Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

15 : Akma dan Kebenaran Pahitnya

"Wau, wau. Tengok siapa keluar malam menggatal dengan lelaki dalam kereta." Tepukan gemuruh diberikan Akma apabila Nafisah melangkah masuk ke dalam bilik. Dia tersenyum palsu penuh teruja melihat ketibaan Nafisah.

10.30 malam.

Hati Akma ditikam berkali-kali melihat Nafisah berpegangan tangan dengan Badrul di hadapan matanya sendiri sebentar tadi. Seleranya untuk makan telah mati. Sekarang ini dia hanya mahu makan orang.

Nafisah berkerut melihat gadis itu. Daun pintu dikatup rapat. Hairan pula dengan sikap Akma yang lain macam pada malam itu. Beg tangan diletakkan ke katil lalu dia mahu beralih ke loker baju. "Akma, awak kenapa?"

Akma terkelip-kelip matanya. Hebat perempuan itu boleh tenang sahaja?

"Kau berkhalwat dalam kereta dengan Badrul?" Suara Akma mengeras. Langkahnya merapati tempat Nafisah berdiri.

"Apa awak cakap ni?" Mata Nafisah membulat terkejut dengan fitnah itu. Dia mahu melangkah ke katil tetapi bahunya ditolak Akma kasar hingga dia hendak terjatuh.

"Jangan buat-buat maksum depan aku. Kau buat apa dengan Badrul dalam kereta? Kau ni memang tak tahu malu ke? Mesti kau dah bagi Badrul rasa satu badan kau, kan? Puas?" Dada Akma berombak laju. Penumbuknya tergenggam erat. Kalau bukan kerana Nafisah pernah berlaku baik padanya, sudah lama penumbuk sulung memakan wajah Nafisah.

"Oh, beria tak bagi aku mesej dengan dia sampai lewat malam. Tahu-tahu kau berpegang tangan dengan Badrul!" Nafisah ditolaknya hingga terduduk ke atas katil. Dia berpaling tubuh berdiri betul-betul di hadapan gadis bertudung litup itu.

"Akma, duduk... Jangan macam ni..." Nafisah benar-benar takut. Dia terus menguatkan diri walau ditengking Akma. Tangan Akma yang mengepal jari itu disentuh Nafisah.

"Macam apa? Macam kau? Kau dah bagi Badrul badan kau, kan? Aku dah agak lama dah... Kau pura-pura buat baik dengan dia. Nak tumpang kereta lah apa, tiba masa... Kau goda dia sampai syahwat dia naik. Kau ni memang betina tak guna." Tubuh Nafisah diterkam Akma yang sedang naik angin. Nafisah ditolaknya berbaring di atas katil. Kedua-dua belah pergelangan tangan Nafisah dipegangnya erat mengunci segala pergerakan.

Air mata Nafisah berlinangan. Badannya sedang ditindih Akma kasar. Kain tudung yang tersarung telah ronyok.

"Kau cuma jadikan Badrul tu pak sanggup untuk anak haram kau. Kau dah berzina dengan lelaki lain sebenarnya, kan? Sedapnya dah merasa dua lelaki. Kau ni memang betina gatal." Dahi Nafisah ditunjal Akma. Tudung gadis itu direntapnya hingga tertanggal. Rambut panjang Nafisah dibiarkan mengurai jatuh.

Akma mencengkam rahang Nafisah. Nafisah mahu menjawab tetapi dia terlalu takut. Akma seolah sedang dirasuk syaitan.

" Kau nak sangat kena rogol? Boleh... Aku boleh telefon kawan-kawan aku. Beritahu dorang yang ada perempuan tudung labuh yang tak boleh tahan nafsu sampai sanggup berzina dalam kereta. Biar dorang rogol kau sampai kau puas!" Tawaan Akma memenuhi ruangan bilik. Pintu dan tingkap awal-awal lagi telah dikunci Akma.

"Ak-Akma..." lirih Nafisah. Air matanya mengalir tanpa henti. Setiap tuduhan yang diberi Nafisah menjawab dengan gelengan.

Leher baju Nafisah pula yang dicengkamnya. "Beritahu aku. Macam mana rasanya bila dapat tidur dengan Badrul?" Soalan itu dibisikkan di sebelah telinga Nafisah. Pipi gadis itu dikucupnya sekali. "Macam ni ke dia cium kau?"

Mata Akma melirik ke arah wajah Nafisah dengan senyuman jahatnya. "Benih siapa ada dalam rahim kau?"

"Ni anak Badrul. Le-lepas... Sa-sakit." Nafas dalam ditarik Akma. Pehanya sedang ditekan Akma tanpa simpati.

"Kau ni gadis simpanan dia lah kiranya? Menarik. Bertutup dari hujung rambut hingga hujung kaki, tapi sayangnya jadi perempuan simpanan tempat lepaskan nafsu lelaki. Kau nak sangat ke duit? Aku boleh bagilah." Pipi Nafisah ditampar perlahan dengan penuh simpati. Kelopak mata Nafisah terkatup rapat, dia takut Akma akan menamparnya sekuat hati.

"Dari mula aku masuk bilik ni, aku dah tahu kau dah takde dara dengan sekali pandang. Aku ingat nasib kau sama dengan aku yang kena rogol ni. Tapi lain rupanya. Kau betina gatal tak ubah macam pelacur malam. Kau buat Badrul jadi mangsa kau. Badrul tu pula memang bodoh, senang simpati dengan perempuan baik." Leher baju ditarik hingga Nafisah terdongak. Mata hitam Akma menikam Nafisah tajam. Dia sudah tidak nampak apa-apa lagi melainkan gadis perampas di hadapan mata.

" Gugurkan anak kau," ujar Akma.

Tangan Akma cuba ditolak Nafisah. Dia berkeras hendak melepaskan diri kerana sakit. "Mengucap Akma. Badrul tu suami saya. Ni anak dia. Kami dah berbulan kahwin..." Teresak-esak Nafisah menangis.

"Jangan nak tipu aku." Dada Nafisah ditolaknya jauh. Terus tubuh Nafisah terbaring ke atas katil kembali.

"Betul..." Dadanya yang sakit dipegang. Dia hampir tidak bernyawa diperlaku begitu.

"Kau sebenarnya dah takde dara kan sebelum kahwin dengan Badrul?"

"Ya," jawab Nafisah. Gugurlah air matanya menahan perit. Memang benar dia telah tiada dara tika berkahwin dengan Badrul kerana dirogol abang ipar sendiri. Nafisah takut. Dia tak mahu menanggalkan tudung sejak itu walaupun di hadapan sesiapa baik lelaki mahupun perempuan. Badrul lah yang menyelamatkannya daripada terus diugut oleh abang ipar sendiri. Setiap kali Nafisah tidak memberi duit, abang iparnya akan membuka rahsia yang mereka pernah tidur bersama. Dirinya terseksa hidup begitu setiap hari hinggalah hadirnya Badrul yang mencintainya sepenuh hati.

Tetapi memang anak di dalam kandungan itu ialah anak Badrul yang sah. Dia telah dirogol beberapa tahun yang lalu, bukannya baru beberapa minggu. Telapak tangan mengesat air mata. Dia tidak kuat. Dadanya diusap lama.

"Aku dah agak. Tu anak haram," hambur Akma. Dia menggeleng penuh kecewa. Lututnya semakin lemah untuk menampung diri.

"Bukan, Akma. Anak dalam rahim saya ni anak Badrul. Badrul suami halal saya." Tangan dipasak pada katil untuk dikuatkan diri duduk di birai. Mata dipejamkan lemah.

"Jangan tipu aku!" jerit Akma lalu rebah ke lantai.

"Akma..." panggil Nafisah.

"Kau tipu aku. Kau perempuan tak guna. Kau goda Badrul selama ni." Akma menekur lantai. Air matanya mula menitis keperitan. Dia menutup kedua-dua belah telinganya tak mahu lagi mendengar.  "Aku akan jadi isteri kedua dia walau apa pun cara."

"Akma, Badrul tu abang susuan awak. Awak haram untuk kahwin dengan dia. Sebab tu lah selama dia layan awak macam adik kandung dia. Cuba buka mata awak..."

"Tak nak! Aku tak dengar apa-apa! Kau penipu. Badrul cuma sayangkan aku seorang." Sepanjang Nafisah bercakap, Akma menjerit-jerit seperti orang kena rasuk. Dia tak mahu apa-apa penerangan. Kebenaran hidupnya terlalu menyakitkan. Sudah kenapa dia disebilikkan dengan isteri Badrul?

Bunyi tarikan nafas yang perit membuatkan Akma membuka mata. Dia terpaku melihat Nafisah sedang menarik nafas tercungap-cungap. Ada satu alat yang cuba dibawa keluar daripada begnya. Sejenis inhaler digoncang beberapa kali. Penutup pada hujung dibuka. Terketar-ketar tangan Nafisah memasukkan hujung inhaler ke dalam mulut.

Betapa kasarnya dia terhadap Nafisah pada malam itu. Dia tidak pernah tahu bahawa Nafisah mempunyai penyakit asma. Mungkin kerana itu jugalah Nafisah tidak mahu menyertai kem di hutan walaupun telah diajak berkali-kali.

Akma tidak tahu. Dia kaku melihat Nafisah menarik nafas dan hembus. Ubat itu telah dihirup ke dalam paru-paru.

"Nafisah..." panggil Akma. Dia hampir menangis lagi. Apa yang telah dia buat pada rakannya.

Nafisah berbaring dan memejamkan mata. Mulutnya terbuka sedikit bagi menarik nafas jika lelah datang lagi.

"Nafisah, aku minta maaf..." Air mata diseka sendiri. Akma merapati katil Nafisah penuh debaran.

"Betul ke kau mengandung anak Badrul? Kau dah kahwin dengan Badrul?" soalnya.

Nafisah mengangguk lemah. Dia berusaha menyimpulkan senyuman nipis buat Akma. Rambutnya yang terlepas dialihkan Akma ke atas bantal agar leher Nafisah dapat bernafas.

Itulah kebenaran yang memeritkan buat Akma.

Perasaan di hati bergelodak hebat. Akma bingkas berdiri setelah lama menemani Nafisah di katil. Nafisah telah mengatupkan mata untuk berehat.

Dinding di luar bilik menjadi sasaran. Amarahnya berkumpul, sakit hati, benci, segalanya. Buku limanya dihentam pada dinding batu. Hatinya tak mampu menanggung semua itu. Dia lemah. Mana Badrul yang selalu ada dengannya? Badrul sudah ada perempuan lain rupanya.

Tangannya bercalar membengkak. Digibas-gibas kedua-dua belah tangan. Akma terduduk di atas lantai. Gadis itu memeluk lutut erat ke dada.

"Kau suka tipu aku kan? Aku benci kau, Amin. Benci..." Hujan turun lebat seiring dengan tangisnya. Pelajar lain yang lalu lalang di situ diabaikan Akma.

Wajah Badrul berlegar-legar di ruang fikiran. Dia hanya mahukan Badrul.

***
votexkomen
***

Hm, apa jadi dah ni :')

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro