Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 5

PERBINCANGAN mengenai projek hotel di Indonesia nampaknya berlangsung di antara Harith dan Stanley sahaja. Sedang Daniel jelas tak beri tumpuan. Jejarinya bermain-main dengan pen dari tadi. Entah sudah berapa kali dipusing pen di tangannya itu. Bila jatuh ke meja, dia kutip dan memusingkannya semula dengan jari-jarinya. Ditanya sepatah, sepatah jugalah dia menjawab. Sikapnya itu mengundang sakit hati Harith.

Mana taknya, bapa mereka bersusah payah melabur puluhan juta ringgit semata-mata untuk Daniel tapi adiknya itu seperti sengaja mencari pasal. Nak diberi jawatan pun tak mahu? Hati Harith sudah menggerutu.

"Daddy nak Daniel ke Indonesia minggu depan. Projek usaha sama kita di sana belum ada kata putus." Stanley berharap projek hotel di Indonesia itu dapat dimulakan secepat mungkin.

"Why me?" pertikai Daniel.

"Sebab you bakal menguruskan hotel di sana tu. Bakal CEO!" Harith menyampuk. Dia sebenarnya tak berapa setuju projek itu diserahkan kepada Daniel kerana dia tahu Daniel tak berminat. Namun apakan daya, keputusan berada di tangan bapa mereka.

"I never asked to be a CEO." Daniel menjawab acuh tak acuh. Jawapannya itu menambahkan lagi sakit hati Harith.

"Be serious, Daniel. Daddy nak bangunkan projek kat Indonesia itu semata-mata untuk you. Dan ini bukan projek jual pisang goreng cheese tepi jalan... Guna otaklah sikit!" Harith sudah mula bengang dengan adiknya yang macam tak berminat dengan perniagaan keluarga.

"I've made my decision. Kenapa semua orang susah sangat nak faham?" Daniel masih tak berminat.

"Semua orang susah nak faham? You tu pula, apa yang susah sangat nak faham kenapa daddy nak you handle projek ni?" tingkah Harith.

"Harith will take over The Stanley's very soon. Jadi projek hotel di Indonesia tu, daddy nak Daniel yang uruskan." Stanley bersuara setelah melihat kedua-dua anaknya itu seperti mahu bertikam lidah. Niat Stanley mahu bersara dan berehat. Biarlah perniagaan perhotelan keluarga diuruskan oleh anak-anaknya pula. Dia sekadar memantau dan memberi tunjuk ajar serta nasihat dalam selok-belok perhotelan.

"I don't think I can handle it. And I'm not interested, anyway." Daniel masih dengan keegoannya. Sebenarnya bekerja di The Stanley's Suites itu pun dia tak berminat. Ikutkan hati, tak ingin dia balik ke Malaysia kerana berada di luar negara lebih menyeronokkan.

"I know you can do it, son..." Stanley masih mahu memberi semangat walaupun anak keduanya itu sudah berkali-kali menolak. Kali ini Daniel tak memberi sebarang respons. Dia sudah penat menolak tapi bapanya itu masih tak faham-faham.

"Susahlah macam ni! Orang nak bagi peluang tapi masih nak tunjuk lagak. Atau you nak daddy rugi, baru puas hati?" Harith sudah geram.

"Susah-susah sangat, you ambil ajelah projek tu!"

"See? Itu saja yang kau mampu ulang, kan?" tempelak Harith. Tiba-tiba saja tempat mesyuarat menjadi tempat bertegang urat.

"Calm down, Harith... Let me talk to him." Stanley cuba menyabarkan anak sulungnya itu. Dia tak suka mereka adik-beradik bertengkar.

Daniel memang agak keras kepala. Hubungannya dengan Harith pun tidaklah baik mana. Daniel lebih gemar tinggal bersama neneknya di luar negara. Dia pulang ke tanah air dan bekerja di The Stanley's Suites pun atas pujuk rayu ibunya.

Sebenarnya Stanley mempunyai perancangan untuk anak keduanya itu. Dia mahu Daniel menguruskan hotel di Indonesia agar hubungan dengan anaknya itu dapat dipulihkan semula. Sudah berbelas tahun hubungan mereka renggang. Bermacam-macam cara telah dilakukan untuk mengambil hati Daniel tapi nampaknya masih belum terbuka lagi hati anaknya itu untuk berbaik dengannya. Kalau bukan kerana ibunya sakit, Daniel tentu tak akan kembali ke Malaysia.

"Meeting dengan pemaju tu minggu depan. Boleh Daniel pergi uruskan?" pinta Stanley. Tiada respons daripada Daniel sebaliknya dia cuma memutar-mutar pen di tangan.

"Meeting tu dah dua kali tertangguh. I tak nak projek besar ini terlepas ke tangan orang lain. By hook or by crook, you must go." Harith menyampuk lagi. Pada pandangannya, Stanley tak akan berjaya mempengaruhi Daniel dengan berlembut sebegitu.

"Why don't you go, then?" Daniel tak suka dipaksa oleh sesiapa pun.

"Surely I can go but this project is yours. Jadi kau kenalah bertanggungjawab!"

"Baiklah, daddy tak paksa. You can take your own sweet time... Bila you dah bersedia, just tell me..." Stanley segera mencelah agar suasana yang sudah panas itu tidak terus terbakar. Dia tahu, dia tak boleh memaksa Daniel. Nanti semakin dipaksa, semakin jauh Daniel menjarakkan dirinya.

"But daddy..."

"You tak dengar apa kata daddy? I can take my own sweet time..." Daniel sengaja mahu menyakitkan hati Harith.

"Tengoklah! Tak sepatutnya daddy suruh dia bekerja kat sini. You have made a very big mistake, daddy!" kompelin Harith. Sakit hati dengan sikap adiknya itu.

"Look, Harith... Kalau you nak sangat projek tu, go ahead!" Daniel membalas. Kemudian dia bingkas dari duduknya lalu beredar keluar dari bilik pejabat bapanya. Dia sudah tidak betah lagi untuk terus berada di situ. Stanley hanya mampu memandang.

"Degil!" marah Harith.

"Give him some more time, Harith... Lagipun dia masih baru kat sini. Daddy yakin lama-lama nanti, dia akan dapat membiasakan dirinya." Stanley memujuk anak sulungnya itu. Baru sebulan Daniel bekerja di situ, jadi dia akan memberikan masa kepada anaknya itu untuk membiasakan dirinya dengan persekitaran hotel.

"STRES!!!" Harith mengadukan masalahnya kepada Eka. Ikutkan hati, mahu ditumbuknya saja muka Daniel semasa perbincangan tadi. Namun memikirkan perasaan bapanya, dia tahankan saja segala sakit dalam hati.

"Kenapa ni, sayang?" Eka bertanya kehairanan. Cawan yang berisi espreso diletakkan di atas meja. Kemudian dia melabuh duduk di sisi Harith.

"Daniel... Susahlah kalau dia masih nak tunjuk degil."

"Oh, pasal projek kat Indonesia tu, ya?" soal Eka. Dia tahu banyak perkara daripada Harith juga. Setiap kali ada masalah dengan Daniel, Harith mengadu kepadanya.

"Apa sebabnya dia jadi macam tu? Dengan bapa sendiri pun nak gaduh. Tak fahamlah I..." Eka cuba mengorek rahsia.

"Kisah lama..." Harith membalas ringkas. Dia sebenarnya tak mahu mengungkit cerita lama. Daniel saja yang masih nak tunjuk keras kepala.

"Yalah... Kisah apa?" Eka ingin tahu.

"Masalah keluarga... I rasa you tak perlu tahu... Sekarang ni I tengah stres." Suara Harith jelas kedengaran tegangnya.

"Okeylah, sayang... Biar I picitkan kepala you." Eka segera mendekati Harith. Jari-jemarinya diletakkan pada kepala kekasih hatinya itu. Kemudian perlahan-lahan kepala itu dipicitnya.

Dua kelopak matanya ditutup rapat, menikmati segala urutan dari jari-jemari Eka. Terubat sedikit rasa marah apabila ada orang mengambil berat tentangnya. Jika di rumah, Ariana tak habis-habis nak ajak bergaduh. Lagi bertambah stres dibuatnya!

Eka tersenyum-senyum. Pelan-pelan dia akan memenangi hati lelaki itu. Sudah lama dia pasang angan-angan untuk menjadi Mrs. Harith. Jadi nombor dua pun tak apa. Lelaki itu bakal menjadi CEO The Stanley's Suites. Siapa tak mahu?

JASMINE menghampiri suaminya yang sedang duduk di kolam. Dari tadi suaminya itu asyik merenung air di kolam.

"Sayang... Termenung panjang nampak. Fikirkan soal Daniel lagi?" Jasmine bertanya seraya melabuh duduk di sisi suaminya itu. Namun tiada respons yang diterimanya daripada Stanley. Suaminya itu terus berdiam dengan riak muka yang jelas sugulnya.

"You kenalah bersabar dengan sikap Daniel tu, sayang. Suatu hari nanti mesti dia berubah." Jasmine memujuk hati suaminya itu.

"Entahlah... I dah buat macam-macam, darling. Tapi dia masih macam tu juga..." Kemudian kedengaran suara keluhan Stanley.

Sikap Daniel memang memeningkan kepala Stanley. Daniel tak macam Harith yang mendengar kata. Malah anak bongsu mereka, walaupun tak berminat dengan perniagaan keluarga seperti Daniel tapi tidaklah keras kepala.

Hubungan Stanley dengan Daniel bermasalah sejak anaknya itu berumur 15 tahun lagi. Tiba-tiba saja Daniel menjadi pemarah. Entah apa yang dimarahkan sangat oleh anaknya itu, Stanley tidak tahu. Bila ditanya oleh ibunya, Daniel sering mengelak. Hubungan kedua-dua beranak itu kian renggang tahun demi tahun.

Kemuncaknya ialah apabila Daniel tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bercakap dengan bapanya itu pun hanya apabila ditegur sahaja. Jika tidak, bapanya macam tak wujud dalam hidup Daniel. Setelah menamatkan SPM, Daniel meminta untuk menyambung pelajarannya ke negara kelahiran neneknya, iaitu di Britain.

Dan sejak itu Daniel amat jarang sekali balik ke tanah air. Apa yang menghairankan Stanley ialah semasa kecilnya Daniel begitu rapat dengannya. Bila remaja, Daniel tiba-tiba saja berubah laku.

"Nanti I cuba pujuk dia... You tahu kan, sayang? I tak mahu kehilangan Daniel lagi..." Jasmine berkata.

"I will try my best." Stanley berkata. Memikirkan Jasmine menghidapi sakit jantung, Stanley tak mahu isterinya itu runsing. Kerana itulah segala kehendak isterinya, Stanley turutkan. Projek usaha sama hotel di Indonesia itu diserahkan kepada Daniel pun atas permintaan Jasmine juga demi mendekatkan semula Daniel dengan keluarga mereka.

"KAH-kah..." Sam berdekah ketawakan Daniel. "Kalau aku pun lari, bro!"

"Oh, kau pun sama kurang ajar, tak hormat bos?" Geram Daniel apabila ditertawakan Sam. Sangkanya Sam akan menyebelahinya rupa-rupanya Sam menyokong pula tindakan stafnya cabut lari.

"Okey, aku nak tanya kau... Kalau dia berhenti, agak-agak apa kau nak buat?"

"Aku akan marah dia kaw kaw la! Bos sendiri pun tak reti nak hormat."

"See? Memang patutlah dia lari!" Sam tertawa lagi.

Daniel terdiam. Liurnya yang tersekat di kerongkong kemudian ditelan kelat.

"Come on! Chill la, bro... Benda kecil aje. Kita datang sini nak enjoy, kan? Takkan disebabkan room attendant tu kau nak hilang mood?" Sam berkata.

"Aku bukan apa... Aku geram sebab aku tak sempat nak tengok muka dia," balas Daniel.

"Kau beria-ia nak tengok muka dia kenapa? Kalau cantik sekalipun, room attendant aje kut?"

Tiada respons.

"Daripada kau fikir pasal perempuan tu, baik kau enjoy dengan Adeline. There! She's coming..." kata Sam lagi seraya memandang ke arah seorang amoi yang seksi bergaya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro