak."

" Mana ada adik tipu lah tak mungkin lah adik bercinta dengan boss adik sendiri."

" Okey lah macam itu abang harap dia boleh terima dia tapi Johan tahu ke siapa adik sebenar."

Naaz menggeleng.

" Kenapa adik tak bagitahu pada Johan perkara sebenar siapa adik kenapa nak berahsia."

" Abang Mal kalau adik bagitahu siapa adik takada lah nak putus kan adik taknak orang tahu siapa adik kalau orang tahu semua nak rapatkan adik.Adik taknak abang Mal."

" Abang faham adik abang tahu kenapa adik buat macam itu kan."

" Abang Mal tidak kisah ke kalau El berkawan."

" Abang tak menghalang pun El nak berkawan sesiapa pun yang penting El boleh menjaga diri."

" Abang Kamal El nak tanya sesuatu boleh."

" Tanya lah."

" Abang Kamal sudah lama ke kenal boss El iaitu Encik Adam."

" Lama juga."

" Abang Kamal kenal dari mana El tak tahu pun yang abang Kamal rapat dengan Encik Adam."

" Yang itu tak penting pun kenapa El tanya."

" Takada apa-apa saja nak tanya."

" Sembang apa adik-beradik dari tadi abah mencari dekat dalam takada rupa-rupanya dekat sini." Dato Fauzan melangkah ke arah anak-anaknya.

" Tak sembang apa-apa pun abah,mana mama." Naaz menjawab

" Mama ada dekat tolong mak long, mak su.Sembang apa taknak share ke dengan abah ke mana tahu abah tolong."

" Abah..El masuk dulu." Naaz minta diri tak mahu abahnya syak apa-apa.

" Mama!! ada apa-apa ke El nak tolong." Naaz mendekati Datin Faranisa yang mengelap pinggan,mangkuk dan cawan.

" El dari mana tadi abah cari El,mana abang Mal." Datin Faranisa bertanya pada anak perempuannya.

" Ada dekat luar dengan abah,Mak long esok sarapan pagi apa." Naaz bertanya pada makcik suadaranya yang masih mengemas pinggan,mangkuk masuk ke dalam almari.

" Esok? Mak Long pun tak tahu nak masak apa.El ada nak makan apa-apa tak boleh Mak Long masakkan." Puan Aliza tidak tahu menu apa yang dimasak.Puan Aliza menawarkan diri.

" Nasi lemak boleh Mak Long.Sudah lama El tak makan nasi lemak Mak Long lagi-lagi sambal Mak Long memang sedap." Baru teringat yang Naaz sudah lama tidak makan nasi lemak makcik suadara walaupun ramai yang menjual nasi lemak Naaz akan memilih nasi lemak makcik suadaranya.

" Elina!! Jangan nak mengada-gada kesian Mak Long itu.Kakak Long jangan nak melayan sangat El ini datang perangai mengada-gada." Datin Faranisa tepuk lengan anaknya macam-macam permintaan.

" Takapa lah Fara bukan selalu pun betul juga kata El kesian pula nanti tak dapat rasa nasi lemak.Setakat nasi lemak itu Kakak Long boleh buat ini masanya El makan banyak-banyak."

" Terima kasih Mak Long!! Sayang Mak Long!!" Naaz terus bangun dan peluk makcik suadara.

" El!! dah-dah itu pergi duduk depan jangan kacau dekat dapur." Datin Faranisa halau anaknya duduk depan menyibuk saja dekat dapur.

" El nak tolong mama salah ke." Naaz tetap nak membantu Datin Faranisa didapur.

" Pergi depan jangan kacau mama dengan Mak Long dekat dapur." Datin Faranisa tak mahu anaknya mengacau didapur ada saja.

" El temankan mak su sekejap." Puan Syahirah masuk ke dapur melihat Naaz yang mengacau.

" Okey mak su.Mama El minta diri."

" Ya Maksu." Naaz berdiri depan Puan Syahirah.

Puan Syahirah mengajak Naaz pergi ke ruang tamu sementara anaknya sedang mengemas Naaz turut bantu mengemas dan membersihkan ruang tamu.Naaz dapat merasakan seorang datang ke arahnya.

" Sibuknya El sampai abang Wan lalu pun tak perasan.Nak abang tolong apa-apa tak." Syazwan cuba mengambil hati semula pada Naaz yang masih marahkan padanya.

" Maksu!! Nak letak kain ini dekat mana." Naaz memanggil mak suadaranya dan pura-pura tak dengar Syazwan berkata-kata.

" Bagi kain itu pada abang Wan alang-alang abang Wan ada dekat situ.Wan tolong letak kain dalam mesin basuh."

" Okey Maksu." Syazwan ambil kain dari Naaz.Syazwan mengeluh perlahan baru nak berbual dengan Naaz.

Naaz tidak menghiraukan pandangan tajam dari abang suadara.Naaz meneruskan mengemas sebenarnya Naaz masih takut dengan Syazwan yang dingin tiba-tiba.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro