5: Lelaki Sampah
Hujung batang pen diketuk-ketuk pada bibir. Lamunannya jauh terdampar keluar tingkap. Ipadnya setia menemani di meja belajar. Diari yang hanya boleh dibuka dengan cop jarinya menjadi tatapan. Muka surat demi muka surat dialihkan.
Susahnya untuk melupakan peristiwa hitam itu sampaikan dia pernah terdetik untuk membunuh diri. Penjenayah tertangkap sekalipun itu tidak mampu untuk memulangkan kembali maruahnya yang telah diragut tujuh tahun yang lalu. Dia diperlaku seperti haiwan untuk memuaskan nafsu seorang lelaki yang merupakan abang angkat kepadanya. Padahlah kemesraan yang diberi selama ini dipergunakan lelaki syaitan itu.
Dengan diari ini, Akma menulis rutin hariannya. Hanya untuk melihat progres emosinya setiap hari. Tulisan-tulisan ini mungkin nampak sia-sia buat orang lain tetapi dia suka melihatnya. Persitiwa penting yang terjadi disematkan di dalam diari agar nanti dia tak lupa untuk bersyukur jika perkara buruk terjadi lagi. Nikmat-nikmat yang pernah diperoleh perlu diingatkan selalu supaya dia tidak bergelumang dengan rasa jijik pada tubuh sendiri.
12 April
Hari ni aku pergi pantai dengan Sherry. Sejuk je bayu yang menampar pipi aku. Aku suka sangat bila Sherry akur dengan permintaan aku. Tapi aku kesian juga dengan dia, asyik kena buli je. Hihi. Disebabkan kelas cancel hari ni, dapatlah aku dan Sherry pergi lepaskan stress.
Shahrul tertekan juga bukan kerana apa. Tetapi stress kerana asyik menjadi tempat bebelan Akma.
"Sorry la Sherry." Akma tersenyum sendiri. Gambar dia dan lelaki itu dikepilkan sekali pada nota diari. Wajah smiley dilukis sebagai akhir kata.
Shahrul saja yang mampu menceriakan moodnya yang terkadang melayang tak tentu masa. Sebab itulah Akma terlalu sayangkan kawannya. Orang kutuk Shahrul, dialah yang beria terasa.
Bibir Akma menyanyi kecil.
Barulah senang hati nak buat assignment.
Notifikasi baharu menarik perhatian Akma. Mula-mula dia mahu buat-buat tak nampak sahaja. Namun, tangan ini gatal sahaja nak sambar telefon pintar.
Sebelah mata dipejamkan, menahan diri dari menghidupkan telefon.
"Nak lepak malam ni?" Akma berfikir. Mata mengintai-intai keberadaan Nafisah.
"Tapi kalau lepak dengan dorang pun... Sherry mesti tak boleh ikut." Hujung bibir telah senget. Kawan-kawan perempuannya itu pasti akan membawa teman lelaki masing-masing jika mahu tengok wayang pada malam hari.
Perut yang sakit diusap Akma. Sengugutnya asyik datang menyucuk. "Tapi Sherry lelaki apa?"
"Tapi dia kawan aku je. Bukan teman lelaki," keluh Akma. Susah benar hidup sendiri ni. Teman lelaki pun tiada yang nak melekat dengannya.
Nombor Shahrul Ridzwan didail. Melakar kosonglah dia di atas kanvas pada skrin Ipad selagi Shahrul tidak mengangkat panggilan.
"Shery, busy?"
"Tak. Kenapa?"
"Aku nak ajak tengok wayang malam ni."
"Serius la? Bukan kau kata takde mood ke?"
"Mila tu ajak. Aku teringin juga nak pergi. Tapi kalau aku pergi... Forever alone pula. Semua ada boyfriend kecuali aku."
"Okaylah. Nanti aku jemput kau."
"Yes, sayang kau." Seraya itu Akma mengucup skrin telefonnya dan mematikan panggilan.
"Akma, saya ada beli sesuatu untuk awak." Nafisah yang baru tiba berlabuh di birai katil sendiri. Di tangannya ada satu beg kertas.
"Eh? Bila balik?" Gadis itu menoleh. Suka benar Nafisah ni main muncul tiba-tiba dengannya. Sekejap menghilang sekejap ada. Macam biskut betul.
"Saya beri salam. Tapi awak tengah on the phone tadi."
"Kau beli untuk aku? Apa?" Akma beriak teruja, melompat ke sebelah Nafisah. Matanya ternanti-nanti untuk melihat pemberian gadis itu. Walaupun kadang-kadang hatinya sakit asyik digerak subuh.
Beg kertas itupun diserahkan pada Akma.
Sehelai kain berwarna coklat nude dibawa keluar. Dibentang sedikit bagi melihat keseluruhan potongan.
"Saya beli tudung. Senang je awak nak pakai nanti. Tinggal nak sarung," ujar Nafisah. Tudung itu dibelinya tadi kerana teringatkan Akma di bilik. Sehelai tudung yang telah dijahit tengah berkain chiffon. Bidangnya tidak labuh seperti yang dipakai Nafisah.
" Aku dah banyak tudung."
Balasan Akma mengendurkan senyuman Nafisah. "Takpe kalau awak tak nak pakai. Simpanlah. Saya dah niat untuk belikan untuk awak, kawan baru saya."
Akma jadi serba salah. Nafas dihela berat. Ada lagi hadiah yang terkandung dalam beg kertas itu. Jari runcingnya menarik keluar sebuah buku.
"Ni pula journal muslimah. Saya suka sangat. Jadi saya beli untuk awak satu. Saya perasan yang awak suka menulis," terang Nafisah.
"Terima kasih. Nanti aku guna. Berapa harga semua ni? Biar aku bank in duit balik." Buku itu berbalut plastik lutsinar. Akma hanya mengusap muka hadapan yang bercorak bunga-bunga merah jambu. Bibirnya mengoyak senyuman kecil. Nafisah tak lah seperti yang disangkakakn.
"Ni hadiah. Hadiah tak perlu dibayar, cukup untuk dihargai."
Mungkin hanya sesetengah wanita bertudung labuh yang suka mengecam orang lain seperti Amir Farhan. Nafisah pula cuba sedaya upaya untuk tidak menggores hatinya.
"Malam ni aku nak tengok wayang. Nak ikut?" pelawa Akma. Hadiah itu dimasukkan kembali ke dalam plastik.
"Tak apalah. Saya nak duduk bilik dan belajar. Hari ni pun dah lama sangat keluar pergi membeli belah."
"Aku nak tanya lama dah sebenarnya." Bermulalah nada curiga Akma. Matanya memencil.
"Apa?
"Kau keluar dengan boyfriend ke selama ni?" Tebak Akma dengan jayanya.
Sayyidah Nafisah tertunduk malu. Wajahnya telah pun memerah.
"Iya, kan?" usik Akma sakan. Sudah dapat diagak. Nafisah keluar dengan teman lelaki selama ini hingga lewat malam.
"Mana ada lah," nafi Nafisah.
"Siapa lelaki tu? Bawalah kenal aku." Tersengih-sengih Akma.
"Nantilah kalau dah bersanding, nanti kenal lah." Jari Akma yang menyucuk lengannya dipegang. Gadis itu turut tersenyum dalam diam.
"Dah kahwin baru nak kenal, kan? Entah-entah orang tu kawan aku. Terkejut beruk nanti. Baik kau beritahu siapa pakwe kau, takut nanti dia lelaki yang aku suka. Ha!" Mata hitam Akma membulat sekali.
Entah-entah Shahrul itu teman lelaki Nafisah. Tak boleh jadi ni.
"Awak tak kenal kot dia. Tapi awak jangan beritahu sesiapa tau saya keluar dengan lelaki. Takut orang fikir lain pula," pesan Nafisah.
"Nak beritahu juga," jelir Akma.
"Awak..."
Mereka bergelut di atas katil apabila Akma mahu membuka mulut dan laungkan sekuat mungkin. Akma tertolak baring ke atas katil. Gelak sakanlah dia dapat mengusik gadis tudung labuh itu.
"Siapa nak tahu? Nafisah kan... Dia- Hmph-" Digeleng ke kiri dan kanan. Telapak tangan ditekupkan pada wajah Akma sekuat hati.
Nafisah takut Akma betul-betul akan mengkhabarkan pada semua orang.
"Kau nak bunuh aku ke?" Tercungap-cungap Akma. Tangannya terpasak pada katil.
"Awak tu." Berkerut Nafisah memandang. Matanya hampir berkaca.
Tawa Akma berdekah. Dia memeluk Nafisah yang mungkin tidak biasa diajak gurau sebegitu.
"Aku gurau je la." Belakang Nafisah diusap. "Aku tak beritahu siapa-siapa. Okay?"
Segaris senyuman membentuk. Nafisah menjatuhkan kepala beberapa kali.
***
Shahrul menoleh ke arah Akma yang kelihatan cantik pada malam itu. Tudung bawal bidang 45 yang terjahit di tengah cocok sekali dengan warna kulit cerah gadis itu. Gadis itu berjalan sahaja seiring dengannya sejak keluar dari perut kereta tadi.
"Kenapa pandang? Aku pakai baju terbalik ke?" Akma sedar dirinya dipandang. Jahitan baju pada tubuh dikerling. Elok saja semuanya.
"Nampak kurang sikit buruknya. Tudung baru?"
"Ya. Nafisah bagi." Bibir dijuihkan. Tudung yang menutupi dadanya itu dilihat-lihat. Senang juga nak pakai. Sudahlah tak perlu seterika.
"Kan bagus kau dengar cakap dia."
"Yang kau ni nak puji dia kenapa? Kau pernah ke jumpa dia?" Bercekak pinggang gadis itu memandang Shahrul. Tudung itu sengaja dipakai bagi menghargai pemberian Nafisah. Sekali sahaja seumur hidup dia mahu pakai tudung sebegini.
"Dengar nama pun dah tahu budak baik. Tak perlu pun jumpa."
"Puji aku dulu. Baru puji orang lain." Langkah si teruna dan gadis berhenti di satu barisan untuk membeli air Boost di tengah-tengah ruang legar pusat membeli belah.
Usai membeli minuman, mereka menapak ke dalam lift untuk ke tingkat tiga. Di situ adanya panggung wayang untuk filem pada malam ini.
Air buah-buahan itu disedut penuh nikmat. Perut yang kosong seharian terisi jua dengan sesuatu. Akma melambai pada rakan-rakannya yang sedang berkumpul di hadapan pintu masuk panggung wayang.
Tepat sekali jangkaan Akma. Mereka masing-masing membawa pasangan. Kebanyakan lelaki di situ mempunyai rupa, mungkin orang kaya. Mungkin juga lelaki yang hanya tahu membazirkang wang pinjaman PTPTN.
"Akma, kau datang dengan Sherry?" sapa Mila. Tangannya sedang merangkul lengan seorang lelaki yang tinggi lampai.
"A ah. Aku yang ajak," balas Akma dengan bangga. Shahrul sudah rasa diri dipandang hina jika nak dibandingkan dengan lelaki-lelaki itu.
"Kesian la kau ni takde boyfriend. Balik-balik dengan mamat suara kepit ni," celah pula Raisya. Tak ketinggalan teman lelaki yang utuh berdiri di sebelah. Yang ini rupanya seperti kacukan timur tengah. Bukan main lagi citarasa masing-masing.
"Biarlah aku nak keluar dengan siapa-siapa. Dah beli tiket ke belum?" Malas nak melayan. Shahrul Ridzwan diam saja di sebelah.
"Dah. Jomlah masuk." Senyum Mila. Kesemua tiket telah digandakan menjadi dua kerana kesemua ahli kumpulan akan membawa pasangan.
Perbuatan mereka yang bersulam tangan sedangkan tiada ikatan yang sah menjijikkan Akma untuk memandang. Merenyam ke seluruh badan rasa geli itu. Pandangan dijatuhkan ke arah lain. Matanya memerhatikan poster-poster filem yang bercahaya di kiri dan kanan laluan lobi.
"Tak nak pegang tangan aku?" usik Shahrul.
"Nak makan kaki aku?" balas Akma dengan senyuman. Hujung kakinya dilihat-lihat. Ada yang mendapat sekejap lagi. Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket baju.
Langkah sahaja ke dalam dewan wayang, rasa sejuk pendingin hawa menyerbu. Akma hanya mengikuti langkah mereka yang di hadapan untuk mencari kerusi bernombor yang tertera pada tiket.
Kisah yang dimainkan ialah kisah cinta. Akma menggaru pipinya. Terkelip-kelip gadis bermata luas itu cuba memahamkan jalan cerita yang tidak berjaya menarik perhatiannya.
Sebelah tangan menongkat dagu.
Makin lama, kepala Akma makin terlentok ke kiri dan bersandar pada bahu orang di sebelah. Dalam kegelapan malam, sandarannya diselesakan apabila ada satu tangan yang menarik untuk lebih rapat bersandar. Lengan kekar lelaki itu mengelus pipi gebu Akma.
"Akma," bisik Shahrul. Tiada sahutan. Dia pun menoleh ke kanan. Rakan baiknya telah terlentok tidur pada seorang lelaki disyaki teman lelaki kepada Mila. Rupanya samar-samar dengan biasan cahaya.
Lelaki itu membuat tanda diam pada Shahrul.
Lingkaran pada pinggang membuatkan Akma terjaga. Dia terkelip-kelip merasakan kehangatan tubuh seseorang di sebelah. Matanya membulat luas. Ada seorang lelaki yang sedang cuba mengambil kesempatan ke atasnya.
Ringan sahaja penumbuk Akma menyasarkan bawah dagu lelaki itu.
Teman lelaki Mila mengerang kesakitan. Giginya tersentak kuat. Terasa hanyir darah bercampur dengan liur. Mila terkejut di sebelah dan mengusap lengan lelaki itu.
"Gatal punya jantan tak guna. Kau nak makan penumbuk aku lagi?" Itu kata-kata terakhir sebelum Akma keluar di tengah-tengah tayangan cerita. Dadanya berombak hebat.
"Akma, tunggulah." Terkocoh-kocoh Shahrul mengejar sepanjang ruang legar aras tiga.
"Kau nampak tak dia buat apa dekat aku?" Mata Akma berkaca. Tangan memeluk diri sendiri. Lelaki miang itu tak berbuat apa pun lagi, sekadar memaut bahu Akma dari belakang dan membelai pipi. Namun, Akma sudah kembali dengan traumanya hingga saat itu dia menggigil ketakutan.
" Dia dah dapat penumbuk kau. Dah la..." pujuk Shahrul.
"Kau tak faham aku." Linangan air mata membalas. Akma menangis tidak bersuara. Langkah dibawa laju untuk turun ke kawasan parkir.
Shahrul turut menyepikan diri. Sudah jadi lelaki pun kaku ketika Akma sedang diambil kesempatan oleh lelaki yang tak dikenali. Melihat tangisan gadis itu, hati Shahrul sayu.
"Aku hantar kau balik hostel ya?"
Akma tidak pun bersuara. Kakinya dinaikkan ke atas tempat duduk kereta. Lutut dipeluk. Tali pinggang tidak dipakai. Dia menyembamkan wajah pada lutut sepanjang kereta Shahrul berjalan.
"Kau tipu aku," bisik Akma. "Aku benci kau, Amin."
***
votexkomen
***
Shahrul, Amir, Badrul.
Yang mana satu akan jadi pelindung kepada Akma? :)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro