Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

7

"kau ok tak?" lelaki itu cuba membangunkan Jungkook tetapi dihalang.

"takpe aku boleh bangun sendiri" tolak Jungkook lalu cuba berdiri tetapi tidak boleh.

"akh!!" Jungkook memegang kakinya.

"kaki kau terseliuh tu meh sini aku tolong kau" lelaki itu meletakkan barangnya ditepi lalu menolong Jungkook bangun.

"terima kasih sebab tolong" kata Jungkook.

"takde apa-apa la jom aku hantar kau balik" lelaki itu memegang lengan Jungkook.

"takpe aku boleh balik sendiri" Jungkook merentap balik lengannya.

"tak payah nak sombong sangat la kaki kau terseliuh kan nanti jatuh accident family kau juga yang susah" tegur lelaki itu tegas.

"family aku bukan risaukan aku pun" Jungkook merentap kembali lengannya apabila lelaki itu cuba menariknya berjalan.

"sekurangnya diorang hantar kau belajar bukannya abaikan kau jadi orang yang bodoh" hah hambek dapat serdas.

Terus terdiam Jungkook mendengarnya.

"dah jom aku hantar kau pergi klinik lepastu hantar kau balik rumah" kata lelaki itu.

"naik?"

"naik teksi la takkan naik kereta mewah pula" jawab lelaki itu selamba.

"ish yelah" akhirnya Jungkook mengalah juga membiarkan lelaki itu membantunya.

"nama kau apa?" tanya lelaki itu.

"Jeon Jungkook" jawab Jungkook pendek.

"ouh aku Kim Mingyu"

"tak tanya pun" Mingyu menjeling Jungkook.

"aku cakap je" kata Mingyu geram.

"so kau la budak nerd yang tolong aku waktu rehat tadi?" Jungkook mengangkat kening.

"iye pahallah semua asyik kata aku ni budak nerd kat rumah pun sama" Mingyu memandang Jungkook malas.

"sebab kau pakai spek tu tebal sangat dah la petak besar pula tu nampak nerd gila" Jungkook manahan tawa.

"hah gelak-gelak!! Aku seligi kau nanti!!" ugut Mingyu.

"orang gurau je" Jungkook menjelirkan lidah.

"Mingyu aku nak tanya ni"

"apa?"

"kata naik teksi asal dari tadi kita jalan kaki ni?"

"tukar rancangan aku terus hantar kau balik sebab aku nak cepat"

"ceh acah sembang kencang"

"diam la kau"

+++

"hah dah sampai rumah kau" Mingyu dan Jungkook memberhentikan langkahnya apabila sudah tiba di rumah teres dua tingkat itu.

"kau tinggal seorang je ke?" soal Mingyu tetapi soalan Mingyu dibiarkan sepi.

"woi aku tanya kau ni" Mingyu mencucuk pipi Jungkook.

"jangan la sentuh" Jungkook menepis tangan Mingyu yang sibuk cucuk pipinya.

Lalu jalan terhincut menghampiri pintu rumah.

"tch sombong" kata Mingyu perlahan.

"ok bye thanks sebab hantarkan" belum sempat Mingyu hendak membalas Jungkook terlebih dahulu menutup pintu atau lebih tepat lagi hempas.

"perghh memang orang kat Seoul ni semua biadap ke apa?" kata Mingyu geram lalu berjalan untuk pulang ke rumah.

"menyesal tolong lelaki tu huh!"

"tapikan macam aku pernah dengar nama tu tapi kat mana ek?" Mingyu mengerutkan dahinya cuba mengingati semula nama itu.

"haishh waktu macam ni la kau boleh lupa ye Kim Mingyu dah nyanyuk rupanya" Mingyu mengutuk dirinya sendiri.

Plastik di pegangnya dipandang, tiba-tiba dia membulatkan matanya.

"OHMYGOD!! AKU DAH LAMBAT MESTI DIORANG DAH JADI ZOMBIE KAT DALAM RUMAH" segera Mingyu berlari sepantas yang mungkin kerana risau

Risau dia akan jadi menu makan malam di rumah.

+++

Jungkook menyandarkan badannya di pintu, perasaan bersalah mula berjalar di hati. Terasa tidak patut dia buat sebegitu sedangkan Mingyu menolongnya.

"yah Jun-- JEON JUNGKOOK PAHAL MUKA ENGKO LEBAM YA AMPUN!!" Seokjin meluru kearah Jungkook lalu memeriksa sama ada lebam itu teruk atau tidak.

"rilek la hyung lebam sebelah je" Jungkook cuba menenangkan Seokjin.

"rilek kau kata?! RILEK?!" jerit Seokjin tidak percaya.

"sabar hyung sabar lahai kau ni kau kena pukul dengan siapa ni?" soal Namjoon apabila sudah memujuk Seokjin untuk mengambil ais.

"macam biasa la gangster tu" jawab Jungkook tidak puas hati.

"patutlah dah pergi duduk kat sofa" arah Namjoon.

"ermm hyung aku tak larat nak bangun" Jungkook memberi sengihan.

"asal?!" soal Namjoon kalut, takut-takut Jungkook kena tumbuk kat pipi tapi lumpuh kat kaki bahaya tu.

"kaki aku terseliuh la hyung hehe" jawab Jungkook.

"ouh buat takut aku je meh sini aku tolong" Namjoon perlahan-lahan menolong Jungkook bangun sehingga Jungkook duduk di atas sofa.

"kenapa dengan Jungkook tu?" Seokjin muncul dari dapur sambil membawa ais.

"kaki dia terseliuh nanti kita bawa dia pergi klinik tau hyung" Seokjin mengangguk lalu memberikan ais itu kepada Jungkook.

"tuam kat pipi kau kejap lagi kita pergi klinik" kata Seokjin.

"mana hyung yang lain?" tanya Jungkook.

"Yoongi macam biasa kerja yang lain ada kelas" jawab Seokjin.

"Jungkook, boleh tak hyung nak tolong langsaikan hutang appa Jungkook tu?" Jungkook memandang Namjoon yang menatapnya dengan series.

"tak boleh la hyung ni urusan aku dengan dia lagipun hyung ada banyak duit ke? Kena bayar pokok, bunga, akar, pasu, medium semua tu tau" kata Jungkook, pening kepalanya untuk mencari duit walaupun dia sudah bekerja di kedai serbaneka tetap tidak cukup duit itu.

"dah la Jungkook nak masuk bilik nak rehat malam nanti Kook kena masuk kerja nanti kejutkan Kook bila nak gerak pergi klinik" Seokjin hanya mengangguk faham lalu melihat Jungkook terhincut-hincut menaiki tangga.

"aku rasa kesian kat Jungkook" kata Namjoon bagi memecahkan suasana yang semakin sunyi.

"sama la kita memang nak tolong tapi kita mana ada cukup duit semua duit cukup-cukup untuk kita sara hidup kita je" terang Seokjin lalu mengeluh perlahan.

"harap-harap la dia jumpa orang yang boleh bantu dia" kata Namjoon dan disetujui oleh Seokjin.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro