Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

4: Bukan Maksum

"Kau tak nak balik sekali dengan aku?" Akma memuncungkan bibir merahnya. Dia menghentakkan kaki tanda protes pada remaja lelaki itu.

"Aku ada mesyuarat la. Aku kan pengawas sekolah. Kau balik dulu ya?" putus remaja berbaju biru itu. Dia dan Akma berdiri terpacak di hadapan pintu kelas tatkala yang lain sedang beransur pulang.

"Nanti kalau jadi apa-apa dekat aku macam mana? Dah la hari tu beg aku kena ragut. Tu pun nasib baik kau ada. Kalau tak... Mungkin aku dah kena bunuh." Tangannya disilang ke dada. Baju kurung yang tersarung gemar disinsing hingga ke siku dan menampakkan bentuk lengannya yang putih gebu itu. Satu cela parut pun tiada.

"Suka fikir buruk-buruk. Balik nanti ambil laluan yang ramai orang. Jangan ambil shortcut pula," geleng lelaki itu.

"Yada-yada. Pergi la mesyuarat tu." Akma menjuihkan bibir. Pipinya yang kembung ditarik lelaki yang diibaratkan sudah menjadi abang buatnya. Terpaksalah gadis 16 tahun itu menyimpulkan senyuman buat Amin.

"Nanti aku datang rumah kau untuk buat kerja sekolah." Amin membuka langkah apabila ada rakan pengawas yang lain hadir mengajaknya ke bilik komputer di seberang sana.

Akma melambai kecil buat teman sepermainannya. Satu keluhan terbit di bibir.

Baru niat nak makan ABC di hujung simpang dengan Amin. Balik-balik dengan mesyuarat dia.

"Apa pandang-pandang?" Akma menegur sekumpulan pelajar perempuan yang asyik memandang dia dan Amin sejak tadi dari meja batu. Satu jelingan dihadiahkan, terus mereka kembali menatap buku.

"Sibuk je nak pandang-pandang," omel Akma sambil melanglah melintasi tapak perhimpunan sekolah.

Salahkah dia semesra itu dengan Amin?

Langkahnya dibuka sebesar alam apabila menyedari jam tangan sudah menunjukkan pukul 2 petang. Rancangan sinetron kegemarannya akan bermula tidak lama lagi. Mata Akma membulat.

Berlari anak lah gadis itu hingga ke perhentian bas. Dua buah simpang dipandang. Yang jauh atau dekat? Yang ramai orang atau yang terpelosok?

"Ah, sama je. Asalkan cepat sampai rumah."

Akma berlari anak melintasi jalan. Tanpa berfikir panjang, dia terus mengambil laluan denai yang mempunyai pokok rendang. Redup sahaja laluannya. Dadanya ditekan-tekan apabila berasa semput berlari. Peluh merenik di dahi.

Sedikit sahaja lagi. Lagi beberapa buah kebun dia akan tiba di laluan utama ke rumahnya.

Gembira untuk lihat sambungan episod semalam. Entah apa yang jadi selepas watak utama mengetahui yang dia bukanlah anak kedua ibu bapanya tetapi telah ditukar sewaktu bayi.

Gembira yang sementara.

Zapp !

Akma ditarik ke dalam semak sekelip mata. Lalang yang setinggi pagar rumah itu telah menyebabkan Akma sukar melihat siapa yang menariknya. Dia diheret ke dalam semak semakin jauh dari jalan yang dilalui kenderaan tanpa belas kasihan.

Tapak tangan kasar itu kuat menolak tubuhnya jatuh ke tanah.

Sakit.

"Kau siapa ha?" tengking Akma. Baju kurung putihnya habis kotor dengan debu tanah dan lecak air.

Dalam beraninya, ada perasaan takut yang terselit. Jantung turut berdegup laju hendak pecah.

Apa semua ini?

"Kau berani eh hari tu?" ujar lelaki yang kini mencengkam kedua-dua belah pergelangan tangannya. Sudahlah dia terbaring di atas tanah, kakinya pula sedang disekat lelaki itu.

"Ya Allah..." rintih hati Akma. Dia benar-benar takut. Sungguh takut. Benarlah perasaan tidak sedap hatinya tadi. Diamati wajah lelaki gila itu. Akma seolah tidak percaya kerana yang sedang menindih badannya ini ialah jirannya sendiri. Perkara yang ditakutkan sudah terjadi.

"Aku dah kata kau ni lauk aku je"

Tudung sekolah berwarna putih Akma direntap. Kerongsang yang tercabut menggores bawah dagu si gadis. Badannya yang kecil tidak terdaya untuk melepaskan diri.

"Lepaskan adik... Tolong abang... Jangan buat macam ni..." pinta suara Akma.

"Adik tolong puaskan abang ya hari ni?" rambut pada ubun Akma dicengkam.

Gadis itu telah pun mengalirkan air mata ketakutan. Segala yang dia lakukan tidak membuahkan hasil. Kudrat lelaki sememangnya lebih kuat berbanding dirinya. Pergelutan demi pergelutan, Akma cuba menendang jirannya tetapi lagi kuat kakinya ditindih sehingga dirasai ke tulang.

Semakin kuat ketawa lelaki yang tidak lagi menggunakan akal itu. Tangannya mengusap lembut pipi gadis di hadapannya. Akma memang cantik dengan kulit putihnya.

Tangisan Akma makin kuat. Akma menjerit sekuat hati meminta pertolongan. Namun, tumbukan kuat pula mengenai perutnya kerana kebingitan.

Esakan tangisan tanpa suara bercampur dengan kesakitan.

Sejak tadi dia menggunakan tenaga bagi melepaskan diri daripada syaitan bertopengkan manusia itu. Kini, betisnya benar-benar sakit mungkin juga telah lebam dipijak lelaki itu, perutnya pula senak tidak berkutik

Akma sudah tidak mampu membuat apa-apa. Mimpi ngerinya bermula.

Air mata berlinangan semahu-mahunya.

Tak siapa yang kisah dia dilayan seperti haiwan oleh lelaki itu. Jirannya benar-benar telah memerhatikan rutin harian Akma selama ini. Hanya tinggal untuk gadis itu berenggang dengan Amin, jadilah lauk pada petang itu.

Biji matanya masih bercelik. Namun jiwanya telah kosong. Lelaki itu kelihatan puas melakukan Akma sedemikian. Gelakan tawanya kedengaran melihat Akma yang sudah kotor tubuhnya dengan debu tanah.

"Terima kasih," bisik lelaki itu di tepi telinga Akma.

Akma menggeleng.

Derapan tapak kaki yang berlari membuatkan syaitan itu bergerak pergi. Tinggalkan si gadis yang telah ditebuk.

Lutut ditarik rapat ke dada. Akma menyembamkan wajah disusuli esakan tangisan yang perit kedengaran.

Tubuhnya dipakaikan baju kembali. Mana maruah dia telah hilang?

Sehelai blazer pengawas berwarna biru gelap menutupi tubuh. Wajah Amin kelihatan pada pandangan mata. Amin hampir menangis di situ melihat keadaan rakannya.

Rambut Akma disikatnya ke belakang dengan jemari. Dia tercari-cari tudung yang hilang entah ke mana. Jumpa sahaja, kepala Akma disarungkan tudung kembali. Akma bagaikan patung cendana. Hanya Amin yang berusaha untuk menutupi aurat gadis yang sudah kehilangan hidupnya.

***

Malam menjelma barulah dia punyai masa untuk melipat kain. Setiap baju dilipat dengan bentuk yang sama lalu dimasukkan ke dalam bakul baju. Perbuatan itu diulangi sambil mulut tidak henti menegur perbuatan rakannya.

"Kenapa kau nak marah aku sangat?" Amir mengeluh. Lelaki itu jadi tak senang duduk jika hanya dipanggil untuk dimarahi.

"Aku tak marah. Aku cuma nasihat," balas Badrul. Tangan Amir ditariknya agar rakannya itu duduk kembali di birai katil. Kain baju yang belum siap dilipat diketepikan terlebih dahulu.

"Betul apa aku cakap. Susah sangat ke nak pakai tudung? Mati ke kalau pakai tudung?" bentak Amir.

"Kadang-kadang disebabkan sikap kitalah, orang makin jauh dari Islam." Mata Badrul menikam Amir Farhan. Bukan untuk membela gadis siang tadi, tetapi cara Amir menasihat tidak kena tempat. Jika ingin menasihat tak perlulah sampai mengutuk.

Memang salah. Selagi Badrul tidak menegur sikap buruk Amir, nanti malam tidurnya tidak lena.

"Dia tu yang bebal. Sekejap pakai tudung, sekejap tak. Ingat bumi ni mak ayah dia punya? Nasiblah kalau sentap. Biar balik tu dia terus bertaubat."

"Aku faham kau tak suka orang tak ambil berat soal aurat. Tapi dengar cerita aku dulu."

"Cerita apa?" Amir malas hendak melayan Badrul. Balik-balik dia saja yang kena tadah ceramah.

"Dengarlah... Jangan menyampuk sepanjang aku bercerita. Okay?"

"Okay," akur Amir. Kakinya dinaikkan ke atas katil. Dia duduk bersila menghadap Badrul untuk mendengar cerita yang dimaksudkan sahabatnya.

Sebalang kerepek pisang dihulurkan pada Amir sebelum Badrul memulakan ceritanya.

"Rasuah ke ni?" Amir mengambil sekeping kerepek dengan teragak-agak.

Badrul sekadar ketawa.

"Pada suatu hari, ada dua orang manusia nama Abu dan Bakar. Dorang ni satu sekolah.

Nak dijadikan cerita kan, Abu ni sampai sekolah awal. Dia perasan Bakar ni selalu sampai lambat. Bukan tu je, Bakar ni kadang-kadang tak pergi sekolah. Teruk betul.

Abu pun terdetik la, "Apa susah sangat, pergi sekolah je pun. Kau jalan kaki, nanti sampai lah. Dah la pergi sekolah ni wajib untuk kita jadi orang yang berilmu."

Hakikatnya, Abu ni rumah dia 500m je nak datang sekolah. Siap ada van sekolah lagi jemput depan pintu pagar. Bakar pula rumah sejauh 5km. Bukan tu je, kadang-kadang hujan. Kereta pun jarang tumpang.

Kedua-dua mereka ada satu hasrat yang sama iaitu nak sampai sekolah. Tapi permulaan dan persekitaran mereka berbeza. Mungkin senang bagi Abu tapi susah bagi Bakar. Bakar kena hadap banyak benda.

Macam tu juga lah dengan kehidupan kita. Ada orang tak pakai tudung, kita pun terdetik "Apa susah kau sarung je la tudung."

Tapi hakikatnya si dia dikelilingi orang yg tak bertudung, dia sendiri struggle nak pakai tudung.

Jadi, bukan tugas kita untuk downgrade orang lain. Kita sebagai Abu, kena lah bantu Bakar. Dan Bakar pula tak boleh lah give up macam tu je, kalau tak memang tak sampai sekolah la jawabnya. Rugilah Bakar jika menjadikan alasan susah untuk tak ke sekolah."

Badrul menyatukan telapak tangannya usai bercerita. "Best tak cerita aku?"

Riak wajah Amir berubah. Badrul ni kalau nak menasihati memang main kias-kias. Lama-lama Amir sendiri yang rasa serba salah dibuatnya. Kata-kata lelaki itu tidak menikam tetapi akan membuatkan si pendengar berfikir panjang.

" Aku tak boleh nak ubah perangai aku yang macam ni," tutur Amir. Kerepek pisang itu terus dikunyah. Pandangannya jatuh ke cadar katil.

Salahkah dia tegur Akma?

" Macam mana nak didik hati supaya tak downgrade orang? Macam ni. Bila nampak orang contoh orang tu solat zohor pukul 4 petang, didik hati kita untuk doakan dia time tu juga.

Ya Allah, Engkau bantu lah dia untuk menunaikan solat di awal waktu. Semoga aku dan dia dipelihara Engkau," jawab Badrul dengan mudah.

"Hm, okaylah. Aku minta maaf dekat dia."

"Minta maaf dan jangan ulang dah," tambah Badrul. Dia tersenyum nipis sahaja. "Apa nama perempuan tu?"

"Akma."

Kening Badrul berkerut seketika. Nama yang sungguh dekat dengan hati.

"Nama penuh?" Sekadar inginkan kepastian.

"Manalah aku tahu."

Mungkin hanya perasaannya. Badrul mengambil sehelai baju dan bentangkan ke atas katil.

"Kenapa? Kau suka dia?" soal Amir.

Gelengan menjawab pertanyaan Amir. "Takdelah. Cuma dulu aku ada kawan nama Akma."

Beberapa tahun ke belakang.

***
votexkomen
***
Bab 4 done! Ada 3 lelaki dkt sini, jadi siapa yang akan jadi heronya?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro