Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

21 : Jatuh Hati


"Boleh tak?" Akma menjongketkan sebelah keningnya pada Amir.

Amir cepat-cepat mengalihkan pandangan.

"Kau berangan ke? Aku tengah cakap benda serius ni," geram Akma. Matanya dipencilkan memandang wajah terpinga-pinga lelaki itu. Dia beria terangkan situasi sulit yang dihadapi sahabat baiknya, Amir boleh pula termenung.

"Boleh, nanti aku uruskan tabung derma untuk Shahrul. Nantilah aku cakap dengan Badrul dan kawan-kawan aku. Takde apa-apa dah, kan?" Lelaki itu ingin memastikan sebelum keluar kelas. Dia rasa tidak selesa untuk berduaan dengan Akma sementara yang lain telah beredar.

"Takde," geleng Akma.

"Tudung baru?" soal Amir sekadar bertanya.

"Tak, tudung kawan." Pandangan Akma jatuh pada tubuh Nafisah yang sedang dipakainya. Bukanlah labuh seperti Nafisah, cuma bidangnya bertambah lima. Dari bidang 45 ke bidang 50, Akma hanya memakai selempang ke kiri dan kanan kerana disuruh Nafisah. Nak ikutkan hati, ingin sahaja Akma membawa hujung tudung dan ikat ke belakang agar depannya menjadi singkat sedikit. Tudungnya yang lain sedang di jemuran.

"Kau nampak lawa hari ni," senyum Amir. Dia melangkah pergi setelah itu meninggalkan Akma sendiri.

Rahangnya yang hampir jatuh ditutup. Kening Akma berkerut, sudah kenapa dengan Amir itu. Benarkah dia kelihatan lawa hari ini?

Beg sandangnya yang diambil lalu dia menapak ke koridor luar. Pantulan imej di cermin mesin gedegang dilihatnya. Satu susuk tubuh berbaju kurung dan bertudung litup elok menerpa.

Akma meneruskan langkah apabila ada orang yang mahu membeli air. Dia tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk menyarungkan pakaian sebegini pada awalnya. Malu juga rakan kelas asyik pandang serong. Ketiadaan Shahrul membuatkann dia begitu sunyi meskipun baru sehari.

Bau kopi yang dibrew menusuk ke rongga hidung. Perutnya berkeroncong.

"Akma." Mila melambai ke arah Akma di kafeteria dalam bangunan utama. Dia dan rakan-rakannya sedang duduk di sebuah meja bulat. Mereka menunggu tempahan air selepas habis kelas subjek tambahan.

Akma tersenyum nipis. Dia melangkah ke arah mereka dan berlabuh di situ. Mata hitam Akma melihat menu di dinding. Air tiramitsu pun sedap juga.

Baru sahaja Akma mahu membuka mulut, tudung bawalnya disentuh Mila. "Tudung baru?"

"Takdelah. Tudung aku semua tengah basuh. Ini tudung kawan bilik aku," balas Akma.

"Dulu punya beria tak nak sebilik dengan budak tu, tahu-tahu sekarang boleh pinjam tudung lagi," sindir Mila. Dia melepaskan tudung Akma dan menongkat dagunya. Wajah Akma yang tidak beriak dipandang simpati.

"Suka hati aku lah nak kawan dengan siapa-siapa." Akma tersenyum sinis. Perlian itu tidak pun menggugatnya.

"Akma, jangan lupa apa yang kau buat dekat Han. Kau tumbuk dagu dia hari tu." Gadis berkenaan seakan mahu memberi amaran. Matanya menikam Akma sedalam mungkin.  "Kau kena bayar balik apa yang kau buat."

"Dia yang cuba nak raba aku dalam gelap." Memang Akma akan pertahankan diri sendiri.

"Han pula kata kau mulakan dulu. Kau sengaja baring dekat dia dan peluk dia minta dia belai kau. Kau ni memang murah macam ni ke sampai sanggup goda lelaki? Tahu tak dia tu boyfriend aku?" Suara Mila separuh berbisik. Wajah Akma yang menoleh ke arah lain ditarik memandangnya.  "Kenapa tak nak pandang sini? Memang kau tu perasan lawa padahal buruk. Bandingkanlah muka kau dengan aku, aku lagi layak nak digandingkan dengan Hans."

Mila mempunyai darah Kaukasia. Akma hanyalah melayu tulen. Itu yang darah Akma ni sejenis pantang dicabar apatah lagi dipijak.

"Percayalah cakap lelaki tu, Mila. Percayakan dia. Nanti jadi apa-apa jangan cakap aku tak pesan."

"Jadi apa?" soal Mila. Pipi Akma ditolaknya.

"Jangan sampai Hans tu cuma nak ambil mahkota kau dan tinggalkan kau lepas dia dah bosan. Aku kenal lelaki macam dia. Dia takde niat nak kahwin dengan kau."

"Suka hati aku lah. Kau ni kolot."

Akma menepis tangan gadis itu lalu bingkas berdiri. Kaki sakitnya melangkah pergi, cuba berlagak normal padahal buku lalinya membengkak. Hatinya memaki hamun Mila yang telah mematikan seleranya. Baru sahaja dia ingin minum seteguk dua tiramitsu sejuk.

Pandangan sepasang mata dari jauh disedari Akma. Dia menoleh ke sisi. Tiada satu pun yang memandang dia. Gadis itu cepat-cepat berjalan ke arah kelompok pelajar yang sedang menunggu bas untuk pulang ke hostel.

***

"Badrul, kau tak kata pun yang kau ada adik?"

Satu tamparan menyinggah bahu Badrul yang sedang menulis sesuatu di atas kertas. Habis pennya tersasar jauh. Mata dipejamkan menahan sabar. "Aku tengah tulis ni, kan?"

Amir berlabuh di kerusi bersebelahan rakannya. Dia menarik kerusi itu lebih rapat dengan Badrul. Senyuman kecil terbit di bibir apabila ada pustakawan yang menjeling.

"Akma tu adik kau ke? Muka lain je? Atau kau berangkat dengan dia macam trend budak-budak zaman sekarang ni?" Amir mengintai wajah Badrul yang sedang tertumpu pada buku di sebelahnya. Badrul ni kalau belajar, dia suka belajar bersendiri. Tak gemar sangat dengan gangguan, itu yang menjadikan perpustakaan sebagai tempat kegemarannya selepas habis kelas.

"Takde masa aku nak berangkat-angkat. Akma tu adik susuan aku," balas Badrul.

"Oh ya? Dia tu kira rapatlah dengan kau?"

"Hm." Badrul berdehem sahaja.

"Kalau aku jadi adik ipar kau okay tak?"

Pen ditangan berhenti menulis. Badrul menoleh ke arah rakannya itu. "Mir, kau dah ada tunang. Kenapa tanya soalan macam tu?"

"Aku gurau je la," kata Amir. Mukanya berubah apabila Badrul seakan menentang gurauan tidak bermotifnya itu. Amir memuncungkan bibir sendiri.

"Gurau-gurau pun kalau Atikah dengar mesti dia sakit hati. Ujian orang bertunang ni memang akan ada selagi tak disatukan. Jangan buat perangai pula, Amir. Kau tu baru sebulan jadi tunang orang," pesan Badrul. Takut perangai lama Amir datang kembali. Nanti habis berantakan hubungannya dan Atikah kerana orang ketiga.

" Kau ni tak relakslah. By the way, kau dah kahwin ke?" Lengan bersandar pada meja. Amir  menggeledah kotak pensel Badrul kerana bosan.

"Kenapa kau tanya macam tu?" Muka surat buku diselak lelaki itu tenang.

"Sebab ada baju perempuan dalam bakul baju kau. Secara logiknya, takkanlah kau nak tidur dengan perempuan bukan mahram, kan?" selamba Amir bercakap begitu.

"Mungkin kau salah pandang," balas Badrul bersahaja.

"Aku salah pandang?" Amir menggeleng. "Tapi takkanlah kau dah kahwin, kau kan bawah tajaan biasiswa. Habislah kau lambat kahwin, Bad."

"Aku habis belajar tahun depan, habis jugalah perjanjian biasiswa tu. Kita kahwin bukan kerana perlumbaan. Tetapi kahwin ni satu tanggungjawab besar. Kalau kau liat datang majlis ilmu untuk khatamkan kitab fardhu ain, baik kau timbang balik tarikh perkahwinan kau."

" Kau ni... Semua nak ambil serius. Kalau keturunan aku dah baik, kewangan aku stabil, ilmu agama ada... Buat apa lagi nak tangguhkan kahwin? Kahwin je la."

"Ilmu agama memang ada tapi ilmu tu takat mana? Orang yang dapat A+ dalam Pendidikan Agama Islam masa SPM pun ke laut sekarang ni. Sebab tu kita kena belajar ilmu selalu, untuk topup balik mana yang kurang. Jangan pernah rasa diri kita dah cukup baik. Sekurang-kurangnya belajar tahap ilmu fardhu ain yang wajib dahulu baru kau boleh kahwin. " Badrul memandang rakannya yang berkopiah di sebelah.

" Ya-ya," aku Amir. Nafas dalamnya ditarik. Tak pasal-pasal dapat ceramah percuma daripada ustaz Badrul. "Kau tahu tak pasal kawan Akma tu?"

"Tahu. Aku cadang nak sebarkan malam ni. Kau tolonglah sampaikan viral mesej pada ketua-ketua batch setiap kuliyah yang ada."

"Boleh je. Nak tanya, Akma tu dah ada boyfriend?" Sengih Amir.

"Amir." Badrul mencerlung matanya.

Lama sungguh Amir tidak menunjukkan perangai buayanya semenjak mengikat tali dengan gadis bernama Atikah. Amir bersungguh mahu meninggalkan diri yang lama dan perbaiki kekurangan diri. Kopiah tak lekang di kepala, dia senang bersahabat dengan Badrul walaupun selalu dibebel.

"Ala, belum tentu Atikah jodoh aku. Mana tahu Akma tu jodoh aku yang sebenar? Kalau ya, baguslah. Dapat kita berjumpa selalu," seloroh Amir. Wajah Akma di dalam hutan tempoh hari masih bermain di fikiran. Dia takut untuk tersalah kata di hadapan Akma yang beku itu. Di hadapan Badrul sahaja Amir  mampu untuk bergurau sendakan nama Akma.

"Aku tak kisah kalau kau ada niat nak Akma. Tapi lepaskan Atikah dan datang kepada Akma cara baik." Kening Badrul terjongket sebelah. Badrul tahu sangat Amir tidak sanggup melepaskan tunangnya.

"Ish, apa pula. Aku dah belanja banyak untuk majlis tunang dengan Atikah bulan lepas. Suka hati kau je nak suruh putus tunang." Amir tidak setuju.

"Kalau macam tu, jangan kacau Akma. Sebab abang dia ada depan kau." Badrul mengangkat bahu. Pilihan yang diberikan tak mahu diterima Amir, makan ganjarannya juga tiada.

"Ya-ya. Aku tak buat apa pun la."

"Pergi sanalah, Amir. Aku nak belajar ni nanti hujung minggu takdelah sibuk sangat." Prestasi pelajarannya perlu dijaga. Wajah Amir ditolak menjauh.

***

"Akma, kenapa muncung ni? " sapa Nafisah. Hatinya jadi sedih. Akma asyik termenung keluar tingkap sedangkan mereka dalam perjalanan ke pasar raya untuk membeli barangan keperluan selepas usai perjumpaan dengan doktor.

"Saya ada buat salah ke?" Pandangan Nafisah jatuh ke bawah.

"Kawan-kawan Akma tadi semua nak perli Akma sebab tudung ni. Akma tak suka," luah Akma. Hatinya berapi panas apabila terkenangkan suara sumbang Mila dan rakan-rakannya. Nampaknya Mila telah memulakan perang terhadap dia. Tak henti-henti tudungnya disentuh dengan jijik oleh gadis bertudung singkat di dalam kelas petang tadi.

" Tak apalah. Akma jangan duduk dengan dorang. Saya kan ada?" Nafisah tersenyum nipis.

"Memanglah ada. Tapi kita tak sekelas. Akma sedih kena makan sorang-sorang nanti... Shahrul dah tinggalkan Akma," adu Akma. Kepala dijatuhkan bersandar pada bahu Nafisah sambil mata melihat kesesakan jalan raya.

"Kalau Akma nak lunch, nanti makanlah dengan saya. Saya ada, Badrul pun ada. Jangan sedih ya? Akma nampak cantik pakai tudung ni." Pipi gadis itu diusapnya lembut. "Rasa makin sayang dengan Akma."

Akma tersenyum kecil. Tangannya merayap disebalik tudung labuh Nafisah. Diusap perut kempis itu. "Nak masuk tujuh minggu dah?"

"A ah," angguk Nafisah. Beberapa papan pil asid folik diberikan doktor tadi untuk perkembangan janin. Sekarang ini mereka mahu membeli susu buat ibu hamil dan juga beberapa barangan keperluan bilik.

Dua orang gadis bertudung litup itu melangkah keluar kereta. Signboard Jaya Grocer menyapa pandangan. Panjang senarai yang telah dibuat Akma. Stok makanannya telah habis dibuat makan waktu malam-malam. Perut pun sudah buncit, makan dan tidur sahaja kerjanya. Akma menarik tangan Nafisah berjalan ke rak-rak bijiran. Dua kotak bijirin jenama luar negara diambil.

"Akma suka ni. Dalam dia ada coklat kecil-kecil. Kalau kau tak lalu nak makan, sekurang-kurangnya alas la perut," pesan Akma.

"Tak bolehlah, Akma. Saya punya duit tak cukup nak beli makanan lain. Badrul cuma bagi duit untuk ke klinik dan beli susu je," tolak Nafisah baik.

"Siapa kata guna duit kau? Hari ni biar Akma belanja."

"Takpe ke? Nanti Badrul marah pula..." Nafisah jadi serba salah. Dia takut untuk menerima budi orang.

"La... Kenapa nak marah? Ni kan duit Akma. Akma cuba nak belanja kakak Akma sendiri. Salah ke?"

"Tak salah. Tapi... Saya takde duit nak bayar balik."

"Akma nak belanja. Jangan risau, Akma tak tuntut pun balik. Dah, kita ambil ni. Akma satu, Nafisah satu." Dua kotak bijirin coklat dimasukkan ke dalam troli. Lengan Nafisah ditariknya ke bahagian lain pula.

Nafisah tersenyum kecil.

"Akma, siapa nak makan banyak-banyak ni?" Nafas halus dihelakan. Matanya terkelip-kelip melihat troli yang mula penuh dengan dua bekas aiskrim, pelbagai jenis coklat, ramen dan  roti. Di setiap rak Akma akan menyambar tanpa melihat tanda harga terlebih dahulu. Nafisah menelan liur sendiri. Pasti barangan ini akan melebihi RM300.

"Baby dalam perut ni nak makan." Akma memaksudkan perut sendiri lalu dia tertawa halus. "Akmalah yang nak makan. Berat Akma naik 2kg tau. Baru je timbang malam semalam."

"Nafisah nak ambil apa-apa lagi?" Usai meletakkan sesikat pisang ke dalam troli Akma beralih pada Nafisah.

"Tak, takde dah." Setin susu dibawa ke dalam dakapan. Nafisah tidak rasa mahu membeli barangan lain. Dia tidak biasa berbelanja melebihi kemampuan. Kesederhanaannya membuatkan diri itu merasakan semua mencukupi walaupun tidak semewah orang lain.

Dua orang gadis bertudung litup itu beralih ke deretan kotak air mineral. Akma meminta pekerja di situ bagi mengangkat dua kotak air untuk dibayar di kaunter.

"Akma... Lepas ni kita balik, kan?" soal Nafisah polos.

"Ya." Akma tertawa halus. Dia memaut tangan kakak iparnya.

***
votexkomen
***

Suka novel ni? Tolonglah promote dekat MB dan tag author! Biar ramai juga yg baca dan dapat pengajarannya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro